Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 6 April 2013

Tanpa Disedari Memakan Daging Mayat

   
Solat Jumaat memang wajib bagi tiap lelaki yang sudah baligh. Jika tiga kali tidak solat wajib Jumaat tanpa sebab maka jatuhlah dosa besar bagi seorang muslim itu.  Begitu juga dikatakan bahawa jika tiga kali tidak bercakap/ berbual dengan saudara sendiri maka gugurlah persaudaraan kerana dikatakan perbuatan tidak bercakap itu telah dianggap memutuskan tali silaturrahim.

Di mana-mana kedengaran sesama kita memperkatakan kelemahan orang lain. Tidak terkecualilah yang sedang membaca dan diri yang telah membuat entry " Tanpa Disedari Memakan Daging Mayat" iaitu pemilik blog Pesona. Dikatakan bahawa orang yang mengumpat, menghina, mengaibkan orang lain, mengejek dan memburuk-burukkan orang lain adalah diumpamakan orang yang sedang bercakap hal keburukan orang lain itu "Sedang Memakan Daging Mayat ". Dahsyatnya hukuman Allah itu. jelas bagi kita agar perbuatan buruk itu kita usah sama sekali amalkan kerana perbuatan meghina, mengaibkan orang lain itu ternyata sia-sia sahaja.

Khutbah Jumaat yang lalu, antara pengisiannya adalah berkisar hal memakan daging  mayat. Cukup memberikan saya kesedaran dan keinsafan agar menjauhkan dan membuang serta kikiskan hingga bersih amalan menghina dan mengaibkan orang lain, sedangkan kita punyai kelemahan sendiri.

Tahukah anda, bahawa musim politik meletakkan kita bebas membuat pilihan terhadap pemimpin untuk teraju negara hari esok. Memang tidak dinafikan akan berlaku situasi saling menjatuhkan. Saya hendak menyeru, kalau berpolitikpun berpada-padalah, kerana kita takut nanti hampir saban waktu, saat dan ketika orang tersebut hanya mendapat daging mayat untuk di jamah sebagai makanan. Berpolitiklah secara sihat, berpolitiklah dengan bersih agar kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

10 Pesona Kata Hati Mereka: