Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 31 Mac 2012

Generasi ku ( Team A vs Team B ) Piala ETUZA BLOGSPOT.COM

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Semua memori ini barlaku pada jam 8.00
pagi hari ini 31hb Mac 2012. 
Hebat riadah sabtu di SK. Penagatan, Keningau.

atas Etuza Blogspot .com memberikan taklimat ringkas

atas, Etuza mengabadikan kenangan bersama 
murid tahun 5 dan 6...teka mana satu putera
Etuza...( team A)

atas, pengadil jemputan En. Kahilin Muin, bersama
team B
atas..Penjaga gol berbakat besar Denelson Dumat
penuh aksi kan...

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang maha kuasa,kerana pagi hari ini, selamat dan selesai tugas Etuza mengadakan perlawanan bolasepak bawah umur 12 tahun di padang sekolah Etuza bertugas. Macam-macam aksi yang ditangkap muat ke camera Etuza pagi ini. Tapi hanya ini dapat dikongsikan kepada semua peminat Pesona Etuza Blogspot.Com.

Sekembali dari Sandakan 2 minggu yang lalu, anak-anak tahun 5 dan tahun 6 bertubi2 bertanya bila pertandingan anjuran Etuza dijalankan, seolah tidak sabar mereka beraksi di padang sekolah. Setiap hari ada saja masuk ke bilik Etuza hendak bertanyakan khabar bila dilancarkan permainan ditunggu-tunggu ini. Sibuk mengurus kerja2 P&P, mana tah lagi kerja2 di Pusat Sumber, hal-hal sebagai setiausaha PIBG dan selaku AJK Majlis sambutan bersama YB Tan Sri Joseph Kurup pada 14 April 2012. Sibuk memanjang lah Etuza. 

Kalau bertangguh bahayalah jadinya, tidak akan tercapai objektif. Maka alhamdulillah dengan bantuan kawan-kawan lain akhirnya berjaya juga adakan perlawanan bolasepak antara Team A dan Team B ( Murid tahun 5 dan tahun 6 campuran ) pada pagi ini. Sponser hamper kepada Johan dan Naib Johan ialah En. Ramian Ayub. Terima kasih banyak-banyak, manakala sijil disediakan oleh Cik June V Gabrine. Keputusan dan hadiah akan disampaikan oleh Guru Besar sekolah En. Garipin Elid pada 1hb April nanti.

Johan perlawanan bolasepak 12 tahun ke bawah ini ialah Team B yang diketuai oleh adik Razmi Roslan murid tahun 5 Bijak. Naib Johan pula adalah team A yang diketuai oleh Mohd Azim Zulkifli murid tahun 5 B juga.

Nampak semangat, bakat dan kerjasama mereka rasa sangat seronok melihat genarasi ini memperlihatkan corak permainan yang membanggakan. Team B menewaskan Team A dengan jaringan gol 4 berbalas 2 dalam tendangan fainalT. Jaringan terunggul dijaringkan oleh Mohd Azim Zulkifli dan diikuti oleh jaringan gol team B oleh Lazarus Mampur.

Apapun Etuza Blogspot kena menganjur lagi pada Julai 2012. Tunggu aksi2 mereka.

Dari hati Etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

6 Pesona Kata Hati Mereka:

Zam berkata...

Salam~ Thans sbb singgah td ;) Ok, boleh je kalau nak copy :) Zam pun ambil dr lmn web lain :)

Aine Ainun berkata...

seronokkan ada ktiviti macamni...
budak2 pun bersemangat..

Unknown berkata...

Tq Zam.
AA : betul nampak tul mereka seronok..aktiviti Panitia PJK dan PSS sebenarnya tu..penggerak uatama ialah PUsat Sumber..

Mawardi yunus berkata...

lama dah xmain bola... last dulu waktu darjah 6.. huhu lama kan

Unknown berkata...

Boleh lagi tu mawardi..trylah pi main bola ya..

dya nasir berkata...

bz nya cikgu.. bnyak hal kena uruskan..