Tajuk, ketebalan, abstrak buku, sinopsis,
ilustrasi, kekuatan buku, pengertian, daya
tarikan buku, kelemahan buku, gaya bahasa
intipati kandungan buku, biodata penulis buku.
kesesuaian buku kepada pelajar, adakah buku
ada unsur motivasi, nombor pengelasan buku,
dan sebagainya mengenai buku yang
di pinjam oleh Azmatul telah dihuraikan
oleh Azmatul dengan berjaya dan sangat menarik.
Azmatul tanpa kekok..tetapi lancar dan
tersusun kata-kata tanpa merujuk teks
menyampaikan slot BICARA BUKU.
Cukup mantap dan berjaya walaupun
singkat masa untuk membaca buku
tersebut yang bertajuk
"Kau Salah Aku Betul.
Klik gambar untuk besar...
Bagi saya dia cukup hebat, kerana hanya sekitar
10 minit hingga 15 minit membacakan sebuah buku
ilimiah yang dia pinjam seketika di Pusat Sumber
SMK Agama Mohammad Ali Ranau, dia telah
mempersembahkan kepada semua peserta
KARNIVAL NILAM mengenai buku tersebut secara
KARNIVAL NILAM mengenai buku tersebut secara
terperinci. Berasal dari Sempurna dan duduk
di tingkatan lima adik ini iaitu Azmatul telah
membuat slot khas "BICARA BUKU " atau
"RESENSI BUKU" pada 21hb Mac 2013 sebelum
slot Motivasi Ceramah Motivasi Alaf 21
dimulakan.
Tahniah Azmatul dari Sempurna
dan Azmatul Johan NILAM kategori
Bahasa Melayu luar bandar..
Sangat BERBALOI....
Pegawai BTPN Sabah Rasmina Emin juga pada
saya cukup bijak dalam mengawal keadaan pada
setiap sesinya menyampaikan info-info sepanjang
KARNIVAL NILAM 2013 berlangsung. Kadang-kadang
Rasmina Emin memberikan kejutan. Apapun memang
mudah mengawal para pelajar yang terpilih dari
tiap zon di seluruh Sabah. Kerana mereka menyertai
Karnival NILAM secara bertapis dibahagian masing
masing. Bukan main hantar wakil ja bertanding.
sempat membaca sebelum bilik gerakan SMKA ranau dibuka.
@hakcipta etuza
5 Pesona Kata Hati Mereka:
salam. minat membaca perlu dipupuk kembali kpd generasi skrg krna mrka semakin malas membaca dek penangan media sosial, telefon pintar, internet, twitter, PS4 dsbnya.
program yg bagus untuk menanam budaya minat membaca dikalangan pelajar.
bagusnya ada program yg mcm ni..cikgu sendiri dah bagi contoh terbaik dgn sikap suka membaca cikgu tu... ;)
tahniah smua...:)
tahniah buat adik yang menang...oh ya kami di ofis pun ada buat book review setiap kali meting
Catat Ulasan