Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Isnin, 18 Ogos 2014

Sejarah Negara Esok Pelancaran Sambutan Bulan Merdeka Oleh PM

Inilah Logo Kemerdekaan 2014
Untuk Lebih lanjut dan jelas makna logo ini anda diminta klik
KEMAMAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menyampaikan amanat penting pada pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Perdana Menteri dijangka menyampaikan satu amanat penting esok dan ia berkaitan dengan sambutan kemerdekaan serta beberapa perkara yang berlaku kepada negara baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah tamah peringkat Parlimen Kemaman di sini, hari ini.
Beliau berkata, kira-kira 20,000 orang termasuk penjawat awam akan menghadiri majlis itu.
Ucapan Etuza Blogger Sabah
Kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Kibarkan jalur gemilang dan laungkan merdeka merdeka merdeka, merdeka dari segenap perasaan yang membunuh kedamaian merosakkan kebahagiaan kita bernegara. Mohon kepada Allah agar kita tetap bersatu dalam payung negara Malaysia kita yang aman dan damai. Kemerdekaan yang sebenar apabila kita rela berkorban demi negara, agama dan bangsa. Hidup Malaysiaku tercinta. Selamat menyambut bulan merdeka dari Blog Pesona Etuza 2014. Kepada sahabat blogger etuza ucapkan teruskan berkarya, kerana kita adalah antara aset yang menyumbang informasi yang menyihatkan minda kepada ramai rakyat Negara Malaysia. Hidup Blogger demi khazana dan warisan untuk genarasi akan datang.
Hakcipta@etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 10 Ogos 2014

Alamak Apa Dah Jadi!!...

Inilah proses penyembelihan ayam-ayam yang
diguanakan untuk dibuat gulai atau lauk pauk.
Puteri etuza yang kedua nampaknya mengambil gambar
kenangan ini di sekolahnya di SMK Agama Mohammad Ali Ranau, Sabah.
Sebagai ayah saya rasa inilah pengalaman sebenar dia 
sedangkan di rumah di kampung jarang sudah nak
sembelikan ayam, berbanding zaman remaja saya.
Di mana saya selalu membantu ayah dan ibu 
mencabut bulu ayam selepas ayam yang telah disembelih itu
direndam dalam besen berisi air panas. 
Kata ibu selepas direndam bulu ayam akan mudah dicabut
sehingga bersih.
Nampaknya ini pengalaman luar biasa anak perempuan etuza.
Boleh lah dia bagitahu kami bagaimana
caranya nak bersihkan bulu ayam yang baru disembelih.

Ok jemput tengok ya..

ALAMAK!!!! apa dah Jadi!!!!

Dimasukkan ke dalam besen besar..

Buka kepala ayam..


Ayam sedia dituangkan air yang panas untuk mudah cabut bulu2 ayam.


Gotong royong mencabut bulu ayam secara team work.
Inilah prosesnya..


 Ha tengok dah siapa pun..nampak bersih..
Alamak nampak bulat..lepas ni apa nak buat?

Hampir siapa..

Alamak apa dah jadi ni !!!
Tak apa lah cepat-cepat potong potong..
orang dah sedia nak masak...

Ha ini lah kejadiaannya..
kan dah kata bulat, jadi ayam bulat .


Tahnia pada anak saya dan kawan-kawannya sekurang-kurangnya
telah belajar sesuatu yang baru.
Sempat abadikan dengan ayam bulat,...
Ok yang pegang dagu tulah puteri kedua etuza..
happy lah tu berjaya membuat misi mencabut bulu-bulu
ayam, saya difahamkan inilah antara anak guru yang
bersama dalam majlis makan-makan mereka..
layan...


Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 8 Ogos 2014

Misi Ke Osaka Jepun Siri 2 ( Suasana Malam Yang Indah Di Jepun )

Saya nak promosikan blog ini, terdapat banyak blog yang diperkenalkan, saya tengok blog baru yang sedang mencari FOLLOWER. Dalam kesempatan itu saya terjah semua blog dalam list. Korang juga boleh melayari blog ini dan follow sekali. Selamat berblogwalking.Beres.
Misi di Osaka Jepun Siri 2..ha 
tengok gambar saja, biar gambar bercerita kali ini.
Gambar - gambar ini saya ambil ketika saya dan 
teman-teman jalan-jalan meninjau panorama malam di
Osaka Jepun berdekatan dengan Hotel tempat kami stay.
Hummmm best, ramai orang Jepun bersiaran kala malam, tetapi seawal
jam 9 .00 semakin lengang. Cuma kawasan tumpuan lebih 
di kawasan Hard Rock. Di sana ada pawagam.Tempat membeli 
brand Baju Hard Rock yang berjenama.
Ok tengok gambar ya..
memang indah suasana malam di Osaka Jepun.
Selamat melihat gambar kami di Osaka Jepun.

lepas tu klik url ini ...jangan tak klik..

Ini gambar bersama teman Agik Abdullah, Nasrul Hakim Tugino dan bersama Masrof

Nampak tak brand Hard Rock. Baju hebat di Osaka Jepun.Yang ini bersama MCCM LIM Swe Le,
Nasrul Hakim Tugino dan Edwin Petrus 

Tengok orang-orang Jepun sangat berdisiplin..jalan beratur dan sangat sporting.
Bersama edwin Petrus dari Tambunan, Sabah
Best suasana malam di Osaka Jepun


Salah satu ruang yang bercahaya dengan lampu-lampu berkelipan..



Yang ini pokok-pokoh dihiasi lampu biru. Hummm sangat cantik kelihatan.
Ini gambar kami menunju ke Hotel Universal.
Cantik kan.
Tapi Malaysia Jg Sangat Cantik..hargainya ..bersama
Sayonara Jepun. Origato...

hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Hikmah Dalam Berkerjasama, Adakah Yang Malas Berkerjasama?

Berkerjasama, biasanya selalu kita dengar. Di mana-mana dalam sesebuah organisasi, yakni keluargapun perlu wujudkan kerjasama. Kerjasama ini lebih kuranglah sebagai satu cara kekalkan ukuhuwa sesama saudara dan dengan masyarakat setempat. Tiada pahamaan tentang budaya bekerjasama maka pincang dan lemahlah sesuatu organisasi.

Bila adanya bekerjasama akan pantas, cepat dan ringan sesuatu kerja yang hendak disiapkan.
Ramai orang yang perlu terapkan nilai murni yang sangat tinggi ini. Tanamkan dalam diri kepada sesiapa sahaja sejak dari mereka kecil lagi. Jika tidak budaya bekerjasama yang sangat murni ini akan hilang dan tidak diamalkan. 
 Persoalannya adakah kita sendiri adalah pengamal budaya bekerjasama. Iaitu satu team untuk mencapai kejayaan " one team to be are dream"
Mampu kah kita menghulur kerjasama secara 100%.
jawapan ini hanya diri anda sendiri yang mampu menghurainya. Kerana pastinya insan yang normal akan menyatakan bahawa " kita manusia biasa yang tidak lari dari kelemahan diri" tepuk dada tanya selera"

 Banyak hikmah bekerjasama sesungguhnya, amalan ini amat Allah sukai. Kerana kerjasama itu banyak kebaikan yang kita lihat, seperti kita puashati, bangga dan merasa erat perhubungan apabila dalam team semua beri kerjasama. Susah senang orang kata sama - sama di rasa. Lakukanlah amalan bekerjasama agar kehidupan kita lebih harmoni.

Best!! selepas berjaya mengendalikah 
pertandingan Bicara Buku. Murid bernama aryani Rasundin digilap bakat dalam pertandingan ini. 
Kepada Cg. Hazlawati Azlan & Ustaz Mohd Azwan Saidin terima kasih atas kerjasama anda menjayakan aktiviti bicara buku hari ini. 


hakcipta@etuza 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 6 Ogos 2014

Tidaklah Istemewa Sangat. Selamat Berbelog

Istemewa Dari Blog Pesona 
Dengan Ucapan
1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
2. Selamat Berblog.Katakan Yang Baik-Baik
InshaAllah.
3. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan
Ogos 2014


Megahnya Malaysia mempunyai Jalur Gemilang
Majulah Malaysia, Majulah Bangsa Kita
Hiduplah Keamanan & Keharmonian.

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 25 Ogos 2013

Agaknya siapa lagi insan di Malaysia yang lahir sewaktu denganku...

Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun

JANUARI
( Rasanya setiap hambaNya dilahirkan dengan sikap masing2, hati budi masing2 tetapi pangkal kepada amalan yang baik berpaksikan hati dan fikiran, baik hati itu maka baiklah amalannya) Dan mesti dalam diri kita itu harus ada perkara yang baik dan ada perkara yang buruk. seimbangkan agar pesona hidup kita lebih bermakna. Saya bangga Allah takdirkan aku lahir di bulan Januari.
Tetapi jika anda hendak melihat bagaimana sikap mereka yang lahir di bulan berikutnya sila klik saja ini :- selamat membaca http://www.lamankongsi.com/2012/08/rahsia-bulan-kelahiran-mengikut-kajian.html

Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun


# BERCITA-CITA TINGGI DAN ORANGNYA SERIUS
# SUKA MENDIDIK DAN DIDIDIK
# SANGAT MUDAH MELIHAT KELEMAHAN ORANG DAN SUKA MENGKRITIK
# RAJIN DAN SETIAP YG DIBUAT NAMPAK KEUNTUNGAN
# SUKA SMART, KEMAS DAN TERATUR BERSIFAT SENSITIF ,BERFIKIRAN MENDALAM
# PANDAI MENGAMBIL HATI ORG LAIN PENDIAM KECUALI TELAH DIRANGSANG
# AGAK PEMALU

# DAYA TUMPUAN YANG SANGAT TINGGI MUDAH MENDISIPLINKAN DIRI SENDIRI # BADANNYA SIHAT TETAPI MUDAH DISERANG SELSEMA
# BERSIKAP ROMANTIK TETAPI TIDAK PANDAI MEMPAMIRKANNYA
# CUKUP SAYANG PD KANAK-KANAK
# SUKA DUDUK RUMAH
# SETIA PADA SEGALA-GALANYA
# PERLU BELAJAR KEMAHIRAN SOSIAL
# CUKUP CEMBURU YG SANGAT TINGGI
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 17 Ogos 2013

Masih Kah Ada Yang Terima Kad Raya Terlajak Ini.

Assalamualaikum...


Kad Hari Raya 
Pengganti diri...
Masih adakah yang hendak
terima kad hari raya terlajak ini...
Terlajak dari segi menyediakan dan
mengucapkan selamat hari raya..
kepada SEMUA rakan BLOGGER.

Seperti selalu kepada yang
disebutkan ini sila ambil perhatian...
Ikhlas kad rayaku untuk mu teman:-
1. Blog Kamsiah
2. Blog Dayana Bahar
3. Blog Alimazron
4. Blog Deqla 
5. Blog Mama Arina
6. Blog Jay ( Bila Jejari Menulis)
6. Blog T Lana
7. Blog Hanif Idrus
8. Blog Cik Nor Blog's
9. Cik Rose
10. Blog Tentang Kita ( Fariza)
11. Blog All About Love
12. Blog Cik Aini
13. Blog Dairi Aima
14. Blog The Malay Male
15. Blog Boni Kacak
16. Blog Aku Cuma Seekor Kumbang
usah lah pula merajuk yang tada ada nama
ingat raya kena happy...

Kepada semua sila ambil kad terlajak saya..
hanya di Blog Pesona Etuza

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang 2013

Assalamualaikum...


Dalam meneruskan kehidupan, usah kita alpa dan lali bahawa kehidupan hari ini adalah didasari oleh usaha pejuang tanah air suatu masa lalu dalam mendapatkan kemerdekaan untuk kita hari ini.
Kemerdekaan yang telah dan kini kita sedang masih dinikmati adalah berkat usaha dan titis darah mereka yakni pejuang kemerdekaan yang antaranya ialah Tunku Almarhum Abdul Rahman. Betapa besar pengorbanan yang merka lakukan demi untuk kelangsungan genarasi kita masa kini. Dalam usaha menggapai kemerdekaan hari ini, mereka melalui peristiwa berdarah dalam merampas kedaulatan tanah air dari bangsa asing yang ketika itu tanah Melayu menjadi rebutan atas dasar kekayaan rempah dan pelbagai potensi Malaysia di mata dunia.
Justeru itu ayuh!! dalam merayakan hari raya, usah lupa bahawa kita juga sedang dalam kandungan bulan Ogos dimana seperti biasa tiap tahun semangat dan semarak kemerdekaan itu kita hargai, kita langsungkan kegembiraan sebagai rakyat jelata dengan hanya 1 perbuatan yang murni tetapi cukup menampakkan kita semua cintakan tanah air ini. iaitu KIBARKAN JALUR GEMILANG.

Selamat merayakan merdekaraya. Salam rindu dari etuza.
@Hakcipta etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 5 Jun 2013

Anugerah Penyayang Sempena Majlis Hari Guru 2013

Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua..


Happy sebenarnya saya..
bukan dapat durian runtuh atau naik pangkat..
Cuma happy apabila MURID sekolah rendah
tempat saya mengajar..mentauliahkan saya..
Sebagai penerima anugerah 
GURU PENYAYANG sempena hari guru 2013.

Saya tidak menyangka tahun 2013..
saya diberi anugerah sebagai..
GURU PENYAYANG,..
Penyayang kah pula saya ni?

Teriam kasihlah kepada
ratusan murid di sekolah saya..
kerana mempercayai saya..
meyakini nilai kasih sayang saya..
sehingga mereka sebulat suara...
membuat pilihan 
dan menobatkan etuza sebagai guru 
penyayang.
Alhamdulillah & Syukran
Kepada teman blog..saya kongsikan
kegembiraan ini..
bahawa marilah membudayakan..
amalan menyayangi..mengasihi
sesama insan di dunia.

Ni lah gambar etuza..
dapat anugerah penyayang tu...


@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 2 Jun 2013

Mood Berblog Merundum TERUK...Minta Sepatah Kata Semangat

Assalamualaikum kepada semua
sahabat blogku..

Sudah lama tidak menjenguk blog ..
membuat sebarang entrypun tidak bermood
Rasanya ada juga masa terluang..
TETAPI bagaikan tiada selera menterjah blog ini...
Badai apa kini melanda..
Nak dikatakan MALAS tidak juga..
Sebab setiap hari pasti ada online..
membaca dan bersosial di FACEBOOK
Kadang mengarut dan komen-komen ke fb kawan..

Di manakah MOOD untuk berblog?
Ingin ku pegang semula, andai kutemuinya..
Entah dimana letaknya MOOD berblog itu..
Kepada sahabat blog yang mengerti..
Adakah ini petanda..
Kecundang menerpa ...
Tewas oleh arus masa berblog..
Kekurangan bahan berbisa..
Entry beraksi di alam maya...
Sedangkan petik jari..sekalian datang..
Datang idea membelasah minda..
Katakan apa saja pun boleh..

Tapi mood berblog memang ...
Hilang entah kemana..
Berilah sepatah kata semangat..
Berilah siraman kasih yang segar..
Agar MOOD berblog kembali NORMAL..
Separti blog lain  yang segar di udara maya..

Salam hormat untuk semua...
Harap ada MOOD menggamit emosi..
Akan hadir tinta etuza nantinya.

@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 12 Mei 2013

ISTEMEWA KEK KUKUS MUKAH SEMPENA HARI LAHIR


Istemewa Kek Kukus Mukah Untuk Puteriku Aliya

 Seorang satu saja tau!...

Tempah kek juga pula ni, nilah kek yang Aliya
nak...

Rakan2 meraikan hari lahir Nuraliya yang ke 8
tahun.

Sempena hari lahir dia yang 8 tahun
saya dan mak dia rancang akan beri dia
satu kejutan, iaitu akan mengadakan
sambutan hari lahir dia bersama
raka-rakan sekelasnya 
di Pusat Sumber sekolah
yang tarikhnya jatuh pada
2hb Mei 2013.

Happynya Aliya bersama kawan-kawannya
antara juadah ialah, nasi ayam rendang
bergedel dan sayur tumis bersosej.
Tapi yang sepecialnya ialah
seorang satu kawan-kawan Aliya
dapat KEK KUKUS MUKAH
air tangan ETUZA..
ayah, abi dan abah Aliya.

HAPPY BIRTHDAY TO ALIYA
semoga sihat selalu dan
menjadi anak yang sollehah.
Amin.

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 21 April 2013

Kekayaan Surah Al Fatihah

     Mengamalkan Al Fatihah memudahkan rezeki. Ayat yang mengandungi 7 ayat sahaja ini, merupakan surah yang kaya. Kerana surah Al Fatihah mengandungi pujian dan syukur kepada Allah dengan menyebut nama Allah dan sifat-sifat-Nya yang mulia, menyebut Hari Kemudian, Hari Pembalasan dan tuntutan, lalu menganjurkan kepada hamba supaya meminta kepada Allah dan merendahkan diri kepada Allah, serta lepas bebas dari daya kekuatan dirimenuju kepada tulus ikhlas dalam melakukan ibadat dan tauhid pada Allah, kemudian menganjurkan kepada hamba sahaya selalu meminta hidayat taufik dan pimpinan Allah untuk dapat mengikuti shirat mustaqim, supaya dapat tergolong dari golongan hamba-hamba Allah yang telah mendapat nikmat dari golongan Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Shalihin. Juga mengandungi anjuran supaya berlaku baik mengerjakan amal saleh jangan sampai tergolong orang yang dimurkai atau terseset dari jalan Allah.
 7 ayat Al Fatihah berbunyi
Bismillah ( dengan nama Allah )
Ar-Rahman Ar-Rahim ( Yang maha pemurah lagi maha penyayang)
Alhamdulillahirabbil alamin 
( Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara alam semesta)
Malikiyaumidin 
( Raja yang memiliki pembalasan )
Iyyaka na'budu wa iyyaka nas ta'iin
( Hanya kepadaMu Allah kami mengabdi dan haya kepada-Mu pula kami minta pertolongan)
Ihdinaas Shiraathal mustaqiim
( Jalan yang lurus yang jelas dan tidak berliku-liku )
Shiraathalladzina an'amta alaihim ghairil
magh dhubi alaihim waladh dhaallin
( Jalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Tuhan atas mereka
dan buka jalan yang dimurkai Tuhan atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat)

Marilah membaca surah Al Fatihah dengan harapan mendapat
rahmat dari Allah. 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 20 April 2013

Pentas Bercerita Dan Pentas Anti Dadah Program Yang Sihat

   Terasa sibuknya bulan ini, macam-mcam program yang harus dilaksanakan, semuanya arahan dari pihak atasan yang menginginkan warga sekolah menjalankan aktiviti pengisian dari pelbagai program yang menjurus kepada penerapan nilai-nilai murni kepada warga pelajar di sekolah. Dan matlamatnya nanti adalah untuk membolehkan murid itu menghadap dunia kehidupan yang realiti serta masuk ke masyarakat yang sihat dari anasir dadah dan gejala sosial yang memudaratkan kesihatan dan merosakkan keamanan negara kita khasnya Negara Malaysia. 
Pelbagailah program yang diarah, tetapi sekolah saya telah menjalankan beberapa program itu pada bulan April minggu lalu dan minggu ini. Kelihatannya warga guru begitu sibuk masa itu, semetalahan murid yang menyertai serta yang tidak menyertainya sangat seronok dan terus memberi kerjasama. Begitu juga guru-guru pelatih dari IPGM cawangan Keningau. Kepada semua guru pelatih syabas! & tahniah kerana anda semua sangat- sangat memberi kerjasama dan menyenangi bidang pendidikan sebagai kerjaya anda suatu masa kelak.

Antara program yang telah berjaya dilaksanakan di sekolah saya ialah :-
1. Program Jejak Maklumat pada 10hb april dan 11hb April 2013 
    ( Penyelaras aktiviti ialah saya sendiri )
2. Pertandingan Bercerita anjuran Panitia Bahasa Malaysia 
    ( Pengerusi ialah Pn. Piah AK. Langit )
3. Pertandingan Deklamasi Sajak yang bertemakan Hidup Ceria Tanpa Dadah .
   ( Peyelaras aktiviti Pn. Juina Unggi di bawah Unit Hal Ehwal Murid )

Dan minggu hadapan akan diadakan Program Perkemahan 4 Unit Beruniforam selama 2 hari di padang sekolah. Penyelaras aktiviti ini ialah Unit Tunas Remaja Sekolah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hanif Ibrahim.

Sibuk kan...siapa kata tugas guru ni ringan ringan saja. Sungguh sibuknya tugas guru tau!. Tetapi saya tegas nak katakan bahawa tugas Guru begitu murni bagi saya, sebab itu saya jadi seorang cikgu, yang sebenarnya cikgu yang masih memerlukan ilmu agar lebih mantap sebagai seorang guru.

Kepada semua penyokong saya di blog Pesona inilah antara gambar kenangan kami. Tengok ya.Tq.




Inilah juara Bercerita tahap 1 dan tahap 2
yang baju kuning cream tu Pengawas Pusat Sumber


 Ha yang ini peserta Deklamasi Sajak
Program Anti Dadah tau!
Pentas di dalam Pusat Sumber
 Bergambar bersama Penolong Kanan Hem dan
hakim Deklamasi Sajak
 Bergambar bersama PK HEM , PKKOM 
Pengerusi Pn. Piah guru pelatih dan pemenang
bercerita.

Kredit untuk Pusat Sumber
Cantik tak mini pentas deklamasi sajak ini.
sentuhan guru pelatih dan Etuza.

Bye2
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 12 April 2013

Sesungguhnya Jejak Maklumat Selagi Hidup Tidak Akan Berakhir

  Mohon maaf kepada semua, kiranya telah memakan masa lama baru update dengan entry baru blog Pesona. Almaklumlah selagi nadi berdenyut dan selagi ada nywa dikandung badan ada saja kesibukan diantara kita.
Terbaru saya telah menganjurkan program Jejak Maklumat di sekolah saya bertugas. Sibuk jugalah dengan pelbagai persediaan, bila program di rancang itu perlu dipercepatkan maka berlakulah beberapa insiden seperti kekurangan masa, penyediaan yang tak sempurna sehingga Jejak Maklumat itu saya tunda hingga berlangsung 2 hari di sekolah. Program di adakan pada 10hb April dari jam 8.00 hingga jam 10.20 pagi ( peringkat pertama ) dengan pengisian sukaneka dan mencantum gambar. Manakala pada hari kedua iaitu 11hb April diadakan jejak maklumat merangkumi acara mencari maklumat dari akhbar yang disediakan dan menjawab soalan menggunakan komputer di Makmal Komputer. Walaubagaimanapun program ini telah berjaya mencapai objektif dari segi peglibatan aktif murid dan guru-guru khasnya guru pelatih. Syabas dan tahniah kepada mereke semua.
Apapun seperti tajuk entry ini, untuk mencari maklumat sebenarnya tidak pernah akan berakhir selagi kita masih bernyawa den selagi nadi masih berdenyut. Kepada warga pelajar teruskan usaha mencari maklumat agar menjadi genarasi muda yang kaya dengan pelbagai sumber maklumat.

Gambar ketika berlangsung sukaneka 

 Pelancaran oleh Guru Besar
 Acara tiup belon dan pecahkan belon
 Best tengok mereka pecahkan belon..agak mencabar..

 Ini bawa bola pingpong atas sudu..
 Guru pelatih dan peserta PPIM..

 Cg. Hafiz & Cg Chia memberikan semangat
kepada peserta.
Acara buang belon berisi air .
Semakin jauh semakin membawa markah tinggi.

Diucapkan tahniah kepada
semua yang terlibat.
Khasnya AJK yang telah 
dilantik.

@hkcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini