Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan

Ahad, 2 Jun 2013

Mood Berblog Merundum TERUK...Minta Sepatah Kata Semangat

Assalamualaikum kepada semua
sahabat blogku..

Sudah lama tidak menjenguk blog ..
membuat sebarang entrypun tidak bermood
Rasanya ada juga masa terluang..
TETAPI bagaikan tiada selera menterjah blog ini...
Badai apa kini melanda..
Nak dikatakan MALAS tidak juga..
Sebab setiap hari pasti ada online..
membaca dan bersosial di FACEBOOK
Kadang mengarut dan komen-komen ke fb kawan..

Di manakah MOOD untuk berblog?
Ingin ku pegang semula, andai kutemuinya..
Entah dimana letaknya MOOD berblog itu..
Kepada sahabat blog yang mengerti..
Adakah ini petanda..
Kecundang menerpa ...
Tewas oleh arus masa berblog..
Kekurangan bahan berbisa..
Entry beraksi di alam maya...
Sedangkan petik jari..sekalian datang..
Datang idea membelasah minda..
Katakan apa saja pun boleh..

Tapi mood berblog memang ...
Hilang entah kemana..
Berilah sepatah kata semangat..
Berilah siraman kasih yang segar..
Agar MOOD berblog kembali NORMAL..
Separti blog lain  yang segar di udara maya..

Salam hormat untuk semua...
Harap ada MOOD menggamit emosi..
Akan hadir tinta etuza nantinya.

@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 20 April 2013

Pentas Bercerita Dan Pentas Anti Dadah Program Yang Sihat

   Terasa sibuknya bulan ini, macam-mcam program yang harus dilaksanakan, semuanya arahan dari pihak atasan yang menginginkan warga sekolah menjalankan aktiviti pengisian dari pelbagai program yang menjurus kepada penerapan nilai-nilai murni kepada warga pelajar di sekolah. Dan matlamatnya nanti adalah untuk membolehkan murid itu menghadap dunia kehidupan yang realiti serta masuk ke masyarakat yang sihat dari anasir dadah dan gejala sosial yang memudaratkan kesihatan dan merosakkan keamanan negara kita khasnya Negara Malaysia. 
Pelbagailah program yang diarah, tetapi sekolah saya telah menjalankan beberapa program itu pada bulan April minggu lalu dan minggu ini. Kelihatannya warga guru begitu sibuk masa itu, semetalahan murid yang menyertai serta yang tidak menyertainya sangat seronok dan terus memberi kerjasama. Begitu juga guru-guru pelatih dari IPGM cawangan Keningau. Kepada semua guru pelatih syabas! & tahniah kerana anda semua sangat- sangat memberi kerjasama dan menyenangi bidang pendidikan sebagai kerjaya anda suatu masa kelak.

Antara program yang telah berjaya dilaksanakan di sekolah saya ialah :-
1. Program Jejak Maklumat pada 10hb april dan 11hb April 2013 
    ( Penyelaras aktiviti ialah saya sendiri )
2. Pertandingan Bercerita anjuran Panitia Bahasa Malaysia 
    ( Pengerusi ialah Pn. Piah AK. Langit )
3. Pertandingan Deklamasi Sajak yang bertemakan Hidup Ceria Tanpa Dadah .
   ( Peyelaras aktiviti Pn. Juina Unggi di bawah Unit Hal Ehwal Murid )

Dan minggu hadapan akan diadakan Program Perkemahan 4 Unit Beruniforam selama 2 hari di padang sekolah. Penyelaras aktiviti ini ialah Unit Tunas Remaja Sekolah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hanif Ibrahim.

Sibuk kan...siapa kata tugas guru ni ringan ringan saja. Sungguh sibuknya tugas guru tau!. Tetapi saya tegas nak katakan bahawa tugas Guru begitu murni bagi saya, sebab itu saya jadi seorang cikgu, yang sebenarnya cikgu yang masih memerlukan ilmu agar lebih mantap sebagai seorang guru.

Kepada semua penyokong saya di blog Pesona inilah antara gambar kenangan kami. Tengok ya.Tq.




Inilah juara Bercerita tahap 1 dan tahap 2
yang baju kuning cream tu Pengawas Pusat Sumber


 Ha yang ini peserta Deklamasi Sajak
Program Anti Dadah tau!
Pentas di dalam Pusat Sumber
 Bergambar bersama Penolong Kanan Hem dan
hakim Deklamasi Sajak
 Bergambar bersama PK HEM , PKKOM 
Pengerusi Pn. Piah guru pelatih dan pemenang
bercerita.

Kredit untuk Pusat Sumber
Cantik tak mini pentas deklamasi sajak ini.
sentuhan guru pelatih dan Etuza.

