Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 20 April 2013

Pentas Bercerita Dan Pentas Anti Dadah Program Yang Sihat

   Terasa sibuknya bulan ini, macam-mcam program yang harus dilaksanakan, semuanya arahan dari pihak atasan yang menginginkan warga sekolah menjalankan aktiviti pengisian dari pelbagai program yang menjurus kepada penerapan nilai-nilai murni kepada warga pelajar di sekolah. Dan matlamatnya nanti adalah untuk membolehkan murid itu menghadap dunia kehidupan yang realiti serta masuk ke masyarakat yang sihat dari anasir dadah dan gejala sosial yang memudaratkan kesihatan dan merosakkan keamanan negara kita khasnya Negara Malaysia. 
Pelbagailah program yang diarah, tetapi sekolah saya telah menjalankan beberapa program itu pada bulan April minggu lalu dan minggu ini. Kelihatannya warga guru begitu sibuk masa itu, semetalahan murid yang menyertai serta yang tidak menyertainya sangat seronok dan terus memberi kerjasama. Begitu juga guru-guru pelatih dari IPGM cawangan Keningau. Kepada semua guru pelatih syabas! & tahniah kerana anda semua sangat- sangat memberi kerjasama dan menyenangi bidang pendidikan sebagai kerjaya anda suatu masa kelak.

Antara program yang telah berjaya dilaksanakan di sekolah saya ialah :-
1. Program Jejak Maklumat pada 10hb april dan 11hb April 2013 
    ( Penyelaras aktiviti ialah saya sendiri )
2. Pertandingan Bercerita anjuran Panitia Bahasa Malaysia 
    ( Pengerusi ialah Pn. Piah AK. Langit )
3. Pertandingan Deklamasi Sajak yang bertemakan Hidup Ceria Tanpa Dadah .
   ( Peyelaras aktiviti Pn. Juina Unggi di bawah Unit Hal Ehwal Murid )

Dan minggu hadapan akan diadakan Program Perkemahan 4 Unit Beruniforam selama 2 hari di padang sekolah. Penyelaras aktiviti ini ialah Unit Tunas Remaja Sekolah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hanif Ibrahim.

Sibuk kan...siapa kata tugas guru ni ringan ringan saja. Sungguh sibuknya tugas guru tau!. Tetapi saya tegas nak katakan bahawa tugas Guru begitu murni bagi saya, sebab itu saya jadi seorang cikgu, yang sebenarnya cikgu yang masih memerlukan ilmu agar lebih mantap sebagai seorang guru.

Kepada semua penyokong saya di blog Pesona inilah antara gambar kenangan kami. Tengok ya.Tq.




Inilah juara Bercerita tahap 1 dan tahap 2
yang baju kuning cream tu Pengawas Pusat Sumber


 Ha yang ini peserta Deklamasi Sajak
Program Anti Dadah tau!
Pentas di dalam Pusat Sumber
 Bergambar bersama Penolong Kanan Hem dan
hakim Deklamasi Sajak
 Bergambar bersama PK HEM , PKKOM 
Pengerusi Pn. Piah guru pelatih dan pemenang
bercerita.

Kredit untuk Pusat Sumber
Cantik tak mini pentas deklamasi sajak ini.
sentuhan guru pelatih dan Etuza.

Bye2
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

8 Pesona Kata Hati Mereka: