Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 2 April 2013

Lelaki Ini Berpesan Berdampinglah Dengan Sebotol Air

                               

Musim sekarang cuaca panas, baru mandi sudah terasa seperti berpeluh, kadangkala kita rasa tidak selesa. Berita dari TV 1 mengatakan bahawa ketika ini pergerakan Bumi kita dan Matahari bergerak selari  bererti bergerak seiring dan bertantangan, sebab itu kita rasakan bahang matahari itu panas dari siang hingga ke malam. Kajian ini turut disiarkan menerusi akhbar2 seperti berita harian dan para blogger lain di internet. 

Kawan-kawan sekerja juga kata, panas dan peluh agak melekit padahal masil awal pagi. Kepada semua masyarakat Malaysia, saya hendak berpesan banyakkan minum air pada masa ini serta dapatkan air minuman yang bersih dan dijamin memberikan kita kesihatan.

Untuk informasi lain, baru-baru ini saya ada mengikuti satu Ceramah Motivasi Kem Membaca Alaf 21. Penceramah itu menegaskan sangat agar semua pelajar mesti membawa SEBOTOL air mineral. Kerana air tersebut sangat baik untuk merangsang otak agar sentiasa berfikir secara positif. Dengan itu etuza nak syorkan sekali lagi berdampinglah dengan sebotol air walau kemana pergi, kerana amat memberi manfaat kepada kita.

Info meminum air mineral :-
1. Mengurangkan rasa kering tekak dan kekurangan air dalam badan
2. Menjadikan otak seseorang itu berfungsi dengan baik
3. Menjadikan seseorang itu lebih bertenaga
4. Membolehkan seseorang itu kuat dan bergerak aktif
5. Boleh menjadikan fikiran ( mental )kita sihat dan kreatif
6. Lebih cepat memahami isi pelajaran di dalam kelas
7. Kita lebih cergas dan lebih yakin 
8. Membolehkan saraf darah mengalirkan darah ke otak dengan baik
9. Kuat dan jauh dari jangkitan penyakit
10. Air itu lebih berfungsi membersihkan buah pinggang dan kita lawas.

Oleh yang demikian mulai hari ini, marilah kita sering berdamping dengan sebotol air mineral walau ke mana hendak pergi, kerana kuasa air itu sangat diperlukan oleh tubuh badan kita serta otak yang kita gunakan untuk berfikir sehari-hari terutama masyarakat pelajar di Malaysia.
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

24 Pesona Kata Hati Mereka: