Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Personaliti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personaliti. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

Wajah Blogger Malaysia - Jawapan Kepada Blogger Berani Menyahut Cabaran Segmen Pesona

Asalamualaikum yang kedua kali.
Sebab salam di wall blog Pesona ni
dah tersedia paling atas, siap tulisan 
Jawi lagi tau..hehehe..
Ha ---- nak kenal mereka ni
Jom ikut saya scrol ke bawah 
*
*
*
Ini segmen etuza sila klik 

MV  HANIE
Cantik kan Wanita Malaysia

nama mereka MV dan yg tudung hitam tu HANIE .

Klik ja pada wajah mereka
paparan wajah blog mereka
akan terserlah.
Jangan lupa follow blog mereka tau!
Kenapa nak follow..ok.
1. Mereka blogger mesra maya
2. Mereka akan drop komen kat blog awak
3. Diorang bakal follow blog awak juga
4. Blog mereka hebat tau..
5. Ha yang terbaik kan mereka blogger Malaysia.
Bagilah suport anda sesama blogger.
Setuju sangat kan..

Ok layan lagi!

 Belum terlambat saya nak kenalkan
ya kenalkan kepada sahabat blogger maya 
khasnya bloger Malaysia.
Ha kan dah kata Etuza akan kenalkan
dan letak wajah blogger yang berjaya
menyahut cabaran SEGMEN MENGENALI
WAJAH BLOGGER MALAYSIA 
baik dia tu blogger lelaki atau wanita.
Tengok lah..betapa baiknya blogger
wanita ini, mereka saya ibaratkan
insan yang positif, berani dan yakin
pada diri sendiri. Mereka suka
berkongsi siapa diri mereka.
Ini wajah yang sebenar benar 
2 blogger Malaysia yang bergiat 
aktif dalam dunia penulisan alam maya.

Sebetulnya segmen etuza berakhir pada
20hb Ogos. Etuza agak lewat
nak buat n3 ini sebagai 
jawapan pada segmen etuza tu.
Ini disebabkan setting papan pemuka
blog etuza ada masalah.
jangankan kawan blogger lain
saya sendiri pun tak
dapat drop komentar ke 
ruang ulasan atau komen di blog 
etuza.
Cuba klik tu 

Pesona Kata Hati Mereka:

ha ruang ini lah komen drop 
kawan2 kawan maya blogger 
yang saya rindukan. Duduk lama2
setting klik2 dah berhari2
tak juga berjaya..
apa masalah ni ya..
siapa nak tolong etuza ni..
Hai mohon padaMu ya Allah
ada yang sudi nak tolong.

Off! ada lagi kejutan di blog etuza ya..
TUNGGU N3 lagi tau..
Bye
hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 21 Ogos 2014

Mujur Masih Boleh Buat n3

Sebelum nak berlalu, buat n3 simple saja 
petang ini. Nak release tension ..sebab 
dah berhari-hari asyik gagal nak setting 
papan pemuka blog Pesona, blog biasa
yang saya sayang ini. Macamana jadi sayang
blog ni! hanya yang jiwa blogger
dan jiwa dia hidup dengan normal ja yang tahu.
hehehehe... 


Saya terkedu-kedu..entah kemana hilangnya
paparan semua dalam ruang tetapan dalam
blog pesona. Hanya apabila etuza klik
GOOGLE + tu, dan tertekan tanpa sengaja
bahagian kebenaran urus akaun blog,
daripada pentadbir ke pengarang.
Ya robbi hilang semua item-item
dalam tetapan itu, yang tinggal hanya ini:-
1. catatan
2. tetapan 
manakala yang lain masih menyorok.
Hummm!! bila ada GOOGLE + ( Plus ) 
etuza rasa banyak benda yang menjadikan kita
blur lah tak faham, serius etuza tak faham
dengan cara dan nak tekan mana patut.
Walhal arahan dalam Bahasa Melayu.
Hahaha..patuilah ramai gagal Bahasa Malaysia
dalam peperiksaan. Susah jg, orang kata
dah biasa arahan Bahasa Inggeris.

Lastly kridit kepada blog sahabat maya 
etuza.Baiknya hati mereka ni..
klik ni ya..


dan juga blog Che Rose..dengan
mereka ada saya mohon bantuan secara 
maya..


Ha klik lah blog hebat ni. Ada ilmu..
inilah hasil antaranya bila berbelog..ramai kawan tau!

hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 19 Ogos 2014

Baju Batik Malaysia Tak Jemu Mata Memandang - Lihat Corak Batik!

Baju batik Malaysia dulunya selalu dipakai
pada hari Jumaat jika di Bandar Keningau.
Tetapi diubah dipakai oleh seluruh kakitangan
kerajaan di Keningau pada ghari khamis.
Etuza tidak ketinggalan menempah baju batik,
kain batik ela dan ini lah antaranya batik etuza.

Kongsi sikit! gambar ni etuza dinobatkan sebagai
guru penyayang di sekolah etuza sempena 
Majlis Rasmi Hari Guru Bulan Mei 2013.


Ini baju batik the lates etuza 2014
baru, gambar ni di majlis Hari Raya 
di sekolah etuza baru-baru ini.


 Menerima cenderahati sebagai
guru penyayang sempena hari guru 2013.
Imbasan kenangan indah.
Ini ketika etuza hadir di majlis rasmi hari guru
Zon Pegalan di Hotel Perkasa Keningau.
Baju batik ini seolah paling saya suka coraknya
unik sangat, tak luntur hingga sekarang..
Hummm !!! batik memang bagus dipakai.


Ini baju batik etuza versi 2009 hingga 2010
kini baju batik biru  tu telah etuza sedekahkan
 kepada bapa mertua etuza. Dah lama sangat
tak dipakai..
tak apa bagi kat dia..

 


Sesiapa yang memiliki baju batik
dia bagaikan mencintai Malaysia
kerana baju batik ni buatan Negara kita sendiri.

Jom memakai baju batik ketika 
majlis rasmi dan pada setiap hari khamis di Keningau.

Hakcipta@etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 17 Ogos 2014

Penuh Informasi Terbaik Blogger Malaysia Pilihan Pesona Blog - Adakah Anda Setuju?

HASRULHASSAN.COM™

Nampak tak senyuman Hasrul Hassan seorang blogger Malaysia yang pada etuza memiliki ilmu blogger yang sangat tinggi. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa Hasrul Hassan boleh kita gelarkan OTAI BLOGGER terkenal di Malaysia. Kenapa etuza menyatakan demikian:-

1. Saya melihat blog hasrulhassan.com blog yang sangat ringan mudah capaian dan penuh informasi.
2. Blog hasrulhassan.com memuatkan berbagai informasi yang merangkumi pelbagai situasi yang merangkum isu-isu semasa sama ada di Malaysia atau di luar negara kita.
3. Mesra maya dimana hasrulhassan.com memberi perkongsian tips dalam ruang panduan berblogging, perkongsian itu membolehkan kita memahami sebenarnya apa tujuan kita berblog. Sebagai asas blog kita hanya mampu mengatakan bahawa kita sekadar berkongsi aspek seperti pengalaman kita, namun sebenarnya tanpa kita sedar kita berblog sebenarnya melonjakkan kita adalah antara rakyat di Malaysia yang telah menyumbang informasi yang berguna kepada ramai orang. Kecil atau besar sumbangan kita itu,bukan pokoknya tetapi keaktifan kita menyumbang infor maya memberi impak bahawa masyarakat Malaysia ini alert yang  mampu bersaing menggunakan  ledakan kemajuan teknologi canggih masa kini. Maka blog hasrulhassan memberi kan kita pengertian berblog.
4. Melayan blog hasrulhassan.com memberikan suntikan kepada etuza untuk terus berblog. Etuza dapat satu keyakinan bahawa amalan kita aktif berblog adalah aktiviti sihat maya yang menjadikan kita salah seorang rakyat Malaysia yang dapat mengelak dari gejala sosial. Pada etuza berblog adalah menyihatkan minda apabila kita berblog secara berdisiplin.
5. Blog hasrulhassan.com sentiasa akif dan kadang kala panas dengan isu-isu semasa dalam arena politik dan sebagainya. Itu menandakan blog hasrulhassan sentiasa berada dalam tingkat SEO internet yang sangat tinggi. Kita blogger biasa perlu mencontohi blog hasrulhassan.com.

Akhir sekali etuza ingin bertanya, jika anda kenal blogger Hasrul Hassan blog hasrulhassan.com, adakah anda juga bersetuju dengan pendapat etuza bahawa blog hasrulhassan sememangnya sangat terkenal dan diminati ramai blogger di Malaysia?. Dan pemilik blog ini layak kita gelar OTAI BLOGGER MALAYSIA 2014.

Klik ni bukti blogger Hasrul sangat alert dan perihatin perkembangan dunia blogger di Malaysia..http://www.hasrulhassan.com/2014/08/blogger-cun-malaysia-eh-guess-blogger-awards.html

Lihat etuza kongsikan 8 Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014 yang dapat etuza lihat dalam paparan wall blog Hasrul Hassan kelamrin 16hb Ogos 2014.
8 blogger cun malaysia dalam EH! Guess Blogger Awards 2014

klik lah dan boleh add serta follow blog2 ini.

Salam ukuhuhuwa fillah.
Hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 12 Ogos 2014

Mohon Sampai Di JannahMu. ( Sedangkan Lidah Lagi Tergigit )

Asalamualaikum..klik pada url blog ini,
anda akan mengenali wajah blogger Malaysia
yang berasal dari Sabah.Wajahnya tenang
dan penuh keikhlasan dalam menyalurkan informasi
untuk tetapan kita semua.
Wajah kita milik kita yakni kurnia Allah
Hargai wajah syukuri wajah kita..
Biar bagaimana rupa kita, kita kena syukuri..
kerana jika anda tidak menyenangi wajah anda
anda tergolong sebagai hambaNya yang tidak bersyukur...
Syukurilah apa yang ada kerana apa yang kita ada
adalah anugerah Allah.
Wallahualam..


Gambar ketika zaman bercinta..
Gambar ini hampir musnah..
dek kerana tangan anak-anak
ketika mereka masih kanak-kanak
mujur segera saya sedar untuk 
menyelamatkannya. 
Di arena blog kelihatan inilah
rupa selepas di ambil semula oleh Canon Etuza.

Ya Allah Kasih kami Mohon Biar Sampai Di JannahMu. Amin.

Wajah kami tahun 1991 


Gambar ke 2 tahun 2014
ketika stay di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu.


Gambar ke 3 Ogos 2014


Gambar ke 4 2013 
( Post kami untuk dimuatkan dalam Majalah Club ELKEN)

Gambar ke 5 2014
Ketika kami stay di Hotel Zara Kota Kinabalu



Gambar ke 6. 2014 Saling memohon ampun
di hari lebaran tahun ini.


Gambar ke 7. 2013 Kami di minta
untuk post untuk dimuatkan ke dalam Majalah Club Elken.


Alhamdulillah...selamat berbahagia bersama pasangan anda masing-masing.

Hakcipta@etuza








Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 6 Ogos 2014

Tidaklah Istemewa Sangat. Selamat Berbelog

Istemewa Dari Blog Pesona 
Dengan Ucapan
1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
2. Selamat Berblog.Katakan Yang Baik-Baik
InshaAllah.
3. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan
Ogos 2014


Megahnya Malaysia mempunyai Jalur Gemilang
Majulah Malaysia, Majulah Bangsa Kita
Hiduplah Keamanan & Keharmonian.

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 4 Ogos 2014

Pakaian Kurta Selesa Dipakai Ke Masjid Khasnya Solat Jemaah.

Pakaian Kurta Lelaki Muslim

 
KurtaPakaian kurta untuk lelaki muslim amat selesa dipakai khasnya ketika kita menunaikan solat jemaah di masjid atau di rumah.


Selain ringan longgar dan rasa sejuk semasa berpakaian kurta ala-ala jubah ini. Sebagai seorang Islam sebaiknya kita cuba berpakaian kurta selain baju melayu atau jubah semasa mengahdapNya.Jika di Sabah harga baju kurta ini dalam sekitar RM 30 hingga mencecah ke RM 80 sahaja. Kain yang digunakan jenis yang sejuk licin dan kualiti.Dapatkan kurta untuk anda sendiri jika handak mengikut sunnah Nabi kita . InshaAllah. 

Pada hari Jumaat kita diwajibkan datang jemaah solat Jumaat di Masjid atau di surau. Masa inilah kita cuba amalkan memakai kurta muslim. Pakaian yang baik selesa dan sesuai digunakan ketika apa juga majlis Allah dan ketika solat.

Hakcipta @ Etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 25 Ogos 2013

Agaknya siapa lagi insan di Malaysia yang lahir sewaktu denganku...

Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun

JANUARI
( Rasanya setiap hambaNya dilahirkan dengan sikap masing2, hati budi masing2 tetapi pangkal kepada amalan yang baik berpaksikan hati dan fikiran, baik hati itu maka baiklah amalannya) Dan mesti dalam diri kita itu harus ada perkara yang baik dan ada perkara yang buruk. seimbangkan agar pesona hidup kita lebih bermakna. Saya bangga Allah takdirkan aku lahir di bulan Januari.
Tetapi jika anda hendak melihat bagaimana sikap mereka yang lahir di bulan berikutnya sila klik saja ini :- selamat membaca http://www.lamankongsi.com/2012/08/rahsia-bulan-kelahiran-mengikut-kajian.html

Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun


# BERCITA-CITA TINGGI DAN ORANGNYA SERIUS
# SUKA MENDIDIK DAN DIDIDIK
# SANGAT MUDAH MELIHAT KELEMAHAN ORANG DAN SUKA MENGKRITIK
# RAJIN DAN SETIAP YG DIBUAT NAMPAK KEUNTUNGAN
# SUKA SMART, KEMAS DAN TERATUR BERSIFAT SENSITIF ,BERFIKIRAN MENDALAM
# PANDAI MENGAMBIL HATI ORG LAIN PENDIAM KECUALI TELAH DIRANGSANG
# AGAK PEMALU

# DAYA TUMPUAN YANG SANGAT TINGGI MUDAH MENDISIPLINKAN DIRI SENDIRI # BADANNYA SIHAT TETAPI MUDAH DISERANG SELSEMA
# BERSIKAP ROMANTIK TETAPI TIDAK PANDAI MEMPAMIRKANNYA
# CUKUP SAYANG PD KANAK-KANAK
# SUKA DUDUK RUMAH
# SETIA PADA SEGALA-GALANYA
# PERLU BELAJAR KEMAHIRAN SOSIAL
# CUKUP CEMBURU YG SANGAT TINGGI
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 17 Ogos 2013

Masih Kah Ada Yang Terima Kad Raya Terlajak Ini.

Assalamualaikum...


Kad Hari Raya 
Pengganti diri...
Masih adakah yang hendak
terima kad hari raya terlajak ini...
Terlajak dari segi menyediakan dan
mengucapkan selamat hari raya..
kepada SEMUA rakan BLOGGER.

Seperti selalu kepada yang
disebutkan ini sila ambil perhatian...
Ikhlas kad rayaku untuk mu teman:-
1. Blog Kamsiah
2. Blog Dayana Bahar
3. Blog Alimazron
4. Blog Deqla 
5. Blog Mama Arina
6. Blog Jay ( Bila Jejari Menulis)
6. Blog T Lana
7. Blog Hanif Idrus
8. Blog Cik Nor Blog's
9. Cik Rose
10. Blog Tentang Kita ( Fariza)
11. Blog All About Love
12. Blog Cik Aini
13. Blog Dairi Aima
14. Blog The Malay Male
15. Blog Boni Kacak
16. Blog Aku Cuma Seekor Kumbang
usah lah pula merajuk yang tada ada nama
ingat raya kena happy...

Kepada semua sila ambil kad terlajak saya..
hanya di Blog Pesona Etuza

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 28 April 2013

Pesona Serba Putih Hadiah Hari Lahir Jan 11hb 2013

Pertamanya nak ucapkan kesyukuran kehadratNya kerana masih mampu melayari internet di pagi ahad yang dikatakan hari rehat2 santai2 untuk kita semua berhujung minggu. Lepas tu nak ucapkan salam kemaafan yang telus kepada semua yang datang ke laman Pesona Blog. Belum terjawab atau belum melakukan BWalking, atas kesibukan sejak akhir2 ini. Datang ke ruang maya kali ini untuk buat entry yang tak seindahnya, tak seirama dengan kehendak semua, tetapi sekadar hendak pamirkan bahawa hidup ini indah, hidup ini manis meskipun ada kalanya pahit melanda, lumrah hidup sebenarnya seperti itulah warna-warna nya.

Bukan nak gegarkan dunia sekadar pengalaman ini, bukan nak bangga bagainya sekadar melalui detik-detik ini. Tuntas saya katakan bahawa tak sangka kadang2 akan terjadi kebetulan sesuatu perkara dalam layar kehidupan kita. Contohnya sambutan hari lahir etuza pada bulan Jan 11hb  2013 nampaknya terperasan kami yang dirai tiba-tiba  pakaian serba putih dan kek hari lahir juga serba putih. Pelik tetapi benar adakah kebetulan atau ada insan lain yang cuba mengenakan saya dan guru wanita itu yang kebetulan lahir di Januari juga. Jujur saya katakan bahawa pelik dan masakan semuanya serba putih.Tetapi segera etuza fikirkan bahawa INI SEMUA KEBETULAN. Saya mengharap isteri tersayang tidak rasa nak bersangka buruk atas INSEDEN ini. Jika anda nak lihat tengoklah ya...., tetapi dalam masa yang sama indah dan manis kenangan ini. Terima kasih yang menghadiakan kek hari lahir ini ( dari staf sekolah etuza )

Dialah yang sebenar disampingku wanitu suri hatiku...
terima kasih masih setia menyayangi etuza.
Alhamdulillah..

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 27 Mac 2013

Hanya Sekitar 15 Minit...Berbaloi

Tajuk, ketebalan, abstrak buku, sinopsis, 
ilustrasi, kekuatan buku, pengertian, daya
tarikan buku, kelemahan buku, gaya bahasa
intipati kandungan buku, biodata penulis buku.
kesesuaian buku kepada pelajar, adakah buku
ada unsur motivasi, nombor pengelasan buku,
dan sebagainya mengenai buku yang 
di pinjam oleh Azmatul telah dihuraikan 
oleh Azmatul dengan berjaya dan sangat menarik.
Azmatul tanpa kekok..tetapi lancar dan
tersusun kata-kata tanpa merujuk teks
menyampaikan slot BICARA BUKU.
Cukup mantap dan berjaya walaupun
singkat masa untuk membaca buku
tersebut yang bertajuk 
"Kau Salah Aku Betul.

Klik gambar untuk besar...

 Bagi saya dia cukup hebat, kerana hanya sekitar 
10 minit hingga 15 minit membacakan sebuah buku 
ilimiah yang dia pinjam seketika di Pusat Sumber
SMK Agama Mohammad Ali Ranau, dia telah 
mempersembahkan kepada semua peserta
KARNIVAL NILAM mengenai buku tersebut secara 
terperinci. Berasal dari Sempurna dan duduk 
di tingkatan lima adik ini iaitu Azmatul telah
membuat slot khas "BICARA BUKU " atau 
"RESENSI BUKU" pada 21hb Mac 2013 sebelum
slot Motivasi Ceramah Motivasi Alaf 21
dimulakan.
Tahniah Azmatul dari Sempurna
dan Azmatul Johan NILAM kategori 
Bahasa Melayu luar bandar..
Sangat BERBALOI....

 Pegawai BTPN Sabah Rasmina Emin  juga pada
saya cukup bijak dalam mengawal keadaan pada 
setiap sesinya menyampaikan info-info sepanjang 
KARNIVAL NILAM 2013 berlangsung. Kadang-kadang
Rasmina Emin memberikan kejutan. Apapun memang
mudah mengawal para pelajar yang terpilih dari
tiap zon di seluruh Sabah. Kerana mereka menyertai
Karnival NILAM secara bertapis dibahagian masing
masing. Bukan main hantar wakil ja bertanding.


sempat membaca sebelum bilik gerakan SMKA ranau dibuka.

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 21 Mac 2013

Pengiring Setia Peserta Nilam & Berjumpa Kawan SeUMS

Karnival NILAM masih berlangsung hari ini
dengan slot RESENSI BUKU yang diceramahkan oleh
Pegawai BTP Cik Rasmina Emin yang bertempat 
di Bilik Gerakan SMK Agama Mohammad Ali Ranau
yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Saya mengambil kesempatan mengudated entry blog
kerana dalam bilik gerakan ini ada meja dan ada 
capaian internet.


Ini ialah teman-teman guru pengiring yang mengiring peserta
dari sekolah masing-masing. Masa ini kami bersama rombongan 
Karnival Nilam membuat lawatan di SABAH TEA di Daerah 
Ranau, pada 20hb Mac 2013.

Guru-guru pengiring dari Zon Sandakan, Sabah
berbaju merah yang sangat mempersona.
Terima kasih kepada Cg Desmond,Cg Linda 
Cg Sabariah dan Cg Ng kerana sudi 
bergambar dengan saya ..


Ini pula ialah gambar saya bersama dengan teman 
sebelajar dahulu di UMS iaitu Cg Asman.
Dia orang Ranau dan kini telah dinaikkan pangkat
menjawat jawatan di Pejabat Pelajaran Daerah Ranau,
Cg Asman sudah naik pangkat berjawatan..
tetapi saya tetap pula guru biasa..
apapun saya bersyukur pada tugas saya
sekarang. Tahniah kepada Cg. Asman..
Kami berjumpa semasa pernilaian Pemilihan
Tokoh NILAM pada 19hb Mac 2013
di Pusat Sumber SMK Agama Ranau, Sabah.

Saya mengambil kesempatan bergambar dengan
Pegawai Perpustakaan Wilayah Ranau..
Pegawai ini telah dijemput untuk mengendalikan
ceramah tentang kepentingan membaca dan aktiviti
permainan yang juga di anjurkan oleh
Wilayah Perpustakaan Ranau, Sabah.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Pesona Kembar Yang Baru Dijumpai

Karnival NILAM peringkat Negeri Sabah untuk musim 2013
diadakan di Daerah Ranau dan bertempat di Sekolah Menengah
Mohammad Ali Ranau sekitar 18hb Mac hingga 22hb Mac 

Uniknya Karnival Nilam tahun ini..
ada peserta KEMBAR lelaki..yang
sangat cukup sifatnya, mempunyai..
selain raut wajah yang cantik..elok..
di pandang..kembar ini juga sangat
bersopan santun..

Kalau di lihat memang susah nak kenal..
mana satu yang bernama Mohd Haikal dan
mana satu Mohd Hanif....
tengok lah sama kan wajah tu..
cuma ada sedikit tingga yang satu tu..
rambut, cara style rambut apa-apalah..
sama tau..

Mereka menjadi tumpuan di Karnival NILAM ni..
semua nak ambil gambar bersama..
mereka tak boring pun..mereka layan  ja ..
sebab itu saya ada gambar mereka..
dan rupanya kita dapat kenali mana satu 
abang dan mana adik ni, kerana ada tahi lalat
dekat pipi dia yang di atas tu..


Sementara yang satu lagi ada tahi lalat kat hidung
dia..nah inilah cara kenali mereka tu
dapat dah cara..so esok saya tak
keliru lagi
mereka berusia 12 tahun.


Leo Alferedo, Aeron, Mohd Hanif dan Mohd Haikal.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Mac 2013

Tidak Semua Masa Itu Menggembirakan

    Kita punya hati dan perasaan, bagi ku hati yang ada perasaan itu amat indah dalam jasad kita. Hati itu menghidupkan jiwa dan menceriakan jasad yang kudus ini. Dia lah yakni Allah yang memberikan kita hati yang punya perasaan. Alangkah indahnya jika kita punya hati yang murni, ikhlas dan dikelilingi oleh rasa bahagia gembira sepanjang masa yang berdenyut nadinya tanpa henti.

Tapi hakikat hati dan perasaan itu kadang ada kalanya hilang bahagia tiada rasa gembira apabila ada sesuatu menikam kalbunya. Pernah kah kau rasa sakitnya apabila ada kuasa hati di luar hati kita menyakiti kita. Benarlah kata orang bahawa kuasa kata-kata itu lebih pedih menusuk hati berbanding pisau melukakan deria kulit kita. Kerana kata-kata kesat itu bagaikan pisau belati menusuk hati yang ada perasaan itu.

Betullah bahawa sepanjang masa di siang hari dan di hari malam, bukan semuanya masa itu memberikan kita rasa bahagia,benarlah hati itu mudah tersentuh, gugur air mata layulah kembangan bunga di taman hati pudarlah seri kehidupan seiring dengan itu warna-warna kehidupan semakin berserak gugur  berderai berserakan. Seolah punah harapan habis impian.

Percaya lah bahawa, dalam hati itu inginkan hari-hari dan sepanjang masa kita serikan dengan nada-nada indah kehidupan, inginkan kembangnya mekarnya kuntum-kuntum bunga dan warnanya cantik menandakan kebahagiaan dan kegembiraan yang tiada taranya. Tapi pasti ada saja yang meranapkan rasa bahagia itu, ada saja yang membawa kita pilu dan hiba ada saja yang tidak suka kita bahagia di sepanjang masa.
 
Bagaimana penulis blog ini begitu sendu, jiwanya kini adakah lara adakah hati nuraninya kini di tikam kata-kata berbisa oleh insan sekelilingnya. Cuba lah rasakan bahawa petaka melanda Sabah sejak hari yang lalu ada kematian perajurit kita, ada insan yang masih bersedih dan menangis kehilangan, bukankah dengan membaca berita, melihat imbasan kematian dan lagu-lagu perajurit keramat itu akan terundang rasa pilu di hati. Dan di sekeliling kita ada insan-insan yang malang tak berumah, meminta simpati dan meminta sedekah ehsan kita. Kemudian kita ada anak-anak yang kekadang ego dan ikut hati remajanya tanpa memikirkan kata-katanya kasar memukul emosi ayah dan ibu. Kalau di hurai dalam blog Pesona rasa hati yang pilu ini tak akan berakhir. Kepada yang membaca adakah kau pernah rasakan kesedihan dan hati merasa tidak bahagia akibat ada insan lain yang tidak menghargaimu. Untuk menghapus rasa tidak bahagia itu kembalikan fitrah manusia bahawa hidup ini benar inilah HITAM PUTIH KEHIDUPAN.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini