Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 17 Mac 2013

Pengiring Untuk 4 Hari 3 Malam



Lamanya menjadi pengiring, agaknya apa jadi kalau begitu lama menjadi pengiring sepasang pengantin baru. Agaknya belum masuk hari ke tiga dah kena sepak dengan siku atau pun paling tidak pengantin tu tak akan tengok langsung muka kita yang sudah bersusah payah mengapit mengiring langkah dia ke pelamin yang indah. Apapun apakan daya kena juga lah saya menjadi pengiring mereka ni. Nak marah ke apa-apa lah saya tak kisah asalkan saya menjalankan tanggungjawab sebagai pengiring dengan penuh jujur dan ikhlas. Cuma sebagai pengiring saya dah bingung tempat peraduan saya semestinya bersama mereka kah atau pun dibenarkan bersama-sama. Kalau difikirkan sangat perlu juga tempat tidur sebagai pengiring. Sebabnya lama sangatlah mengiring selama 4 hari 3 malam. Penat ...tak.

Usah tertipu ya, saya bukan mengiring mengapit pengantinlah. Saya hanya menjadi seorang pengiring kepada 8 peserta pelajar mewakili Zon Pedalaman Sabah ke KARNIVAL NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH yang berlangsung di Daerah Ranau, Sabah pada 18hb Mac  hingga 22hb Mac 2013.Ni yang tengah fikir ni..kos perbelanjaan perjalanan tiada masalah, tapi penginapan kena cari sendiri lah pula. Sementara peserta mestilah mereka ditempatkan ke asrama di tempat pertandingan itu. Kepada teman blogger doakan perjalanan kami ke Ranau dan ke pertandingan itu lancar, selamat tiba dan merai kemenangan dan kemudian selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing pada 22hb Mac 2013. Happy day to all.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

23 Pesona Kata Hati Mereka:

umi alya berkata...

Moga selamat pergi & balik serta pulang dengan kejayaan, aamiin....

Cik Nur™ berkata...

ingatkan jadi pengapit tadi..hihihi

Amin A. R berkata...

semoga selamat perjalanan pergi dan balik.....
**tak aci kan guru pengiring tak diberikan tempat tidur :)

Herma Julianny berkata...

ingatkan jd pengiring pengapit tadi.. hehe..
tak apa, demi budak.. =)

NoEn berkata...

good luck cikgu

Solehah Shamsuddin berkata...

Insya-Allah cikgu. semoga semuanya berjalan lancar. baiknya cikgu jadi pengiring anak murid :)

Jay Ar berkata...

Tak lama tu cikgu...cuma 5 hari. Semoga pergi dgn selamat dan pulang dgn kejayaan....

ahmad solihin berkata...

insyaallah ..
semoga berjaya ..

||Sis aLeaSaRa|| berkata...

huishh cikgu ni kelakar betul ingatkan pengiring pengantin he3...

the malay male berkata...

jadi pengiring sambil jalan2

Lina md. munir berkata...

Laa...ingatkan jadi pengapit pengantin tadi :-)

Deqla manjew berkata...

best tu cikgu..pengalaman yg berharga..

wan nurul hezrina abd halim berkata...

selamat menjalani tugas=)

Mrs Velentine berkata...

wah di ranau ya tue program..

❤Kamsiah❤ berkata...

jaga anak2 murid baik2 ya cikgu

Sweetie berkata...

InsyaAllah semog semuanya selamat dan beroleh kejayaan!

Cinta Misteri berkata...

selamat menjalankn tugas. tugas penting tu cikgu. kena jaga ank2 buah mcm ank sendiri...

ingatkn cikgu kena jadi pengapit tadi.huhuhu

Si Matatajam berkata...

Semoga segala urusan dipermudahkan

boni kacak berkata...

kos penginapan kena cari sendiri tu memang masakah tu cikgu.. harap segalanya berjalan lancar buat cikgu tau..

aReLaN berkata...

all the best untuk rombongan kamu semua.hehehe

Karukord jagau berkata...

moga selamat dan memperolehi kemenangan ye cekgu :)

Arina Shamsul berkata...

cikgu ranau dimana? jangan risau la cikgu,banyak hotel di ranau tu.chalet dan home stay pun banyak :)

sy doakan semoga semuanya dipermudahkan buat cikgu dan pelajar :)

Remy hazza berkata...

semoga selamat pergi dan kembali bro!!!!