Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 27 November 2009

Alhamdulillah selamat menunaikan solat sunat hari raya aidil adha di desa.



Asalamualaikum.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana melimpahkan kurnia pada kita semua dengan memberi waktu dan usia sekali lagi kita bersemuka dengan suasana Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2009. Terasa sangat perlu datang menunaikan solat ini kerana amalan ini adalah sunat yang sangat di tuntut oleh Allah( sunat muaakad). Alhamdulillah dapat juga bersama jemaah di desa menunaikan solat ini.

Takbir dibacakan bergema, sambil menanti kehadiran semua orang kampung Penagatan Ulu, yang kecil, remaja, dewasa yang tua lelaki dan wanita datang beramai-ramai menunaikan solat sunat raya haji ini. Etuza di sof pertama sempat lihat hampir penuh ruang surau kali ini dengan jemaah. Pengendali acara solat sunat raya haji seperti En. Ramian Ayub, En. Sahidi Mumin, Haji Arinin Ibun dan En. Hardi seawal sampai dahulu ke surau. Saya rasa bersyukur kerana ada orang-orang seperti mereka yang begitu telus dan sentiasa sabar mengendalikan tiap majlis di surau Kg. Penagatan Ulu, Keningau. Kedatangan Yang Arif En. Ahadin Haji Arinin ( tuan blog Erakita) juga turut menggembirakan para jemaah tadi. Beliau sempat memberi penjelasan tentang tatacara menunaikan ibadah solat sunat raya haji yang lebih sempurna.

Ringkasan Khutbah Hari Raya Haji Oleh En. Hardi

Etuza begitu tertarik hendak mencatat secara ringkas apa yang saya faham dari khutbah raya haji yang di sampaikan oleh En. Hardi. Saya mendengar dari mula hingga akhir pengisian khutbah yang disampaikan oleh beliau. Saya beranggapan pada hari inilah seharusnya umat Islam di mana-mana membersihkan jiwa agar lebih menyedari dan menginsafi tiap kesilapan yang dilakukan, pada hari jumaat juga kita sering diperdengarkan khutbah oleh para Khatib. Kewajiban kita mendengar dengan penuh khyusuk amat di tuntut. Semoga dengan mendengar penuh perhatian kita akan mendapat kurnia pahala yang berlipat ganda dari yang Esa.

Antara yang saya dengar dalam khutbah beliau ialah:-
1. Pengertian korban itu harus diketahui dengan mengambil iktibar dan mencontohi kepatuhan dan kerelaan dengan penuh tulus ikhlas Nabi Ismail anak Nabi Ibrahim untuk disembelih oleh Nabi Ibrahim sendiri. Bayangkan cabaran yang amat kuat diberikan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim dengan mengarahkan agar Nabi Ismail itu di sembelih hidup-hidup. Kepatuhan dan demi mengharapkan redha Allah nabi Ibrahim rela menyembelihkan anaknya Ismail. Namun dengan kuasa Allah takkala Nabi Ibrahim menyembelih anaknya itu dengan kuasa Allah Ismail digantikan oleh Allah dengan seekor kibas. Tengoklah kuasaNya, jelas pada kita bahawa Allah tidak akan mensia-siakan orang yang beriman dan mengikut printah Allah.

2. Perpecahan umat Islam begitu ketara berlaku pada masa kini. Dalam khutbah hari ini, khatib menjelaskan bahawa sudah terang berlaku masalah longgar ukuhuwa dikalangan orang Islam. Semua itu katanya berlaku kerana disebabkan perkara yang dilarang Allah seperti timbulnya hasad dengki, lupa tanggungjawab terhadap keluarga dan jiran, memburu kemewahan dengan tidak memikirkan amalan ke akhirat.

3. Amalan bersedekah atau korban sembelih binatang yang disayangi itu adalah wajib bagi umat yang berkemampuan, mengorbankan wang yang ada sebagai tanda kita bersyukur kepada nikmat dari Allah. Katanya apa yang dikorbankan itu lalu disedekahkan kepada orang lain adalah amalan sedekah yang akan membersihkan jiwanya, menyuburkan iman dan keredahan kepada Allah. Maka dengan amalan sedekah itu juga akan Allah lipat gandakan rezekinya di hari kemudian kelak. InsyaAllah.

4. Amalan kunjung mengunjungi sanak saudara juga katanya merupakan amalan yang mampu mengeratkan ukhuwa sesama saudara Islam. Amalan ini beliau tekankan agar di amalkan dan jangan diremehkan. Kerana kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada eratnya silaturahim sesama Islam di mana -mana. Beliau juga menyeru agar para jemaah dan umat Islam meninggalkan larangan Allah dan sentiasa mengharapkan rahmat dan perlindungan dari Allah dari tipu daya syaitan.

Nampaknya itulah serba sedikit huraian yang saya faham dari khutbah selepas solat sunat raya haji ditunaikan. Selepas itu semua para jemaah bersalaman antara satu sama lain.Saya bersalaman erat dengan tuan blog Erakita sebagai tanda persaudaraan terjalin kukuh walau jarang bersua. Saya rasa kesal juga kerana tidak membawa kamera sony saya pagi tadi, boleh juga ambil gambar untuk di postkan dalam ruangan ini, agar lebih menarik untuk kita kongsi bersama. Etuza dan anak-anak hanya sempat berhari raya di rumah Ipar Zulkifly Supar pada petang tadi & mama sempat juga menziarahi keluarga Salina Haisin petang tadi selepas diberitahu oleh adiknya bahawa isteri Zamri Delipan selamat melahirkan anak perempuan minggu lalu. Syukurlah.

Kepada para tetamu yang sempat ke blog etuza, saya mohon maaf kerana tidak sampai ziarah atau beraya di rumah anda di kampung. Kalau di jemput tu saya akan datang juga jika tiada halangan. Kepada yang mengadakan raya haji terbuka saya ucapkan semoga amalan sedekah kita diterima oleh Allah. Akhir sekali terima kasih kepada saudara Asraf kerana memberi kami daging korban pagi tadi. Semoga rezeki bertambah berkah.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: