Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label warisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label warisan. Papar semua catatan

Ahad, 10 Ogos 2014

Alamak Apa Dah Jadi!!...

Inilah proses penyembelihan ayam-ayam yang
diguanakan untuk dibuat gulai atau lauk pauk.
Puteri etuza yang kedua nampaknya mengambil gambar
kenangan ini di sekolahnya di SMK Agama Mohammad Ali Ranau, Sabah.
Sebagai ayah saya rasa inilah pengalaman sebenar dia 
sedangkan di rumah di kampung jarang sudah nak
sembelikan ayam, berbanding zaman remaja saya.
Di mana saya selalu membantu ayah dan ibu 
mencabut bulu ayam selepas ayam yang telah disembelih itu
direndam dalam besen berisi air panas. 
Kata ibu selepas direndam bulu ayam akan mudah dicabut
sehingga bersih.
Nampaknya ini pengalaman luar biasa anak perempuan etuza.
Boleh lah dia bagitahu kami bagaimana
caranya nak bersihkan bulu ayam yang baru disembelih.

Ok jemput tengok ya..

ALAMAK!!!! apa dah Jadi!!!!

Dimasukkan ke dalam besen besar..

Buka kepala ayam..


Ayam sedia dituangkan air yang panas untuk mudah cabut bulu2 ayam.


Gotong royong mencabut bulu ayam secara team work.
Inilah prosesnya..


 Ha tengok dah siapa pun..nampak bersih..
Alamak nampak bulat..lepas ni apa nak buat?

Hampir siapa..

Alamak apa dah jadi ni !!!
Tak apa lah cepat-cepat potong potong..
orang dah sedia nak masak...

Ha ini lah kejadiaannya..
kan dah kata bulat, jadi ayam bulat .


Tahnia pada anak saya dan kawan-kawannya sekurang-kurangnya
telah belajar sesuatu yang baru.
Sempat abadikan dengan ayam bulat,...
Ok yang pegang dagu tulah puteri kedua etuza..
happy lah tu berjaya membuat misi mencabut bulu-bulu
ayam, saya difahamkan inilah antara anak guru yang
bersama dalam majlis makan-makan mereka..
layan...


Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 25 September 2013

Lihat Genarasi Muda Menjulang Jalur Gemilang Ke 56, 2013

Tanda Cinta Kami Untukmu Negara Malaysia


Kemerdekaan ini merupakan kebebasan terhadap 
apa juga belenggu penjajahan terhadap Negara kita.

Membanggai dan menghargai kemerdekaan ini..
Pastinya perlu dari segenap masyarakat...
Usah hanya berseronok menikmati anugerah..
Kemerdekaan ini..
Tetapi mengibar Jalur gemilang sahaja..
Tidak mampu melakasanakannya..

Lihat genarasi muda menjulang  Jalur Gemilang
Tanda mereka cintakan tanah air ini..
Tanda ada jiwa yang subur..
Segar dengan anugerah merdeka hari ini..


Betapa megahnya mereka..
Betapa girangnya mereka..
Betapa bangganya mereka
Dalam menyatakan cinta mereka
Terhadap Negara Malaysia..
Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Syabas genarasiku...




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 17 Ogos 2013

Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang 2013

Assalamualaikum...


Dalam meneruskan kehidupan, usah kita alpa dan lali bahawa kehidupan hari ini adalah didasari oleh usaha pejuang tanah air suatu masa lalu dalam mendapatkan kemerdekaan untuk kita hari ini.
Kemerdekaan yang telah dan kini kita sedang masih dinikmati adalah berkat usaha dan titis darah mereka yakni pejuang kemerdekaan yang antaranya ialah Tunku Almarhum Abdul Rahman. Betapa besar pengorbanan yang merka lakukan demi untuk kelangsungan genarasi kita masa kini. Dalam usaha menggapai kemerdekaan hari ini, mereka melalui peristiwa berdarah dalam merampas kedaulatan tanah air dari bangsa asing yang ketika itu tanah Melayu menjadi rebutan atas dasar kekayaan rempah dan pelbagai potensi Malaysia di mata dunia.
Justeru itu ayuh!! dalam merayakan hari raya, usah lupa bahawa kita juga sedang dalam kandungan bulan Ogos dimana seperti biasa tiap tahun semangat dan semarak kemerdekaan itu kita hargai, kita langsungkan kegembiraan sebagai rakyat jelata dengan hanya 1 perbuatan yang murni tetapi cukup menampakkan kita semua cintakan tanah air ini. iaitu KIBARKAN JALUR GEMILANG.

Selamat merayakan merdekaraya. Salam rindu dari etuza.
@Hakcipta etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 15 Jun 2013

3 Item Mengujakan Selepas Diserbu

Assalamualikum semua..
Semoga hari sabtu semuanya sihat...

Pisang rebus ni aduhai masak ranum ..kalau
masa Ramadhan pastilah mencari buah pisang..
Belum ramadhan dah masak lah pula...
kena lah masak pengat pisang 
atau kek pisang atau kuih 
pisang goreng..
entah lah mana satu..


Dah kata ada tanam kacang buncis..
bila berbuah banyak lah pula..
siapa lah nak makan banyak ni..
Allah tu sangat pemurah rupanya..
di tanam 1, 2,3,4 benih..
buah sebesen besar diberinya..
makan seminggu tak habis ni..
peti ais dah penuh...
mana lah nak muatkan..
ok lah bagi kat kawan di kampung ulu..
Insha Allah..


Teruja sangat ni..
hasil tanaman sudah menjadi...
buah tomato original yang tiada 
semburan racun..baja pun trak ada lah..
cuma besih kan saja pokok-pokok
tomato..
tengoklah buah macam guli ja besarnya..
Wow! sangat berkhasiat..
nampak terus..tomato masak lemak
sambal belacan...

Weh!!! terujalah hari ini..
hari sabtu yang sangat..
menyenangkan..
Syukran ya Allah.
inilah rezeki dari MU.

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Minit Saja Cukuplah

Assalamualikum semua...
Jemput sarapan bersama etuza..
Sebab nak kuat ikut saya
3 minit saja melihat
kebun kecil di kampung..
Cuci mata..dari selalu..
melihat bangunan mencakar langit
di kota..
3 mint saja...tak lama..
Mari semua...!!

sarapan di kampung ni ja yang ada..
kuih cucur nasi pulut dan udang ja..
sedap ...

Ha di sinilah saya nak bawa semua
selama 3 minit ja...inilah kebun kecil
di kampung...adalah tanam..macam2
kacang buncis ada, tomato ada, lada putih ada
kacang tanah ada..
boleh lah berjimat dari beli sayur..
sayur pun sekarang ni adui!!
RM 2.00 seikat kat pasar malam 
di Keningau..

Ini rupa paras kacang tanah yang baru keluar
dari perut bumi..
harap2lah menjadi..
boleh makan kacang tanah direbus 

Pokok-pokok nanas ( nenas ) ni..
kebanyakan pokok berbuah..
happy nampak..
tapi belum boleh dipancung 
mahkotanya..masih kecil..
biasalah kalau muda mana boleh..
dipancung..tunggulah umur matang kan..


EEEhh lain macam ja bunga kantan ni..
bercorak pula tepian bujur tu...
cantik ...mesti terpesona melihat..
Memang inilah rupa kantan bila dah matang
terkopak dan bujur kelihatan ..
Unik..


 Akhir sekali inilah bunga kantan ketika muda..
tajam tirus tau!. siapa nak sentuh luka hujung jari..
tajam tu. Bila mulai kembang..mulalah
kelopak2 bunga kantan tu dongak ke bawah
akan terlihatlah bujur pada tengah
bunga kantan tersebut..

Ok siap tepat siap dah 3 minit
bersama saya..
Terima kasih.
@hakcipta etuza 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 29 Mac 2013

Mana Satu Paling Menawan Hatimu...

Buah-buahan ini, pastinya buah2an dekat rumah,
tiap kali ada buah yang dipetik memang siap
diratah lalu dihidangkan sebegini rupa.
Biasalah cara kampung, kebetulan..
orang kadazandusun..memang inilah..
cara termudah untuk menyajikan..
buah-buahan untuk seisi keluarga memakannya.
Ada tak pesona buah-buahan ini..
Kemudian mana satu paling menawan hatimu...


@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 24 Mac 2013

Panorama Di Sabah Teh & Sungai Tagal Luanti Ranau

Antara lain pengisian Program Karnival NILAM
2013 peringkat Negeri Sabah ialah
Lawatan Ilmu di SABAH Teh 

sedikit infor tentang Teh Sabah
 Terletak di kawasan tropikal Malaysia yang menghijau di sekitar warisan dunia, Gunung Kinabalu, ladang teh tersebut terletak di kawasan seluas 6, 200 ekar pada aras ketinggian 2,272 di atas paras laut. Ladang ini dikelilingi oleh hutan hujan tertua yang berusia selama 130 juta tahun.
Turut menjadi kebanggaan kepada negara ini, Teh Sabah juga merupakan perladangan komersil terbesar di Borneo. Setiap langkah bakal membawa kepada penghasilan teh yang berkualiti dari proses memetik teh, mengeringkan, fermentasi dan keseluruhannya akan anda saksikan di dalam Tea Tracker.
“Teh Sabah amat berbesar hati menjadi sebahagian rancangan travelog sebegini yang penuh inovatif. Ia merupakan rancangan yang juga menghiburkan dan penuh dengan keindahan pemandangan, warna dan bunyi yang berjaya dihidupkan oleh pengacaranya dan mereka yang terlibat di dalam penghasilan teh. Saya perlu katakan bahawa Tea Tracker banyak menyumbang sebagai jambatan penghubung budaya di antara masyarakat seluruh dunia jika atau apabila rancangan di bawa di peringkat antarabangsa,” kata Encik Goh Mung Chwee, Pengarah Eksekutif Teh Sabah Sdn Bhd.

 klik agar lebih besar...

.

Gambar-gambar ini pula ketika lawatan di Sungai
Tagal Luanti Ranau. Memang best bermain dengan 
ikan yang sangat jinak..
Besar-besar pula tu..
macam nak tangkap ja bawa pulang ke rumah..
Sebab jinak sangat sambil urut kaki ..
Tengok jal lah kat kaki kawan tu.


 Sempat juga membelai ikan...licin dan lembut
subahanallah..satu keajiaban bahasa alam
ciptaanNya.

Pakej untuk melawat ke sungai tagal Luanti Ranau.
RM 2.00 tiket dikenakan..
Untuk sekali masuk hanya dibenarkan 51 orang.
Sementara 1 jam berada di sungai tersebut..
Siren akan dibunyikan apabila masa sudah  tamat..
Siapa nak melawat ke sini memang best..
sangat2 menarik...
Ikan tu tak boleh diangkat
Ikan harus disentuh dengan lembut..
beri makanan..
ingat tu...

@hakcipta etuza






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Pesona & Harmoni Bunyi-Bunyian Muzik Dari Buluh Bambu ~ Terpegun Melihat Dan Mendengarnya...

Majlis perasmian penutupan
Karnival NILAM peringkat 
Negeri Sabah berlangsung pada 22hb Mac 2013.
Dirasmikan oleh Timbalan Pengarah
Pelajaran Sabah...iaitu Pn. Maimunah..
Saya nak bagi tahu keunikan persembahan
sekumpulan pelajar sekolah menangah
yang mempersembahkan muzik 
dengan menggunakan alat-alat buluh atau
bambu. Wow! sangat-sangat unik
dan memukau. Antara muzik yang diperdengarkan ialah
1. Lagu Perajurit ( Inilah Barisan Kita)
2. Membaca gaya wawasan dan ada satu lagi lagu.
Saya tak ambil vedio..kalau ada siap kawan-
kawan blog boleh mendengarnya..
Sangat2 berbakat ..
Tengoklah inilah...pemain muzik
yang handal-handal dari 
SMK Kundasang, Ranau, Sabah..
Tahniah pada mereka.

klik gambar untuk lebih besar...




semua peralatan muzik dari buluh...


Sungguh Hebat Mereka Ni
semua penonton terpukau sejenak
di Dewan SMK Agama Mohammad Ali, Ranau, Sabah...


antara alat muzik buluh yang mereka gunakan ialah..
sompoton
seruling
rebana bambu
yang lain tak tahu..
awak nanti kalau tahu bagi nama kat komen ya..hehehe..




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 21 Mac 2013

Pesona Kembar Yang Baru Dijumpai

Karnival NILAM peringkat Negeri Sabah untuk musim 2013
diadakan di Daerah Ranau dan bertempat di Sekolah Menengah
Mohammad Ali Ranau sekitar 18hb Mac hingga 22hb Mac 

Uniknya Karnival Nilam tahun ini..
ada peserta KEMBAR lelaki..yang
sangat cukup sifatnya, mempunyai..
selain raut wajah yang cantik..elok..
di pandang..kembar ini juga sangat
bersopan santun..

Kalau di lihat memang susah nak kenal..
mana satu yang bernama Mohd Haikal dan
mana satu Mohd Hanif....
tengok lah sama kan wajah tu..
cuma ada sedikit tingga yang satu tu..
rambut, cara style rambut apa-apalah..
sama tau..

Mereka menjadi tumpuan di Karnival NILAM ni..
semua nak ambil gambar bersama..
mereka tak boring pun..mereka layan  ja ..
sebab itu saya ada gambar mereka..
dan rupanya kita dapat kenali mana satu 
abang dan mana adik ni, kerana ada tahi lalat
dekat pipi dia yang di atas tu..


Sementara yang satu lagi ada tahi lalat kat hidung
dia..nah inilah cara kenali mereka tu
dapat dah cara..so esok saya tak
keliru lagi
mereka berusia 12 tahun.


Leo Alferedo, Aeron, Mohd Hanif dan Mohd Haikal.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Mac 2013

Konsep Makanan Ulam Tradisional Timbulkan Gelora Selera

Orang kampung saya dulu suka
bungkus nasi guna daun kayu ini..
wangilah nasi di impit guna daun wangi ini..
kemudian awak buka letak atas pinggan ..
nikmatinya bersama juadah ke 2 dan ke 3
dalam gambar..apakah rasanya..
inilah tradisi makanan mengundang 
selera rasa...

Kalau nampak cara penyediaan lada ini
rasanya belum berapa terliur...
cuma nak sedikit demi sedikit
gelora nak rasa..


Tapi melihat ulam-ulaman ini..
gelora rasa nak makan membuak..
benar-benar bila melihat menu ini 
terasa lapar dan terliur....
walhal tidak adapun menariknya juadah ini..
cuma bila di ceduk kutip satu - satu
cecah lada hancur di atas tu
terasalah molek masuk ke rongga mulut..
nak saja kunyah dengan penuh nikmat..
entahlah kalau saya saja rasa
terliur...maafkan saya..


Juadah ini disediakan tidaklah
sekreatif manapun..
Cuma bila melihatnya 
terasa ada selera 
seolah mahu saja
sekarang juga ada di depan mata...
@hakcipta etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini