Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label kerjayaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerjayaku. Papar semua catatan

Selasa, 19 Ogos 2014

Baju Batik Malaysia Tak Jemu Mata Memandang - Lihat Corak Batik!

Baju batik Malaysia dulunya selalu dipakai
pada hari Jumaat jika di Bandar Keningau.
Tetapi diubah dipakai oleh seluruh kakitangan
kerajaan di Keningau pada ghari khamis.
Etuza tidak ketinggalan menempah baju batik,
kain batik ela dan ini lah antaranya batik etuza.

Kongsi sikit! gambar ni etuza dinobatkan sebagai
guru penyayang di sekolah etuza sempena 
Majlis Rasmi Hari Guru Bulan Mei 2013.


Ini baju batik the lates etuza 2014
baru, gambar ni di majlis Hari Raya 
di sekolah etuza baru-baru ini.


 Menerima cenderahati sebagai
guru penyayang sempena hari guru 2013.
Imbasan kenangan indah.
Ini ketika etuza hadir di majlis rasmi hari guru
Zon Pegalan di Hotel Perkasa Keningau.
Baju batik ini seolah paling saya suka coraknya
unik sangat, tak luntur hingga sekarang..
Hummm !!! batik memang bagus dipakai.


Ini baju batik etuza versi 2009 hingga 2010
kini baju batik biru  tu telah etuza sedekahkan
 kepada bapa mertua etuza. Dah lama sangat
tak dipakai..
tak apa bagi kat dia..

 


Sesiapa yang memiliki baju batik
dia bagaikan mencintai Malaysia
kerana baju batik ni buatan Negara kita sendiri.

Jom memakai baju batik ketika 
majlis rasmi dan pada setiap hari khamis di Keningau.

Hakcipta@etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Say No To Trans Fat -


Banner lawa SAY NO TRANS FAT..
Di sinilah letak satu langkah anda
menjadi bijak, bijak sungguh bijak..
bijak sekali..

Nak kata baru dalam Malaysia, tak juga ya, sudah lama bertapak kat Malaysia, tetapi ramai yang tak kenyit mata menyertainya. Subahanallh ini lah peluang kita jejaki langkah Nabi Mumahhamd SAW, yang ,mana nabi kita itu berhijrah ke satu tempat ke satu tempat memperdagangkan produk jualan Siti Khadijah. Sehingga suatu masa dengan kejujuran Nabi berniaga produk Siti Khadijah, Siti Khadijah menjadi lah Jutawan Wanita yang pertama pada abad itu. 

Nak tak ikut Sunnah nabi berniaga, kini zaman moden kita boleh membuat pilihanya. Tetapi pilihan yang paling tepat pada etuza ialah menyertainya. Yup!! dipendekkan cerita JOIN MEMBER ELKEN sangat bijak kedengarannya, ya bijaik sangat bijak kerana selain produk evereday di nobatkan sebagai produk NO TRANS FAT, Syarikat Elken Sdn. Bhd di Malaysia juga adalah di gelar syarikat gergasi masa kini. Betul etuza tak bohong ya..

Untuk ringkas keahlian hanya RM 75.00
Dapat pilihan produk free antara Lactos dan Epa ( minyak ikan)
Dapat risalah sale kita yang bermutu tinggi.

Say daftar sekarang dengan Etuza.
Email saya : ezakehidupan@yahoo.com
Atau inbok ruang komen pada blog pesona. Sila bertanya saya sedia menjawabnya bila ada time mengizinkan.

salam sayang 
Hakcipta@etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 5 Jun 2013

Anugerah Penyayang Sempena Majlis Hari Guru 2013

Assalamualaikum..
Salam sejahtera semua..


Happy sebenarnya saya..
bukan dapat durian runtuh atau naik pangkat..
Cuma happy apabila MURID sekolah rendah
tempat saya mengajar..mentauliahkan saya..
Sebagai penerima anugerah 
GURU PENYAYANG sempena hari guru 2013.

Saya tidak menyangka tahun 2013..
saya diberi anugerah sebagai..
GURU PENYAYANG,..
Penyayang kah pula saya ni?

Teriam kasihlah kepada
ratusan murid di sekolah saya..
kerana mempercayai saya..
meyakini nilai kasih sayang saya..
sehingga mereka sebulat suara...
membuat pilihan 
dan menobatkan etuza sebagai guru 
penyayang.
Alhamdulillah & Syukran
Kepada teman blog..saya kongsikan
kegembiraan ini..
bahawa marilah membudayakan..
amalan menyayangi..mengasihi
sesama insan di dunia.

Ni lah gambar etuza..
dapat anugerah penyayang tu...


@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 20 April 2013

Pentas Bercerita Dan Pentas Anti Dadah Program Yang Sihat

   Terasa sibuknya bulan ini, macam-mcam program yang harus dilaksanakan, semuanya arahan dari pihak atasan yang menginginkan warga sekolah menjalankan aktiviti pengisian dari pelbagai program yang menjurus kepada penerapan nilai-nilai murni kepada warga pelajar di sekolah. Dan matlamatnya nanti adalah untuk membolehkan murid itu menghadap dunia kehidupan yang realiti serta masuk ke masyarakat yang sihat dari anasir dadah dan gejala sosial yang memudaratkan kesihatan dan merosakkan keamanan negara kita khasnya Negara Malaysia. 
Pelbagailah program yang diarah, tetapi sekolah saya telah menjalankan beberapa program itu pada bulan April minggu lalu dan minggu ini. Kelihatannya warga guru begitu sibuk masa itu, semetalahan murid yang menyertai serta yang tidak menyertainya sangat seronok dan terus memberi kerjasama. Begitu juga guru-guru pelatih dari IPGM cawangan Keningau. Kepada semua guru pelatih syabas! & tahniah kerana anda semua sangat- sangat memberi kerjasama dan menyenangi bidang pendidikan sebagai kerjaya anda suatu masa kelak.

Antara program yang telah berjaya dilaksanakan di sekolah saya ialah :-
1. Program Jejak Maklumat pada 10hb april dan 11hb April 2013 
    ( Penyelaras aktiviti ialah saya sendiri )
2. Pertandingan Bercerita anjuran Panitia Bahasa Malaysia 
    ( Pengerusi ialah Pn. Piah AK. Langit )
3. Pertandingan Deklamasi Sajak yang bertemakan Hidup Ceria Tanpa Dadah .
   ( Peyelaras aktiviti Pn. Juina Unggi di bawah Unit Hal Ehwal Murid )

Dan minggu hadapan akan diadakan Program Perkemahan 4 Unit Beruniforam selama 2 hari di padang sekolah. Penyelaras aktiviti ini ialah Unit Tunas Remaja Sekolah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hanif Ibrahim.

Sibuk kan...siapa kata tugas guru ni ringan ringan saja. Sungguh sibuknya tugas guru tau!. Tetapi saya tegas nak katakan bahawa tugas Guru begitu murni bagi saya, sebab itu saya jadi seorang cikgu, yang sebenarnya cikgu yang masih memerlukan ilmu agar lebih mantap sebagai seorang guru.

Kepada semua penyokong saya di blog Pesona inilah antara gambar kenangan kami. Tengok ya.Tq.




Inilah juara Bercerita tahap 1 dan tahap 2
yang baju kuning cream tu Pengawas Pusat Sumber


 Ha yang ini peserta Deklamasi Sajak
Program Anti Dadah tau!
Pentas di dalam Pusat Sumber
 Bergambar bersama Penolong Kanan Hem dan
hakim Deklamasi Sajak
 Bergambar bersama PK HEM , PKKOM 
Pengerusi Pn. Piah guru pelatih dan pemenang
bercerita.

Kredit untuk Pusat Sumber
Cantik tak mini pentas deklamasi sajak ini.
sentuhan guru pelatih dan Etuza.

Bye2
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 5 April 2013

Tetamu Yang Berlalu Meninggalkan Pesona Kenangan


05hb April 2013 tamat episod PBS ( Pendidikan Berasaskan Sekolah)
bagi guru pelatih dari IPG Tunku Abdul Razak Sarawak seramai 3
orang iaitu Fazerah Jauni, Norlela Hamirin dan Nur Syahirah Rahsid.
PBS mereka selama seminggu sahaja..cukup meninggalkan kenangan.
Antara kenangan itu dapat kita saksikan
menerusi gambar2 yang saya ambil ketika
mereka bersua muka terakhir kepada
Guru Besar dan Penolong Kanan Hem
di sekolah saya.


 Dalam gambar tu kelihatan mereka menyampaikan
cenderakenangan kepada Guru Besar dengan di
temani oleh PK Hem. Rasanya Guru Besar 
turut gembira dengan penghargaan sebegitu..
Cantik sekali cenderahati itu..
apabila menghias sudut bilik guru besar..
Terima kasih kepada mereka..

 Cikgu Norlela ...kedapatan sudah kamu
speaking BI tadi di PSS...mybe..
kalau jumpa nanti saya ..
nak bercakap BI dengan kamu kio..
coz..sangat memahami..
Tahniah nilah insan yang
diperlukan dalam pendidikan negara..
teruskan menguasai BI kio mandak..


Kalau dah sesama wanita inilah kebiasaannya..
mereka ckup peka dengan menghulur salam 
tanda hormat kepada yang lebih berumur.
Inilah tanda generasi muda yang bakal
mewarisi gelaran CIKGU pada masa akan
datang akan menjadi guru muslimah
yang benar-benar ikhlas.
Tahniah..

Terkejut pun ada masa ini..
tidak ada apa-apa budi yang saya hulur,
yang saya beri kepada mereka selama seminggu
PBS di sekolah saya..cuma sekadar
memberikah izin dan menggunakan sama-sama
kemudahan ruang Pusat Sumber sekolah saya..
Saya sebenarnya tidak termakan pujian ..kerana
PSS sekolah saya tidaklah menyerlakan seri kecantikan
seperti PSS di sekolah lain..PSS mereka jauh lebih
hebat . Cuma PSS di sekolah saya aktif dari
pengisian program yang sepatutnya bagi
sesebuah PSS. Aktiviti itu di saksikan oleh
mereka bertiga. Maka dengan pengisian program yang
aktif itu nampaklah betapa besarnya PSS sekolah saya
setanding dengan PSS di sekolah-sekolah lain.
Dengan sebab itu, adanya kerjasama saya
kepada mereka dalam memberikan infor atau maklumat
yang mereka inginkan maka saya 
akhirnya mendapat CENDERAHATI
dari mereka bertiga.
Terharunya..
Syukran Alhamdulillah..
Kerana dapat rasa 
kegembiraan hari ini.
Itu semua anugerahNya.
Terima kasih.

memang Nur Syahirah yang bertudung bawal hitam tu..
Wow! tingginya...
Untyuk Cikgu Fazerah yang bertudung bawal biru tu..
sebenarnya dia pernah menjadi anak murid
saya pada tahun 2005 tahun 6 dan saya ajar kelas 
dia Sains masa itu. Fazerah kini sedang
menjalani kursus Pendidikan di IPG Sarawak
tetapi dia berasal  sedesa dengan saya..
Tiba-tiba saja latihan PBS di sekolah 
dia masa sekolah rendah..
Itupun kira anugerah dariNya
Tahniah Fazerah J 
&
terima kasih..
Terima kasih..
terima kasih..

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 4 April 2013

Full House..kelahiran Keluarga Baru

Bakal pendidik anak bangsa Hafiz dan Amir.
dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus 
Keningau Sabah..
Praktikum selama sebulan di sekolah saya..

Ini juga bakal pendidik anak bangsa
yang bertudung tu dari Kuala Penyu dan 
yang lagi satu tu dari Sarawak juga dari 
IPGM Keningau, praktikum sebulan di sekolah saya..


Semua yang duduk 3 orang bertudung tu
guru pelatih dari IPGM Tunku Abdul Razak Sarawak..
menjalankan PBS selama seminggu ( minggu ini )
di sekolah saya.


3 orang bakal guru wanita dari IPGM Sarawak ni
sedang melihat buku skrap di Pusat Sumber
yang saya simpan sejak 2009,2010,2011,2012
dan 2013.
Esok hari jumaat akan berakhir PBS 
bagi guru pelatih ini, dan mereka akan kembali
ke IPGM Sarawak untuk kuliah seterusnya.



Selain dari mereka ada lagi 6 orang guru pelatih
dari IPGM kampus Keningau, tetapi
6 orang guru itu stay di bilik guru..
So apabila bilik guru sekolah saya
full house, maka Pusat Sumber 
sekolah saya akan dijadikan tempat 
guru-guru pelatih berkumpul untuk 
membuat kerja.Seronok juga sebab
ada ja teman berbual...
Tahniah kepada semua guru pelatih..
jadilah seorang guru yang benar-benar 
telus dalam agenda pendidikan negara.

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 25 Mac 2013

Apakah Dokumentasi Anda Selepas Membaca!

info gambar ( buku-buku cerita baru yang etuza pamerkan selepas direkod)
Entry kali ini khusus kepada masyarakat pelajar di mana - mana sahaja berada dan sepcial kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar di sekolah menengah. Rasanya kepada yang membaca entry saya kali ini rasanya dia bertuah kerana akan mendapat ilmu atau tambahan pengalaman selepas membaca entry ringkas ini..

Amalan membaca adalah amalan yang terbaik, budaya membaca dikalangan masyarakat di Malaysia amat-amat di harapkan. Pernah saya membaca satu artikal bahawa penduduk Malaysia peratusan masyarakat yang gemar membaca adalah sangat rendah. Tahniah lah kepada individu di Malaysia di mana berada yang memang rajin membaca.

Biasanya kita membaca kerana apa? Pasti untuk mendapatkan berita, info dan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan tersebut. Namun kalau kita sekadar membaca dan kita tidak dokumentasikan maka pembacaan kita itu dengan sendirinya tiada kualiti atau sekadar untuk diri sendiri. Bagaimana cara dokumentasikan pembacaan kita selepas kita membaca pada sudut pandang etuza. Pada etuza selepas membaca amalkan dan budayakan beberap tips berikut:-
* Selepas membaca catatkan ke rekod buku NILAM 
( ni jika awak tu pelajar )
* Berceritalah dengan kawan mengenai apa
yang awak baca, kongsikan tarikh, nama dan tempat
berlakunya peristiwa menarik yang awak baca kepada
anak-anak, kawan atau teman sepejabat.
* Buat entry sebagai ulasan atau imbasan kembali
pada pembacaan anda di buku dairy atau di dalam BLOG anda.
* Kerat atau potong artikal dan jadikan buku skrap
susun sekeratif awak dan jadikan koleksi tambahan
yang memberi manfaat kepada orang lain..
* Buat catatan ringkas ke buku nota mengenai
nama, tarikh,tempat dan masa pada artikal tersebut.
Ini berguna sebagai mengukuhkan pengetahuan anda
dan jika ada temuduga banyak info awak tahu.

Ha inilah cara kita dokumentasikan pembacaan kita bukan kita perapkan
ilmu yang kita baca dalam diri kita, seolah-olah
kita tidak tahu apa-apa peristiwa di dunia luar
walhal kita banyak membaca .

Harap entry saya dapat membantu .
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 21 Mac 2013

Pesona Kembar Yang Baru Dijumpai

Karnival NILAM peringkat Negeri Sabah untuk musim 2013
diadakan di Daerah Ranau dan bertempat di Sekolah Menengah
Mohammad Ali Ranau sekitar 18hb Mac hingga 22hb Mac 

Uniknya Karnival Nilam tahun ini..
ada peserta KEMBAR lelaki..yang
sangat cukup sifatnya, mempunyai..
selain raut wajah yang cantik..elok..
di pandang..kembar ini juga sangat
bersopan santun..

Kalau di lihat memang susah nak kenal..
mana satu yang bernama Mohd Haikal dan
mana satu Mohd Hanif....
tengok lah sama kan wajah tu..
cuma ada sedikit tingga yang satu tu..
rambut, cara style rambut apa-apalah..
sama tau..

Mereka menjadi tumpuan di Karnival NILAM ni..
semua nak ambil gambar bersama..
mereka tak boring pun..mereka layan  ja ..
sebab itu saya ada gambar mereka..
dan rupanya kita dapat kenali mana satu 
abang dan mana adik ni, kerana ada tahi lalat
dekat pipi dia yang di atas tu..


Sementara yang satu lagi ada tahi lalat kat hidung
dia..nah inilah cara kenali mereka tu
dapat dah cara..so esok saya tak
keliru lagi
mereka berusia 12 tahun.


Leo Alferedo, Aeron, Mohd Hanif dan Mohd Haikal.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 17 Mac 2013

Pengiring Untuk 4 Hari 3 Malam



Lamanya menjadi pengiring, agaknya apa jadi kalau begitu lama menjadi pengiring sepasang pengantin baru. Agaknya belum masuk hari ke tiga dah kena sepak dengan siku atau pun paling tidak pengantin tu tak akan tengok langsung muka kita yang sudah bersusah payah mengapit mengiring langkah dia ke pelamin yang indah. Apapun apakan daya kena juga lah saya menjadi pengiring mereka ni. Nak marah ke apa-apa lah saya tak kisah asalkan saya menjalankan tanggungjawab sebagai pengiring dengan penuh jujur dan ikhlas. Cuma sebagai pengiring saya dah bingung tempat peraduan saya semestinya bersama mereka kah atau pun dibenarkan bersama-sama. Kalau difikirkan sangat perlu juga tempat tidur sebagai pengiring. Sebabnya lama sangatlah mengiring selama 4 hari 3 malam. Penat ...tak.

Usah tertipu ya, saya bukan mengiring mengapit pengantinlah. Saya hanya menjadi seorang pengiring kepada 8 peserta pelajar mewakili Zon Pedalaman Sabah ke KARNIVAL NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH yang berlangsung di Daerah Ranau, Sabah pada 18hb Mac  hingga 22hb Mac 2013.Ni yang tengah fikir ni..kos perbelanjaan perjalanan tiada masalah, tapi penginapan kena cari sendiri lah pula. Sementara peserta mestilah mereka ditempatkan ke asrama di tempat pertandingan itu. Kepada teman blogger doakan perjalanan kami ke Ranau dan ke pertandingan itu lancar, selamat tiba dan merai kemenangan dan kemudian selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing pada 22hb Mac 2013. Happy day to all.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 15 Mac 2013

Speaking Inggeris, Kalau Lama Agaknya Terro Cakap Orang Putih Ni..

Kalau dikira saya beruntung tau sebab selalunya kalau
Miss Hope Elezebert ( British Council ) from Londan mesti akan 
buat discuss dengan team guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah
saya, iaitu tempat tu ialah di Pusat Sumber sekolah.
Pusat Sumber sekolah saya memang kecil ja, bilik ubah suai
memang payah nak hiaskan, pasal saya ni lelaki, bila difikirkan
kenalah juga buat something yang fun di PSS sekolah saya
baru lah hidup PSS ni.


 Ha nilah di Miss Hope dengan patnernya datang ke sekolah saya minggu lalu.
Saya siap snap dan gayanya ..menarikkan. Sambil di said Hello! how are you?
Hello! fine thank you. Kemudian kawan dia pula sambil jebat salam tangan perkenalkan diri. Lupalah pula nama yang lelaki tu. Harap tak terpikat ya..so hensem juga dia tu. " Hello, i'm ....nice to meet you!" 


Tengok tu, kawan guru saya Marcellus, dia tengah berborak dengan Miss Hope dan teman dia. Entah apa yang di borakkan tu. Sempat pula kena snap..ini Cikgu Norlela yang ambil pinjam camera saya.



Ha, Miss Hope ..kata PSS sekolah kami walaupun small tapi dia kata AMAZING..very nice. Sebab katanya tersusun rapi dan padat dengan informasi.
Dia ada ucapkan terima kasih kepada saya sebabnya selalu dia buat aktiviti di PSS. Mestilah dia speking dengan saya ...sebab itu saya kata kalau lama lagi dia kat sekolah saya ..rasanya boleh kot speking Inggeris ni dengan lebih baik lagi lah...kadang saya kena dengar tul2 diorang cakap..memang baku BI mereka..from London lah. Ok yang lelaki tinggi lampai tu adik Miss Hope buat cuti di Sabah dan pilihan dia di Keningau." Hi! I'm Ed.." Kata Miss Hope adik dia sedang kursus kedoktoran..best ja tengok diorang ni..every time smile macam tu dan very sporting walaupun kami Sabahan Local tak berapa Bahasa Inggeris. So hentam ja..hahaha kadang dia betulkan bahasa Inggeris saya. Tadi pun dia betulkan lagi " Very Thank You" sebenarnya salah " really thank you" baru betul katanya. Hahaha....



Ini sesi P&P Bahasa Inggeris year 2. Memang best..saya pemerhatinya dan ada teman guru lain jadi pelakon termasuk guru HEM sekolah etuza. Sementara cg Nasrul menjadi kameraman untuk merakam kelangsungan P&P intersting ini. Semua murid benar-benar tertarik dengan lakonan spontan guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah saya.


Interaksi murid sangat terserlah..anak perempuan etuza tu yang depan bertudung tu pun sampai tak kenal saya dah...sangat menumpukan perhatian sambil ikut Miss Hope bercakap inggeris. 
Pupis said " Grand ma, grand ma sick and bad"  memang menarik P&P yang Miss Hope sampaikan. Semua murid pun speak bahasa Inggeris. Best Tak!!
ok..nantikan entry2 lain, hanya di Pesona blog.
@hakcipta etuza


                

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 14 Mac 2013

Jawapan Kepada IQPSS Satu Bentuk Anjakan Pradigma

Ceramah & Bengkel iQPSS
di Pusat Kegiatan Guru Keningau, Sabah





   iQPSS dalam ceramah yang disampaikan oleh Encik Irwan adalah satu sistem secara online untuk membantu guru-guru Pusat Sumber Sekolah mengenalpasti mana-mana item yang diperuntukkan seperti data-data penting sesebuah Pusat Sumber. Sistem atas talian ini merupakan anjakan pengurusan pentadbiran Pusat Sumber yang dipertingkatkan agar apa sahaja maklumat penting pengurusan sesebuah Pusat Sumber dapat dihantar ke pihak atasan dengan cepat dan pantas.

Encik Irwan juga mengatakan bahawa selain Iqpss, i Nilam juga seiring dalam sistem ini, bermakna tiada lagi masalah sepatutnya timbul dalam penghantaran data NILAM pada masa akan datang. Untuk data Pusat Sumber dan sebarang program peningkatan kualiti Pusat Sumber untuk tahun 2012 tarikh tutup pengisian data di atas talian ialah pada 1hb April 2013. En. Irwan menegaskan agar Pusat Sumber yang masih di zon MERAH bertindak cepat selepas ceramah dan bengkel ini.

Pn. Jamilah Padli ( Timbalan Pegawai Pelajaran daerah Keningau) yang datang merasmikan bengkel dan ceramah itu meminta agar guru-guru sumber jangan matikan nadi di sekolah, kerana katanya Pusat Sumber itu adalah nadi bagi sesebuah sekolah. Fikirkan pelbagai program yang menjurus kepada aktiviti -aktiviti murid dan guru yang dapat membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah khasnya UPSR tahnun 6. Timbalan Pegawai pelajaran juga mencadangkan program yang boleh dibuat di Pusat Sumber seperti membuat sudut sejarah, sudut budaya dan sebagainya. Kelihatannya semua peserta menumpukan perhatian semasa sesi ucapan perasmian oleh Pn. Jamilah Padli.
Ceramah dan bengkel berakhir hingga ke petang. Makan tengahari juga disediakan dan memang banyak info yang diberi maka sebagai guru Pusat Sumber seperti saya, harus memikirkan yang terbaik untuk Pusat Sumber sekolah saya. Terima kasih para pegawai BTP/ PKG Keningau yang memberikan ceramah.

Untuk kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kepada En. Irwan dan En. Mustafah yang berjaya menyampaikan ceramah dan bengkel IQPSS dan iNILAM.  Klik gambar untuk lebih besar! Terima kasih.
@hakcipta etuza 





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 10 Mac 2013

IQPSS Saya Kena Tahu ~ 1 April 2013 Tarikh Akhir...

iQ-PSS AJAXIAN
Sistem Automasi Penarafan Pusat Sumber Bersepadu
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Tarikh:
13 Mac 2013 (Rabu) - Kumpulan 1
14 Mac 2013 (Khamis) - Kumpulan 2
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Trus Madi, Keningau, Sabah

Minggu lalu dapat surat arahan
saya tengok sekolah saya
diarahkan hadir bengkel IQ PSS
pada 14 Mac 2013 hari khamis
tertanya2 apa kah nanti yang 
perlu difahami diketahui dan dilakukan
sebagai GPM dalam hal
IQ PSS ini.
Ada tak sekolah lain yang
boleh share apakah ini iQ PSS..
Maklumlah sekolah luar bandar
agak ketinggalan maklumat..
ni baru tengok di internet..
baru jumpa semua ni..selepas 
dapat surat arahan dan jemputan 
hadir bengkel...

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 2 Mac 2013

Artis Tersohor Sewaktu Dengan Etuza..Kebetulan Memang Etuza Minati...

Dulu dan Sekarang 
Apa bezanya tu..
Ada ke kaitan gambar awak ni..
hai ada2 ja Encik Etuza..
Tapi bukan niat nak goda awak ye..!!
sekadar mewarnakan blog Pesona..
Sesuailah header " WARNA-WARNA KEHIDUPAN"
Kononlah gambar ni belum kahwin..
aik iyalah usia dah mencecah 20an lah
time ni..memang pernah menang main badminton
peringkat sekolah saja tempat mengajar, acara permainan
dengan kawan-kawan guru ..pernah
kalahkan Guru Besar yang masa tu memang
Guru Besar kami hebat main badminton..
lastly alamak GB tu kalah..
Masa ni..ala tak banyak fikir..yang 
ada hanya sekeping hati yang tak reti2 nak berjimat..
Belum berkereta..tapi ramainya kawan2 etuza
syok main gitar dengan mereka...
balik kerja tumpang kawan yang ada kereta..
ala...sekolah tu pun jauh tau di daerah Sook, 
Memang jauhlah..jalan mak oiii grable..
tapi sekarang mudah ja ke sana..
jalan dan berturap ( licin kena make up )
aik dah aspal lah....so pergi balik ja 
kawan saya pergi mengajar di sekolah lama 
etuza tu. 

Alahai..ni pun gambar belum kahwin lah ...
Ada tak bergaya...muuhahaha...perasan lah.
Tak apa..kan kita wajib bersyukur padaNya apa 
yang ada sempurna fizikal dah sangat BERSYUKUR.
Ni ...latihan mengajar kat sekolah di Daerah Sook,
untuk pengetahuan you all..lepas Daerah sook,
terus jalan jumpalah pula Daerah Nabawan dan terus
ke Daerah Pansiangan yang bersempadan dengan 
Negara Indonesia.
Masa ni..ok lah dah dekat nak kahwin 
kononyalah dah habis kurus di Maktab Perguruan
Nak terus bujang sebab nak mantapkan kewangan
kononnya lah..tapi, takutlah sidia dikebas orang..
Biasalah mabuk cinta kan nak elaklah
tak senonoh..ada jugalah gatal-gatal normal
masa tu. Adis!..tak lah sekadar berjalan 
beriringan ja..kan dia dah ISTERIKU saat ini.
Ok...kumpul wang terus kahwin ...
Oklah umur kan 20an..
Nampak tak 2005..etuza tak bohong awaklah..
dah 6 anak masa ni pun..
Lepas tu bulan Mei 2005 lahir lagi
puteri etuza Nuraliya namanya..
Masa ni..banyak cabaran dilalui..
mana nak belajar..
mana nak ajar anak sendiri dan anak orang..
mana nak kos biaya belajar di IPTA
mana nak belanja keluarga anak, isteri,
pusing juga kepala masa ni..
Sedang belajar ..nak tambah ilmu ..
Masa tu Kementerian Pelajaran Malaysia
amat2 menggesa para guru sambung belajar
kerana nak naikkan taraf professionalism
pendidikan di Negara Malaysia..



 Ok..versi 2013 muncul lah sudah..
memang nampak kini jelas barubah..
ada kawan kata perut dah ke depan..
di FB asyik kena serang ja dengan kata2 ini..
Hi etuza perut dah ke depan..
tak nafikannya pun...jelas dah berumur..
beza benar dahulu dan sekarang
kehidupan masa dulu pun  beza sangat jelas..
segalanya di hujung jari..
takkan nak pertahankan yang dulu..
kalau nak juga pertahan kan masa dahulu..
alamatlah tak akan ada perubahan
kehidupan kita..sebab kini kan dan moden
zaman moden bro!
maknanya kita kena nikmati kehidupan 
moden ni..
Alamak!, lastly inilah sebenar kaitan tajuk
entry baru etuza pesona blog..


Dialah penyanyi artis tersohor
Malaysia kan..
Siapa lah tak kenal Datin Siti Nurhaliza Taruddin ni
Suami diapun siapa tak kenal Datuk K..
Nilah nak bagitahu..apalah sangat tayang artiskan
di blog Pesona...
Ok ..Dia lahir 11hb Jan..so sama tarikh..
dengan etuza lah, memang saya lahir tarikh tu..
cuma beza tahun sahaja. Kalau nak tahu..
lagi Siti dah bertudung..saya ambil gambar dia ni depan mata 
etuza. Hahaha depan TV masa sesi Primodana minggu lalu..
Depan mata..tau awak carilah kat mana-mana
tak akan jumpa gambar Siti ni..kecuali
di Blog Pesona..
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini