
Doa - Doa Harian Kita
Istemewa Memasak
❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Sabtu, 6 April 2013
Tanpa Disedari Memakan Daging Mayat
Selasa, 12 Februari 2013
Cermin Diri Sekadar Ingat Mengingati

Khamis, 27 Disember 2012
Siapa Orang Kaya Sebenar Dalam Hidup Ini

Pageviews: 507
Ahad, 16 Disember 2012
Ujian Mendidik Jiwa dan Taqwa
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pengalaman itu sukar untukku lupakan, kerana kesempatan itu telah membuka mindaku betapa setiap daerah dan lokasi yang aku datangi punyai budaya dan sosial kehidupan masyarakat yang berbeza di daerahku sendiri.
Betullah kata bidalan bahawa "jauh berjalan luas pengetahuan", jika tidak keluar dari kelompok sendiri bermakna sampai bila pun kita tidak akan tahu bahawa kehidupan manusia ini sebenarnya dalam keadaan berbagai bentuk. Yakni senang, susah, mewah dan himpitan kemiskinan, bahagia derita, tawa dan tangis.
Apabila kita pergi berkunjung ke tempat lain, yang memang jauh dari daerah kita, kita akan nampak sosial masyarakat di sana -sini. Ini terbukti ketika aku dan anak-anakku berjalan-jalan melihat2 satu kawasan yang dinamakan Pasar Ramai-Ramai di satu bandar di Sabah. Dalam keriangan dan kegembiraan melihat2 pelbagai barangan dagangan, kuih muih yang menyelerakan, tiba-tiba aku didatangi oleh kanak-kanak peminta sedekah. dia mahukan duit, kerana bila ku hulur makanan kanak-kanak itu tidak mahu. Kanak-kanak itu tahu aku orang asing di tempat mereka. Sebab itu kanak-kanak itu tampil mendekati ku dan meminta sedekah.
Aku dan anak-anak teruskan persiaran melihat2 apa lagi yang menarik di Pasar Ramai-Ramai itu, wow! aku tengok lambakan buah-buahan dan barangan kemas serta beg2 tangan yang aku tak tahu mahal kah atau adakah harga berpatutan. Aku tengok durian begitu banyak, sesekali aku tutup hidung kerana aku memang tak lalu jika terhidu durian yang akan menyumbat aroma harumnya penuh ke lubang hidungku.
Aku terkejut lagi, ramai kanak-kanak berbaris menghulur tangan meminta sedekah ke arahku. Dan aku tahu ramai deretan mata manusia yang sedang berdagang, menyaksikan kelibatku bersama anak-anakku di kawasan itu. Tipulah kalau tidak ada belas ihsan ku kepada mereka. Kan mereka juga kanak-kanak hambaNya. Dan itu barangkali cara mereka untuk mencari rezeki untuk mengisi perut kala pagi, tengahari, petang dan malam, lebih baik meminta dari mencuri. Dalam benakku waktu itu adalah nama Allah, bahawa " Sebenarnya ini ujian Untuk Mendidik Jiwaku agar Lebih Bertaqwa" maka tanpa berfikir aku beri mereka duit walaupun sedikit. Aku beri atas dasar rezeki itu untuk dikongsi apabila kita melihat ada yang lebih memerlukan.
"Ya Allah....rupanya macam2 ragam kehidupan hamba2Mu, aku mohon ampun kepadaMu ya Allah, ampunkanlah dosa kami". Sebaik menaiki kereta aku mengenangkan semula peristiwa itu. Dan aku sedut nafas lega, kerana aku bersyukur aku dapat menghulur sedikit rezeki kepada kanak-kanak itu dengan mengharap keampunan dariNya. " Sedekah itu kan amal jariah". Dan hatiku berkata " Kalaulah aku berjalan di bumi Allah dalam keadaan langkah ANGKUH dan SOMBONG maka siapa yang melihat, kesombongan ku itu, terlebih dahulu Allah mengutuk aku, dan mata manusia yang ramai di laluan itu akan menyatakan " kedekutnya orang asing itu" dan di tambah lagi kanak-kanak yang hampa itu akan mendoakan kehancuran bagiku" Allahhuakbar.
Bukan kah lagi buruk yang menimpa kita jika kita angkuh dan sombong. Selepas itu aku sekali lagi mengucapkan Syukur Alhamdulilah. Aku berjaya melawan hawa nafsu tamakku. Marilah teruskan menjana amal-amal yang baik biarpun kecil tetapi sesungguhnya Allah akan menghitungnya.
@hakcipta etuza
Selasa, 4 Disember 2012
Masih Adakah Amalan Mendengar Radio.

- Jika ada tetamu atau kawan2 datang ke rumah, kita tuan rumah hidangkan makanan2 yang special dan sedap2 kepada mereka. Tetapi apabila datang ibubapa kandung kita, kita hidangkan pula dengan makanan yang biasa2 sahaja, tidak special sebagaimana meraikan kawan kita. Sepatutnya kepada ibubapa lah kita seharusnya kita hidangkan makanan yang istemewa bagi mereka berbanding kawan2 kita. Sebab kita kena mendahulukan keluarga kita. Ha....etuza benar2 terkesan tazkirah dia. Sebab etuza alami dan pernah lihat pada keluarga lain.
- Kalau ada kawan datang ke rumah, di ruang tamu kita sembang dengan kawan kita itu, tiba-tiba datang si anak kita yang masih kecil meminta sesuatu,seperti minuman, si ibu atau ayah, memarahi anak itu dengan berkata " Pergi sana, pergi main ke luar, pergi jauh mengganggu ja orang tua bercerita". Ya Tuhan, menurut tazkirah, perbuatan ini salah, sangat menimbulkan perasaan sedih kepada anak. Katanya ibu atau bapa sepatutnya mendahulukan keperluan anak sendiri berbanding mengutamakan kawan yang datang berziarah ke rumah kita. Etuza benar-benar terkesan dan mengambil iktibar dari tazkirah ini. Sepatutnya jika anak meminta sesuatu ibu itu bangun dan meminta izin kepada kawan tersebut dan tunaikan permintaan anak sendiri, baru kembali ke kawan yang datang. Ingat...fikirkan sekarang pernah ke kita buat ni! marilah muhasabah diri.
Inilah dua situasi dalam kandungan tazkirah di radio on petang tadi. Etuza ambil ilmu ini dan merenung kembali bagaimana etuza membentuk keluarga. Sesungguhnya sangat kuat cabaran dalam membentuk keluarga, apa lagi jika anak2 sudah mulai remaja. Perlu kita amalkan sikologi yang tinggi dalam memelihara jiwa raga mereka. Harus kita ingat bahawa anak itu adalah anugerah Allah dan kita diamanahkan untuk membentuk anak2 agar menjadi anak yang solleh, beriman dan berguna kepada agama bangsa dan negara.
Sabtu, 1 Disember 2012
Tiba-Tiba Aku Teringat Kata Ini.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku berterus terang bahawa kita terdedah dengan berbagai cara untuk belajar dan mengamalkan sesuatu ilmu, lebih- lebih lagi ilmu yang bermanfaat berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat. Hingga akhirnya kita mendapat rahmat dan berkat kehidupan daripada Allah subahanawataala.
Justeru itu aku teringat kata-kata ini yang aku kurang pasti sama ada aku ketahui menerusi pembacaan ku pada buku-buku agama ataupun aku terdengar dari seseorang yang mengungkapkan kata-kata ini dihadapanku, sehingga aku tak pernah lupa sebenarnya kata-kata yang ku pahat rapi dalam hatiku ini. Inilah kata-kata yang penuh azimat bagiku.
"Apabila kamu lupa Allah terlebih dahulu Allah melupakanmu, tetapi apabila kamu mengingati Allah, terlebih dahulu Allah mengingatimu"
"Sebaik kamu lupa Allah, maka pintu-pintu kejahatan akan terbuka luas, sayitan akan segera membisikkan kejahatan ke atas jiwamu"
"Dengan mudahnya kamu melakukan kejahatan, kerana kamu bukan lagi dalam ingatan Allah, oleh itu bersegeralah mengingati Allah, kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengurnia"
Inilah kata-kata atau ayat yang aku pegang sehingga kini, sebaik aku mendengar ayat-ayat ini. Kurang pasti menerusi pembacaan ku kah atau aku terdengar dari seseorang. Apapun itu tidak penting, tetapi sungguh dalam kata-kata ini kita harus mengiakannya memang benar. Kalaulah Allah terlebih dahulu melupakan kita alangkah bahayanya layar kehidupan kita. Wallahualam.
@hak terpelihara byetuza.
Selasa, 2 Oktober 2012
Tazkirah dari Laman KoleksiArtikal

Mohon maaf kepada pemilik laman sosial network di http kat bawah ni,
dengan tanpa malunya saya copy artikal dia ni.
Rasanya nak kongsikan kepada
pelawat laman Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan.
Kepada yang terjah blog pesona ni, klik lah sekali alamat laman ini ya,
manalah tahu ada hikmah tazkirah agama yang disumbangkan
dan ada banyak artikal yang dimuatkan di laman ini.
Iqra ~ Bacalah dan sampaikanlah biarpun sepatah cuma
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.
Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: “Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (HR. Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: “Janganlah kamu kencing dilubang.” (HR. An-Nas’i)
Etuza minat
tazkirah hari ini.
Khamis, 27 September 2012
Sifat Amanah Membawa Kejayaan Dan Bahagia

Gambar di atas Flight MAS yang lalu.
Pengalaman naik pertama kali MAS.
Syukran kepadaNya..
Rabu, 12 September 2012
Rugi tak puasa muaakad 6 hari Syawal

Kuih muih & Puding air tangan etuza
pembuka selera berbuka puasa
di bulan Syawal..
Zahirkan niat & dailog kami
( hari isnin minggu ke 2 bulan syawal 2012 )
Etuza : Asalamualaikum Nasrul..
Nasrul : Walaikumsalam ( hulur tangan bersalaman )
Etuza : Nanti jam 10.20 pagi hari ini ada open house di Pusat Sumber ya, datanglah kita meriahkan bersama semua pengawas2 Pusat Sumber.
Nasrul : Terima kasih sajalah, saya puasa 6 baru nak mula ni. ( minggu ke 2 bulan syawal )
Etuza : Oh ya kah ..kalau macam tu, boleh bah tapau saja, ambil juadah mana2 untuk berbuka petang nanti. Saya belum mula lagi ni puasa syawal..nak tunaikan janji dengan murid ( pengawas PSS ) mereka nak ajak saya buat raya di Pusat Sumber sekolah.
Nasrul : Rugi tidak puasa 6 di bulan Syawal ni, kan 6 hari sahaja dan imbalan pahala yang Allah bagi kepada orang Islam yang berpuasa tu lebih kurang setahun ibadat kita. Apa sebab dan alasan tak puasa!.
Etuza : Betul tu Nas!..benar2 rugi. Puasa 6 Syawal ni pelengkap kepada puasa Ramdhan kita, yakni kita dicabar berpuasa 6 Syawal ketika ramai orang bersuka ria berhari raya. Raya kan sebulan...siapa yang berpuasa tu insyaallah benar2 orang yang sabar dan kuat pegangan.
Nasrul : Lebih baik puasa tu berturut2, jadi saya nak puasa berturut2 senang hati dan mudah.
Etuza: Rasa cemburu pula ni Nas..dah mulakan..minggu hadapan saya mula puasa.
Nasrul : Baguslah..masih ada 2 minggu.
Etuza: Tahun lalu ada juga puasa 6 Syawal ni Nas..tapi tak lah berturut2 selang seli.
Nasrul : sama lah kita...
( Perbualan kami ini ketika kami berada di Pusat sumber sekolah. Duduk di sofa awal pagi, tunggu jadual P & P di kelas masing2 )
Alahmdulillah etuza dah tunaikan puasa 6 Syawal 2012. Syukran kepadaMu ya Allah, sejauh mana puasa ku itu hanya engkau yang maha mengetahuinya.Namun telahku rasakan peritnya lapar dan dahaga, peritnya tanpa seteguk air membasai tekak.Semuanya hanya kerana memohon rahmatMu dapat juga terlaksana puasa ini.
Tiga juadah di atas itu, merupakan makanan yang etuza siapkan untuk membuka selera etuza sendiri semasa berbuka puasa pada hari ke lima. Selain nak makan bersama seisi keluarga. Rasa bahagia kerana anak2 etuza amat menyukai makanan kegemaran etuza.
Segmen dailog orignal
etuza & kawan.
Labels:
Agama,
Ceritaku,
Pendidikan,
Tazkirah
Sabtu, 21 Julai 2012
Makrifatullah Suatu Keperluan
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
( klik 11 keistemewaan utama Bulan Ramadhan ~ Iqra lah ya )
Mengenali diri adalah langkah pertama menuju makrifatullah iaitu mengenal Allah. Inti mengenal Allah adalah zikrullah iaitu mengingati Allah dan merasakan kehadiran Allah dalam semua urusan dan keadaan. baik sewaktu TIDUR, JAGA, DUDUK, BERJALAN, SUSAH, SENANG,BERSENDIRIAN MAHUPUN SEWAKTU BERSAMA RAMAI ORANG. Allah sentiasa hadir di semua tempat dan keadaan. Allah hadir di ISTANA RAJA, DI PARLIMEN, DI DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT, DI PEJABAT, MAHKAMAH,KILANG, KAMPUS, SEKOLAH,PASAR, KEBUN SAWAH dan apalagi di TEMPAT - TEMPAT IBADAT SEPERTI MASJID dan MAJLIS AGAMA. Pendek kata, nafas kehidupan kita adalah Allah. Allah menyatu dalam setiap hembusan nafas kita. Tidak ada alasan kenapa menyombong diri, anggkuh dan bongkak semua perbuatan itu hanya merugikan KERANA Allah amat murka kepada hambaNya yang sombong dan anggkuh, sedangkan Allah sentiasa hadir dalam tiap hembusan nafas kita. Lalu siapa kita untuk menyombong diri, kerana sehalus habukpun kita tidak setanding dengan KUASA ALLAH.
Marilah, marilah dan marilah kita ( etuza sendiri ) memerangi semua sifat buruk kita dibulan Ramadhan. Marilah, marilah dan marilah mengharap RAHMAT keampunan di bulan Ramadhan. Insnyaallah.
" Man 'arafa nafsahu faqad 'arafa rabbahu"
ertinya
" Siapa yang mengenal dirinya, pasti mengenal Tuhannya"
subahanallah!
Pesona Ramadhan 1
By etuza.
Ahad, 20 Mei 2012
Syukran dan terima kasih Allah.
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

terima kasih Allah beri ruang masa mempelajari cara membina
kraftangan ini. Syukran
Kepada blogger yang setia ke laman Pesona Blog.
Teka air apa di dalam gelas ni ya!..
Memang ada rasa kerinduan ingin terjah selalu ke blog sendiri, ingin setiap entry kawan-kawan blog di baca dan di ambil manfaatkan mana-mana yang baik untuk dijadikan pedoman selagi hayat di Dunia ini. Ingin setiap ruang yang ada hendak saja ada informasi baru untuk di kongsikan bersama. Sebab seandainya ada sesuatu yang bermanfaat kepada sesiapa yang membaca informasi dari kita pasti kita akan mendapat imbalan berbentuk pahala jariah. Kerana memang kita perlu dan berkewajiban menyebarkan apa sahaja yang baik. hari ini jam 9.48 minit pagi ahad, terubatlah rindu terjah ke blog pesona sendiri. Syukran ya Tuhan.
Dalam gambar 1 di atas merupakan produk anyaman kraftangan dari jejari familiy etuza. Bahan terbuang dan amat seronok membuatnya ketika ada masa senggang. Sambil duduk menonton TV ( semalam live Mania Superstar) sambil menganyam melipat dan mengikat setiap satu hasil anyaman inilah hasilan akhirnya, kepada yang pernah menerima HADIAH dari kraftangan seperti di atas, etuza hendak mohon maaf jika tangsi yang mengikat tak kuat ya, sebab kalau tak kuat ikatan tu boleh lerai zip pada beg kraftangan yang dihasilkan. Kepada mereka usahakanlah agar zip dikukuhkan dengan cara jahit perlahan2 ya.
Etuza amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana dengan kurniaNya kami dapat hasilkan beg anyaman ( kraftangan bahan terbuang ini) banyak kegunaannya, dan rasa selesa jika kita memiliki beg bahan terbuang ini. Ada kualiti tersendiri. Antara kebaikan beg kraftangan ini ialah :-
1. Duit kertas akan terus licin, tak kusut kerana duit tak kena lipat bila kita masukkan ke dalam beg ini.
2. Sesuai juga untuk simpan buku2 bank, kad2 bank, atau duit syiling.
3. Boleh simpan alat solek wanita, butang baju seperti korongsang dan apa saja yang sesuai di simpan untuk lebih selamat dari hilang. ( sebab ada juga antara kita meletakkan hanpon atau pin baju serta duit siling merata kat rumah)
4. Boleh jadi tempat alat-alat tulis seperti pen, pensel, peraut, pembaris , pemadam dan note book yang saiz kecil. ( best kan)
Gambar kedua tu air jernih dalam gelas kaca. Siapa yang sudi teka. Kalau berani nak teka cepat-cepat ya. Klik untuk melihat gambar agar lebih besar.
Etuza suka nak bertazkirah ringkas pagi ahad berdasarkan air jernih ini. Tentunya ramai yang suka minum air putih kan. Apa tazkirah etuza pula ni?
Etuza suka nak bertazkirah ringkas pagi ahad berdasarkan air jernih ini. Tentunya ramai yang suka minum air putih kan. Apa tazkirah etuza pula ni?
KALAU.
1. Kalau rasa hati nak marah cepat2 teguk segelas air putih.
2. Kalau dahaga ambillah air putih yang jernih hilangkan dahaga, lebih baik dari air kopi manis pekat.
3. Kalau suami marah cepat2 lah si isteri ambilkan air jernih beri suami minum, sejuk hati.
4. Kalau anak ke sekolah bekalkan dengan air jernih lebih baik dari air sirap yang berwarna serta bergula manis.
5. Kalau mahu solat cepat2lah ambil air wuduk dengan air jernih mengalir.
6. Kalau masih marah selepas minum seteguk air putih, cepat2lah ambil air wuduk guna air jernih mengalir.
7. Kalau mahu jamah makanan jangan lupa bersihkan dulu tangan guna air jernih yang bersih.
8. Kalau nak ke mana-mana bawalah sebotol air jernih lebih baik dari sebotol air cocola.
9. Kalau lah ada air zam-zam minumlah kerana air zam-zam banyak khasiatnya.
10. Kalaulah dapat marilah kita semua amalkan meminum 8 gelas air putih bersih sehari demi membina kesihatan fizikal kita.
KALAU lah macam itu apakah alasan untuk tidak suka minum air jernih yang bersih. Hargailah air yang bersih jangan dibazirkan, kerana kita diberi oleh Allah anugerah air jernih untuk dimanfaatkan dalam layar kehidupan kita.
KALAU lah anda tahu apakah pula jenis air jernih di dalam gelas kaca di dalam gambar. Saja nak bersantai dengan teman blog yang baik hati. Terima kasih kepada yang sudi follow blog pesona. Gembira serta bersyukur mengenali blog anda semua. Salam hormat. Jumpa lagi di entry lain.
Salam ukuhuwa fillahi.
Dari etuza.
Isnin, 30 April 2012
BERSIHKAN hati dari hasad dengki dan dendam.
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

piss untuk teman2 blog yang selalu
bersihkan hati dan jiwa dari dendam & hasad dengki.
( gambar hanya hiasan)
Pagi kelmarin dan pagi hari ini, saya sekali lagi mengimbas semula peristiwa Bersih versi 3.0. Lautan manusia berkonsepkan warna kuning di Ibu Negara detik 28hb April 2012. Pagi 27hb April 2012 saya ada sempat mendengar dan menyaksikan Datuk Hisyamudin seorang Menteri di dalam Negeri di rancangan TV 1 ( SPM ) menegaskan dengan keras agar jangan terlibat dalam BERSIH yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Tindakan undang-undang akan diambil katanya jika ada yang terlibat dalam BERSIH ini.
Saya lihat BERSIH tetap dikotakan, seolah-olah wajib dizahirkan ketidak puasan kepada pucuk pimpinan. Ya Tuhan, Malaysia kini sudah terasa tidak aman. Sesama sendiri bercakaran kerana dendam kesumat yang sukar dibendung lagi. Di manakah nilai marauh orang-orang Melayu kini. Terasa amat simpati kepada yang menjadi mangsa korban, cedera, yang kurang uapaya seperti warga emas juga cedera, harta benda rosak binasa,kerosakan kereta, kelihatan manusia rakus ingin melihat darah mengalir di jalanan. Sungguh ngeri melihat di UTube.
Di blog2 juga terhampar warna-warna kuning, keji mengeji dan sumpah seranah. Bila imbas kembali asal kita terasa amat rugi melakukan hal-hal yang merosakkan kedamaian dan keharmonian kehidupan bernegara. Hakikat sebenar hati kitalah yang wajib diBERSIHkan, dibasuh agar terhapus hasad dengki dan dendam. Pemimpin itu manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan masing-masing. Doakanlah mereka agar mereka boleh memimpin dengan adil, doa dan terus doa agar tiada kekecohan berlaku. Bukan dengan cara memborontak seakan mahukan tumpahan darah kita sebagai warga Malaysia. Hakikatnya untuk puaskan hati semua orang yang hidup ini, rasanya mustahil, kerana apabila ada yang baik untuk semnua nikmati ada saja hasad dengki dan dendam. Cukuplah bersihkan hati dan jiwa kita, kerana dunia kini semakin tenat, hadapkan diri banyak2 kepada hadrat Allah. Sesungguhnya kehidupan yang aman dan damai hanya di AKHIRAT.
Kata hati,BERSIHKAN jiwa raga.
muhasabah etuza.
Labels:
Kasih sayang,
Motivasi,
Nasihat,
Tazkirah
Selasa, 17 April 2012
Amalan Bersedekah & Siapa Yang Bertuah ?
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Mari membaca tentang sedekah..
Istilah sedekah dalam al-Quran dan as-Sunnah sering membawa maksud zakat yang merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang ke lima. Sedekah tidak sekadar mewujudkan hubungan positifantara manusia dengan Penciptanya, malah turut mencetuskan hubungan yang istemewa antara manusia dengan manusia yang lain.
Dari perkataan Siddiq bererti benar dengan perbuatan dan percakapan serta keyakinan. Amalan bersedekah seseorang itu menunjukkan orang itu yakin akan adanya hari kebangkitan, Negeri Akhirat adalah matlamat tujuan, dunia adalah jambatan untuk ke akhirat. Ia berusaha mengorbankan apa yang diperolehinya di dunia untuk kepentingan akhirat tersebut. Justeru itu, dengan keyakinan ini, ia tidak akan menjadi bakhil, mengejar dunia dan tidak peduli dengan hari Akhirat.
Ingat dan renungkanlah lima soalan yang akan ditanyakan kepada kita di Hari Akhirat nanti;
a. Bagaimanakah kamu menghabisdkan usiamu ?
b. Bagaimanakah kamu menghabiskan mudamu ?
c. Bagaimanakah kamu memperolehi hartamu ?
c. Bagaimanakah kamu memperolehi hartamu ?
d. bagaimanakah membelanjakan hartamu ?
e. Adakah kamu beramal menurut apa yang kamu tahu ?
Wallahualam.
Keunikan seni kraftangan orang2 Sabah.
Siapa kenal ni??
Saya terpandang tiba2 satu rekacipta dari bahan
bulu dan rotan. Tinggal satu dalam rak di sebuah
kedai jual bag dan pelbagai hadiah di Bandar Keningau.
Aik! hanya satu lagi, melepaslah jika tidak
dibeli. Saya tanya harga, wow! tawaran istemewa
rupanya, untuk penghabisan stok, dari puluhan ringgit
menjadi RM ....... ( biarlah rahsia, malulah nak bagitau..
lagi pun tak penting heboh) Maka, saya lelaki bernama
ETUZA berjaya membawa rekacipta unik ini ke rumah.
TAPI
*
*
*
*
Hadiah
*
*
*
UNTUK
*
*
Why bagi dia
*
KLIK ni ya DIEYNA..Entry comot saya ada tak di atas wall catatan blog
Di Sini Ruangku Berkongsi ( 30 hari tu tau!!)
Hai! happy sangat dihargai.
Dieyna ! suka tak hadiah ni???????
Assalamualaikum..
dari kalbuku etuza
Labels:
Agama,
hadiah,
Penghargaan,
Personaliti,
Tazkirah
Ahad, 8 April 2012
Entry Etuza Two in One ( Dua info di wall catatan ) Untuk Blog Dieyna ( TQ3x)
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Sangat tertarik membeli bahan bacaan QUDWAH dan rasanya masyarakat di Tanah Semanjung lebih arif dan sudah dahulu memiliki bahan bacaan ini. Syukur kerana pertama kali membeli dan membaca terasa jiwa dan hati saya diasuh dan dididik agar wajib berwaspada dengan kelicikan makhluk yang perosak solat kita dan penyongsang akidah kita.
Dia diciptakan dari bahan api, maka inilah dia ego dan durhaka pada Allah, manakala manusia diciptakan oleh Allah dari jenis tanah. Allah akhirnya telah bersabda bahawa manusia yang mengikut syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka di Akhirat.Maka kita disuruh berwaspada dengan segala tipu dayanya yang antaranya ialah :-
A) Menyuntik rasa was-was, rasa keraguan dan syaitan akan menggangu manusia ketika solat, dengan cara menghadang di saf solat.
B) Syaitan menyelit di saf. Kerana itu imam biasanya katakan " sila rapat-rapatkan saf ya ahli jemaah" Nabi Muhammad pernah bersabda "Luruskan saf-safmu, rapatkan bahu-bahumu( didalam solat)
C)Tidak khyusuk saat membaca bacaan solat. Buktinya ialah kita tersasul bacaan surah dan salah bacaannya.Marilah beringat dan yakin benar hanya pada Allah agar lebih khyusuk.
D) Melihat ke kiri dan dan kanan ketika solat. Dengan sedar atau tidak seseorang yang sedang solat memandang ke kiri kanan, itu akibat godaan syaitan. Uruskan pandangan agar pandang satu titik pusat di tempat sujud.
Nota : Etuza sekadar mengingatkan ilmu ini untuk diriku,anak2 dan isteri. Jikalau ada umum yang membacanya bersyukurlah sama-sama diperingatkan, dan katakan mencuba yang terbaik untuk SOLATKU. Amin.
Wallahualam.
CANTIK DIHIAS RAPI
PESONA JUGA AURA BLOG INI TERSERLAH
KLIK APA SAJA PASTI ADA ITU INI
SESUAI DISINI RUANGKU BERKONGSI
kliklah sekarang ya..
( nak link2kan -perlu saya belajar lagi)
Harapan
*
*
Semoga blog Dieyna mengukir sejarah dalam komunikasi global.
Tahniah Dieyna hanya ini mampu terungkap setulus2 hati kami.
Penghargaan yang setinggi-tingginya untuk blog Dieyna. Saya merasa amat kecil berbanding mereka, tetapi sangat dihargai hanya kerana Pesona EWWK memuatkan komentar2 di blog ini. Jujur saya katakan hanya menyatakan apa2 saja yang baik, jika ada sekalipun dalam bahasa , ayat saya yang mengundang kesinggungan mana-mana blogger, semua itu atas dasar saya Manusia Lemah yang tidak lari dari kesilapan. Saya salurkan komen membuktikan saya selesai dan tuntas membaca, apa saja saya baca yg pasti akan ambil yang baik dan yang kurang baik kita tinggalkan dan berusaha sentiasa positif. Lastly, Group Follower Segar secara tidak sengaja terukir PESONA blog lelaki satu-satunya dalam lingkungan blog2 indah ini. Tidak mengapa kerana itu saya anggap anugerah terhebat sepanjang berinformasi di alam maya. Lepas baca jemput klik DIEYNA blog . Terima kasih.
Ikhlas kongsi Etuza
Ikhlas kongsi Etuza
Labels:
Agama,
Penghargaan,
Sahabat,
Tazkirah,
Ucapan
Jumaat, 6 April 2012
Kembara Iman Melihat Kebesaran Tuhan / Kongsi Sajian Mudah Pesona Etuza

Maka hari ini tertarik hendak kongsikan apa yang di dalam Solusi muka surat 65 artikal yang dikarang oleh Dato'Hj.Muhammad Zakaria. Tajuk Kembara Iman Melihat Kebesaran Tuhan. Tidak kira dekat atau jauh tempat kita pergi itu namanya kembara dan kembara kita itu biarlah diisi dengan niat untuk melihat kebesaran Tuhan yang mencoiptakan segala-galanya. Kalau melihat sesuatu yang indah lalu lupa dan lalai siapa penciptanya itu alangkah rugi hidupnya. Walaupun bangunan cantik mencakar langit yang kita lihat semua itu terjadi akibat adanya sumber alam semulajadi yang Allah ciptakan lalu kita manusia hanya merancang dan mencipta sesuatu atas izinNya juga.
Menurut Dato'Hj. Muhammad Zakaria, kewangan menjadi kekangan untuk mengembara dan bagaimana?
1. Mulakan pengembaraan ( melawat) ke tempat-tempat di negara sendiri, dan pilih lokasi yang dekat.
2. Bermalam di hotel kos rendah
3.Tidak menaiki teksi, sebaliknya naik bas atau kereta api
3. Jika ada pilihan, jangan makan di hotel
4. Jangan membeli-belah kecuali beberapa cenderahatisahaja sebagai kenang-kenangan.
5.Apabila ada kesempatan masa dan perbelanjaan yang lebih, barulah melangkah ke luar negara.
Beliau menambah lagi dengan mengsyorkan agar mengembaralah ketika usia muda, kerana:-
1. Lebih awal sedar akan keinginan dan potensi diri.
2.Belum banyak komitmen.
3.Lebih bebas.
4. Mempunyai tenaga yang banyak.
5.Belum berkahwin dan mempunyai anak.
6.belum terikat untuk mengurus aset seperti syarikat,tanah, bangunan dan kereta.
7. Boleh mengembara lebih kerap dan jauh.
Inilah antara pendapat Tuan Haji Muhammad Zakariah di majalah Solusi keluaran 42 yang berkonsepkan motivasi dan fardu ain.
kek hari lahir anak ke -3
resepi ayam masak kari berkuah ( etuza )
sajian kegemaran anak ke -7
ha inilah selalu dia minta....
minta mahhhaf sangat2 kalau ada juga yang terliur
sajian ini walau kami nun di Pedalaman Sabah ya.
kita tengok2 untuk melihat hebatnya anugerahNya.
Wasalam
Terbit di hati etuza
Sabtu, 31 Mac 2012
Doa ringkas menghadap cermin & kala berpakaian
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Doa merupakan pelengkap ibadah, selepas solat.
Jika doa tidak dilakukan selepas solat dikatakan
badan tidak berkepala. Berdoalah biar ringkas
tetapi itulah yang ikhlas dan khysuk menghadap
dan menadah tangan lalu menyapu muka.
Doa dalam gambar diambil pada stiker kecil
yang terdapat di dalam kotak kismis minda, kecil
tetapi doa yang ditunjukkan itu amat ringkas
dan mudah untuk kita lakukan dalam kehidupan
sehari-hari.
Semoga dengan bacaan doa ini kita terhindar
dari sifat sombong, bongkak dan riak.
Alhamdulillah, Insyaallah.
Salam Fillahi..
Khamis, 29 Mac 2012
Lebih baik di atas...Ada Pesonanya..( pasti ruang yg dicari-cari )
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Name:
etuza
Photo:
http://www.bloggerwanita.com/ ( diperkenalkan blog ini -terjah berhikmah)
Blog merupakan ruang maya yang menjadi kegemaran para pencinta ilmu, penggiat seni, penyumbang berita dan ilmu pendidikan dengan tidak mengira di mana mereka berada. Serata dunia kita bagaikan menjelajahi muka bumi ciptaan Allah ini dengan melayari laman blog sesiapa sahaja. Antara hambaNya yang gemar hinggap dari blog ke blog adalah Etuza ( penulis dan pemilik blog Pesona ).
Blog merupakan ruang maya yang menjadi kegemaran para pencinta ilmu, penggiat seni, penyumbang berita dan ilmu pendidikan dengan tidak mengira di mana mereka berada. Serata dunia kita bagaikan menjelajahi muka bumi ciptaan Allah ini dengan melayari laman blog sesiapa sahaja. Antara hambaNya yang gemar hinggap dari blog ke blog adalah Etuza ( penulis dan pemilik blog Pesona ).
Petang ini, memberanikan diri membuat satu pendapat yang ikhlas dari hati Etuza. Bukan hendak memandai kerana ramai blogger yang terlebih dahulu arif dan bijaksana berblog lebih-lebih dalam situasi susun atur alat-alat dan selok belok blog mereka. Antara blog yang dijumpai amat tersusun indah adalah blog yang terpampang " DI SINI RUANGKU BERKONGSI " " DETIK-DETIK INDAH DALAM HIDUPKU" " MYADZHA " laman CIK NUR Laman BUNGA HATI MAMA, IBNU SAILI dan lain-lain lagi. Mohon maaf menyebut hanya blog itu bukan bermakna laman maya ( blog) anda tidak hebat. Sekadar memberi contoh blog yang pada sudut pandangan Etuza..blog ini sangat tersusun dan menarik sekali dengan alat-alat yang mempersonakan.
Direct terus maksud entry..Etuza petang ini ialah hendak memberi tazkirah kiranya ada yang setuju, alhamdulillah tidak suka atau tidak sependapat dengan saya juga tidak apa-apa. Bukan paksaan tetapi biar dari hati ikhlas menilainya. Saya percaya tiap blog pasti ada ruang FOLLOWER, betul apa saya katakan, jujurnya saya amat suka ruangan ini. Menerjah ke blog dan ke blog lain, dalam minda berkata mana ruang FOLLOWER blog ni. Drop dwon terus ke bawah..alhmadulillah ada pula menyorok paling lah terbawah ya, ada juga di tengah-tengah blog. Ini ikut suka kita sebagai pemilik blog maya. Maka apakah masalahnya Etuza?..
Tiadalah masalah besar sangat, rasanya sangat seronok kalau para blogger yang FOLLOWER blog itu ada diletakkan di atas sekali, kecil atau besar ruang FOLLOWER itu terserah asalkan mudah kita hendak FOLLOW blog dia. Ok, kita setkan keadaan ini pada yang sama suka follow2 blog macam saya, jika terlalu ke bawah boleh lupa drop dwon terus ke bawah ..sebab itu tidak sempat follow blog, sedangkan hati meronta-ronta mahu jadi kuncu-kuncu blog di blog dia.
Dipendekkan tazkirah ini, rasa ada Pesona tersendiri jika kita letak ruang FOLLOWER itu di ruang atas pada blog kita, sama ada di tepi kanan atau kiri, tengah atau atas, seperti ruang Follower Blog PESONA. Seronok tengok muka-muka mereka tu, dah selamat menggenapkan rakyat blog PESONA seramai 540 ..bukan nak riak tapi ..happy sangat lihat mereka, walaupun ada yang sembunyi disebalik kuntum bunga, di balik doll, di balik dedaun bunga, wajah lukisan dan lain-lain. Saya rasa anda juga seronok melihat telatah insan2 yang follow blog anda.
Sebelum berlalu..klik info untuk semua..http://insaaniyyah.blogspot.com/ moga ada ilmu..
Sebelum berlalu..klik info untuk semua..http://insaaniyyah.blogspot.com/ moga ada ilmu..
Salam dari hati etuza.
Labels:
iklan,
Laman Indah,
Penghargaan,
Tazkirah