Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 29 Mac 2012

Lebih baik di atas...Ada Pesonanya..( pasti ruang yg dicari-cari )

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Name:
etuza
Photo:
etuza

http://www.bloggerwanita.com/ ( diperkenalkan blog ini -terjah berhikmah)


Blog merupakan ruang maya yang menjadi kegemaran para pencinta ilmu, penggiat seni, penyumbang berita dan ilmu pendidikan dengan tidak mengira di mana mereka berada. Serata dunia kita bagaikan menjelajahi muka bumi ciptaan Allah ini dengan melayari laman blog sesiapa sahaja. Antara hambaNya yang gemar hinggap dari blog ke blog adalah Etuza ( penulis dan pemilik blog Pesona ).

Petang ini, memberanikan diri membuat satu pendapat yang ikhlas dari hati Etuza. Bukan hendak memandai kerana ramai blogger yang terlebih dahulu arif dan bijaksana berblog lebih-lebih dalam situasi susun atur alat-alat dan selok belok blog mereka. Antara blog yang dijumpai amat tersusun indah adalah blog yang terpampang " DI SINI RUANGKU BERKONGSI " " DETIK-DETIK INDAH DALAM HIDUPKU" " MYADZHA "  laman CIK NUR Laman BUNGA HATI MAMA, IBNU SAILI dan lain-lain lagi. Mohon maaf menyebut hanya blog itu bukan bermakna laman maya ( blog) anda tidak hebat. Sekadar memberi contoh blog yang pada sudut pandangan Etuza..blog ini sangat tersusun dan menarik sekali dengan alat-alat yang mempersonakan.

Direct terus maksud entry..Etuza petang ini ialah hendak memberi tazkirah kiranya ada yang setuju, alhamdulillah tidak suka atau tidak sependapat dengan saya juga tidak apa-apa. Bukan paksaan tetapi biar dari hati ikhlas menilainya. Saya percaya tiap blog pasti ada ruang FOLLOWER, betul apa saya katakan, jujurnya saya amat suka ruangan ini. Menerjah ke blog dan ke blog lain, dalam minda berkata mana ruang FOLLOWER blog ni. Drop dwon terus ke bawah..alhmadulillah ada pula menyorok paling lah terbawah ya, ada juga di tengah-tengah blog. Ini ikut suka kita sebagai pemilik blog maya. Maka apakah masalahnya Etuza?..

Tiadalah masalah besar sangat, rasanya sangat seronok kalau para blogger yang FOLLOWER blog itu ada diletakkan di atas sekali, kecil atau besar ruang FOLLOWER itu terserah asalkan mudah kita hendak FOLLOW blog dia. Ok, kita setkan keadaan ini pada yang sama suka follow2 blog macam saya, jika terlalu ke bawah boleh lupa drop dwon terus ke bawah ..sebab itu tidak sempat follow blog, sedangkan hati meronta-ronta mahu jadi kuncu-kuncu blog di blog dia.

Dipendekkan tazkirah ini, rasa ada Pesona tersendiri jika kita letak ruang FOLLOWER itu di ruang atas pada blog kita, sama ada di tepi kanan atau kiri, tengah atau atas, seperti ruang Follower Blog PESONA. Seronok tengok muka-muka mereka tu, dah selamat menggenapkan rakyat blog PESONA seramai 540 ..bukan nak riak tapi ..happy sangat lihat mereka, walaupun ada yang sembunyi disebalik kuntum bunga, di balik doll, di balik dedaun bunga, wajah lukisan dan lain-lain. Saya rasa anda juga seronok melihat telatah insan2 yang follow blog anda.


Sebelum berlalu..klik info untuk semua..http://insaaniyyah.blogspot.com/ moga ada ilmu..

Salam dari hati etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

22 Pesona Kata Hati Mereka:

dieyna berkata...

Saya sependapat dengan cikgu Etuza... Ruangan follower perlu berada di atas. Barulah kita dengan mudahnya dapat follow dia... kadang2 tu jenuh mencari ruangan follower rupanya tersorok di bawah sekali... huhu

P/s : Thanks promot nama blog Dieyna sekali lagi... Hehe

~Cik Sweety~ berkata...

OOH..ada juga terbaca pendapat tentang ruangan follower, lebih bagus letak d atas sekali..senang nak follow dan pengunjung juga senang mo cari2 kenalan..

terpikir juga mo letak mereka d atas sana..(^_^)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Dieyna & SweetH..sekadar nak refresh semula apa yg saya dah tahu dari blog lain, kerana kini saya rasakan ruang follow ada kebaikan di atas. Terima kasih

ANIM berkata...

dulu pernah letak di atas, tapi bila baca satu pendapat, kalau ada beribu follower depa tak baca blog kita, tak guna jugak. tu yg kita sorok kat bawah..anyway, thanx bg nasihat. kita naikkan ke atas semula, hihihi

Tinta Lana berkata...

Salam cikgu. ya,setuju dgn cikgu,sebaik2nya ruang follower wajar diletakkan ditempat yg mudah dicari.

Mungkin ada sebahagian yang niatnya bukan mencari follower, maka mungkin krana itu dia letakkannya dibawah sekali.. :)

Lana pun pernah berkongsi entry tentang follower..kalau free, jmputlah baca cikgu.. ada bermacam cara menghargai pembaca kita.. :)

sini:
http://lianapm.blogspot.com/2011/07/bersyukur-dengan-apa-yang-ada.html

Aine Ainun berkata...

Erm...ada kebenarannya,,,

Miss N™ berkata...

ruang follow mmg kena di atas.. seolah2 kita mghargai sahabat2 kita.. bukan letak di bawah,..

Unknown berkata...

Syukran alhamdulillah..semuanya positif..mudah menerima apa2 yang baik. kadang2 kita kena ikut jg tips2 blogger terdahulu, memang ada kesan yag baik. Tq semua

Maya Diana berkata...

all the best ^___^ utk give away RM5k

share n ping kat >> Rakan Blog jugak yerk.....
google 8 sebab kena join Rakan Blog k.

JR berkata...

Saranan yg bagus cikgu, kerana memang sepatutnya kita menghargai rakan2 kita..

Arina Shamsul berkata...

ya cikgu saya pun setuju dengan pendapat cikgu,tapi follower saya tidak berada diatas tapi di sidebar.hihi.

apapun tahniah cikgu sebab follower dah makin ramai sekarang:)

sangat seronok bila follower makin ramai dan menghargai setiap karya2 kita:)

oh ya cikgu,ada tak kawan2 lelaki cikgu dua orang yang hendak dicadangkan masuk group kita tu? :)

Rohani Hashim berkata...

cikgu, saya ada send alamat ke email ezakehidupan@yahoo.com

Mrs Velentine berkata...

betul 2....dlu pena letak di bawah tp ada rakan blooger yg suruh letakkan kat atas

Kazman / Sue berkata...

salam kenal dari kami sekeluarga....

dalam apa pun tujuan pada kami berblog ni macam ada satu tarikan untuk mengetahui ilmu dalam kehidupan... yang mana kadang2 kita terlepas pandang....

insan_marhaen berkata...

Awal2 dulu memang c'jai letak di atas...Tapi bila edit balik, letak kat bahagian tepi ... Apapu terima kasih cikgu ,sudi berkongsi pendapat dan pandangan ni...

1 berkata...

Assalamualaikum..setuju sgt dgn cg.etuza..
selain mudah utk 'follow', kedudukan widget follower di atas sebagai simbolik follower begitu berharga..

Unknown berkata...

tq semua pendapat kawan2 blog..hanya berkongsi yg difikirkan baik. Ruang follow letak mana tetap menceriakan blog kita ya..cuma kelihatan ramai yg letak kat atas ya..

Cik Ai berkata...

betul2..
rs sesuai letak kat bhgian ats or sblah tepi tp masih di kira ats..sbb sng nk tgk muka2 yg manis2 ensem tu =p

Cik Ai berkata...

betul2..
rs sesuai letak kat bhgian ats or sblah tepi tp masih di kira ats..sbb sng nk tgk muka2 yg manis2 ensem tu =p

Abang Karu berkata...

saya letak di tepi :)

ewanthology berkata...

salam bro, ruang follower saya letak dibawah, tetapi saya tetap menghargai mereka dan sering ke blog mereka juga. tak tau la kenapa cumanya nampak kemas bila ada kat bawah.

pendapat saya sahaja. terpulang pada individu sebenarnya kan. :-)


ps : boleh tolong 'like' sesuatu?