Bye2
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Mac 2013

Dendam Itu Bara Api Yang Membakar Kedamaian

Budaya balas dendam mungkinkan tragedi 

berdarah Lahad Datu berulang: Ahmad Zahid

klik baca artikel ini sepenuhnya..


Untuk apa dendam mu...
Bukankah ramai nyawa yang terkorban
Oleh bara dendam mu...
Bukan kah kita seagama..
Yakni menghambakan diri
Hanya pada Allah yang kuasa...
Tidak takutkah kau pada..bara api..
Yang panasnya 99.9% panasnya...
Sungguh ngeri..dengan bau api..
Yang membara itu..kalaupun
Kau juta kilometer jauhnya..
Dari bara api itu di akhirat..
Kau akn sirna punah..ranah..

Lupakanlah dendam mu..
Lupakanlah rasa amarahmu..
Kerana dendam mu dan amarahmu itu
Bukan untuk kami genarasi Bumi Malaysia..
Patutkah ..apabila kau hisap madu..
Kau kecapi nikmat berbumi bernaung di sini..
Lalu kau muntahkan amarah hingga..
Korbankan nyawa panji - panji Negara..
Khianatkah kami padamu..
Kami usikkah istanamu itu..
Padahal sedari mula kami tidak tahu
Istanamu indah di sana..
Sayang dendam mu
Amarahmu
Akhirnya menjadi ..
Racun dalam kehidupanmu
Di dua benua..

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 10 Mac 2013

Bisikan Nurani Dari Blog Pesona Untukmu Pejuang Negara

Sajak : Majulah Halakan Langkahmu Jangan Berpaling

Majulah wahai perajurit negara
Halakan langkahmu jangan berpaling..
Hunuskan segala perisaimu..
Menghapus petualang di rimba..
Peluru yang tidak bermata itu..
Halakan..halakan dan halakan lah
Kerana di rimba itu ada ulat memijak..
Mendaki pagar sempadan keselamatan terancam..
Majulah wahai perajurit negara..
Teguhkan tekadmu seiring dengan doa kami
Doa sejagat seluruh rakyat Malaysia..
Agar sejahtera dan kau genggam kejayaan
Menumpaskan petualang itu..
Petualang durjana yang bertopengkan manusia..
Sedang hati busuk merampas hak..

Perajurit tanah air tercinta..
Budimu, jasamu dan pengorbananmu..
Hingga  darahmu menitis simbah bumi..
Kau tetap tidak berganjak berundur..
Demi Negara, demi kami rakyat Malaysia..
Sedang kami diulit mimpi..
Sedang lena dibuai angin malam..
Sedang terlena oleh nikmatnya malam
Kau di rimba berhujan dan berembun
Disiang hari kau berpanas...
Tanpa menarik tangan mengelap peluhmu..
Demi negara, demi kami bangsa Malaysia
Perajurit rela berkorban nyawa..
Kerana itu sumpahmu memayungi
Sebagai panji - panji negara
Yang berdiri di hadapan
Mempertahankan 
Kedaulatan Tanah Air 
Malaysia tercinta..

Gambar dari google

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 19 Disember 2012

PMR Penentu Kedudukan Akademik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PMR menunggu khabar berita


PMR ku tunggu khabar berita hari ini..
Ataupun ku tunggu lagi hingga esok hari
Dan aku takkan pernah putus asa menenti
Kerana ku tahu khabar PMR tetap ku ketahui..
Akan ku tahu nantinya..
Aku lihat nanti A,B dan C..
Tetapi aku tak sanggup kalau ku lihat D
Aku yakin kalau ada usaha 
Pasti ada hasil yang terbaik..
PMR penentu kedudukan akademik
Pada tahun 2013...
Semoga anakku dan friends2nya akan
beroleh kejayaan.

@hakcipta etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 12 Julai 2012

Subahanllah Ya Allah Syukran...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Subahanallah..

Ya Allah mudahkan urusan..
lapangkan dada kami...
Kuatkan emosi kami..
Berilah ruang waktu ..
Berilah kekuatan
Agar mampu menjana rezeki..
Agar mampu berusaha..
Agar mampu beroleh kejayaan
Rahamtilah rahmatilah rahmatilah..
Lindungi dari bala bencana..
Sejahtera atas redha dan berkatMu.
Amin ya rabbal alamin.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 9 Mei 2012

MAAFKAN ETUZA..KERANA..MASA AMAT LIMITED!

Maa
السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Saya selalu katakan masa itu terlalu cepat berlalu..
Saya selalu katakan masa itu amat limited demi ingatanku..
Saya selalu katakan masa bukan mengejar kita..
Tetapi kita yang bagaikan mengejar masa.

Saya selalu katakan maaf jika ada kata tersilap..
Saya selalu katakan tidak ada janji..
Hanya mampu mencuba dan mencuba..
Kalau ada rezeki kita berbicara di maya..
Bukti ada kehadiran maka ada komentar..
Jika ada yang belum terlawat..
Hanya kata ini mampu terucap..
M
A
A
F
K
A
N
E
T
U
Z
A.
Kerana saya hanya manusia biasa yang 
banyak kelemahan dan kekurangan.
Salam pagi rabu.
etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 15 Oktober 2011

SyrgaMU - Ungu



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




( masjid di Kg Manggis di Menumbuk Sabah)

Segala yg ada dalam hidupku
Ku sadari semua milikMu
Kuhanya hambaMu yg berlumur dosa
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai syurgamu
Terangiku dalam setiap 
Langkah hidupku
Kerana ku tahu hanya Kau Tuhanku

Allahhu akhbar Allah maha besar
Ku memujaMu di setiap waktu
Hanyalah padaMu tempatku berteduh
Ku memohon redha dan ampunanMu

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai syurgamu
Terangiku dalam setiap 
Langkah hidupku
Kerana ku tahu hanya Kau Tuhanku

Allahhu akhbar Allah maha besar
Ku memujaMu di setiap waktu
Hanyalah padaMu tempatku berteduh
Ku memohon redha dan ampunanMu
Allahhu akhbar Allah maha besar
Ku memujaMu di setiap waktu
Hanyalah padaMu tempatku berteduh
Ku memohon redha dan ampunanMu
Hooo hooo...

" Doaku pagi Sabtu 15hb Okt 11"

Tuhanku..aku hambaMu yang lemah, tiap langkah kaki dan tiap nafas juga denyut nadiku, adalah rahmatMu yang ku pinjam selagi aku Kau perlukan di BumiMu ini. Ya Allah ku mohon ampunan dariMu, ku mohon redahi tiap kata bicaraku, ku mohon padaMu ya Allah jangan aku menyakiti orang lain. Kerana aku tahu sebenar-benarnya azabMu teramat pedih atas balasan kepadaku kiranya aku berlumur dosa-dosa. Ya Allah tunjukilah aku jalan lurus terangilah tiap langkah hidupku. Bak kata sikap dan kata-kata tanpa sedar ada insan lain tersinggung dan merasa sakit melihat gayaku, sungguh ya Allah aku hambaMu yang tidak sempurna, ku mohon perelokkan sikapku dan tolonglah jagai mulutku dari mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah lalu ada insan lain merasa tidak senang. Dan semua rezki yang ada ku miliki adalah sumber dariMu jua. 
Amin ya rabbal alamin.

                     



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 8 Ogos 2011

Perlukah tidak bersyukur dengan anugerah BONUS sejumlah ini...semoga kita semua menafaatkan yang sedikit ini di hari raya...



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. 


Wahai Allah yang maha benar dan maha bijaksana...
Wahai Allah yang benar dan punyai semua kehebatan tanpa batasan dan had..
Sesungguhnya jelas dan nyata bahawa Engkau pasti memberikan kami rezeki..
Rezeki yang tidak pernah putus mengalir dan kami genggam..
Rezeki yang akan menjadi alat menjadikan jasad kami terus utuh berdiri di BumiMu ini..


Sedang kami tunaikan puasa al-mubaraq..
Sedang kami tunaikan amala-amalan muaakad...
Engkau ya Allah lantas menganugerahkan rezeki..
Rezeki di bulan ramadhan kiranya umpama..
Sungguh berbesar hati menerimanya..
Jika itulah  BONUS yang termaktub di lafazkan..
Akulah hambaMu yang antaranya megah menerima..
Walau aku tahu ada hambaMu seumpamaku meminta lebih berganda..
Pun ada sebegitu kutadahkan tapak tangan paling bersyukur kepadaMu..


Wahai Allah yang satu dan yang kudus..
Lihatlah hamparan bunga doa di jiwa ini..
Lihatlah tarian kata-kata mewangi untukMu..
Bahawa inilah tanda aku BERSYUKUR pada apa juga bentuk kudratMu..
Bahawa BONUS sejumlah itu mampu menjadi rimbunan kewangan kami..
Seandai saja ada karma  untuk membina jalinan ekonomi..
Maka yang sedikit itu akan menjana sedikit demi sedikit..
Pastinya dengan rahmat dan restuMu maka tertunai hasrat itu..
Dan sungguh kami memohon halalkan BONUS kami ini...


Syukran ya Allah..
Alhamdulillah ya Allah..
Terima kasih ya Allah..
Sungguh Engkau maha pemurah..
Syukur wahai ramadhan kami...


Dari kalbuku: Etuza. WWK


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 20 Jun 2010

Kasih Sayangku Tiada Pernah Berubah Untukmu Anak-Anakku Tersayang


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Kasih sayang ini
Tidak pernah berubah
Tidak pernah pudar
Tidak pernah kering oleh mentari
Tetap menitis menyirami kalbumu
Menyegarkan jiwamu
Membajai nalurimu
Agar engkau menjadi hambaNya
Yang berguna di dunia dan di akhirat
Mendakapmu semasa kecil
Itu kewajibanku
Kala remajamu dakapan itu
Bukan lagi kala lahirmu
Namun saat ini 
Dan sehingga bila-bila 
Kasih sayangku
Tidak pernah akan berubah
Mala kian tebal di nubari
Melihat kau seiring denganku
Bagaikan kita kini
Pasangan sahabat sejati.
Salam kasih sayang 
Untuk tujuh zuriat ku..
Menjadilah di kalangan 
HambaNya yang berakhlak mulia
Kepada lelaki yang ku panggil ayah
Maafkan diriku jika selama ini..
Tiada kebaikan yang aku lakukan untukmu
Selain lafaz doa agar ayah & ibu
 Sejahtera dan sihat walafiat hendaknya.

Sajak etuza
Selamat hari Bapa kepada yg bergelar abah.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 21 Mac 2010

Post penghargaan ikhlas kepada pengikut EWWK hingga 21.03.2010




Pengikut fasa 5 ( Jumlah Pengikut 230 Blogger )









































Pengikut fasa 4 guna template skin corner ( template sekarang )










































Pengikut fasa 3 guna template skin coner ( template sekarang)




Pengikut fasa 2 masih guna template flickr gebu




Pengikut seawal berbogger ( guna template flickr)



Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.
Apa khabar anda semua, perhatikan wajah andakah anda termasuk di dalam lingkungan blogger di dalam pengikut EtuzaWarna-WarnaKehidupan yang telah mula membina blog pada Ogos 2009.
Hingga kini bertarikh 21.3.2010 genaplah 230 pengikut EWWK ini.

Kepada semua pengikut EWWK selamilah puisi tidak seindah ini, lambang kasih sayang dan penghargaanku pada anda semua. Berkunjung ziarah kemudian mengikuti EWWK merupakan satu ANUGERAH yang sangat ISTEMEWA untuk saya selaku blogger kerdil. Saya merasakan satu getar ilusi yang sangat indah rasanya, pada saya inilah NIKMAT lazatnya menjalinkan ukuhuwa di alam maya. Sesungguhnya kita bagaikan berjiran di alam maya, saling menyapa dengan kalimah SALAM ALIKA , kita bersama dalam menuju iman dan taqwa, walaupun hanya dengan kata bicara tetapi rasa ini sangat beharga bagi saya. Maka kerana itu saya mengandaikan bahawa kehadiran anda memberi warna dan rasa keindahan dalam kehidupanku.

Akhir sekali terimalah puisi kerdil dari EWWK.

Sesekali berpaut pada ilusi masa
Halus bak angin sekelip cuma
Terkial genggam erat takut ketinggalan
Aduhai terlepas juga akhirnya
Biarpun eratku genggam temali masa
Hanya kesan disisakan
Di danau hati

Siapalah aku
Dalam mengejar ilusi masa yang amat halus
Seketika tenggelam oleh ledakan
Mendung hitam nan pekat gelita
Tercungap dan lesu
Sebegitu kerdil mempertaruhkan
Etuza warna-warna kehidupan
Memberi, menerima, mengamalkan
Semua yang terbaik dari insan blogger
Bersahutan melagukan dakwah
Bak menghampar kerlipan bintang
Di angkasa nan bebas
Biar rimbun bintang bersinaran
Tetap muncul sinar bintang paling ungul
Merantingkan kalimah bicara bak butir mutiara
Menyuluh jiwa iman bercahaya
Dan yang pasti bintang unggul itu
Bukan Etuza Warna Kehidupan

Syukur kehadrat Ilahi
Sesekali memberi aku mengenggam
Temali masa..menyinggah
Bak mengetuk pintu laman para maulana maya
Mengukir lah keunikan wajah di kalbuku
Menghampar begitu menggamit rasa
Percayalah terlalu aku menghargai
Sukar kugambarkan ilusi rasa ini
Hanya sekadar ku katakan
Bahawa
Wajah dan tinta anda
Telah mewarnakan hari-hari
Etuza Warna Kehidupan..


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini