Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Jumaat, 12 April 2013

Sesungguhnya Jejak Maklumat Selagi Hidup Tidak Akan Berakhir

  Mohon maaf kepada semua, kiranya telah memakan masa lama baru update dengan entry baru blog Pesona. Almaklumlah selagi nadi berdenyut dan selagi ada nywa dikandung badan ada saja kesibukan diantara kita.
Terbaru saya telah menganjurkan program Jejak Maklumat di sekolah saya bertugas. Sibuk jugalah dengan pelbagai persediaan, bila program di rancang itu perlu dipercepatkan maka berlakulah beberapa insiden seperti kekurangan masa, penyediaan yang tak sempurna sehingga Jejak Maklumat itu saya tunda hingga berlangsung 2 hari di sekolah. Program di adakan pada 10hb April dari jam 8.00 hingga jam 10.20 pagi ( peringkat pertama ) dengan pengisian sukaneka dan mencantum gambar. Manakala pada hari kedua iaitu 11hb April diadakan jejak maklumat merangkumi acara mencari maklumat dari akhbar yang disediakan dan menjawab soalan menggunakan komputer di Makmal Komputer. Walaubagaimanapun program ini telah berjaya mencapai objektif dari segi peglibatan aktif murid dan guru-guru khasnya guru pelatih. Syabas dan tahniah kepada mereke semua.
Apapun seperti tajuk entry ini, untuk mencari maklumat sebenarnya tidak pernah akan berakhir selagi kita masih bernyawa den selagi nadi masih berdenyut. Kepada warga pelajar teruskan usaha mencari maklumat agar menjadi genarasi muda yang kaya dengan pelbagai sumber maklumat.

Gambar ketika berlangsung sukaneka 

 Pelancaran oleh Guru Besar
 Acara tiup belon dan pecahkan belon
 Best tengok mereka pecahkan belon..agak mencabar..

 Ini bawa bola pingpong atas sudu..
 Guru pelatih dan peserta PPIM..

 Cg. Hafiz & Cg Chia memberikan semangat
kepada peserta.
Acara buang belon berisi air .
Semakin jauh semakin membawa markah tinggi.

Diucapkan tahniah kepada
semua yang terlibat.
Khasnya AJK yang telah 
dilantik.

@hkcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 19 Mac 2013

Pesona Kasut Bola Warna Merah.



Firstly : Mohon maaf belum ada masa blogwalking.
biz..sangat, jadual fax dan hanya ada masa nak
tidur saja..sorry sangat2.
Second: Ni kasut bola siapa ni?..
ingatkan test dia bila naik form one lain berubah..
masih setia nak main bola, kawan beli kasut baru
dia tak ketinggalan..
nilah kasut bola anak etuza yang ke 5 ..dia kata
ayah pilihkan untuk afif..ok etuza beli merah
kerana cantik, berani dan of course lah..
harga berpatutan..
Mybe aura nak main pun ok kot..
Apapun kasut bergaya pun kalau
tak stamina main bola ..
sekadar itu ja...tak ke mana pun..
ok..bye..ambil ruang tuk updated..





cantik tak..
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 5 Ogos 2012

Alamak berdebar, akhirnya " PERAK " sahaja & Syukran masih bertahan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
berdebar menyaksikan perlawanan akhir 2012 badminton  antara Malaysia VS China 

gambar dari internet copy paste

Malam ini sekembali dari solat terawih sempat etuza dan anak2 menyaksikan perlawanan  jaguh perseorangan badminton Malaysia, dato' Lee Chong Wei sekali dengan Lin Dan dari China. Lee Chong Wei sekali  lagi gagal menghadiahkan pingat emas yang pertama untuk Malaysia. Dalam perlawanan yang cukup mendebarkan, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan gagal membalas dendam atas kekalahannya dalam final Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. Etuza melihat saat akhir ada tekanan kepada LCW apabila servic kembali kepada Lin Dan pada mata 19 - 19. Etuza tengok gerakan Lin Dan agak tenang menentang LCW pada pungutan mata akhirnya menjadi 19 - 21. Alamak terus Lin Dan buka baju, tanda gembira mempertahankan kejuaraan. Sedih juga lihat LCW bersedih tanpa bersuara dan gerakan, nyata LCW frust kerana hampir merangkul EMAS untuk Malaysia. Tak apa lah LCW, anda balik sebagai juara dan wira negara dalam sukan badminton. Tahniah dapat perak sahaja.

 Saya dengar pengulas kata set pertama 21-15. Dalam set ini, Chong Wei bermain dengan begitu tenang menahan segala asakan dari pemain yang digelar "Super Dan" ini. Tetapi , akhirnya Lin Dan menang dalam set ke dua dengan 21-10. Set ketiga saat yang sangat mendebarkan rakyat Malaysia rasanya sebab etuza juga cukup berdebar. Apa nak buat LCW dah buat yang terbaik, hanya berpuas hati dengan pungutan perak buat kali ke 2 selepas perek juga pada tahun yang lalu.

Masuk ke 16 hari Aliya berpuasa


Kanak-kanak 7 tahun berpuasa ( apa karenah & keadaan )
1. Masa awal berpuasa 2, 3 atau ke 4 hari sering nak minta batalkan puasa, kata haus dahaga dan sakit perut.
2. Masuk ke 5, 6 dan seterusnya balik sekolah sahaja selalu tertidur hingga dekat maghrib.
3. Masuk 8, 9, 10 hingga seterusnya nampak lebih kuat dan masih cergas dan tak ada langsung nak batalkan puasa. 
4. Masuk ke 14, 15, 16 kalau hujung minggu jam 10 .00 pagi dah tertidur hingga petang. Kalau ditanya seronok tak puasa, aliya cakap seronok dan esok nak lagi puasa. Hari ini tanpa di arah aliya masuk bilik mandi sendiri, tu yang best selalunya dia minta mak temankan mandi tu.
5. Apapun keadaan kanak2 lain mybe berbeza dengan keadaan aliya berpuasa ya, maklumlah kami tak ada jiran, di kebun, so dia tiada teman nak bermain selain abangnya yang berumur 10 tahun.
6. Malam awal teridur selepas berbuka, melukis atau membaca sekejap lepas tu aliya tertidur, penat lah tu. So kanak2 cepat tertidur. Syabas dan tahniah untuk aliya etuza.

Debaran badminton Olympic Games
& versi kanak2 berpuasa.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 1 Julai 2012

Helang terbang tinggi di awan biru & Banjaran Croker, Keningau, Sabah

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

      Tidak sangka, kali ini di Temaysa Sukan peringkat sekolah etuza kali ke -8 tahun 2012. Pasukan rumah helang atau rumah merah benar2 terbang tinggi di awan nan biru. Dengan pungutan emas 17 mengalahkan pasukan rumah, kuning, biru dan hijau. Pada tahun lalu 2011 rumah helang hanya berpuas hati dikedudukan tempat ke-3 dengan pungutan 7 emas.  Paling bersejarah apabila olaragawan dan olahragawati dimiliki oleh Lazarus Mampur dengan 4 emas serta Donysia Marius menggondol 5 pingat emas. Acara perbarisan pasukan helang hanya mendapat tempat ke-2 sahaja. Tahniah kepada atlit2 rumah helang yang berjuang menyahut cabaran bersaing dengan pelari2 dari pasukan lawan yang handal2 belaka.

Sebagai penghargaan kepada para atlit rumah helang maka kami 7 orang guru pembimbing atau jurulatih sukan pasukan helang telah sepakat meraikan kemenangan ini dengan mengadakan jamuan di Pusat Sumber pada hari rabu yang lalu. Kelihatan atlit2 yang terlibat sangat gembira menjamu selera serta menikmati puding dan kek yang ditempah dari Ustazah Anis Syakila Ismail.Guru-guru lain juga dijemput sementera Guru Besar sekolah telah memberi ucapan alu-aluan serba ringkas.




      Sekolah etuza telah 2 kali mengadakan kem motivasi UPSR  fasa 2 bertempat di Banjaran Croker. Dan kali ini etuza bersama isteri berkesempatan menyertai kerana tahun lalu kami tidak terlibat ekoran dari sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan. Rupanya Banjaran Croker sangat2 menarik dan sebuah tempat yang amat sesuai dalam mengadakan perkemahan yang melibatkan murid sekolah. Asrama penginapan yang disediakan juga sangat selesa, dan ramai dikalangan guru-guru atau kawan-kawan etuza yang menginap selama 2 malam. Keadaan sekeliling yang penuh dengan pokok2 serta kehijauan pokok2 amat menyegarkan suasana dan udara, cuaca sejuk juga menyengat, tetapi dengan memakai pakaian tebal kala malam bolehlah nenyak tidur. Tahniah kepada warga sekolah etuza kerana berjaya menyahut cabaran pendidikan ini. Moga ada hikmah disebalik usaha guru-guru kepada murid calon UPSR hingga menghasilkan kejayaan cemerlang dalam exam UPSR 2012 yang tidak lama lagi.

Kenangan etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 31 Mac 2012

Generasi ku ( Team A vs Team B ) Piala ETUZA BLOGSPOT.COM

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Semua memori ini barlaku pada jam 8.00
pagi hari ini 31hb Mac 2012. 
Hebat riadah sabtu di SK. Penagatan, Keningau.

atas Etuza Blogspot .com memberikan taklimat ringkas

atas, Etuza mengabadikan kenangan bersama 
murid tahun 5 dan 6...teka mana satu putera
Etuza...( team A)

atas, pengadil jemputan En. Kahilin Muin, bersama
team B
atas..Penjaga gol berbakat besar Denelson Dumat
penuh aksi kan...

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang maha kuasa,kerana pagi hari ini, selamat dan selesai tugas Etuza mengadakan perlawanan bolasepak bawah umur 12 tahun di padang sekolah Etuza bertugas. Macam-macam aksi yang ditangkap muat ke camera Etuza pagi ini. Tapi hanya ini dapat dikongsikan kepada semua peminat Pesona Etuza Blogspot.Com.

Sekembali dari Sandakan 2 minggu yang lalu, anak-anak tahun 5 dan tahun 6 bertubi2 bertanya bila pertandingan anjuran Etuza dijalankan, seolah tidak sabar mereka beraksi di padang sekolah. Setiap hari ada saja masuk ke bilik Etuza hendak bertanyakan khabar bila dilancarkan permainan ditunggu-tunggu ini. Sibuk mengurus kerja2 P&P, mana tah lagi kerja2 di Pusat Sumber, hal-hal sebagai setiausaha PIBG dan selaku AJK Majlis sambutan bersama YB Tan Sri Joseph Kurup pada 14 April 2012. Sibuk memanjang lah Etuza. 

Kalau bertangguh bahayalah jadinya, tidak akan tercapai objektif. Maka alhamdulillah dengan bantuan kawan-kawan lain akhirnya berjaya juga adakan perlawanan bolasepak antara Team A dan Team B ( Murid tahun 5 dan tahun 6 campuran ) pada pagi ini. Sponser hamper kepada Johan dan Naib Johan ialah En. Ramian Ayub. Terima kasih banyak-banyak, manakala sijil disediakan oleh Cik June V Gabrine. Keputusan dan hadiah akan disampaikan oleh Guru Besar sekolah En. Garipin Elid pada 1hb April nanti.

Johan perlawanan bolasepak 12 tahun ke bawah ini ialah Team B yang diketuai oleh adik Razmi Roslan murid tahun 5 Bijak. Naib Johan pula adalah team A yang diketuai oleh Mohd Azim Zulkifli murid tahun 5 B juga.

Nampak semangat, bakat dan kerjasama mereka rasa sangat seronok melihat genarasi ini memperlihatkan corak permainan yang membanggakan. Team B menewaskan Team A dengan jaringan gol 4 berbalas 2 dalam tendangan fainalT. Jaringan terunggul dijaringkan oleh Mohd Azim Zulkifli dan diikuti oleh jaringan gol team B oleh Lazarus Mampur.

Apapun Etuza Blogspot kena menganjur lagi pada Julai 2012. Tunggu aksi2 mereka.

Dari hati Etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 10 Mac 2012

Sandakan Ingin Memijak Di Bumimu Lagi..




السلام عليكم ورحمة الله وبركات




Mac 2012, melakar lagi warna kehidupan ini apabila memijak di Bandar Sandakan pada 3hb Mac hingga 9hb Mac 2012. Inilah putaran kehidupan kita, kadang kita tidak menjangkakan apakah akan berlaku pada hidup kita dihari esok, walau kita merencanakan suatu perkara sebagai pengisian hari-hari kita. Tanpa diduga ada hal lain pula yang kita kena lakukan dan kena hadapi. Begitulah yang berlaku pada Etuza, tanpa terduga akhirnya kaki ini memijak juga bandar Sandakan, yang begitu ingin ku lawati kerana ada saudara kandung di Sandakan dan berkali-kali menjemput kami ke Sandakan. Etuza katakan bahawa niat itu dipercepatkan olehNya apabila Etuza menumpang tuah seorang murid dalam Program Realiti Nilam peringkat Negeri Sabah, apabila murid itu dinobatkan sebagai seorang peserta  dari sekolah Etuza yang menjadi pengiring peserta itu ke SMK agama Sandakan. tertunailah hasrat hendak berkunjung di rumah adik saya di Taman Anggerek Sandakan baru-baru ini.

Dalam kesempatan itu, Etuza adan melawat ke beberapa tempat di Sandakan dengan menumpang kereta milik adik. Kawasan Sandakan rata, luas dan bersih dengan sampah sarap di sepanjang jalan raya, ini kemungkinan ekoran dari lawatan rasmi sultan Berunai tempoh hari. Kerana Etuza nampak terpampang banner wajah sultan Berunai di sana-sini. Menurut sumber baru sahaja sultan Berunai melawat bandar Sandakan. Bandar Sandakan berserak atau saling berjauhan dengan dihubungkan oleh jalanraya yang berturap. Terdapat satu kawasan dimana jalanraya tersebut seperti bentuk S iaitu jalanraya yang selekohnya tajam maka membentuk huruf S, di jalan ini benar-benar tidak dibenarkan laju kerana selekoh tajam dan merbahaya.

Masih terdapat bangunan-bangunan model lama dan berdinding papan. nampak unik sesetengah bangunan, deretan bangunan  di tepi laut. Pasar umum di bandar Sandakan besar dan ramai pengunjung walaupun waktu petang. Di bandar utama pastilah sesak dengan kenderaan di jalanraya, orang lalu lalang tanpa henti, dan lebih menarik ada sesetengah supermarket menjual kain baju dengan harga murah. Pastilah tidak lepaskan peluang membeli. Etuza dapat melihat model haiwan seperti Orang Utan, buaya, burung helang dan kura-kura di kawasan bulatan, bermakna inilah satu tanda untuk membolehkan kita tidak sesat di Sandakan. Pada masa itu juga SMK Agama Sandakan sedang giat menjalankan latihan sukan peringkat sekolah mereka. Gambar di bawah adalah pondok rumah mereka mengikut 4 warna rumah sukan, kreatifkan..

Etuza juga berkesempatan pergi bersama rombongan ke Dewan Libaran Sandakan, salah satu dewan terbesar di Sandakan. Dewan ini lengkap dengan ekon dan pentas yang cukup besar. Tandas juga  cukup besar dan mempunyai ruang rehat yang selesa. Menyentuh tentang budaya dan panorama di Sandakan, nampak ramai individu yang ramah dan sangat mesra. Mereka layan tetamu dengan penuh hormat serta menghidangkan makanan yang lazat-lazat sambil disajikan dengan tarian budaya mereka seperti tarian darling-darling. Dan yang paling bersejarah ialah majlis penutupan rasmi Program Nilam peringkat Negeri Sabah 2012 telah dilakukan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Musa Hj Aman. Etuza mengambil kesempatan bersalam dengan YB Datuk Musa Hj Aman pada masa ketibaannya. semoga suatu masa Etuza akan mendapat peluang untuk melawat di bandar Sandakan bersama keluargaku.




                                                          


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 1 Januari 2012

"Apa khabar orang kampung" Lagu untuk kami di Wilayah Labuan


Sempat bermain Bowling di UKWL pada 23hb Dis 2011


Minum disalah  satu Restoran di UKW Labuan


Pengalaman di UKW Labuan


Berjalan-jalan & melihat2 di UKW Labuan


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sempat juga mencapai hasrat untuk melawat ke Wilayah Labuan pada 22 dan 23 hb Disember 2011 yang lalu. Percutian kami ke Labuan amat bermakna kerana melawat anak ke Kolej Matrikluasi Wilayah Labuan serta menjemputnya balik ke kampung halaman kerana mereka diberi cuti selama seminggu.


Di Wilayah Labuan, kami sempat berkunjung di bangunan terkemuka di wilayah Labuan iaitu bangunan UJANA KEWANGAN. Saya tak pasti dengan jelas kenapa pula bangunan besar itu di beri nama UJANA KEWANGAN. Bersiar-siar di UKWL kita tidak akan merasa puas hati kerana lengkap dengan pelbagai kemudahan dan rekreasi menarik, pelbagai lokasi menjual berbagai-bagai barangan yang melibatkan pakaian dan lain-lain. Memang seronok anak-anak yang ikut kami ke W. Labuan.


Kami juga sempat singgah ke tempat bermain bowling seketika sebelum ke restoran untuk membasahkan tekak. Rupanya bowling ni ada dalam berbagai saiz dan berat. Dalam kadar RM 7.00 akan kita lakukan balingan sebanyak 9 kali. Memang puas hati.


Bandar W. Labuan memang selesa bergerak kemana-mana kerana kurang orang lalu lalang, berbanding di bandar Keningau dan apa lagi di Bandar Kota Kinabalu. Memang banyak bangunan tinggi2 di W. Labuan, perhotelan seperti Hotel Marina dan Hotel Pelabuhan Wilayah Labuan antara hotel terkemuka di W. Labuan.


Hanya ada satu perkara yang sukar etuza lupakan takkala kabersiar-siar di Bandar Labuan. Tiba di suatu kedai jualan murah di W. Labuan, kami sekeluarga masuk ke dalam dan ingin membelikan anak-anak makanan ringan. Saya lihat seorang perempuan dan dia merupakan pelayan di kedai itu, tiba-tiba menyanyi dengan suara kuat menyanyikan lagu " Apa khabar orang kampung". Hehe agaknya ketara kami seperti di lihat kekampungan. Saya tengok ramai juga yang memperhatikan kami, ini mungkin dikeranakan beza wajah dan cara percakapan kami. Namun itu bukan menjadikan halangan untuk kami datang lagi melawat di W. Labuan. Dan terbaru saya dengar berita di Wilayah Labuan ada lagi tempat menarik iaitu PANTAI DAMAI, di mana pantai ini lebih berkonsepkan satu perkampungan yang indah.


Salam tahun baru 2012.




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 24 Jun 2011

Stadium Hoki Kompleks Keningau 2011



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Mewahnya stadium Hoki di Kompleks Keningau yang belum berapa sempurna secara keseluruhannya penyiapan tahun 2011. Ekoran dari sukan SAGA iaitu Keningau sebagai tuan rumah telah diberikan royalti jutaan ringgit pembinaan stadium hoki  yang sungguh mewah ini.

Selaku peminat sukan hoki, gelanggang seperti ini amat-amat dibanggakan dan pasti impak dari terbinanya stadium hoki ini, pastinya atlit-atlit atau penggemar sukan hoki akan merasa begitu bersemangat beraksi di stadium ini setiap petang atau setiap hari.

Selang 14 minit lebih kurang masa itu, stadium ini akan di basahkan dengan pancutan air yang disembur ke seluruh gelanggang jika ada permainan berlangsung. Nampak percikan air menyegarkan alas stadium bak permaidani hijau. Terpesona melihat suasana semasa air dari tiap penjuru.

Difahamkan bahawa pengguna pertama stadium ini ialah para atlit dari pelusuk Sabah sempena sukan SAGA baru - baru ini. Dan julung kalinya kejohanan hoki peringkat Zon Pegalan, Keningau pada 22hb Jun dan 23hb Jun 2011 telah menggunakan stadium ini sebagai tempat kejohanan hoki tersebut. Ini bermakna para atlit hoki dari Zon Pegalan yang dianjurkan oleh SK. Penagatan, Keningau merupakan perintis kedua yang berjaya menggunakan stadium ini. Syabas SK. Penagatan, Keningau.





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 13 Februari 2010

Semangat kesukanan tetap berkobar biarpun 1 emas 1 gangsa menjelang MSSSZP 2010

Antara guru jurulatih Perbarisan SK. Penagatan,
(Hehe! kami pakai payung, terik sangat..bukan
kami saja ya, hampir semua penonton pakai
payung, kecuali penonton yang berada di atas
astaka ini)

Guru2 wanita SKPK menyaksikan wakil sekolah
ke MSSSZP 2010 di kompleks Sukan Keningau
pada 9/10.2.2010
Wajah Ismat Afif ( anak lelaki etuza berusia 9
tahun 3 bulan 3hari) Murid tahun 4
1 emas dan 1 gansa sahaja.
( alamak semua tandingan kami besar2 bah
sigu) Inilah antara kata2 atlit SKPK 2010.
Salam ceria.
Selamat menambut CNY pada warga Malaysia yang merayakan perayaan ini. Pesan saya, sempena perayaan ini menjelang jagalah keselamatan, kerana keselamatan diri dan harta benda adalah lebih utama.

Pada 09 dan 10 hb. Feb 2010 yang lalu, MSSS Zon Pegalan di langsungkan di padang Kompleks Daerah Keningau, dengan menampilkan 10 buah sekolah di Zon Pegalan. Antaranya ialah SKPK, SKMK, SKSK, SKAK, SKRBK, SKKBK, SKPK11, SKMEK, SKAK dan terakhir SKMBK. SK. Pekan 11, menjuarai kesukanan kali ini. Syabas dan tahniah kepada sekolah yang berprestasi cemerlang di trek kesukanan MSSSZP kali ke 42 2010.

Kata pengerusi penganjur, tiap kali ada pemenang mesti ada pengalah. Tiap kali kita membuat yang terbaik ada lagi orang yang membuat lebih terbaik dari kita. Kepada yang berjaya katanya syabas dan tahniah. Kelemahan harus di atasi dengan mengubah konsep agar memperolehi kemajuan.

SK. Penagatan, setakat 1 Emas dan 1 Perak. kami terima dengan hati terbuka, kerana purata atlit SKPK adalah murid tahun 4 dan 5 sahaja. Tahniah kepada Ceroline Fredy dan Ikhymal Husain Saidin kerana bertahan dan menyumbang nama mengharumkan sekolah. Apapun yang terjadi semangat kesukanan tetap berkobar di jiwa kami. Tengoklah gambar aksi menonton temasya ini dilangsungkan.

Tahun ini, hanya Ikhmal, Ceroline, Evarencia, Iskandar dan Wildan Iszac sahaja murid tahun enam yang menyertai kejohanan ini. Manakala yang lain tidak mampu melepasi stamina atau kelajuan yang dikehendaki. Sebaliknya Ismat Afif, Mohd Azim, Aidil Aizat, Macjunior, Nurul Ayisah, Aslia dan Suhani merupakan murid tahun empat dan lima mampu menunjukkan prestasi yang terbaik sebagai wakl sekolah kami ke temasya sukan ini.

Apabila beraksi di trek kita perhatikan fizikal atlet sekolah lain nampak begitu tap dengan ketinggian dan fizikal yang besar, pejal dan kuat. Bayangkan Ismat Afif murid yang baru berusia 9 tahun dan beberapa bulan murid tahun 4 bersaing dengan atlit lain yang tinggi dan besar serta usia 12 tahun. Apapun atlit yang masih di tahun 4 sebenarnya jika memang dia kuat dan berlari laju tidak mustahil boleh mengalahkan atlit berusia 12 tahun. Hehe! nampaknya Ismat Afif dan Mohd Azim bkanlah sekuat mana. Tetapi semangat mereka tinggi untuk bersaing. InsyaAllah tahun 2011 mungin waktu mereka nanti untk beraksi lebih hebat. Semoga impian ini tercapai.

Salam 1 Malaysia. Majulah sukan untuk negara.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 7 November 2009

Pose istemewa sempena temaysa sukan pada 4hb & 5 hb 11.2009 di SKPK

Asalamualaikum & salam sejahtera semua.
Ha inilah pose istemewa sempena temaysa sukan di sekolah saya pada 4hb11 dan hb 11.2009. Tahun depan relex tak payah lagi sibuk sukan, kecuali latihan persediaan ke MSS Zon pegalan 2010 pula.
Entahlah..rumah pasukan saya asyik2 di tempat ke 4 setiap tahun. Memang beginilah yang sering berlaku. Pasukan saya sering mendapat pelari yang tidak berdisiplin. Bila latihan dia hadir, time acara akhir dilangsungkan dia tak datang pula, terpaksalah diganti tempat dengan tenaga dari murid tahun 2 mana sama tenaga dengan budak tahun 5. Ha itulah yang berlaku bila 3 lelaki harapan rumah merah dan 2 perempuan tak datang pada hari kejohanan MSS peringkat sekolah saya diadakan. Frust juga tau!, sebab dah bagi sokongan tapi ada pula peserta bermasalah. Rumah sukan pasukan merah memang beginilah tiap tahun. Ada saja yang tidak hadir. Saya nak buat apa lagi..kasihan juga peserta yang bersemangat akan terus hilang semangat bila kawan sepasukan tidak hadir, pastilah keputusan terkebelakang. Kalau peserta perempuan hehe! kasihan betul langsung tak ada yang berpotensi bagi murid tahap 2 di rumah merah. Kadangkala saya sedih juga..bukan apa ya..kasihan murid dari pasukan rumah merah kata mereka kepada etuza, cikgu kenapa semua perempuan rumah merah semua yang tak laju, si Donsia saja tapi dia baru tahun 3. Saya tak apa-apa sekadar jalankan tugas dah cukup, tapi kasihan juga semua peserta Rumah Merah seakan menyerah kalah. Cubalah ada murid tahap 2, 1 lelaki dan 1 perempuan yang laju berlari di rumah mereh pasti mereka semua bertambah semangat nak bertanding.
Keputusan muktamad : Johan ( Rumah Kuning)
N. Johan ( Rumah Biru)
Ketiga ( Rumah Hijau)
Olahragawan : Harsaiful Derin
Olahragawati : Nurul Ayisah Zulkifli
Pose teristemewa dari Pasukan Rumah Merah, dapat tempat
ke 4 pun tak apa-apa bah. Semangat bertanding tetap tinggi.
Ahini & peserta rumah merah
Geng Irfan..memang mereka seonok sangat.
Afif & Nazrin Faroq best friends, mereka rumah biru
yang baju hitam cop K tu anak etuza Ibnu Mustaqim geng
ini menang (Johan )acara 4x50 meter tahun1.
Irfan anak etuza dan geng naib johan 4x200 meter.Tahina
Pose guru besar & penolong kanan bersama olahragawati
& olahragawan ayisah dan harsaiful.
Nah! kami guru wanita dapat Naib Johan acara 4x50 meter
terbuka sempena sukan, hebatkan! inilah hamper kami.oyes!
Ahini & Juriah pasukan rumah merah, seronok pose dengan
peserta sukan.
Pose ibuguru sebelum beraksi dalam acara 4x50 meter terbuka
Semua kehausan, Ahini tengah melayan pelanggan nak minum
hehe! minuman freelah..
Ini styleku Haryati, Marcellus, Dominic & Jeramah
Pose Etuza, Marcellus & Dominic

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini