Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Laman Indah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laman Indah. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Ogos 2014

Tolong Saya Bantu Saya Kembalikan Setting Papan Pemuka Akaun Blog Pesona .Please


Tolong bantu etuza.
1. Bila etuza log in papan pemuka 
ini yang keluar. Tengok gambar.
ini yang terpapar


klik ke dua kali hanya catatatn dan
tetapan ja keluar.
Biasa banyak item di ruang ini.
Tapi ini hanya dua ja..terpaksa
lah etuza klik bahagian tetapan
dah klik...
tengok bukti tu..


Bila klik tetapan
hahahah lucu la ini lah pula yang keluar
blog papan pemuka macam ini
tak ada apa dapat dibuat..
semua tak ada..
hanya terus klik catatan baru..
Nak tanya 
bahagian email tu dilumpuhkan ka..

Inilah akibat hampir setahun saya tak berblog
sibuk sangat ni lah jadi..
lupa semua..
bila klik2 
ha hilang semua
kan dah sediri terkena..

Boleh tolong saya..


Sudilah kongsi ilmu
buat entry khas untuk kesilapan ini
pasti ramai nak tahu.

Terima kasih ya..

Hakcipta@etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 22 Ogos 2014

Wajah Blogger Malaysia - Jawapan Kepada Blogger Berani Menyahut Cabaran Segmen Pesona

Asalamualaikum yang kedua kali.
Sebab salam di wall blog Pesona ni
dah tersedia paling atas, siap tulisan 
Jawi lagi tau..hehehe..
Ha ---- nak kenal mereka ni
Jom ikut saya scrol ke bawah 
*
*
*
Ini segmen etuza sila klik 

MV  HANIE
Cantik kan Wanita Malaysia

nama mereka MV dan yg tudung hitam tu HANIE .

Klik ja pada wajah mereka
paparan wajah blog mereka
akan terserlah.
Jangan lupa follow blog mereka tau!
Kenapa nak follow..ok.
1. Mereka blogger mesra maya
2. Mereka akan drop komen kat blog awak
3. Diorang bakal follow blog awak juga
4. Blog mereka hebat tau..
5. Ha yang terbaik kan mereka blogger Malaysia.
Bagilah suport anda sesama blogger.
Setuju sangat kan..

Ok layan lagi!

 Belum terlambat saya nak kenalkan
ya kenalkan kepada sahabat blogger maya 
khasnya bloger Malaysia.
Ha kan dah kata Etuza akan kenalkan
dan letak wajah blogger yang berjaya
menyahut cabaran SEGMEN MENGENALI
WAJAH BLOGGER MALAYSIA 
baik dia tu blogger lelaki atau wanita.
Tengok lah..betapa baiknya blogger
wanita ini, mereka saya ibaratkan
insan yang positif, berani dan yakin
pada diri sendiri. Mereka suka
berkongsi siapa diri mereka.
Ini wajah yang sebenar benar 
2 blogger Malaysia yang bergiat 
aktif dalam dunia penulisan alam maya.

Sebetulnya segmen etuza berakhir pada
20hb Ogos. Etuza agak lewat
nak buat n3 ini sebagai 
jawapan pada segmen etuza tu.
Ini disebabkan setting papan pemuka
blog etuza ada masalah.
jangankan kawan blogger lain
saya sendiri pun tak
dapat drop komentar ke 
ruang ulasan atau komen di blog 
etuza.
Cuba klik tu 

Pesona Kata Hati Mereka:

ha ruang ini lah komen drop 
kawan2 kawan maya blogger 
yang saya rindukan. Duduk lama2
setting klik2 dah berhari2
tak juga berjaya..
apa masalah ni ya..
siapa nak tolong etuza ni..
Hai mohon padaMu ya Allah
ada yang sudi nak tolong.

Off! ada lagi kejutan di blog etuza ya..
TUNGGU N3 lagi tau..
Bye
hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 17 Ogos 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

Asalamualaikum semua..
Cantik banner ni Etuza join terus
kerana memberikan sokongan dan menggempakkan 
lagi suasana. Pasti Blogger Siti Yang Menaip akan
merasa happy..
Jom ramai-ramai..manalah tahu 
ada rezeki ukuhuwa fillah sesama blogger Malaysia.

 http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/08/giveaway-merdeka-penang-mari-baq-ang-by.html
klik banner ni ya
Syarat-syarat Penyertaan :
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. Tak mahu seperti giveaway lepas. Buat entry tapi tak tinggalkan link jadinya aku tak tahu korang dah turut serta.
4. Selesai.

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!
Korang mungkin salah seorang darinya. Mari mari join kalau sudi.

Alhamdulillah etuza pesona selesai..
MV ( klik )
Rizwan Ewan
saya nak tag 

Harap  mereka seperti saya saling menyokong.
Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Penuh Informasi Terbaik Blogger Malaysia Pilihan Pesona Blog - Adakah Anda Setuju?

HASRULHASSAN.COM™

Nampak tak senyuman Hasrul Hassan seorang blogger Malaysia yang pada etuza memiliki ilmu blogger yang sangat tinggi. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa Hasrul Hassan boleh kita gelarkan OTAI BLOGGER terkenal di Malaysia. Kenapa etuza menyatakan demikian:-

1. Saya melihat blog hasrulhassan.com blog yang sangat ringan mudah capaian dan penuh informasi.
2. Blog hasrulhassan.com memuatkan berbagai informasi yang merangkumi pelbagai situasi yang merangkum isu-isu semasa sama ada di Malaysia atau di luar negara kita.
3. Mesra maya dimana hasrulhassan.com memberi perkongsian tips dalam ruang panduan berblogging, perkongsian itu membolehkan kita memahami sebenarnya apa tujuan kita berblog. Sebagai asas blog kita hanya mampu mengatakan bahawa kita sekadar berkongsi aspek seperti pengalaman kita, namun sebenarnya tanpa kita sedar kita berblog sebenarnya melonjakkan kita adalah antara rakyat di Malaysia yang telah menyumbang informasi yang berguna kepada ramai orang. Kecil atau besar sumbangan kita itu,bukan pokoknya tetapi keaktifan kita menyumbang infor maya memberi impak bahawa masyarakat Malaysia ini alert yang  mampu bersaing menggunakan  ledakan kemajuan teknologi canggih masa kini. Maka blog hasrulhassan memberi kan kita pengertian berblog.
4. Melayan blog hasrulhassan.com memberikan suntikan kepada etuza untuk terus berblog. Etuza dapat satu keyakinan bahawa amalan kita aktif berblog adalah aktiviti sihat maya yang menjadikan kita salah seorang rakyat Malaysia yang dapat mengelak dari gejala sosial. Pada etuza berblog adalah menyihatkan minda apabila kita berblog secara berdisiplin.
5. Blog hasrulhassan.com sentiasa akif dan kadang kala panas dengan isu-isu semasa dalam arena politik dan sebagainya. Itu menandakan blog hasrulhassan sentiasa berada dalam tingkat SEO internet yang sangat tinggi. Kita blogger biasa perlu mencontohi blog hasrulhassan.com.

Akhir sekali etuza ingin bertanya, jika anda kenal blogger Hasrul Hassan blog hasrulhassan.com, adakah anda juga bersetuju dengan pendapat etuza bahawa blog hasrulhassan sememangnya sangat terkenal dan diminati ramai blogger di Malaysia?. Dan pemilik blog ini layak kita gelar OTAI BLOGGER MALAYSIA 2014.

Klik ni bukti blogger Hasrul sangat alert dan perihatin perkembangan dunia blogger di Malaysia..http://www.hasrulhassan.com/2014/08/blogger-cun-malaysia-eh-guess-blogger-awards.html

Lihat etuza kongsikan 8 Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014 yang dapat etuza lihat dalam paparan wall blog Hasrul Hassan kelamrin 16hb Ogos 2014.
8 blogger cun malaysia dalam EH! Guess Blogger Awards 2014

klik lah dan boleh add serta follow blog2 ini.

Salam ukuhuhuwa fillah.
Hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 15 Ogos 2014

Awas Kena Sapu - Sila Ambil Tindakan

Sesiapa ada blog memang tidak dikatakan mesra maya jika tidak ada link blog lain ke blog milik dia. Demikian juga pemilik blog Pesona Etuza Warna Kehidupan, ada memiliki beberapa kumpulan listblog.


Persoalannya sekarang dalam link list blog etuza itu ada yang sudah mencapai 3 tahun tak update. Dalam minda etuza baik berikan peluang kepada yang aktif berblog letak blog mereka sebagai listblog baru etuza ni. 

Kepada kawan blogger yang masih belum disapu bersih cepat-cepat update blog ya, seperti etuza sudah kembali aktif kerana blog saya ini saya sayangi dan saya sukai.

Kepada blogger yang kemungkinan akan ditiadakan dalam list blog etuza terlebih dahulu etuza memohon maaf kerana terpaksa bertindak memberi peluang kepada yang aktif sebagai listblog baru etuza. Semoga persahabatan kita sebagai blogger masih terjalin utuh.

Cuba anda skrol ke bawah listblog etuza ini
ada yang dah 3 tahun tak update, kita tertanya 
juga kemana agaknya mereka ni.
Tak apa ada yang lama mesti ada blog baru
tetapi tetap hargai yang lama.
Pengalaman mereka berblog bagi yang 
dah lama berblog adalah lebih luarniasa.
matang dan lebih diterima oleh masyarakat.
Terima kasih.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 13 April 2013

No site configured at this address ( Risau, apa terjadi pada address blog Pesona )

Sudah masuk ketiga hari, bila saya log in
blog saya, kemudian klik ( lihat blog ) 
sebagaimana kebiasaannya ayat ini
yang akan kelihatan iaitu 
No site configured at this address
sebagai blogger yang tak
sepertinya ini, ada perasaan
RISAU dan KELIRU 
apakah sebenar yang berlaku.
Saya dah periksa semua 
bahagian tetapan, tidak ada
juga kesilapan alamat.
Harap2 keadaan ni akan pulih
mungkinkah keadaan line ternet 
yang SLOW penyebab ini berlaku.

Bila keadaan ini berlaku,
saya benar-benar tak dapat 
melancarkan aktiviti paparan
di blog Pesona.
Kalau ada TEMAN Blog
yang sudi membantu..
beritahulah saya..
kenapa ini berlaku.
Saya dengan ini terlebih dahulu
mengucapkan terima kasih
pada bantuan anda. Semoga 
Allah memberi balasan
dalam bentuk pahala.

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 7 April 2013

Debaran Agak Terasa Bila Sedang Mengelidah Bloglists, Kalau Boleh Tiada Yang Terkeluar...


Etuza
Mohon kepada sesiapa yang belum updated entry blog, cepat2 lah ambil masa untuk update kan. Petang ini kemungkinan akan ada pembaharuan di blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan ini. Rasanya hendakkan blog yang RINGAN, MESRA MAYA, MUDAH PAPARAN  dan mestilah nak juga RAMAI pengunjung blog ni. Untuk itu saya memohon agar tidak disalahkan blog PESONA sekiranya ada blog terkenal yang akan terkeluar dari BLOGLIST milik etuza. Alhamdulillah hampir sejam lebih baru dapat buat blog baru untuk saya letakkan himpunan blog yang lebih segar, lebih mantap, lebih macho, lebih warna, lebih aura dan sentiasa update. Cara sebegini nanti lebih sesuai dan akan dapat meringankan blog Pesona Etuza.

Sebelum berlalu saya hendak berikan penghargaan kepada blog ini..
sila klik dengan hormat...
1 *
2 *
3 *
Detik Detik Indah Dalam Hidupku
Blogger : Kamsiah Yusoff
Dia antara...
Blogger Wanita Yang Paling Dihormati
Kerana menjadi pilihan Pesona 
dalam blog menghias ruang atas 
blog Pesona. Tahniah!.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Persediaan Pengelidahan & Pembersihan Bloglists

 Nampaknya saya kena bersihkan Bloglist yang terdapat dalam blog Pesona ini. Sebagaimana blogger lain rasanya amalan membersihkan bloglist harus saya lakukan juga.  Kepada pemilik blog yang sudah mencapai setahun, ada yg 11 bulan, 6 bulan atau 5 bulan tidak updated blog dengan sebarang entry baru harap dapat membuat update blog walaupun mungkin ringkas atau sekadar gambar untuk menghidupakn semula blog anda. Kerana jika tidak saya akan mengelidah dan membersihkan bloglists dalam blog Pesona walaupun rasanya amat berat hati hendak membuka blog tersebut. Mungkin dengan adanya pembersihan bloglists yang tidak aktif akan mempu mengurangkan berat blog Pesona. Insha Allah.

Apabila blog begitu lama tidak diupdatekan, kita yang selalu melihat dan menunggu kehadiran entry baru mereka akan merasa tertanya dan inginkan jawapan yang pasti. Blog kalau begitu lama tiada entry baru kemungkinan yang dapat kita jangkakan secara positif ialah :-

1. Pemilik blog tersebut terlupa pasword untuk log in blog
2. Pemilik blog sudah tidak berminat membuat catatan di blog.
3. Pemilik blog tiada laluan internet ( tiada Bband)
4. Pemilik blog itu lebih suka membaca entry2 blog orang lain.
5. Tidak berminat untuk mengaktifkan blog, tetapi merasa 
sayang entry2 mereka yang terdahulu maka blog tidak dihapuskan.
6. Pemilik blog kesuntukan masa dan sukar online
7. Pemilik blog itu memilih jalan berdiam diri itu lebih 
selesa baginya.
8. Pemilik blog sudah tidak berminat untuk berblog.

Sebagai persediaan, agar tidak berlaku keterkejutan maka saya membuat entry sebegini, namun jika punyai masa dan kelapangan esok saya akan drop komen dahulu di bloglists yang tidak aktif itu untuk memohon maaf dan berterima kasih kerana blog mereka pernah menjadi bloglist blog Pesona sejak 2009 hingga April 2013. Masa yng cukup lama saya kira.
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 29 Mac 2013

Mana Satu Paling Menawan Hatimu...

Buah-buahan ini, pastinya buah2an dekat rumah,
tiap kali ada buah yang dipetik memang siap
diratah lalu dihidangkan sebegini rupa.
Biasalah cara kampung, kebetulan..
orang kadazandusun..memang inilah..
cara termudah untuk menyajikan..
buah-buahan untuk seisi keluarga memakannya.
Ada tak pesona buah-buahan ini..
Kemudian mana satu paling menawan hatimu...


@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 28 Mac 2013

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com

Etuza Join Giveaway Lagi.
Banner cantik dan kreatif hasil sentuhan 
Mialiana, pastinya ramai yang join..
Tahniah Mia dan Naili Shoppe

Rezeki untuk semua supporters Mialiana.com apabila Naili Shoppe ingin membuat Giveaway di blog ini dengan hadiah wang tunai berjumlah RM 200.00 untuk dimenangi. Mudah dan senang untuk join. Hanya perlu copy paste coding entri yang disediakan. Cubalah join ya... Mana tahu ada rezeki kat sini nanti. Tidak kisahlah berapa ramai yang nak join, Giveaway ini tetap akan berlangsung juga.

Pemilihan pemenang akan dibuat oleh Naili Shoppe melalui cabutan bertuah secara manual.  
dibuka sejak 23Mac hingga 7 April 2013

NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran


Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )

Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013
Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang
Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com
@hkcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 25 Mac 2013

Salahkan Menjadi Pengomen Tegar?



Agaknya bagi anda kasarkah tajuk entry saya ni? Atau adakah anda akan terasa hati jika tajuk itu ada kaitan dengan anda sebagai bloggers di dunia maya. 
Sebenarnya saja nak letak tajuk entry memukau tersebut sedemikian. Bloggers yang memang hendakkan info, hendakkan teman maya tak kisah kalau pun dia digelar Pengomen Tegar. Sebab antara yang pernah mendapat jolokan pengomen tegar ialah saya sendiri. 
Baru-baru ni saya memang sibuk, tapi saya memang tak boleh kalau tak jenguk juga blog Pesona Etuza, kena tengok sekejap pun tak apa, terubat rindu pada semua yang selalu ke laman Pesona. Kesibukkan itu menyebabkan terbatas masa untuk membuat blogwalking dan drop komen ke ruang komen blog yang saya gemari itu. Saya nak tanya " awak suka tak jika saya katakan bahawa blog awak saya suka tengok, baca dan hayati tiap entry2 awak! suka tak??" 
Sangat rugi jika anda seorang bloggers yang tidak peka dan tak menghargai kehadiran komen2 teman blog di blog kita. Pada saya  sangat hargainya dan berusaha untuk drop balas komen teman2 blog, tetapi kadang2 ada halangan dan berlakulah keadaan perlahan komen saya ke blog anda. Mohon maaf kerana lambat membalas komen. Terbaru saya hanya dapat membuat komen di blog ini..The Malay Male, blog Jay AR, Kamsiah blog,Lana Blog dan blog Remmy. Sementara blog lain yang turut saya gemari belum meletakkan komen di ruang komen mereka. Mohon maaf kepada yang rajin drop komen di laman Pesona Etuza, iaitu semua blog:-

GSF, Hanif, KJ, Herman, Juk Din
Normi Nieza,Amin A R,Apan
Kancil, Hazamin H, Man
Lina M Munir dll.

Perlukan komen tu?
1. Komen tu, menceriakan blog
2. Blog kita ada ukuhuwa dan hidup.
3. Blog kita mesra maya
4. Ada rasa seronok berblog
5. Melalui komen kita dapat ilmu
6. Menjadi pengomen tegar yang terbaik
7. Tak wajib, kalau suka komenlah ..asal tak melukai hati teman blog.
8. Bukti kita membaca entry teman blog.
9. Komen itu idea yang bernas 
10. Jika tiada komen sepilah blog Pesona.
11. Nak mohon sudilah komen ya..
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 17 Mac 2013

Denaihati Blog Berinformasi Banner Kini Dipasang

Ini antara banner yang cantik di denaihati blog
awak try klik banner tu..

harimau malaya 300x250 Banner
Selamat malam semua,  ekoran dari menonton Mimpi Ke Bintang di TV2 maka saya berkesempatan online sekali lagi. Kali ini nak kata blog Pesona Etuza sekali lagi memasang banner yang sangat menarik dari blog hebat Denaihati. Dulu pernah letak link banner denaihati, tapi saya bersihkan kerana nak kurangkan berat blog. Apa daya blog denaihati ini benar2 blog berinformasi. Semua kita dapat di denaihati. Kali ini harap bertahan dan siapalah yang tak mahu kalau ada tiba2 ada rezeki di blog. Diucapkan TAHNIAH blog denaihati..kerana menjadi blog pilihan utama etuza. Asalamualaikum...
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Mac 2013

Segmen Sabtu By Emas Putih

Join Segmen Sabtu By Emas Putih
Hemmm!! lama tak join segmen..
Segmen simple cute ni nak join lah sekali
BW tadi nampak di blog Encik Eraz Fadli

             
Join segmen ni memang ada tersiratnya..
kalau tengok nombor 1085 memang 
lama dah tak berganjak...
walhal kita nak juga meriakkan ruang
yang mewarnakan blog kita iaitu
"FOLLOWERS"
Sangat ceria jika ramai followers..
seperti followers blog emas putih blog
angka 4 digit 3651...

Kepada teman yang baru dan
yang dah lama berblog..jemput 
sesekali join segmen ..
kadang kita tak paksa, tapi..
kalau segmen macam di blog 
emas putih blog
Untuk lebih jelas
dan ketahui ganjarannya
sila terjak blog emas putih blog
sekarang.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 5 Mac 2013

Petua Teman Sezaman Mujarab ( Alhamdulillah )

   Ada teman mengatakan bahawa tidak ada ubat khusus jika kita diserang selesma, yang antara tanda selesma menyerang ialah, bersin, batuk-batuk, sakit tekak, sakit hidung, demam panas dan hidung berair serta korongkong gatal. Kalau terhidu asap dan debu-debu bertambah lah kekerapan untuk bersin.
http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com kalau anda klik entry ni, anda akan terbaca satu petua untuk sembuhkan sakit tekak dan pulihkan suara asal kita. Petua ini petang kemarin saya amalkan dan ternyata " SEKALI MINUM" menggunakan gelas air ramuan ini, sakit tekak dan suara saya beransur sembuh. Subahanallah..syukran kepada yang maha esa dan sangat berterima kasih kepada teman sezaman itu. Semoga Allah beri limpahan pahala kepada teman yang menurunkan petua itu kepada saya pada pagi ahad minggu lalu. Ramuan ini bagus kerana HARUM, ADA AROUMA, ADA RASA ASAM PEDAS kerana gabungan  limau nipis, halia dan kunyit. Tidak perlu letak garam atau gula. Tetapi sesuai jika di letakkan sesudu madu asli. Cubalah petua ini.
Sebelum menutup pintu blog Pesona, 
ini ada satu lagi petua yang saya baca
dari buku bertajuk,
"Jus sihat bagi golongan berdarah B "
terbitan Synergy Media 

AWET MUDA

Untuk 1 Bahagian
150 gram brokoli
150 gram bayam tanpa akar
300 gram epal hijau-dikupas.

Cara
Proses semua bahan dengan menggunakan pemerah jus.
selamat mencuba
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 23 Februari 2013

SEGMEN – Blogger i2 Sahabat ku

Tertarik untuk ikut serta 
segmen simple dari blog 
BUKAN CINCAI.


klik2
Sebelum tu nak bagitahu sebenarnya
etuza jumpa Segmen menarik simple ni
di Blog Pengemis Cinta 
Siapa nak klik silakan ya..
boleh terbang bersama Eedi Aziz

eediaziz.
Kelebihan turut serta ...banyak tu.
Lagipun tarikh tutup dah dekat 
Sempat join..terima kasih 
segmen simple _ Rahmad Mat.
Jemput join sekali...oyes!!
  1. Buat 1 entri tajuk “Segmen Blogger i2 Sahabat ku”
  2. Tempek gambar tu kat entri korang
  3. Linkkan ke entri ni. 
  4. Folow blog buruk ni. Tak follow pun takpe aku tak paksa..
  5. Link kan entri korang kat ruangan komen.. Mudah bukan.. Jom join tarikh tutup penyertaan28 Feb 2013..
Kelebihan Join Segmen ni:
  1. Siapa yang join secara automatic masuk dalam bloglist aku sepanjang tahun 2013
  2. Trafik blog akan meningkat
  3. Follower semakin bertambah
  4. Kenalan blogger semakin ramai
  5. Perkongsian antara blogger dengan blogger.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Gunakan CHROME & FIREFOX Agar Pesona Lebih Owsem

EntryPageviews
Firefox
854 (29%)
Chrome
852 (29%)
Internet Explorer
603 (21%)
Opera
215 (7%)
Mobile Safari
158 (5%)
Safari
148 (5%)
Mobile
9 (<1%)
BingPreview
3 (<1%)
NokiaBrowser
3 (<1%)
Qt
2 (<1%)

  Hari ini awal pagi etuza terfikir nak tengok peratus pageviews ( pengunjung) laman Pesona menerusi carian google. Nampaknya blog Pesona melalui carian internet explorer mencapai 603 ( 21%), sayang sekali bagi mereka yang berminat melihat laman blog PESONA tidak akan melihat 100 % paparan blog Pesona ni, kerana kalau menggunakan carian internet explorer blog Pesona akan kelihatan seperti bertindih-tindih dan sanggat tidak jelas. Kepada pengguna internet explorer etuza mohon sangat-sangat agar anda gunakan GOOGLE CHROME atau GOOGLE FIREFOK untuk melihat paparan blog Pesona dengan lebih jelas. Mohon kerjasama agar kita dapat menerima infor dari blog Pesona. ( ada ke ilmu di blog Pesona?) terserah pada penerimaan anda.

Ingat layari PESONA menggunakan GOOGLE CHROME...TERIMA KASIH.
@HAKCIPTA ETUZA




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini