Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Ceritaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritaku. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Ogos 2014

Tolong Saya Bantu Saya Kembalikan Setting Papan Pemuka Akaun Blog Pesona .Please


Tolong bantu etuza.
1. Bila etuza log in papan pemuka 
ini yang keluar. Tengok gambar.
ini yang terpapar


klik ke dua kali hanya catatatn dan
tetapan ja keluar.
Biasa banyak item di ruang ini.
Tapi ini hanya dua ja..terpaksa
lah etuza klik bahagian tetapan
dah klik...
tengok bukti tu..


Bila klik tetapan
hahahah lucu la ini lah pula yang keluar
blog papan pemuka macam ini
tak ada apa dapat dibuat..
semua tak ada..
hanya terus klik catatan baru..
Nak tanya 
bahagian email tu dilumpuhkan ka..

Inilah akibat hampir setahun saya tak berblog
sibuk sangat ni lah jadi..
lupa semua..
bila klik2 
ha hilang semua
kan dah sediri terkena..

Boleh tolong saya..


Sudilah kongsi ilmu
buat entry khas untuk kesilapan ini
pasti ramai nak tahu.

Terima kasih ya..

Hakcipta@etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 21 Ogos 2014

Mujur Masih Boleh Buat n3

Sebelum nak berlalu, buat n3 simple saja 
petang ini. Nak release tension ..sebab 
dah berhari-hari asyik gagal nak setting 
papan pemuka blog Pesona, blog biasa
yang saya sayang ini. Macamana jadi sayang
blog ni! hanya yang jiwa blogger
dan jiwa dia hidup dengan normal ja yang tahu.
hehehehe... 


Saya terkedu-kedu..entah kemana hilangnya
paparan semua dalam ruang tetapan dalam
blog pesona. Hanya apabila etuza klik
GOOGLE + tu, dan tertekan tanpa sengaja
bahagian kebenaran urus akaun blog,
daripada pentadbir ke pengarang.
Ya robbi hilang semua item-item
dalam tetapan itu, yang tinggal hanya ini:-
1. catatan
2. tetapan 
manakala yang lain masih menyorok.
Hummm!! bila ada GOOGLE + ( Plus ) 
etuza rasa banyak benda yang menjadikan kita
blur lah tak faham, serius etuza tak faham
dengan cara dan nak tekan mana patut.
Walhal arahan dalam Bahasa Melayu.
Hahaha..patuilah ramai gagal Bahasa Malaysia
dalam peperiksaan. Susah jg, orang kata
dah biasa arahan Bahasa Inggeris.

Lastly kridit kepada blog sahabat maya 
etuza.Baiknya hati mereka ni..
klik ni ya..


dan juga blog Che Rose..dengan
mereka ada saya mohon bantuan secara 
maya..


Ha klik lah blog hebat ni. Ada ilmu..
inilah hasil antaranya bila berbelog..ramai kawan tau!

hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 19 Ogos 2014

Mohon Memohon Maaf - Sungguh-Sungguh Memohon Maaf


Saya insan biasa...biasa biasa saja..
Banyak perkara blog saya masih tak tahu..
Pun asas berbelog itu alhamdulillah ada lah sikit..

Hari ini ada setting lari dalam blog saya
Blog Tema Pesona pada header
Tetapi sebenarnya tak ada pesona pun blog saya ni
Saja tampal pesona tu..
Sebab saya ibaratkan kehidupan ini 
Penuh dengan warna warni
Pahit dan manis..

Wahai teman bloggers ..
Sebenarnya pilu hatiku rawan sekali..
Apabila setiap kali saya 
Mahu tulis pada ruang ulasan atau komen
pada blog saya ni ..saya seolah 
dihalang langsung tak boleh komen..

Saya begitu hiba bia saya mendapati
Dalam Dashboard setting saya
perkataan ULASAN itu tidak ada..
Dan kemudian item seperti GAMBARAN KESELURUHAN
STATISTIK, KEMPEN dan yang lain tidak ada
baru berlaku..
Saya keliru sangat..
Saya tidak faham bagaimana hendak
mencari item item itu.

Teman bloggersku..tanpa komen
dalam ruangan blog saya ni
umpama ada cacat cela sesebuah blog.

Adakah yang sudi membantu etuza.
Maklumlah saya sayang sangat blog saya ini.

Kepada pihak pentadbir geogle saya mohon 
terima kasih selama ini atas bantuan
capaian yang diberi.

Sudi kah tolong ...

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Baju Batik Malaysia Tak Jemu Mata Memandang - Lihat Corak Batik!

Baju batik Malaysia dulunya selalu dipakai
pada hari Jumaat jika di Bandar Keningau.
Tetapi diubah dipakai oleh seluruh kakitangan
kerajaan di Keningau pada ghari khamis.
Etuza tidak ketinggalan menempah baju batik,
kain batik ela dan ini lah antaranya batik etuza.

Kongsi sikit! gambar ni etuza dinobatkan sebagai
guru penyayang di sekolah etuza sempena 
Majlis Rasmi Hari Guru Bulan Mei 2013.


Ini baju batik the lates etuza 2014
baru, gambar ni di majlis Hari Raya 
di sekolah etuza baru-baru ini.


 Menerima cenderahati sebagai
guru penyayang sempena hari guru 2013.
Imbasan kenangan indah.
Ini ketika etuza hadir di majlis rasmi hari guru
Zon Pegalan di Hotel Perkasa Keningau.
Baju batik ini seolah paling saya suka coraknya
unik sangat, tak luntur hingga sekarang..
Hummm !!! batik memang bagus dipakai.


Ini baju batik etuza versi 2009 hingga 2010
kini baju batik biru  tu telah etuza sedekahkan
 kepada bapa mertua etuza. Dah lama sangat
tak dipakai..
tak apa bagi kat dia..

 


Sesiapa yang memiliki baju batik
dia bagaikan mencintai Malaysia
kerana baju batik ni buatan Negara kita sendiri.

Jom memakai baju batik ketika 
majlis rasmi dan pada setiap hari khamis di Keningau.

Hakcipta@etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Ogos 2014

Misi Ke Osaka Jepun Siri 3 ( Pesona Bunga- Bungaan Di Osaka Jepun )

Kali ini misi di Osaka Jepun Siri 3 muncul lagi hanya di Blog Pesona Etuza. Sesiapa yang tidak berkesempatan melayari internet dan tidak singgah di blog Pesona rasanya kali ini agak rugi kerana tidak akan dapat melihat pesona bunga-bungaaan di Osaka Jepun. Hummm!! cara kita di Malaysia dan cara di Jepun menjaga dan membuat penjagaan bunga-bungaan tidak sama sebenarnya.

Etuza bersama team pelancongan di osaka pada bulan Mei 2014 telah memberikan satu pengalaman luarbiasa kepada etuza sebenarnya. Mimpi menjadi realiti. Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang terindah dalam kamus hidup etuza. Banyak yang saya lihat di sana, memang tiap negara itu ada kelebihan dan ada juga kelemahannya. Etuza tengok Jepun biar di mana kita berada kita akan lihat rumah yang dibina amat cantik dan menarik coraknya. Bertambah menarik lagi rumah-rumah kecil itu pada ruang hadapan rumah itu dihiasi dengan bunga-bungaan yang amat unik dan sangat cantik.

Etuza ada terdengar dari pemandu pelancongan di Osaka Jepun menyatakan bahawa Jepun ni dalam sebuah pulau dikelilingi lautan biru. Negara Jepun kurang tumbuhan atau pokok-pokok seperti di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tumbuhan siap lagi dengan adanya hutan simpan di Malaysia. Sebab itu masyarakat Jepun sepakat dan satu hati menjaga tumbuhan di mana-mana sekalipun bunga itu di tanam di bandar besar Osaka akan mereka tanam dan mereka jaga bunga-bungaan itu demi tujuan menambahkan oksigen atau udara segar di Osaka Jepun. Owa...macam tu rupanya. Sungguh cantik bunga-bungaan di Jepun. Ok layan tengok dan klik lah tiap satu gambar bunga-bungaan di Osaka Jepun yang sempat etuza rakamkan. Khas untuk anda.

Gambar 1: Etuza ambil depan sebuah rumah orang Jepun di Kyoto
Kawasan ini merupakan tempat Ibu Kota Jepun pada masa dahulu.
Ketika perjalanan kami menuju ke Bambo Garden gambar ini 
etuza ambil kerana depn rumah ini unik dengan bunga-bunga yang
dihias cantik dijaga rapi pula tu.Nampak kan 
pelbagai bunga yang ada.


ini semua gambar bunga di tepi2 rumah orang Jepun. Betapa rajin mereka menjaga bunga2an ini.
Ini juga gambar etuza di depan sebuah rumah orang Jepun. Hebat ni ..

Ini bunga2 segar sepanjang jalan..sebutir sampah pun tak ada etuza jumpa. Hebat contoh terbaik untuk
rakyat Malaysia iaitu jangan membuang sampah sesuka hati.

Ini bunga hidup dah dipetik dan dijual di Shoping Market di Osaka Jepun. Cantik2..lawa2 semua


Bunga Ros Merah..


Ini gambar di luar sebuah restoran di Osaka Jepun. Masa ini agak kuat angin bertiup rasa segar 
nafas lega segar sekali..






Huhuuuu Paling Cantik rekabentuk bunga semulajadi ini..
Malaysia boleh buat macam ini..

 Ini bunga rose..benar2 cantik..Subahanallah


Semoga gembira berkongsi Misi Di Osaka siri 3 
dari Blog Pesona Etuza.

Hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 15 Ogos 2014

Cabaran 6 Hari Dibulan Syawal


Pertama sekali saya panjatkan syukur ke hadrat Allah.
Kerana dengan kurniaNya kita sempat juga berada di bulan Syawal.
Seperti biasa setiap menjelang bulan Syawal selepas Ramadhan,
kita akan fikirkan dan mengira bila masanya kita 
jalankan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal.

Sebagai hambaNya yang mendambakan kasih Allah,
sedaya upaya kita mengatur masa sebijaknya bagi
menunaikan puasa 6 Syawal yang sangat dituntut ini.
Banyak infor mengenai fadilat puasa 6 Syawal.
Antaranya jika dilaksanakan berturut-turut selama 6 hari
pahala ialah kita diumpamakan berpuasa selama setahun,
dan kita dikurniakan rahmat yang lain jika kita berjaya
menyahut cabaran puasa 6 Syawal.

Alhamdulillah tahun ini saya berjaya 
menyahut cabaran ini. Memang banyak perit
yang di lalui. Di khalayak ramai kiri kanan
kita melihat ramai yang tak puasa. Inilah antara cabarannya.
Kadangkala kita dijemput ke majlis raya terbuka mereka.
Kita terpaksa hormat dan memberitahu kita sedang berpuasa.
Hari ini saya jalankan puasa ada dua undangan yang
saya tak dapat bersama. Terima kasih kepada yang 
mengundang, tetapi ketaatan kepadaNya mendorong
saya utamakan dahulu 6 puasa di bulan syawal.

Kepada yang berpuasa 6 syawal seperti saya
kuatkan azam dan tabahkan hati.
InshaAllah akan selesai juga akhirnya.

Selamat berpuasa 6 di bulan syawal.

Hakcipta@etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 14 Ogos 2014

Masih Bahang Raya - Bertambah Meriah Tapi Puasa 6 Syawal Harap Sempurnakan

Klik pada url Segmen Pesona Blog jika yg berminat
tarikh tutup pada 20hb Ogos 2014
InshaAllah pasti ada sesuatu yang menarik 
dari segmen idea etuza ini.
Selaku tuan tanah saya tetap promosikan 
segmen ini.
Dan saya jujur nak bagitahu rupanya
bukan mudah nak buat segmen ni..
kena jujur dan ikhlas, bukan nak main-main 
dan bukan ada tujuan lain selain 
ingin menambahkan kenalan sesama blogger Malaysia 
dan terpenting terjalin persaudaraan persahabatan
sesama Islam sesama para Blogger Malaysia.
Jadi usah malu sila lah klik ya.TQvm


Sekolah etuza mengadakan majlis hari raya 
secara besar-besaran bersama murid dari kelas
tahun 1 hingga kelas tahun 6 pada kelmarin
bersamaan tarikh dalam backdrop di bawah tu,
meriah sangat, selain berbagai juadah di sajikan.
Kalau tak percaya klik2 lah ya..agar lebih jelas.






Kadang kala sebagai juru gambar, nyaris2 saya tidak ada
gambar melainkan saya minta kawan-kawan klik 
canon ke arah saya. Nah ini saja sempat
diperlihatkan.Etuza bersama Penolong Kanan
HEM SKPK


Isteri etuza juga sempat pose bersama Ustazah Rupiyah
Jusri. Hummmm Meriahnya raya..
bertambah meriah lagi lah pula
sedangkan syawal dan kian berlabu.
Apapun hari raya di bulan syawal selama sebulan.

Selamat hari raya maaf zahir batin.

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 12 Ogos 2014

Ragam Jendela Maya - Slow Down

Klik URL ini, kerana dengan klik anda akan mengenali 
salah seorang blogger Malaysia. 
Dengan klik anda juga anda akan mendapat kenalan
blogger baru dan menambah kan follower, itu pastinya.


Semangat berbelog, apa tidak merundum apabila line internet slow down sangat. Tak terkata slownya. Amat sukar untuk klik blog-blog kegemaran Etuza. Ragam jendela maya sebegini membuat rutin seorang blogger menjadi rosak, seperti:-

1. Nak drop komentar serba tak jadi
2. Nak sembang di ruang shout juga serba tak jadi
3. Nak promot segmen ke ruang komen juga tak jadi jadi.
4. Nak baca info lebih lebih juga tak jadi - jadi. Sepotong sepotong ja dapat dibaca.
5. Apa lagi lah nak tambahkan follow . Bila klik niat nak follow hummmm!! tak juga menjadi. Asyik lost asyik sorry, asyik keluar robort.
6. Tak mesra maya lah jadinya . Lastly nak off lah sekejap. Bole rest.

Rasanya blogger lain ada merasai seperti ini. Memang mood berbelog rosak terus. Sebab itu keadaan begini menjadikan blog kita berminggu, berbulan dan bertahun bersawang tak di jenguk oleh blogger. Apapun keadaan slow down Jendela Maya ini, ragamnya ini usah kita give up lah ya. Teruskan juga berbelog..lain hari lain masa akan pantaslah gerakan Jendela Maya kita tu.

Selamat malam...
Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 11 Ogos 2014

Seketika Di Awanan Biru - Subahanallah

Betullah bahawa kehidupan ini satu perjalanan
Selagi kita ada nyawa, selagi itu berbagai rupa bentuk
pengalaman yang kita akan lalui.

Berada di awanan biru sangat mengujakan diriku
sesungguhnya berada di awanan biru satu situasi
yang sangat mengasyikkan, satu keadaan bahawa 
kita seolah-olah sedang terbang lepas di awanan biru.

Subahanallah...alhamdulillah huAllahu Akhbar.

Betapa besar kuasaNya dan betapa kasih Allah
kepada kita sebagai hambaNya yang memegang
Kalimah Allah, Nabi Muhammad itu rasulullah.



Lihat awanan biru ini...kita berada jauh di udara..
Tenang dan begitu damai...
Sekali lagi saya katakan 
Subahanallah
Sungguh nikmat kehidupan ini.
Terima kasih Ya Allah..
memberi saya peluang nikmat
yang sungguh luarbiasa
dalam kalung kehidupanku.



Kadang kala saya merasa bagai mimpi..
bila mengingati saat dan seketika berada 
di awanan nan biru..
Aduhai hebatnya melihat alam..
Rupanya inilah nikmat bila
seekor burung terbang di awan biru..
Menikmati indahnya dunia ini..
Sungguh nikmat..
Subahanallah..



Akan tetapi nikmat berada di awanan biru ini..
hanya seketika sahaja.Sedang realiti
sebenar-benarnya ialah kita harus
berpijak di Bumi nyata.

Sebab itu kta harus kembali ke fitrah asal..
bahawa kita tidak miliki sayap untuk terbang..
Had keupayaan kita sangat terbatas.
Kepada yang selalu menikmati indahnya 
berada di awanan biru..
sesungguhnya apa yang saya rasai ini
anda semua merasainya.

Jadi mari kita besarkan impian..
Besarkan doa..
Untuk menakluki dunia..
InshaAllah..
tanpa terduga anda akan 
melihat keindahan bumi Allah ini
seluas-luasnya.

Sebelum undur diri...
Mari baca ALFATIHA UNTUK
MH370 & YANG TERKORBAN MH17
Semoga mereka diampunkan dosa 
dan ditempatkan di sisi orang-orang yang 
beriman di alam barzak.


Hummm ini juadah di awanan biru
Sedap..Nyammm!!!

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Boleh Guna Cara Lama - Zaman Pertengahan

Nampak tak apa dalam gambar ini?
Satu situasi membungkus nasi di atas daun.
Dalam bahasa Kadazan Dusun daun dari pokok
kayu ini di gelar TINTAP. Mohon maaf dalam
sainstifik Etuza tak sempat search dalam kamus.
Ha ini lah cara dulu nak bungkus nasi ..
Ini dilakukan pada Zaman Pertengahan.
Zaman saya sempat ni di era 70an ya...


Percaya ke tak? ha ini dia nasi bungkus 
guna daun kayu tu. Ini semua permintaan
ayah kami sempena hari lebaran 2014
baru - baru ini. Entah apa mimpi dia..
agaknya teringin nak makan nasi wangi 
dari aroma daun kayu ini..
Yang peliknya nasi bungkus ini
pula cepat habis di bedal oleh 
tetamu masa raya..saya tengok ada
yang membawa pulang..ialah
dah dibungkus capai ja bawa pulang.
Hehehehe....


Hidup ini kenalah hargai dan ingati apa-
apa sejarah lama ya. Kata orang tiada yang 
lama tiada keadaan baru yang zaman moden 
ni serba siap. Orang kata kebanyakan
pakai buang.
Ini juga kuih lama ya..kuih tradisional
kalau Bahasa Kadazan Dusun kuih
yang dipotong-potong ini kuih PINJARAM

Tapi kuih yang sevelah itu kek ..kuih moden
bermajerin.
jadi nampak ada yang lama timbul yang baru.



Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 9 Ogos 2014

Hantaran Pertunangan Yang Menjana Duit Masuk. Bijak Berbelanja

Kalau nak tahu pertunganan ini berlangsung antara Salman Wahamin dengan Rahsiana Rashmarwi, iaitu pihak lelaki dari Kg. Penagatan laut dan pihak perempuan dari Kg. Limbawan Keningau. Isteri saya sebenarnya sekampung dengan pihak lelaki ini, saya juga merupakan sekampung pula dengan bapa kepada pihak lelaki. Dipendekkan cerita kami semua saling mengenali. maklumlah sekampung.
Apa uniknya pertunangan ini? Di kampung sebagai orang Islam adat atau proses bertunang juga berlaku, iaitu :- 1. kena merisik, merisik untuk tengok keadaan pihak perempuan. 2. Masuk meminang dan dalam majlis pertunangan itu harus ada cincin dan perbincangan hantaran perbelanjaan kahwin. Dah selesai menetapkan tarikh pula bial kejadiannya bila akad nikah kan. Dalam pada itu budaya bekerjasama juga berlaku sepanjang proses dan tempoh perkahwinan. Cuma zaman sekarang semua dah moden..konopi hingga 4 set tu dah biasa bukanlah lagi khema kahwin guan bambu dan bagainya.


Apa unik pertunangan Salman & Rahsiana ini!
Ha..ni nak bagi tahu hantaran perkahwinan mereka
berasaskan PRODUK ELKEN seperti:-
Kek Amond
Kek Butter Kacang
Kurma
dan Biskut Spirulina serta
Biskut IG6.

Lepas tu dibalut dengan pesona warna pink purple serta putih.
cantik dan amat mempersona.

Bijak lah pasangan ini apabila dengan pembelian
produk ELKEN ada duit masuk bank.
maknanya mereka bertindak tidak mengabukan
duit. Inilah cara berbelanja dengan bijak.
Biasa kita dengar duit dibelanjakan untung
pakai makan minum tapi haram sesen duit
pun tidak ada kembali ke rumah.
TAPI membeli produk ELKEN ada duit kembali masuk
bank. Online terus ke bank anda.
BIJAK memang BIJAK.

Selamat bertunang kepada mereka berdua.




 Hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 8 Ogos 2014

Misi Ke Osaka Jepun Siri 2 ( Suasana Malam Yang Indah Di Jepun )

Saya nak promosikan blog ini, terdapat banyak blog yang diperkenalkan, saya tengok blog baru yang sedang mencari FOLLOWER. Dalam kesempatan itu saya terjah semua blog dalam list. Korang juga boleh melayari blog ini dan follow sekali. Selamat berblogwalking.Beres.
Misi di Osaka Jepun Siri 2..ha 
tengok gambar saja, biar gambar bercerita kali ini.
Gambar - gambar ini saya ambil ketika saya dan 
teman-teman jalan-jalan meninjau panorama malam di
Osaka Jepun berdekatan dengan Hotel tempat kami stay.
Hummmm best, ramai orang Jepun bersiaran kala malam, tetapi seawal
jam 9 .00 semakin lengang. Cuma kawasan tumpuan lebih 
di kawasan Hard Rock. Di sana ada pawagam.Tempat membeli 
brand Baju Hard Rock yang berjenama.
Ok tengok gambar ya..
memang indah suasana malam di Osaka Jepun.
Selamat melihat gambar kami di Osaka Jepun.

lepas tu klik url ini ...jangan tak klik..

Ini gambar bersama teman Agik Abdullah, Nasrul Hakim Tugino dan bersama Masrof

Nampak tak brand Hard Rock. Baju hebat di Osaka Jepun.Yang ini bersama MCCM LIM Swe Le,
Nasrul Hakim Tugino dan Edwin Petrus 

Tengok orang-orang Jepun sangat berdisiplin..jalan beratur dan sangat sporting.
Bersama edwin Petrus dari Tambunan, Sabah
Best suasana malam di Osaka Jepun


Salah satu ruang yang bercahaya dengan lampu-lampu berkelipan..



Yang ini pokok-pokoh dihiasi lampu biru. Hummm sangat cantik kelihatan.
Ini gambar kami menunju ke Hotel Universal.
Cantik kan.
Tapi Malaysia Jg Sangat Cantik..hargainya ..bersama
Sayonara Jepun. Origato...

hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini