Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Hari Raya 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya 2009. Papar semua catatan

Jumaat, 27 November 2009

Alhamdulillah selamat menunaikan solat sunat hari raya aidil adha di desa.



Asalamualaikum.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana melimpahkan kurnia pada kita semua dengan memberi waktu dan usia sekali lagi kita bersemuka dengan suasana Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2009. Terasa sangat perlu datang menunaikan solat ini kerana amalan ini adalah sunat yang sangat di tuntut oleh Allah( sunat muaakad). Alhamdulillah dapat juga bersama jemaah di desa menunaikan solat ini.

Takbir dibacakan bergema, sambil menanti kehadiran semua orang kampung Penagatan Ulu, yang kecil, remaja, dewasa yang tua lelaki dan wanita datang beramai-ramai menunaikan solat sunat raya haji ini. Etuza di sof pertama sempat lihat hampir penuh ruang surau kali ini dengan jemaah. Pengendali acara solat sunat raya haji seperti En. Ramian Ayub, En. Sahidi Mumin, Haji Arinin Ibun dan En. Hardi seawal sampai dahulu ke surau. Saya rasa bersyukur kerana ada orang-orang seperti mereka yang begitu telus dan sentiasa sabar mengendalikan tiap majlis di surau Kg. Penagatan Ulu, Keningau. Kedatangan Yang Arif En. Ahadin Haji Arinin ( tuan blog Erakita) juga turut menggembirakan para jemaah tadi. Beliau sempat memberi penjelasan tentang tatacara menunaikan ibadah solat sunat raya haji yang lebih sempurna.

Ringkasan Khutbah Hari Raya Haji Oleh En. Hardi

Etuza begitu tertarik hendak mencatat secara ringkas apa yang saya faham dari khutbah raya haji yang di sampaikan oleh En. Hardi. Saya mendengar dari mula hingga akhir pengisian khutbah yang disampaikan oleh beliau. Saya beranggapan pada hari inilah seharusnya umat Islam di mana-mana membersihkan jiwa agar lebih menyedari dan menginsafi tiap kesilapan yang dilakukan, pada hari jumaat juga kita sering diperdengarkan khutbah oleh para Khatib. Kewajiban kita mendengar dengan penuh khyusuk amat di tuntut. Semoga dengan mendengar penuh perhatian kita akan mendapat kurnia pahala yang berlipat ganda dari yang Esa.

Antara yang saya dengar dalam khutbah beliau ialah:-
1. Pengertian korban itu harus diketahui dengan mengambil iktibar dan mencontohi kepatuhan dan kerelaan dengan penuh tulus ikhlas Nabi Ismail anak Nabi Ibrahim untuk disembelih oleh Nabi Ibrahim sendiri. Bayangkan cabaran yang amat kuat diberikan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim dengan mengarahkan agar Nabi Ismail itu di sembelih hidup-hidup. Kepatuhan dan demi mengharapkan redha Allah nabi Ibrahim rela menyembelihkan anaknya Ismail. Namun dengan kuasa Allah takkala Nabi Ibrahim menyembelih anaknya itu dengan kuasa Allah Ismail digantikan oleh Allah dengan seekor kibas. Tengoklah kuasaNya, jelas pada kita bahawa Allah tidak akan mensia-siakan orang yang beriman dan mengikut printah Allah.

2. Perpecahan umat Islam begitu ketara berlaku pada masa kini. Dalam khutbah hari ini, khatib menjelaskan bahawa sudah terang berlaku masalah longgar ukuhuwa dikalangan orang Islam. Semua itu katanya berlaku kerana disebabkan perkara yang dilarang Allah seperti timbulnya hasad dengki, lupa tanggungjawab terhadap keluarga dan jiran, memburu kemewahan dengan tidak memikirkan amalan ke akhirat.

3. Amalan bersedekah atau korban sembelih binatang yang disayangi itu adalah wajib bagi umat yang berkemampuan, mengorbankan wang yang ada sebagai tanda kita bersyukur kepada nikmat dari Allah. Katanya apa yang dikorbankan itu lalu disedekahkan kepada orang lain adalah amalan sedekah yang akan membersihkan jiwanya, menyuburkan iman dan keredahan kepada Allah. Maka dengan amalan sedekah itu juga akan Allah lipat gandakan rezekinya di hari kemudian kelak. InsyaAllah.

4. Amalan kunjung mengunjungi sanak saudara juga katanya merupakan amalan yang mampu mengeratkan ukhuwa sesama saudara Islam. Amalan ini beliau tekankan agar di amalkan dan jangan diremehkan. Kerana kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada eratnya silaturahim sesama Islam di mana -mana. Beliau juga menyeru agar para jemaah dan umat Islam meninggalkan larangan Allah dan sentiasa mengharapkan rahmat dan perlindungan dari Allah dari tipu daya syaitan.

Nampaknya itulah serba sedikit huraian yang saya faham dari khutbah selepas solat sunat raya haji ditunaikan. Selepas itu semua para jemaah bersalaman antara satu sama lain.Saya bersalaman erat dengan tuan blog Erakita sebagai tanda persaudaraan terjalin kukuh walau jarang bersua. Saya rasa kesal juga kerana tidak membawa kamera sony saya pagi tadi, boleh juga ambil gambar untuk di postkan dalam ruangan ini, agar lebih menarik untuk kita kongsi bersama. Etuza dan anak-anak hanya sempat berhari raya di rumah Ipar Zulkifly Supar pada petang tadi & mama sempat juga menziarahi keluarga Salina Haisin petang tadi selepas diberitahu oleh adiknya bahawa isteri Zamri Delipan selamat melahirkan anak perempuan minggu lalu. Syukurlah.

Kepada para tetamu yang sempat ke blog etuza, saya mohon maaf kerana tidak sampai ziarah atau beraya di rumah anda di kampung. Kalau di jemput tu saya akan datang juga jika tiada halangan. Kepada yang mengadakan raya haji terbuka saya ucapkan semoga amalan sedekah kita diterima oleh Allah. Akhir sekali terima kasih kepada saudara Asraf kerana memberi kami daging korban pagi tadi. Semoga rezeki bertambah berkah.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Esok raya korban( selamat hari raya aidil adha) etuza nak pamirkan kad raya dari teman blogger. Cantik menjadi kenanganku & anak-anak



Inilah kad2 hari raya aidil adha yang sempat etuza copy.
Cantik2 kad raya haji ini, akan menjadi kenangan kami
khususnya anak-anak saya. Selamat hari raya aidil adha
semoga amalan di terima Allah. Ameen.

From Hazari blog
From Alimaz Blog
My own card
From Mujahid blog
From Khairul Blog

From Farsya blog
From Utara blog



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Petikan tentang penghayatan sebenar Hari Raya Korban pilihan etuza dari Laman Ummatan Wasatan.

Menghayati makna korban sebenar

Bookmark and Share

Oleh KETUA EDITOR

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.

Kita amat gembira melihat banyaknya kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah s.w.t dan usah sekali-kali ia dilakukan untuk lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih daripada itu, berkorban itu biarlah benar-benar selaras dengan tuntutan Rasulullah s.a.w.

Dalam satu riwayat daripada Aisyah, disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dahulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).

Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban), dan bahawa pada hari Kiamat kelak korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang melakukan korban itu akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak dengan Allah.

Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Maka, salah satu caranya adalah dengan berkorban. Oleh yang demikian itu, maka sewajarnya kita menginsafi kembali akan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: ”Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat.

‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.

“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi.

‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.

Seandainya ada sesuatu yang lebih utama daripada penyembelihan haiwan korban yang menjadi penebusan manusia di atas segala nikmat, tentunya Allah tidak akan menyebutkan penyembelihan haiwan korban itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: ”Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar, sebagai tebusan ke atas Ismail a.s.” (As-Shaffat: 107)

Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim a.s yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan.

Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya, Ismail, selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah s.w.t menguji kekukuhan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup, iaitu pengorbanan jiwa dan raga.

Menurut Imam Syafie, hukum korban adalah sunat muakkad yang amat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia adalah amalan yang amat dikasihi Allah pada hari nahr (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama yang menyatakan ia adalah wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah yang bermaksud: ”Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu) dan berkorbanlah.” (Al-Kauthar: 2)

Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Nabi Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat demi mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepada-Nya. Manakala anak yang kedua juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh hal yang demikian itu, korban anak yang pertama diterima di sisi Allah s.w.t, manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) daripada yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Habil) menjawab: “Hanyalah Allah menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maidah: 27)

Amalan ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.” (Al-Shaffat: 102)

Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s menyembelih Ismail kemudian membatalkannya dan menebusnya dengan seekor kibasy? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa sahaja bahawa tiada sesuatu yang mahal atau amat bernilai untuk dikorbankan apabila telah tiba panggilan atau seruan Ilahi. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah s.a.w kepada manusia.

Amalan berkorban dalah sebahagian usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Manakala amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ibadah korban adalah memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah s.w.t setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan-syaitan – menjauhkan diri daripada Allah serta mengingkari larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi, yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi haiwan sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.

Berpandukan daripada kisah Habil dan Qabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik (sihat) dan berkualiti, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi makna sama sekali untuk Allah kerana Dia adalah Allah Yang Maha Agung, yang tidak memerlukan daripada apa-apa pun.

Dengan korban tersebut diharapkan agar ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan dan petunjuk-Nya. Oleh hal yang demikian itu, kunci kepada semua amalan baik sama ada amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: ”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Al-Hajj: 37)

Apabila melakukan korban haiwan ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban / haji, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan apabila disertai oleh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sikap itulah yang akan membezakan daripada pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 9 Oktober 2009

Meriahnya raya terbuka Kelab Pusat Sumber SKPK (09.10.09) dan perkongsian tazkirah..

'SahabatMusleem'/

Asalamualikum dan salam sejahtera.. salam ceria juga salam sayang di angin nan lalu. Kepada teman-teman blogger.. dua tiga menjak ni saya agak penat dan letih..sebab tu tak terlarat update sepantas teman membuat paparan baru dalam laman saya. Rasanya tak terkejar masa, tak terkejar teman teman blog yang ada dalam link blog etuza. Contohnya yang paling pantas up date..pas tu paparan menarik pula ialah blog kembara terasing, mujahidin dan bujang susah serta bersaing juga sahabatmusleem dan penyubiru. Ada juga blog kat daerah keningau yang laju nak paparan cerita yang menarik.

Nak tanya ni sebelum papar ikut tema atau tajuk kat atas ni. Rasanya betul kot ada sesetengah blog yang memaparkan maklumat yang berbaur kepentingan politik, wujudkan pula isu perkauman? ada etuza baca dalam berita harian kemarin mengenai hal ini. Rasanya betullah tukan, memang ada tapi taklah banyak. Cuma saya berpesan pada diri saya dan teman yang lain..carilah jati diri dalam blog kita tu, janganlah kita tergolong orang-orang yang merosakkan keamanan jiwa orang atau negara kita ya. Pada saya, saya dah lebih dulu menyatakan blog saya akan pelbagaikan jenis cerita dan gaya penulisan bebas dengan tidak terikat kepada satu jenis dan gaya penulisan dan cerita . Blog saya ni bebas bersuara apa saja selagi bicara saya itu tidak mengundang perasaan tersinggung dan mengundang porak peranda keamanan negara. Saya suka buat cerita yang sebenar kalaulah dapat. Tak suka berbohong ya..itu satu penipuan di alam maya. Elakkanlah kita dari jadi kaki bohong, kita boleh buat cerita yang realiti dan kaitkan dengan kesedaran kepada umum. Nak bantai bantai orang ...rasanya itu buka habit etuza. Eh.. nak melarut pula. Minta maaf banyak-banyak kalau ada kelancangan kata saya tu ya.

'SahabatMusleem'/Ok..hari ini, pagi tadi adalah kelab pusat sumber SK. Penagatan, Keningau buat acara atau majlis ringkas raya RAYA TERBUKA KELAB PUSAT SUMBER. Dan diadakan di bilik pusat sumber kami. Meriah tau! tak percaya..tengoklah gambar -gambar ini untuk perkongsian kita semua. Jan lah malu nak tengok muka sendiri..syok bah tengokkan. Kepada teman sekerja yang tak dapat datang tu, atas sebab yang tak dapat dielakkan apa boleh buat, kepada guru yang masih puasa 6 syawal maaf sangat ya, kami AJK PSS tak sengaja..kebetulan dah nak tutup syawal, rasanya inilah terakhir majlis raya kat SKPK tahun ini. Nak majlis makan-makan pas ni pasti ada dengan adanya majlis lain pula ye..

Ha! inilah kemeriahan raya terbuka Kelab Pusat Sumber tu...meriah ke?
1. Guru Besar( En. Nasip Bin Dipal) menyampaikan ucapan ringkas sebelum menjamu selera pagi tadi dalam majlis raya terbuka Kelab Pusat Sumber 2009.


Antara guru-guru ( staf) SKPK yang turut menyokong majlis ini. TQ kerana memberi kerjasama menjayakan majlis ini..ialah PK.KOKUM Masrinah Mohammad, PK Hem Pn. Beatrice Marcus, PK 1. Pn. Helina Lawrance, cg. haryati, cg.june, cg.marcellus, cg. dominic,cg. ahini, cg. mariah, cg.jerama, cg.piah, cg.siti kaidah,cg.juina,cg.mariana,Ustazah julitah,cg.juriah,cg.rosdi, Ustaz sallehudin,pn. noraini.cg jenesi dan semua ahli kelab Pusat Sumber yang di pengerusikan oleh anak saya sendiri Nurhaziemah Mohd Zali. Tahniah! dan terima kasih sudi menjamu selera.
















Ha! gambar ini masa Guru besar memulakan acara jamuan...meriahnya..!



Syoknya tengok guru2 n murid2 makan sama-sama...selamat menjamu selera..biarpun lauk kurang tapi kita dah buktikan yang kita semua bersatu dalam team pendidikan.


Kata orang bila kita di ajak nak ke satu majlis jamuan makan, datanglah dan pergilah jika tiada halangan, kerana sesungguhnya kita telah diberi rezeki pada hari itu.



Ha ini pula bab murid mengambil juadah..ramai murid bukan kelab PSS, itu yang best...licin makanan taklah membazir..itu semua rezeki kita.



PK.1 Pn. Helina Lawrance sedang menjamu selera.

PK. Kokum sedang berbincang dengan Guru KIA2M di Pusat Sumber

Beberapa juadah raya terbuka kelab pusat sumber.


Kuih raya etuza warna kehidupan.

Ikan goreng dibawah oleh Izat Bedry Tobak


Rendang ayam oleh Nurhaziemah Mohd Zali

Nasi kuning & nasi goreng oleh asmal dan mustaqim.


Mee goreng halus oleh Azrul Albert dan mee goreng kasar nazmi gitol.

Nasi bungkus oleh Yahya Rahman

Nasi ketupat oleh Nurhaziemah Md.Zali dan Ayisah Zulkifl

Minuman oren dan strwberry oleh Evarencia Jaitin

Tazkirah pilihan etuzaWarnaKehidupan pada kali ini.(Perihal 7 ayat kalimat)

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya sebanyak buih di lautan.
1. Mengucap "bisimillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap ":alhamdulilah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap"astagfirullah" jika lidah tersasul perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap"insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap"la haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap"inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsie hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-0lambat mudah-mudahanselalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.


Wasalamualikum salam alaika. Sejahtera 1 Malaysia
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 21 September 2009

Snap snap etuza part 3 time raya




Ya Allah ramadhanMu sudah berakhir..
Sayu hiba mengenang fadilatMu
Syawal menjelang bendera jaya dikibar..
Panjat kesyukuran..pada ilahi..
Memberi kita masa terluang..
Menghirup udara segar kehidupan..
Di pagi raya..

Raya ria kita semua..
Bersalaman dan bermaafan
Ampun dipinta..
Dalam kita ria usah alpa..
Ada insan lain menderita..
Ada kewajiban kepada Allah..
Itu lebih utama..
Selamat Hari Raya ..
Maaf zahir & batin..

Wah! syoknya tengok gambar kandid etuza, dalam ruang snap snap etuza di hari raya..
Minta maaflah jika ada kawan-kawan yang tak suka ya.


etuza memang suka ambil gambar time mood bagus..kenangan itu tak dapat digambarkan ngan sepenuhnya jika tidak ada bukti gambar kita. Semua memori akan hilang satu persatu jika kita tidak merakam kenangan itu. Ada orang buat catatan atau dairi tuk merakam cerita atau memori indah, dengan cara puisi atau juga sajak boleh juga..terserah kita kan..cuma lebih menarik jika ada gambar kepada yang ada cam digital.

Apa yang afif pandang serius sangat tu?

Wah! kecil kecil dah pandai pakai tudung, bagus2 bapa suka..

Adik Mian dan isterinya..sembang apa tu..semoga dimurahkan rezeki ya.

Sedap sangat ke! juadah tu..hehe hati-hati nak ambil juadah..beginilah situasi masa raya kami..seronok tengok orang berselera makan..



Lepas jamu selera terlentang ka pula..hehe! macam-macam style duduk..jan marah ya.



Aik yang ini ada tangan melambai..ada kah tetamu nak balik ..hehe!..betullah macam-macam ada..kan.



Afif ni kan ada-ada saja..tapi terhiburlah tengok afif...smart dengan songkok..


Semoga bahagia Mian & isteri..moga Allah beri rezeki yang luar biasa, banyakkan doa agar dapat mencipta keyakinan bahawa Allah itu maha menyayangi.InsyaAllah.


Sempat pis ..cik adik kita ni..sedang menjamu selera ka..ba pelan-pelan makan ye..


Mian tengok apa tu..rajin rajinlah lawat blog etuza..bagus ba! ceh! perasan ke ni?


Ini ketupat guna reben buatan bibah..jadi hiasan villa di hari raya..bagus2 ada kemahiran dapat juga bantu mama dan bapa hias villa kita ni..


Wah cantiknya rekacipta Bibah untuk bapa.Tqtq..

Menunggu tetamu ke ni..duduk di tangga bersama adik bongsu..


Puteri puteri etuza..3 orang ja..

Bunga keladi dalam pasu dijadikan hiasan meja juadah di hari raya..guna pakai ciptaan yang maha esa. Tak bazir beli bunga tiruan.


Koleksi songkok etuza & anak-anak lelaki. Kata orang songkok sebaiknya jangan di langkahi, tak elok..simpan rapi dalam almari.. kita..kat ruang tamu lagi best..saya dah buat..kemas dalam almari


Snap-snap etuza part 3 berakhir di sini semoga pengunjung etuza ceria selalu.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini