Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harapan. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Ogos 2014

Tolong Saya Bantu Saya Kembalikan Setting Papan Pemuka Akaun Blog Pesona .Please


Tolong bantu etuza.
1. Bila etuza log in papan pemuka 
ini yang keluar. Tengok gambar.
ini yang terpapar


klik ke dua kali hanya catatatn dan
tetapan ja keluar.
Biasa banyak item di ruang ini.
Tapi ini hanya dua ja..terpaksa
lah etuza klik bahagian tetapan
dah klik...
tengok bukti tu..


Bila klik tetapan
hahahah lucu la ini lah pula yang keluar
blog papan pemuka macam ini
tak ada apa dapat dibuat..
semua tak ada..
hanya terus klik catatan baru..
Nak tanya 
bahagian email tu dilumpuhkan ka..

Inilah akibat hampir setahun saya tak berblog
sibuk sangat ni lah jadi..
lupa semua..
bila klik2 
ha hilang semua
kan dah sediri terkena..

Boleh tolong saya..


Sudilah kongsi ilmu
buat entry khas untuk kesilapan ini
pasti ramai nak tahu.

Terima kasih ya..

Hakcipta@etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Setting Papan Pemuka Bagaimana Nak Kembalikan Ke Akaun Blog


Assalamualaikum semua sahabat maya.
Sudah beberapa hari etuza rasa sunyi dalam blog Pesona ini.
Untuk pengetahuan sahabat blogger, butiran seperti
semua dalam tetapan saya tak jumpa 
bila klik tetapan.

*Gambaran keseluruhan
*Ulasan
*google+
*Statistik
*Tamplate
*Reka letak
*Asas
*lain-lain

Ini lah yang saya tak jumpa dalam papan pemuka blog saya tu.
Agaknya macamana nak kembalikan paparan setting ini?
Adakah yang boleh bantu buat entry !
Apa yang perlu saya buat ya..
Mohon kongsi kan ilmu, saya percaya ada hikmah dan hanya Allah mampu membalas budi.
Tolong ya pada sesiapa yang sudi.
 Terima kasih.

hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 21 Ogos 2014

Mujur Masih Boleh Buat n3

Sebelum nak berlalu, buat n3 simple saja 
petang ini. Nak release tension ..sebab 
dah berhari-hari asyik gagal nak setting 
papan pemuka blog Pesona, blog biasa
yang saya sayang ini. Macamana jadi sayang
blog ni! hanya yang jiwa blogger
dan jiwa dia hidup dengan normal ja yang tahu.
hehehehe... 


Saya terkedu-kedu..entah kemana hilangnya
paparan semua dalam ruang tetapan dalam
blog pesona. Hanya apabila etuza klik
GOOGLE + tu, dan tertekan tanpa sengaja
bahagian kebenaran urus akaun blog,
daripada pentadbir ke pengarang.
Ya robbi hilang semua item-item
dalam tetapan itu, yang tinggal hanya ini:-
1. catatan
2. tetapan 
manakala yang lain masih menyorok.
Hummm!! bila ada GOOGLE + ( Plus ) 
etuza rasa banyak benda yang menjadikan kita
blur lah tak faham, serius etuza tak faham
dengan cara dan nak tekan mana patut.
Walhal arahan dalam Bahasa Melayu.
Hahaha..patuilah ramai gagal Bahasa Malaysia
dalam peperiksaan. Susah jg, orang kata
dah biasa arahan Bahasa Inggeris.

Lastly kridit kepada blog sahabat maya 
etuza.Baiknya hati mereka ni..
klik ni ya..


dan juga blog Che Rose..dengan
mereka ada saya mohon bantuan secara 
maya..


Ha klik lah blog hebat ni. Ada ilmu..
inilah hasil antaranya bila berbelog..ramai kawan tau!

hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 19 Ogos 2014

Mohon Memohon Maaf - Sungguh-Sungguh Memohon Maaf


Saya insan biasa...biasa biasa saja..
Banyak perkara blog saya masih tak tahu..
Pun asas berbelog itu alhamdulillah ada lah sikit..

Hari ini ada setting lari dalam blog saya
Blog Tema Pesona pada header
Tetapi sebenarnya tak ada pesona pun blog saya ni
Saja tampal pesona tu..
Sebab saya ibaratkan kehidupan ini 
Penuh dengan warna warni
Pahit dan manis..

Wahai teman bloggers ..
Sebenarnya pilu hatiku rawan sekali..
Apabila setiap kali saya 
Mahu tulis pada ruang ulasan atau komen
pada blog saya ni ..saya seolah 
dihalang langsung tak boleh komen..

Saya begitu hiba bia saya mendapati
Dalam Dashboard setting saya
perkataan ULASAN itu tidak ada..
Dan kemudian item seperti GAMBARAN KESELURUHAN
STATISTIK, KEMPEN dan yang lain tidak ada
baru berlaku..
Saya keliru sangat..
Saya tidak faham bagaimana hendak
mencari item item itu.

Teman bloggersku..tanpa komen
dalam ruangan blog saya ni
umpama ada cacat cela sesebuah blog.

Adakah yang sudi membantu etuza.
Maklumlah saya sayang sangat blog saya ini.

Kepada pihak pentadbir geogle saya mohon 
terima kasih selama ini atas bantuan
capaian yang diberi.

Sudi kah tolong ...

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Baju Batik Malaysia Tak Jemu Mata Memandang - Lihat Corak Batik!

Baju batik Malaysia dulunya selalu dipakai
pada hari Jumaat jika di Bandar Keningau.
Tetapi diubah dipakai oleh seluruh kakitangan
kerajaan di Keningau pada ghari khamis.
Etuza tidak ketinggalan menempah baju batik,
kain batik ela dan ini lah antaranya batik etuza.

Kongsi sikit! gambar ni etuza dinobatkan sebagai
guru penyayang di sekolah etuza sempena 
Majlis Rasmi Hari Guru Bulan Mei 2013.


Ini baju batik the lates etuza 2014
baru, gambar ni di majlis Hari Raya 
di sekolah etuza baru-baru ini.


 Menerima cenderahati sebagai
guru penyayang sempena hari guru 2013.
Imbasan kenangan indah.
Ini ketika etuza hadir di majlis rasmi hari guru
Zon Pegalan di Hotel Perkasa Keningau.
Baju batik ini seolah paling saya suka coraknya
unik sangat, tak luntur hingga sekarang..
Hummm !!! batik memang bagus dipakai.


Ini baju batik etuza versi 2009 hingga 2010
kini baju batik biru  tu telah etuza sedekahkan
 kepada bapa mertua etuza. Dah lama sangat
tak dipakai..
tak apa bagi kat dia..

 


Sesiapa yang memiliki baju batik
dia bagaikan mencintai Malaysia
kerana baju batik ni buatan Negara kita sendiri.

Jom memakai baju batik ketika 
majlis rasmi dan pada setiap hari khamis di Keningau.

Hakcipta@etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 18 Ogos 2014

Sejarah Negara Esok Pelancaran Sambutan Bulan Merdeka Oleh PM

Inilah Logo Kemerdekaan 2014
Untuk Lebih lanjut dan jelas makna logo ini anda diminta klik
KEMAMAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menyampaikan amanat penting pada pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Perdana Menteri dijangka menyampaikan satu amanat penting esok dan ia berkaitan dengan sambutan kemerdekaan serta beberapa perkara yang berlaku kepada negara baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah tamah peringkat Parlimen Kemaman di sini, hari ini.
Beliau berkata, kira-kira 20,000 orang termasuk penjawat awam akan menghadiri majlis itu.
Ucapan Etuza Blogger Sabah
Kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Kibarkan jalur gemilang dan laungkan merdeka merdeka merdeka, merdeka dari segenap perasaan yang membunuh kedamaian merosakkan kebahagiaan kita bernegara. Mohon kepada Allah agar kita tetap bersatu dalam payung negara Malaysia kita yang aman dan damai. Kemerdekaan yang sebenar apabila kita rela berkorban demi negara, agama dan bangsa. Hidup Malaysiaku tercinta. Selamat menyambut bulan merdeka dari Blog Pesona Etuza 2014. Kepada sahabat blogger etuza ucapkan teruskan berkarya, kerana kita adalah antara aset yang menyumbang informasi yang menyihatkan minda kepada ramai rakyat Negara Malaysia. Hidup Blogger demi khazana dan warisan untuk genarasi akan datang.
Hakcipta@etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 17 Ogos 2014

Kesihatan Jangan Dipandang Remeh

Kenyataan ini sedap dibaca senang didengar. Seandainya 
benar Rakyat Jelata Malaysia harus bersyukur dan berbangga
kerana tahap kesihatan rakyat Malaysia
masih ditahap terpelihara.
"Denggi masalah utama kita, tiada Ebola setakat ini" Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Dengan harapan Negara kita Malaysia masih Selamat Dari Ebola.
Marilah kita
berdoa memohon dijauhi penyakit Ebola.
Kerana penyakit ini lebih teruk dari SARS.


Kenyataan ini disuarakan oleh Datuk Seri Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia.

Tetapi sewajarnya langkah menjaga kesihatan
setiap  masa harus dipertahankan dan jangan 
dipandang remeh. Usaha berterusan
dari semua pihak juga semua individu 
harus diambil demi membendung gejala
penyakit yang mengancam kesihatan
ramai orang.

Terima kasih kepada blogger 
Hasliynsa Umairah atas sebaran maklumat
yang mengundang kegembiraan kepada ramai
masyarakat di Malaysia amnya.
Klik blog ini untuk kepastian kita semua.


Hakcipta@etu



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Ogos 2014

Misi Ke Osaka Jepun Siri 3 ( Pesona Bunga- Bungaan Di Osaka Jepun )

Kali ini misi di Osaka Jepun Siri 3 muncul lagi hanya di Blog Pesona Etuza. Sesiapa yang tidak berkesempatan melayari internet dan tidak singgah di blog Pesona rasanya kali ini agak rugi kerana tidak akan dapat melihat pesona bunga-bungaaan di Osaka Jepun. Hummm!! cara kita di Malaysia dan cara di Jepun menjaga dan membuat penjagaan bunga-bungaan tidak sama sebenarnya.

Etuza bersama team pelancongan di osaka pada bulan Mei 2014 telah memberikan satu pengalaman luarbiasa kepada etuza sebenarnya. Mimpi menjadi realiti. Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang terindah dalam kamus hidup etuza. Banyak yang saya lihat di sana, memang tiap negara itu ada kelebihan dan ada juga kelemahannya. Etuza tengok Jepun biar di mana kita berada kita akan lihat rumah yang dibina amat cantik dan menarik coraknya. Bertambah menarik lagi rumah-rumah kecil itu pada ruang hadapan rumah itu dihiasi dengan bunga-bungaan yang amat unik dan sangat cantik.

Etuza ada terdengar dari pemandu pelancongan di Osaka Jepun menyatakan bahawa Jepun ni dalam sebuah pulau dikelilingi lautan biru. Negara Jepun kurang tumbuhan atau pokok-pokok seperti di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tumbuhan siap lagi dengan adanya hutan simpan di Malaysia. Sebab itu masyarakat Jepun sepakat dan satu hati menjaga tumbuhan di mana-mana sekalipun bunga itu di tanam di bandar besar Osaka akan mereka tanam dan mereka jaga bunga-bungaan itu demi tujuan menambahkan oksigen atau udara segar di Osaka Jepun. Owa...macam tu rupanya. Sungguh cantik bunga-bungaan di Jepun. Ok layan tengok dan klik lah tiap satu gambar bunga-bungaan di Osaka Jepun yang sempat etuza rakamkan. Khas untuk anda.

Gambar 1: Etuza ambil depan sebuah rumah orang Jepun di Kyoto
Kawasan ini merupakan tempat Ibu Kota Jepun pada masa dahulu.
Ketika perjalanan kami menuju ke Bambo Garden gambar ini 
etuza ambil kerana depn rumah ini unik dengan bunga-bunga yang
dihias cantik dijaga rapi pula tu.Nampak kan 
pelbagai bunga yang ada.


ini semua gambar bunga di tepi2 rumah orang Jepun. Betapa rajin mereka menjaga bunga2an ini.
Ini juga gambar etuza di depan sebuah rumah orang Jepun. Hebat ni ..

Ini bunga2 segar sepanjang jalan..sebutir sampah pun tak ada etuza jumpa. Hebat contoh terbaik untuk
rakyat Malaysia iaitu jangan membuang sampah sesuka hati.

Ini bunga hidup dah dipetik dan dijual di Shoping Market di Osaka Jepun. Cantik2..lawa2 semua


Bunga Ros Merah..


Ini gambar di luar sebuah restoran di Osaka Jepun. Masa ini agak kuat angin bertiup rasa segar 
nafas lega segar sekali..






Huhuuuu Paling Cantik rekabentuk bunga semulajadi ini..
Malaysia boleh buat macam ini..

 Ini bunga rose..benar2 cantik..Subahanallah


Semoga gembira berkongsi Misi Di Osaka siri 3 
dari Blog Pesona Etuza.

Hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

"Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse"

Wow!! Segmen yang sangat menarik
Terus etuza join dengan hati terbuka.
Memang lama sangat tak join segmen..
nampak banner tingkat kan trafik blog 
etuza teruja juga sama seperti blogger lain..
nak seo meningkat.Jom Join!!!
cepat = cepat selagi di buka
dan dipelawa..oleh
Irsya Klik 

Segmen Tingkatkan Trafik Blog By Irsyahealthyhouse.blogspot.com

Syarat Penyertaan yang mudah dan simple sahaja :

1) Copy gambar di atas dan letakkan dalam entry blog anda.
2) Buat satu entry bertajuk "Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse"
3) Wajiblah follow blog saya ni *meramaikan lagi kawan blogger
4) Gambar yang anda copy tadi wajib backlink ke blog ini.entry segmen ini.
5) Tinggalkan link entry anda dalam kotak komen dibawah.
6) Peserta segmen haruslah blogwalking ke blog peserta lain.

dan sebagai ganjarannya,TOP REFERRAL akan saya masukkan dalam bloglist.
Maka, marilah beramai-ramai promote segmen ini yer ^_^
Dan secara tak langsung trafik blog dan follower anda pon meningkat.
inshaallah...

SEGMEN SEHINGGA 26 OGOS 2014

Sebelum posting n3 ini etuza nak beritahu bahawa 
blog pertama LISTBLOG dikeluarkan di blog Pesona
siapa sudi boleh klik apa ada dalam blog ini.
Saya mohon maaf pada pemilik blog ini
Kemudian lihat blog yang baru masuk LISTBLOG
etuza yang baru ..ha ini dia..Irsya Klik di atas.
Sudah 3 tahun tidak update dengan kata yang lebih
jelas BLOGGER tidak aktif lagi.

hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 15 Ogos 2014

Awas Kena Sapu - Sila Ambil Tindakan

Sesiapa ada blog memang tidak dikatakan mesra maya jika tidak ada link blog lain ke blog milik dia. Demikian juga pemilik blog Pesona Etuza Warna Kehidupan, ada memiliki beberapa kumpulan listblog.


Persoalannya sekarang dalam link list blog etuza itu ada yang sudah mencapai 3 tahun tak update. Dalam minda etuza baik berikan peluang kepada yang aktif berblog letak blog mereka sebagai listblog baru etuza ni. 

Kepada kawan blogger yang masih belum disapu bersih cepat-cepat update blog ya, seperti etuza sudah kembali aktif kerana blog saya ini saya sayangi dan saya sukai.

Kepada blogger yang kemungkinan akan ditiadakan dalam list blog etuza terlebih dahulu etuza memohon maaf kerana terpaksa bertindak memberi peluang kepada yang aktif sebagai listblog baru etuza. Semoga persahabatan kita sebagai blogger masih terjalin utuh.

Cuba anda skrol ke bawah listblog etuza ini
ada yang dah 3 tahun tak update, kita tertanya 
juga kemana agaknya mereka ni.
Tak apa ada yang lama mesti ada blog baru
tetapi tetap hargai yang lama.
Pengalaman mereka berblog bagi yang 
dah lama berblog adalah lebih luarniasa.
matang dan lebih diterima oleh masyarakat.
Terima kasih.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Cabaran 6 Hari Dibulan Syawal


Pertama sekali saya panjatkan syukur ke hadrat Allah.
Kerana dengan kurniaNya kita sempat juga berada di bulan Syawal.
Seperti biasa setiap menjelang bulan Syawal selepas Ramadhan,
kita akan fikirkan dan mengira bila masanya kita 
jalankan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal.

Sebagai hambaNya yang mendambakan kasih Allah,
sedaya upaya kita mengatur masa sebijaknya bagi
menunaikan puasa 6 Syawal yang sangat dituntut ini.
Banyak infor mengenai fadilat puasa 6 Syawal.
Antaranya jika dilaksanakan berturut-turut selama 6 hari
pahala ialah kita diumpamakan berpuasa selama setahun,
dan kita dikurniakan rahmat yang lain jika kita berjaya
menyahut cabaran puasa 6 Syawal.

Alhamdulillah tahun ini saya berjaya 
menyahut cabaran ini. Memang banyak perit
yang di lalui. Di khalayak ramai kiri kanan
kita melihat ramai yang tak puasa. Inilah antara cabarannya.
Kadangkala kita dijemput ke majlis raya terbuka mereka.
Kita terpaksa hormat dan memberitahu kita sedang berpuasa.
Hari ini saya jalankan puasa ada dua undangan yang
saya tak dapat bersama. Terima kasih kepada yang 
mengundang, tetapi ketaatan kepadaNya mendorong
saya utamakan dahulu 6 puasa di bulan syawal.

Kepada yang berpuasa 6 syawal seperti saya
kuatkan azam dan tabahkan hati.
InshaAllah akan selesai juga akhirnya.

Selamat berpuasa 6 di bulan syawal.

Hakcipta@etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 12 Ogos 2014

Mohon Sampai Di JannahMu. ( Sedangkan Lidah Lagi Tergigit )

Asalamualaikum..klik pada url blog ini,
anda akan mengenali wajah blogger Malaysia
yang berasal dari Sabah.Wajahnya tenang
dan penuh keikhlasan dalam menyalurkan informasi
untuk tetapan kita semua.
Wajah kita milik kita yakni kurnia Allah
Hargai wajah syukuri wajah kita..
Biar bagaimana rupa kita, kita kena syukuri..
kerana jika anda tidak menyenangi wajah anda
anda tergolong sebagai hambaNya yang tidak bersyukur...
Syukurilah apa yang ada kerana apa yang kita ada
adalah anugerah Allah.
Wallahualam..


Gambar ketika zaman bercinta..
Gambar ini hampir musnah..
dek kerana tangan anak-anak
ketika mereka masih kanak-kanak
mujur segera saya sedar untuk 
menyelamatkannya. 
Di arena blog kelihatan inilah
rupa selepas di ambil semula oleh Canon Etuza.

Ya Allah Kasih kami Mohon Biar Sampai Di JannahMu. Amin.

Wajah kami tahun 1991 


Gambar ke 2 tahun 2014
ketika stay di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu.


Gambar ke 3 Ogos 2014


Gambar ke 4 2013 
( Post kami untuk dimuatkan dalam Majalah Club ELKEN)

Gambar ke 5 2014
Ketika kami stay di Hotel Zara Kota Kinabalu



Gambar ke 6. 2014 Saling memohon ampun
di hari lebaran tahun ini.


Gambar ke 7. 2013 Kami di minta
untuk post untuk dimuatkan ke dalam Majalah Club Elken.


Alhamdulillah...selamat berbahagia bersama pasangan anda masing-masing.

Hakcipta@etuza








Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 9 Ogos 2014

Layar Kehidupan & Merantau Satu Hikmah Kehidupan.

Perkenalkan sebuah blog baru yang saya jumpai seketika lalu.
Nampak Follow masih angka sa terus saya berminat nak bantu 
promot kan blog ini di alam maya. Jomm terjah dan follow of course 
kita baca informasi blog ini. Sama-sama kita berkerjasama. 

Perkenalkan Putera Etuza 

Ibubapa mana yang tak mahu melihat anak-anak
berjaya dalam kehidupan ini.
Sepatut putera saya ini masih terus belajar di 
tingkatan enam atas.
Apa kan daya kemahuan dia nak masuk 
kursus Diploma Farmasi.
Tempatnya jauh naik flight...nun di Kota Baharu, Kelantan.
Sebagai ayah mana baik untuk anak bagi lah dia peluang.
First time berpisah terasa sangat berdebar dan rasa
kehilangan seketika.
Bukan apa - apa tetapi terbayang boleh kah
dia mengurus diri. Segera saya fikirkan secara positif
dia boleh berdikari mengurus diri kerana membesar
di asrama sejak tingkatan 1 - tingkatan lima.
Hanya mampu berdoa dan terus berdoa 
mengiringi kejayaan putera saya ini.


Ini lah ibu anak saya ni, saya tahu dia amat-amat sayang 
dengan putera pertama kami ini. Tiap hari dia cal dan
mesej " Jaga solat, jaga diri, betulkan niat dan
selalu lah ingat ibu dan ayah serta adik-adik"
" Minta usah terpedaya pada gejala sosial yang tak elok"
" Mohon pada Allah selamatkan putera kami, rahmati dia
dan berilah dia peluang untuk mengenggam segulung
diploma dengan point yang tinggi"
Amin ya rabbal alamin.

Ini lembaian terakhir dan senyuman akhir putera
saya kerana nak naik flight dah bersama kawan sekursus
Yasin namanya. Saya ada pesan keduanya agar
study bersama dan buat betul betul. Menurut putera
saya Yasin kawannya itu SPM result 6 A.Hebat tu.


Kenangan bersama adik - adik dan ibu dia di Airport 
Kota Kinabalu, Sabah.

Ini seangkatan dengan putera saya ambil diploma
farmasi. Happy ja...tapi ada seorang gadis tu
mengusik putera saya. Maklumlah kami first time
berpisah jauh. Jauh tu Kota Baharu.
Payah nak lawat hanya dapat berkomunikasi
menggunakan handphone.
Menjadi kebiasaan saya sebagai ayah
peluk anak-anak ketika pergi asrama.
Bukan anak manja tetapi sebagai ayah
itulah perlakuan terbaik menangi hati anak-
anak.
Saya harap anda bersetuju dengan etuza.

Ok entry berakhir. Baru tadi putera saya
cal ibu dia menyatakan sampai dah di
Kota Baharu, Kelantan.
Syukran Alhamdulillah.

hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini