Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Isnin, 4 Ogos 2014

Pakaian Kurta Selesa Dipakai Ke Masjid Khasnya Solat Jemaah.

Pakaian Kurta Lelaki Muslim

 
KurtaPakaian kurta untuk lelaki muslim amat selesa dipakai khasnya ketika kita menunaikan solat jemaah di masjid atau di rumah.


Selain ringan longgar dan rasa sejuk semasa berpakaian kurta ala-ala jubah ini. Sebagai seorang Islam sebaiknya kita cuba berpakaian kurta selain baju melayu atau jubah semasa mengahdapNya.Jika di Sabah harga baju kurta ini dalam sekitar RM 30 hingga mencecah ke RM 80 sahaja. Kain yang digunakan jenis yang sejuk licin dan kualiti.Dapatkan kurta untuk anda sendiri jika handak mengikut sunnah Nabi kita . InshaAllah. 

Pada hari Jumaat kita diwajibkan datang jemaah solat Jumaat di Masjid atau di surau. Masa inilah kita cuba amalkan memakai kurta muslim. Pakaian yang baik selesa dan sesuai digunakan ketika apa juga majlis Allah dan ketika solat.

Hakcipta @ Etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 22 Jun 2013

Bersabarlah & Kuasa Doa Kita, Yakinlah...

Hari sabtu ni tak sahlah jika tidak updatekan blog. Tapi terkial-kial juga mencari bahan atau idea yang kira boleh diterima oleh pembaca umum. Atau sekurang-kurangnya untuk bahan bacaan peminat blog Pesona. Terima kasih yang datang membaca entry saya selaku pemilik blog Pesona.

 " Bersabarlah & Kuasa Doa Kita, Yakinlah "  ha ni lah bunyinya tajuk entry saya. Pada saya yang kini telahpun berusia, sangat wajib berubah dari segi cara berfikir, membuat tindakan dan keputusan, dalam apa juga segi kerana sesungguhnya kita terdedah dengan berbagai macam masalah dalam kehidupan kita. Tindakan lain ialah belajar bersabar, kerana jika tiada kesabaran kita akan terus membuat tanggapan yang salah kepada orang lain. 

Misalan...dalam hal adik beradik sendiri, dalam hal persahabatan, percintaan, hubungan keluarga, hubungan kepada ibubapa, isteri dan anak-anak sendiri. Jika sekiranya ada orang lain yang meminta pertolongan kita, kita pasti bersedia untuk membantunya jika kita mampu memberi bantuan. Tetapi ada berbagai cara dan keadaan jika kita mahu membantu orang lain itu. Jika kita tak mampu membantu pada kadar segera sebagaimana yang dikehendaki, orang yang mahukan bantuan itu harus bersabar dan yakinkan diri bahawa orang atau sahabat kita itu pasti akan membantu kita nanti, kemungkinan orang yang mahu membantu itu nampak belum ada situasi mendesaknya agar percepatkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan itu, dan telahpun menjelaskan PASTI akan membantu. Orang yg memerlukan bantuan itu jika belum mendesak keadaan dan orang yang sedia bersetuju membantu belum berjaya membantu dalam masa yg diperlukan oleh yang meminta tolong, seharusnya orang yg meminta tolong itu teruskan bersabar dan elakkan bersangka buruk terlebih dahulu. Hal sebegini harus dipahat dalam hati oleh yang meminta tolong sekiranya orang yang meminta tolong itu berada jauh beribu kilometer dengan orang yang bersetuju mahu membantunya. Tiada pilihan lain selain orang yang meminta tolong itu tetap mahukan pertolongan kepada kawannya, abangnya atau sahabatnya kah.

Tindakan orang yang meminta bantuan itu, jika pada hari tersebut sahabat atau saudaranya belum juga  berjaya membantunya ialah dengan cara amalkan seperti berikut:-

1. berfikiran positif, usah terus buruk sangka.
2. Bersabar dan usahakan agar lebih yakin pada orang yang kita kehendaki untuk membantu, kerana sudah ada perundingan.
3. Berdoa sungguh2 agar diberi bantuan oleh orang tersebut.
4. Jangan hantar SMS putus asa atau SMS memaksa pertolongan disegerakan, kerana keadaan belum mendesak ( masih ada waktu)
5. Fikirkan kawan ,abang, saudara atau sahabat yang mahu membantu itu juga ada urusan lain, sebab itu ada terlambat membantu ( misalan memasukkan wang ke ATM atau apa2 bentuk pertolongan)
6. Hindarkan SMS mengungkit bahawa dulu orang yang mahu membantu itu pernah ditolong oleh yang meminta tolong.( kalau diungkit buruk siku namanya)
7.Harus ingat tali persaudaraan tidak akan putus, jika dua insan itu sebenarnya adik beradik, dek kerana siabang atau kakak atau adik tidak berjaya membantu pada hari yang diminta.Selidiki dulu kenapa lambat membantu pasti ada jawapan menyejukkan hati.
8.Ingat bahawa tidak semua hari memberikan kesempurnaan pada perjalanan hidup kita. Percayalah yakinlah bahawa yang SEMPURNA itu adalah Allah.Misalan nak masukkan wang ke ATM tetapi jalanraya waktu itu jem atau sesak ada kemalangan atau road blok. Macamana nak bantu pada kadar segera.
9. Beristigfar banyak2 agar kita dapat membina kesabaran dan keimanan dan keyakinan tidak akan pudar pada kawan kita.
10. Jika benar2 bantuan tidak diberi oleh orang yang sudah bersetuju, dan alasan tidak kukuh, buat apa kan nak minta tolong lagi pada orang itu, anggap tiada rezeki dan katakan bahawa " sekali dibohongi seribu kali tidak akan percaya. Inilah hukuman jika mahu bantu, setuju nak bantu tetapi akhirnya tidak membantu.

( Saya harap yang membaca tu faham maksud saya ni...saya bercerita berdasarkan pengalaman hidup saya, apabila ada hambaNya yang berada jauh di seberang, jauh beratus kilometer dari tempat saya,tetapi meminta bantuan, hanya yang menghubung ialah handphone atau FB~ dan saya nak katakan bahawa saya telah berjaya membantunya tetapi tidak pada hari yang diminta, dan saya tahu belum terlalu mendesak situasi masih dalam keadaan selamat dan menyelamtakan orang yang meminta tolong )

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 10 Jun 2013

Dakwat Air Lautan

Assalamualaikum..


" Jika air lautan itu dijadikan tinta atau dakwat
untuk mencatat ilmunya Allah, sehingga
kering air lautan pun tidak dapat..
menghabiskan mencatat ilmu Allah.
Dan jika dilipat gandakan air lautan
itu pun tidak akan dapat menghabiskan
mencatat ilmu Allah"

@Hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 5 Jun 2013

Anugerah Penyayang Sempena Majlis Hari Guru 2013

Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua..


Happy sebenarnya saya..
bukan dapat durian runtuh atau naik pangkat..
Cuma happy apabila MURID sekolah rendah
tempat saya mengajar..mentauliahkan saya..
Sebagai penerima anugerah 
GURU PENYAYANG sempena hari guru 2013.

Saya tidak menyangka tahun 2013..
saya diberi anugerah sebagai..
GURU PENYAYANG,..
Penyayang kah pula saya ni?

Teriam kasihlah kepada
ratusan murid di sekolah saya..
kerana mempercayai saya..
meyakini nilai kasih sayang saya..
sehingga mereka sebulat suara...
membuat pilihan 
dan menobatkan etuza sebagai guru 
penyayang.
Alhamdulillah & Syukran
Kepada teman blog..saya kongsikan
kegembiraan ini..
bahawa marilah membudayakan..
amalan menyayangi..mengasihi
sesama insan di dunia.

Ni lah gambar etuza..
dapat anugerah penyayang tu...


@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 6 April 2013

Tanpa Disedari Memakan Daging Mayat

   
Solat Jumaat memang wajib bagi tiap lelaki yang sudah baligh. Jika tiga kali tidak solat wajib Jumaat tanpa sebab maka jatuhlah dosa besar bagi seorang muslim itu.  Begitu juga dikatakan bahawa jika tiga kali tidak bercakap/ berbual dengan saudara sendiri maka gugurlah persaudaraan kerana dikatakan perbuatan tidak bercakap itu telah dianggap memutuskan tali silaturrahim.

Di mana-mana kedengaran sesama kita memperkatakan kelemahan orang lain. Tidak terkecualilah yang sedang membaca dan diri yang telah membuat entry " Tanpa Disedari Memakan Daging Mayat" iaitu pemilik blog Pesona. Dikatakan bahawa orang yang mengumpat, menghina, mengaibkan orang lain, mengejek dan memburuk-burukkan orang lain adalah diumpamakan orang yang sedang bercakap hal keburukan orang lain itu "Sedang Memakan Daging Mayat ". Dahsyatnya hukuman Allah itu. jelas bagi kita agar perbuatan buruk itu kita usah sama sekali amalkan kerana perbuatan meghina, mengaibkan orang lain itu ternyata sia-sia sahaja.

Khutbah Jumaat yang lalu, antara pengisiannya adalah berkisar hal memakan daging  mayat. Cukup memberikan saya kesedaran dan keinsafan agar menjauhkan dan membuang serta kikiskan hingga bersih amalan menghina dan mengaibkan orang lain, sedangkan kita punyai kelemahan sendiri.

Tahukah anda, bahawa musim politik meletakkan kita bebas membuat pilihan terhadap pemimpin untuk teraju negara hari esok. Memang tidak dinafikan akan berlaku situasi saling menjatuhkan. Saya hendak menyeru, kalau berpolitikpun berpada-padalah, kerana kita takut nanti hampir saban waktu, saat dan ketika orang tersebut hanya mendapat daging mayat untuk di jamah sebagai makanan. Berpolitiklah secara sihat, berpolitiklah dengan bersih agar kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 2 April 2013

Lelaki Ini Berpesan Berdampinglah Dengan Sebotol Air

                               

Musim sekarang cuaca panas, baru mandi sudah terasa seperti berpeluh, kadangkala kita rasa tidak selesa. Berita dari TV 1 mengatakan bahawa ketika ini pergerakan Bumi kita dan Matahari bergerak selari  bererti bergerak seiring dan bertantangan, sebab itu kita rasakan bahang matahari itu panas dari siang hingga ke malam. Kajian ini turut disiarkan menerusi akhbar2 seperti berita harian dan para blogger lain di internet. 

Kawan-kawan sekerja juga kata, panas dan peluh agak melekit padahal masil awal pagi. Kepada semua masyarakat Malaysia, saya hendak berpesan banyakkan minum air pada masa ini serta dapatkan air minuman yang bersih dan dijamin memberikan kita kesihatan.

Untuk informasi lain, baru-baru ini saya ada mengikuti satu Ceramah Motivasi Kem Membaca Alaf 21. Penceramah itu menegaskan sangat agar semua pelajar mesti membawa SEBOTOL air mineral. Kerana air tersebut sangat baik untuk merangsang otak agar sentiasa berfikir secara positif. Dengan itu etuza nak syorkan sekali lagi berdampinglah dengan sebotol air walau kemana pergi, kerana amat memberi manfaat kepada kita.

Info meminum air mineral :-
1. Mengurangkan rasa kering tekak dan kekurangan air dalam badan
2. Menjadikan otak seseorang itu berfungsi dengan baik
3. Menjadikan seseorang itu lebih bertenaga
4. Membolehkan seseorang itu kuat dan bergerak aktif
5. Boleh menjadikan fikiran ( mental )kita sihat dan kreatif
6. Lebih cepat memahami isi pelajaran di dalam kelas
7. Kita lebih cergas dan lebih yakin 
8. Membolehkan saraf darah mengalirkan darah ke otak dengan baik
9. Kuat dan jauh dari jangkitan penyakit
10. Air itu lebih berfungsi membersihkan buah pinggang dan kita lawas.

Oleh yang demikian mulai hari ini, marilah kita sering berdamping dengan sebotol air mineral walau ke mana hendak pergi, kerana kuasa air itu sangat diperlukan oleh tubuh badan kita serta otak yang kita gunakan untuk berfikir sehari-hari terutama masyarakat pelajar di Malaysia.
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 29 Mac 2013

Kerjasama Membuahkan Hasil Yang Baik

Kenangan Mohd Ismat Afif...kekal di ingatan..
firstly..
Menerima peralatan kem dan menerima arahan..


Perbincangan antara kawan sangat wajib, tidak boleh
tak dengar pendapat orang lain..


Memberi peluang kepada orang lain bersuara dan membuat
kerja yang patut..bukan asyik penting diri ..


Tengok siap dah kem sempurna dan siap dihuni..
siap ..jemput masuk kem..

Inilah hasilan apabila kerjasama itu dibina
dibina dari rantai pendapat, idea dan kerja berkumpulan..
bye2 ...izinkan kami masuk dalam kem..

Baju merah Yahya
Baju oren Ismat Afif  ( anak ke 5 etuza )
Baju jalur putih coklat Leon
Imbasan Perkehamahan tahun 2011
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 25 Mac 2013

Apakah Dokumentasi Anda Selepas Membaca!

info gambar ( buku-buku cerita baru yang etuza pamerkan selepas direkod)
Entry kali ini khusus kepada masyarakat pelajar di mana - mana sahaja berada dan sepcial kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar di sekolah menengah. Rasanya kepada yang membaca entry saya kali ini rasanya dia bertuah kerana akan mendapat ilmu atau tambahan pengalaman selepas membaca entry ringkas ini..

Amalan membaca adalah amalan yang terbaik, budaya membaca dikalangan masyarakat di Malaysia amat-amat di harapkan. Pernah saya membaca satu artikal bahawa penduduk Malaysia peratusan masyarakat yang gemar membaca adalah sangat rendah. Tahniah lah kepada individu di Malaysia di mana berada yang memang rajin membaca.

Biasanya kita membaca kerana apa? Pasti untuk mendapatkan berita, info dan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan tersebut. Namun kalau kita sekadar membaca dan kita tidak dokumentasikan maka pembacaan kita itu dengan sendirinya tiada kualiti atau sekadar untuk diri sendiri. Bagaimana cara dokumentasikan pembacaan kita selepas kita membaca pada sudut pandang etuza. Pada etuza selepas membaca amalkan dan budayakan beberap tips berikut:-
* Selepas membaca catatkan ke rekod buku NILAM 
( ni jika awak tu pelajar )
* Berceritalah dengan kawan mengenai apa
yang awak baca, kongsikan tarikh, nama dan tempat
berlakunya peristiwa menarik yang awak baca kepada
anak-anak, kawan atau teman sepejabat.
* Buat entry sebagai ulasan atau imbasan kembali
pada pembacaan anda di buku dairy atau di dalam BLOG anda.
* Kerat atau potong artikal dan jadikan buku skrap
susun sekeratif awak dan jadikan koleksi tambahan
yang memberi manfaat kepada orang lain..
* Buat catatan ringkas ke buku nota mengenai
nama, tarikh,tempat dan masa pada artikal tersebut.
Ini berguna sebagai mengukuhkan pengetahuan anda
dan jika ada temuduga banyak info awak tahu.

Ha inilah cara kita dokumentasikan pembacaan kita bukan kita perapkan
ilmu yang kita baca dalam diri kita, seolah-olah
kita tidak tahu apa-apa peristiwa di dunia luar
walhal kita banyak membaca .

Harap entry saya dapat membantu .
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 21 Mac 2013

Pesona Kembar Yang Baru Dijumpai

Karnival NILAM peringkat Negeri Sabah untuk musim 2013
diadakan di Daerah Ranau dan bertempat di Sekolah Menengah
Mohammad Ali Ranau sekitar 18hb Mac hingga 22hb Mac 

Uniknya Karnival Nilam tahun ini..
ada peserta KEMBAR lelaki..yang
sangat cukup sifatnya, mempunyai..
selain raut wajah yang cantik..elok..
di pandang..kembar ini juga sangat
bersopan santun..

Kalau di lihat memang susah nak kenal..
mana satu yang bernama Mohd Haikal dan
mana satu Mohd Hanif....
tengok lah sama kan wajah tu..
cuma ada sedikit tingga yang satu tu..
rambut, cara style rambut apa-apalah..
sama tau..

Mereka menjadi tumpuan di Karnival NILAM ni..
semua nak ambil gambar bersama..
mereka tak boring pun..mereka layan  ja ..
sebab itu saya ada gambar mereka..
dan rupanya kita dapat kenali mana satu 
abang dan mana adik ni, kerana ada tahi lalat
dekat pipi dia yang di atas tu..


Sementara yang satu lagi ada tahi lalat kat hidung
dia..nah inilah cara kenali mereka tu
dapat dah cara..so esok saya tak
keliru lagi
mereka berusia 12 tahun.


Leo Alferedo, Aeron, Mohd Hanif dan Mohd Haikal.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Mac 2013

Segmen Sabtu By Emas Putih

Join Segmen Sabtu By Emas Putih
Hemmm!! lama tak join segmen..
Segmen simple cute ni nak join lah sekali
BW tadi nampak di blog Encik Eraz Fadli

             
Join segmen ni memang ada tersiratnya..
kalau tengok nombor 1085 memang 
lama dah tak berganjak...
walhal kita nak juga meriakkan ruang
yang mewarnakan blog kita iaitu
"FOLLOWERS"
Sangat ceria jika ramai followers..
seperti followers blog emas putih blog
angka 4 digit 3651...

Kepada teman yang baru dan
yang dah lama berblog..jemput 
sesekali join segmen ..
kadang kita tak paksa, tapi..
kalau segmen macam di blog 
emas putih blog
Untuk lebih jelas
dan ketahui ganjarannya
sila terjak blog emas putih blog
sekarang.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 15 Mac 2013

Entry MELETOP Di Blog Pesona...Kaya Sampah

11Hb Mac 2013 ( jumaat )
Acara : Ceramah Kempen Guna Bahan Terbuang & Kitar Semula
Penceramah dari Persatuan Budhist Cina Keningau, Sabah
Tempat : Dewan Serbaguna SK. Penagatan, Keningau
Anjuran AJK 3 K ( Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan
Unit Hem ( Hal Ehwal Murid )
WOW!!!!!! Cantik pula pakaian sampah sarap ni..
Boleh pula jadi pameran..
Aik yang bersih saja..
jangan peduli..
Tak busuk pun
Baju masih bersih
Tapi sampai 
gantung sana-sini..
Jemput klik!!!
Ala best tau!!
MELETOP  
HANYA 
DI BLOG 
PESONA..


 LONGGOKAN SAMPAH SARAP

 Sesi Ceramah 

 Tin rambu ramba kalau jalan mesti nyaring bunyinya

 Aluminium..ni banyak saya kumpul
pernah dapat RM 80.00 4 karung tau

 Bahan plastik..hi kumpul boleh jual
sayang ...RM juga ni..

 Ha ini botol plastik..
mak saya suka kumpul ..untuk tadah susu getah lah..

 Ha inilah sampah yang tak boleh dikitar semula
buang terus..namanya pun pakai buang kan..
tapi newspaper tu boleh ...jangan buang..
 Paling cantik pula lah yang memakan sampah2 tu
ramai pula lah peminat diorang ni
terkenal dah di sekolah jadi ratu tin aluminium
mujurlah tak ada ibubapa dia..
ini kes buli ke..hehehe..
tak lah..
just 
tayang, kenalkan 
mana bahan buangan 
yang boleh dibuat 
apa? DUIT.
Save world
dari
sampah


objektif tercapai..mendapat perhatian pelajar semua.

Kertas..kumpul jual saving..
Tahniah Team Budhist Cina, Keningau
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 14 Mac 2013

Jawapan Kepada IQPSS Satu Bentuk Anjakan Pradigma

Ceramah & Bengkel iQPSS
di Pusat Kegiatan Guru Keningau, Sabah





   iQPSS dalam ceramah yang disampaikan oleh Encik Irwan adalah satu sistem secara online untuk membantu guru-guru Pusat Sumber Sekolah mengenalpasti mana-mana item yang diperuntukkan seperti data-data penting sesebuah Pusat Sumber. Sistem atas talian ini merupakan anjakan pengurusan pentadbiran Pusat Sumber yang dipertingkatkan agar apa sahaja maklumat penting pengurusan sesebuah Pusat Sumber dapat dihantar ke pihak atasan dengan cepat dan pantas.

Encik Irwan juga mengatakan bahawa selain Iqpss, i Nilam juga seiring dalam sistem ini, bermakna tiada lagi masalah sepatutnya timbul dalam penghantaran data NILAM pada masa akan datang. Untuk data Pusat Sumber dan sebarang program peningkatan kualiti Pusat Sumber untuk tahun 2012 tarikh tutup pengisian data di atas talian ialah pada 1hb April 2013. En. Irwan menegaskan agar Pusat Sumber yang masih di zon MERAH bertindak cepat selepas ceramah dan bengkel ini.

Pn. Jamilah Padli ( Timbalan Pegawai Pelajaran daerah Keningau) yang datang merasmikan bengkel dan ceramah itu meminta agar guru-guru sumber jangan matikan nadi di sekolah, kerana katanya Pusat Sumber itu adalah nadi bagi sesebuah sekolah. Fikirkan pelbagai program yang menjurus kepada aktiviti -aktiviti murid dan guru yang dapat membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah khasnya UPSR tahnun 6. Timbalan Pegawai pelajaran juga mencadangkan program yang boleh dibuat di Pusat Sumber seperti membuat sudut sejarah, sudut budaya dan sebagainya. Kelihatannya semua peserta menumpukan perhatian semasa sesi ucapan perasmian oleh Pn. Jamilah Padli.
Ceramah dan bengkel berakhir hingga ke petang. Makan tengahari juga disediakan dan memang banyak info yang diberi maka sebagai guru Pusat Sumber seperti saya, harus memikirkan yang terbaik untuk Pusat Sumber sekolah saya. Terima kasih para pegawai BTP/ PKG Keningau yang memberikan ceramah.

Untuk kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kepada En. Irwan dan En. Mustafah yang berjaya menyampaikan ceramah dan bengkel IQPSS dan iNILAM.  Klik gambar untuk lebih besar! Terima kasih.
@hakcipta etuza 





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 7 Mac 2013

Remaja Lelaki Harus Bijak Merancang Masa Depan..

Agaknya teman blog yang selalu mengikuti entry2 saya 
di blog Pesona kenal wajah remaja lelaki 
dalam gambar ini.
Ok..dialah putera saya yang pertama, 
ada tak iras saya? Nampak tak ada lah..
Apapun kini sedang menunggu keputusan SPM.
Semoga ada kejayaan bagi dia..
amin.
Sebagai remaja lelaki, seharusnya bijak..
mengatur masa, mengurus masa, 
menggunakan masa dan memenafaatkan masa.
Lelaki ni kena melindungi sebatang tulang rusuk!
faham tak tulang rusuk tu ialah WANITA..
pada suatu masa nanti. Sebab itu..
remaja lelaki kena rancang sedari awal..
sedari mula, sedari baligh, sedari berakal..
bahawa keperluan merancang masa depan adalah
sangat WAJIB dan DITUNTUT.
Faham tak kau!..
bukan asyik membuang masa...
Ingat umur tu kian bertambah..
bukan berkurang ..makin bertambahlah mamat..
Lepas tu MISAI awak akan tumbuh..
memperlihatkan menunjukkan bahawa
awak dah jadi lelaki dewasa.
Harap awak faham lah tu.

@hak cipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 6 Mac 2013

Mahu "Otak Kalah" atau Mahu "Otak Menang"

     Orang yang mempunyai "Otak kalah" sentiasa melihat hidup ini dengan kaca mata gelap lagi hitam. bagi mereka, penutup cerita bagi setiap segmen hidup ini adalah kesedihan, penderitaan dan kehancuran. Hal ini berbeza daripada orang yang mempunyai "otak menang". Mereka yakin dengan pertolongan Allah. Mereka menerima hakikat hidup ini mesti ada masalah. Mereka juga yakin, bagi setiap masalah ada jalan penyelesaian. Bagi mereka dengan pendekatan dan landasan yang betul, hujung cerita bagi kehidupan ini adalah bahagia dan gembira. Mereka tidak mengenal erti kecewa. Inilah sebenarnya orang yang berjaya di Dunia dan di Akhirat. Wallahualam..( dipetik dari buku motivasi 7 formula Individu Cemerlang, edisi kedua) 
@hakciptaetuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 28 Februari 2013

Peminat Blog Pesona Di Depan Mata

Ini gambar seorang guru wanita dari Daerah
Tambunan Sabah, minta diajarkan membina
blog. Dan terima kasih kerana suka ke blog 
Pesona.


26hb Feb 2013, tarikh Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM peringkat Zon Pedalaman Sabah, etuza menjadi pengiring seorang peserta dari sekolah etuza mengajar iaitu Leo Alferedo dan telah menjadi Johan. 
Masa tu agak terkejut apabila ada seorang guru wanita ( dalam gambar atas ) melambai-lambai memanggil saya. Saya sebenarnya kurang kenal lah guru ni, sebab dari daerah lain. Bila duduk dekat dia, katanya ' mari sini ajarkan saya membina blog, saya tahu ada blog cikgu". Saya pun kata " Wah jadi kamu peminat blog saya lah ni!..." Saya gurau ja dan sambil ketawa serta sempat berbual dengan Cg Mustafa bahawa " Cikgu ni peminat blog saya ...) " 
Ok..sebenarnya saya tak hairan pun..memang ribuan orang merata tempat dapat saksikan blog Pesona. Yang suka dan membaca diucapkan sangat2 terima kasih. Cikgu ni mengajar di SM. martin Tambunan, juga selaku guru pengiring peserta hari itu. Kami para pengiring hanya bertugas memastikan peserta masing2 bersemangat, yakin dalam pertandingan.
Dipendekkan cerita cikgu wanita ini, akhirnya siap blog dia dengan bantuan sedikit kemahiran dari saya. Alhamdulillah...sejak Ogos  2009 membina blog memang banyak beza cara bina blog masa sekarang. Agak mudah masa dahulu, kini agak sedikit rumit dan kena faham betul-betul jika tak akan memakan masa lama hendak publishkan sebuah blog. ( maaf lah pula ~ blog dia sepertinya dia ubah semula kerana katanya dia akan ubahsuai kerana kini dah faham asas buat blog~ terima kasih cikgu katanya) Lupa pula nama dia. Tq cikgu ni kerana minat blog Pesona.

Satu lagi situasi di CIMB cawangan Keningau. Seorang lelaki juga..memang kenal sangat dengan dia. Katanya " Hampir2 saya tak kenal kamu di laman sosial hari tu saya nampak" " Bila saya amat2i kamu pula tu...wah bagus blog kamu tu.."lawa". Siapa tak kembang kalau dipuji ikhlas macam tu. Ok blog saya bukan terkenal sangat pun...cuma di sini OBJEKTIF  entry ini ialah ingin menyatakan bahawa SYUKRAN dan TERIMA KASIH ada kawan-kawan saya di Daerah Keningau yang mulai tahu blog PESONA. Bukankah apabila para blogger membuat entry dan dibaca oleh orang ramai maka kita sebagai penyumbang informasi menerusi blog telah memberi sumbangan pengetahuan kepada mereka. Dan apabila mereka mengambil dan manafaatkan ilmu kita, bukankah itu sesuatu yang sangat digalakkan olehNya. Kerana " Sampaikanlah ilmu mu walau sepatah kata".

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 26 Februari 2013

Segmen Blogwalking Oleh Eraz Fadli

Tertarik untuk sertai segmen Blogwalking lagi By Saudara Eraz Fadli.
Couze very simple ..

Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli..


Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..
Apapun nampaknya segmen ini hanya beberapa jam sahaja dan akan ditutup tepat jam 11.59 minit malam ini. Alhamdulillah Pesona Blog sempat join..tq Eraz.

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 15 Februari 2013

Remy hazza Blogger Kreatif Pada Sudut pandang Etuza

Aku Cuma Seorang Kulikutif !!!



mari blogwalking ke laman Remmy!
Blogwalking inilah antara kemestian pada seseiapa sahaja individu yang memiliki blog seperti etuza. Kalau lah tidak ada aktiviti BLOGWALKING alamatlah kampunan pengikut, langsung tak akan bertambah. Buktinya sudah beberapa hari etuza tak berapa mengikut BLOGWALKING padahal angka 4 bilangan pengkut blog belum memuaskah hati etuza. Biasanya lah yang etuza tengok dan ini pengalaman etuza iaitu kalau nak ramaikan pengikut kita kena TERLEBIH DAHULU FOLLOW blog kawan-kawan. Biasanya lah ya..apapun ada jg sesetengah blogger FOLLOW kita dulu baru kita pula FOLLOW dia. Itu NORMAL aktiviti blog..bukan ganjilpun.

BLOGWALKING, ha pagi nak PROMOT blog dalam BLOGLIST etuza ni tu yang kat atas tu tema header dia ialah "AKU CUMA SEORANG KULIKUTIF!!! HIDUP TANPA DUGAAN HILANG WARNA KEHIDUPAN" Wow!! benar-benar cantik lah header dia dengan kiasan kata seolah membalas tema blog etuza tau iaitu header etuza "PESONA ETUZA WARNA-WARNA KEHIDUPAN" seolah sama kan hujung 'WARNA KEHIDUPAN" . eTUZA rasakan bahawa REMY HAZZA ni kreatif, beliau seorang yang mesra maya, rajin dan ikhlas dalam menghulur komentar dalam entry kita mahupun dalam blog dia sendiri. Sikap macam nilah yang kita mahu dalam amalan berblog sebenarnya, di mana etuza sendiri hampir-hampir tak dapat amalkan ( faktor umur etuza  kot).

Terbaru etuza nampak GEMPAKNYA segmen yang REMY HAZZA anjurkan, tak percaya ke, sila terja h ja ni, memang ramai benar yang join segmen kratif Remy. Tahniah ya REMY HAZZA. Etuza nak tanya boleh ke beri IZIN terjah blog tu dan kita FOLLOW sama-sama. ( Tunggu reaksi awak ya REMY) Thank You.Kepada blogger lain apa lagi terjah blog Remy dan follow dia..bye.

http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2013/02/bloglist-2nd-year-ohsem-anniversary-aku.html

@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 14 Februari 2013

Pesona Ruang Komen Yang Harus Dihargai

Firstly nak memohon maaf kepada pemilik blog ALL 
ABOUT LOVE ( gfs ) dari Sabah. Petang hari ini tanpa segan dan tanpa malu, etuza menyatakan bahawa etuza sukar sekali melihat komen-komen di ruang komen blog miliknya. 
(malu....lah hehehe ~ Bahasa Gambar  )

Awak tak terkejut ke kalau ada rakan blogger tiba-tiba membuat kenyataan macam tu. Mestilah kecut perutkan!. Ataupun paling tidak relexs dan tenang ja sebab awak bijak, bahawa mesti ada yang tak kena ni. So, awak akan beritahulah perkara sebenarkan. Beritahu bahawa sebenarnya etuza "silap" tak   klik semua entry2 yang terdahulu, padahal semua komen etuza sudah tersusun rapi sebaris dengan komen2 kawan-kawan blogger lain. Tak kah memalukan tu namanya. Etuza sekali lagi buat muka tebal mohon ampun dan maaf kepada blog ALL ( ringkasan tema header ). ALL blog dan blog lain2 tu sebenarnya KIV ( Simpan) dahulu komen2 kita ...mybe mereka nak service komen tu manatahu ada komen kental yang sukar nak faham kena hapuslah.

Berkata pasal ruang KOMEN bagi etuza ada PESONA sebenarnya komen dari pelawat blog kita, maka itu janganlah kita persiakan komenter mereka. Sebagai blogger kena hargainya dan kalau komen tu baik dan ikhlas tak salah kita keudarakan di blog kita. Bermakna ada jejari blogger lain yang turut sama menjayakan blog kita agar beraksi indah dijendela maya.

Apapun etuza ada juga terbuat kesilapan sebenarnya. Kesalahan itu seharusnya tidak boleh dilakukan. Tetapi apabila kadar masa yang amat terhad maka akan ada komen yang tak terbalas, walaupun mereka tak minta dibalas.

Pesona Komentar dari rakan blog bagi etuza ialah :-
1. menceriakan blog kita
2. menjadikan blog kita hidup dan bermakna
3. kita tidak boring berblog
4. sebagai tanda jalinan ukuhwa maya
5. tanda kita mesra maya, tidak malu berkata benar dan menegur ikhlas.
6. blog kita tidak bisu seribu bahasa
7. kita tidak sombong
8. kita seorang yang sangat menghargai kawan blog
9. menambahkan selera kita untuk terus berblog
10. menceriakan hari-hari kita, mengundang sumber idea kita.

Ha setidak-tidaknya itulah 10 yang etuza rasakan PESONA & AURA ruang komentar di blog kita. Ha..kalau kita tengok ruang komen yang lain ada yang sangat cantik kreatif bergaya...mestilah nak baca komen mereka, tetapi bukan kita baca komentar kerana kita busybody..tolonglah memahami sesama blogger.Usahlah kata macm tu. Hargailah yang datang komen blog anda sebenarnya.

@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini