Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Selasa, 19 Ogos 2014

Say No To Trans Fat -


Banner lawa SAY NO TRANS FAT..
Di sinilah letak satu langkah anda
menjadi bijak, bijak sungguh bijak..
bijak sekali..

Nak kata baru dalam Malaysia, tak juga ya, sudah lama bertapak kat Malaysia, tetapi ramai yang tak kenyit mata menyertainya. Subahanallh ini lah peluang kita jejaki langkah Nabi Mumahhamd SAW, yang ,mana nabi kita itu berhijrah ke satu tempat ke satu tempat memperdagangkan produk jualan Siti Khadijah. Sehingga suatu masa dengan kejujuran Nabi berniaga produk Siti Khadijah, Siti Khadijah menjadi lah Jutawan Wanita yang pertama pada abad itu. 

Nak tak ikut Sunnah nabi berniaga, kini zaman moden kita boleh membuat pilihanya. Tetapi pilihan yang paling tepat pada etuza ialah menyertainya. Yup!! dipendekkan cerita JOIN MEMBER ELKEN sangat bijak kedengarannya, ya bijaik sangat bijak kerana selain produk evereday di nobatkan sebagai produk NO TRANS FAT, Syarikat Elken Sdn. Bhd di Malaysia juga adalah di gelar syarikat gergasi masa kini. Betul etuza tak bohong ya..

Untuk ringkas keahlian hanya RM 75.00
Dapat pilihan produk free antara Lactos dan Epa ( minyak ikan)
Dapat risalah sale kita yang bermutu tinggi.

Say daftar sekarang dengan Etuza.
Email saya : ezakehidupan@yahoo.com
Atau inbok ruang komen pada blog pesona. Sila bertanya saya sedia menjawabnya bila ada time mengizinkan.

salam sayang 
Hakcipta@etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 18 Ogos 2014

Sejarah Negara Esok Pelancaran Sambutan Bulan Merdeka Oleh PM

Inilah Logo Kemerdekaan 2014
Untuk Lebih lanjut dan jelas makna logo ini anda diminta klik
KEMAMAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menyampaikan amanat penting pada pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Perdana Menteri dijangka menyampaikan satu amanat penting esok dan ia berkaitan dengan sambutan kemerdekaan serta beberapa perkara yang berlaku kepada negara baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah tamah peringkat Parlimen Kemaman di sini, hari ini.
Beliau berkata, kira-kira 20,000 orang termasuk penjawat awam akan menghadiri majlis itu.
Ucapan Etuza Blogger Sabah
Kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Kibarkan jalur gemilang dan laungkan merdeka merdeka merdeka, merdeka dari segenap perasaan yang membunuh kedamaian merosakkan kebahagiaan kita bernegara. Mohon kepada Allah agar kita tetap bersatu dalam payung negara Malaysia kita yang aman dan damai. Kemerdekaan yang sebenar apabila kita rela berkorban demi negara, agama dan bangsa. Hidup Malaysiaku tercinta. Selamat menyambut bulan merdeka dari Blog Pesona Etuza 2014. Kepada sahabat blogger etuza ucapkan teruskan berkarya, kerana kita adalah antara aset yang menyumbang informasi yang menyihatkan minda kepada ramai rakyat Negara Malaysia. Hidup Blogger demi khazana dan warisan untuk genarasi akan datang.
Hakcipta@etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 17 Ogos 2014

Kesihatan Jangan Dipandang Remeh

Kenyataan ini sedap dibaca senang didengar. Seandainya 
benar Rakyat Jelata Malaysia harus bersyukur dan berbangga
kerana tahap kesihatan rakyat Malaysia
masih ditahap terpelihara.
"Denggi masalah utama kita, tiada Ebola setakat ini" Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Dengan harapan Negara kita Malaysia masih Selamat Dari Ebola.
Marilah kita
berdoa memohon dijauhi penyakit Ebola.
Kerana penyakit ini lebih teruk dari SARS.


Kenyataan ini disuarakan oleh Datuk Seri Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia.

Tetapi sewajarnya langkah menjaga kesihatan
setiap  masa harus dipertahankan dan jangan 
dipandang remeh. Usaha berterusan
dari semua pihak juga semua individu 
harus diambil demi membendung gejala
penyakit yang mengancam kesihatan
ramai orang.

Terima kasih kepada blogger 
Hasliynsa Umairah atas sebaran maklumat
yang mengundang kegembiraan kepada ramai
masyarakat di Malaysia amnya.
Klik blog ini untuk kepastian kita semua.


Hakcipta@etu



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Penuh Informasi Terbaik Blogger Malaysia Pilihan Pesona Blog - Adakah Anda Setuju?

HASRULHASSAN.COM™

Nampak tak senyuman Hasrul Hassan seorang blogger Malaysia yang pada etuza memiliki ilmu blogger yang sangat tinggi. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa Hasrul Hassan boleh kita gelarkan OTAI BLOGGER terkenal di Malaysia. Kenapa etuza menyatakan demikian:-

1. Saya melihat blog hasrulhassan.com blog yang sangat ringan mudah capaian dan penuh informasi.
2. Blog hasrulhassan.com memuatkan berbagai informasi yang merangkumi pelbagai situasi yang merangkum isu-isu semasa sama ada di Malaysia atau di luar negara kita.
3. Mesra maya dimana hasrulhassan.com memberi perkongsian tips dalam ruang panduan berblogging, perkongsian itu membolehkan kita memahami sebenarnya apa tujuan kita berblog. Sebagai asas blog kita hanya mampu mengatakan bahawa kita sekadar berkongsi aspek seperti pengalaman kita, namun sebenarnya tanpa kita sedar kita berblog sebenarnya melonjakkan kita adalah antara rakyat di Malaysia yang telah menyumbang informasi yang berguna kepada ramai orang. Kecil atau besar sumbangan kita itu,bukan pokoknya tetapi keaktifan kita menyumbang infor maya memberi impak bahawa masyarakat Malaysia ini alert yang  mampu bersaing menggunakan  ledakan kemajuan teknologi canggih masa kini. Maka blog hasrulhassan memberi kan kita pengertian berblog.
4. Melayan blog hasrulhassan.com memberikan suntikan kepada etuza untuk terus berblog. Etuza dapat satu keyakinan bahawa amalan kita aktif berblog adalah aktiviti sihat maya yang menjadikan kita salah seorang rakyat Malaysia yang dapat mengelak dari gejala sosial. Pada etuza berblog adalah menyihatkan minda apabila kita berblog secara berdisiplin.
5. Blog hasrulhassan.com sentiasa akif dan kadang kala panas dengan isu-isu semasa dalam arena politik dan sebagainya. Itu menandakan blog hasrulhassan sentiasa berada dalam tingkat SEO internet yang sangat tinggi. Kita blogger biasa perlu mencontohi blog hasrulhassan.com.

Akhir sekali etuza ingin bertanya, jika anda kenal blogger Hasrul Hassan blog hasrulhassan.com, adakah anda juga bersetuju dengan pendapat etuza bahawa blog hasrulhassan sememangnya sangat terkenal dan diminati ramai blogger di Malaysia?. Dan pemilik blog ini layak kita gelar OTAI BLOGGER MALAYSIA 2014.

Klik ni bukti blogger Hasrul sangat alert dan perihatin perkembangan dunia blogger di Malaysia..http://www.hasrulhassan.com/2014/08/blogger-cun-malaysia-eh-guess-blogger-awards.html

Lihat etuza kongsikan 8 Blogger Cun Malaysia EH! Guess Blogger Awards 2014 yang dapat etuza lihat dalam paparan wall blog Hasrul Hassan kelamrin 16hb Ogos 2014.
8 blogger cun malaysia dalam EH! Guess Blogger Awards 2014

klik lah dan boleh add serta follow blog2 ini.

Salam ukuhuhuwa fillah.
Hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 5 Ogos 2014

Misi Ke Osaka Jepun Siri 1- Bagaikan Bermimpi & Mimpi Ini Nyata.


Syukur Alhamdulillah kepada Allah atas kesempatan yang diberi.
Dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Syarikat ELKEN yang
memberikan saya dan team melancong ke Osaka Jepun.
Bukan mudah dapat peluang ini...


Ini kenangan etuza dan kawan-kawan
sedang menunggu flight ke Osaka Jepun
pada 9hb Mei 2014. Gambar ini kami
berada di Lapangan Terbang KLIA


Bergerak ke ruang menunggu ..saat ini 
terasa berdebar kerana menaiki pesawat 
ke Osaka Jepun menggunakan Kapal Terbang
Mas ke Kansai Jepun. Tak tahu berapa jam
sampai di sana...berdebar. Ya Allah selamatkan 
kami mendarat ke destinasi.


Gambar kami ini sedang mengusung bagasi 
dan antara yang bersama saya ialah
Masrof dan isterinya Sukarni  dari
Kota Kinabalu Sabah serta Edwin Petrus
dari Tambunan Sabah. 


Ini duit jepun tiga keping dan nilainya 3 ribu 
Yen. Banyaknya, nilai duit kita memang ber
beza. RM 3.00 ringgit duit kita lebih kurang
30 lebih  Yen di Osaka Jepun.


Gambar saya ni sebenarnya sudah 
berada dalam Bas Pelancongan 
di Osaka Jepun. Bermakna kami semua
yang seramai 45 orang telah selamat
mendarat di Kansai Osaka Jepun
iaitu lapangan terbang di Negara Jepun.
Ketika kami sampai menunjukkan jam
8.00 pagi di Osaka Jepun dan baru 
jam 7.00 pagi di Malaysia. Kami tiba
di Osaka Jepun pada 10hb Mei 2014.
Saya melihat memang banyak beza 
panorama di Jepun..sejuk dan bangunan 
memenuhi ruang di sana-sini. Pada peng-
amatan saya keadaan jalan raya amat teratur.
Pemandu pelancong team kami ada 
 menyatakan agak kurang kemalangan
 yang berlaku kerana sistem pembentung 
atau sempadan pada tiap ruang jalan raya
di atur dengan sistemetik.Tidak kelihatan
pejalan kaki di tepi jalan raya. Sungguh teruja
sampai di Osaka Jepun. bagaikan mimpi..
tetapi mimpi ini nyata dan amat menyeronokkan
serta sangat manis dalam hidup etuza.

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 26 Jun 2013

Berkongsi Berita Hangat Menjelang Ogos 2013

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..
info gambar kenangan
 1. Saudara Abdul Zulkhairi dari Kota Belud, Sabah.
Bekerja di Hospital Keningau.
2. Situasi pembelajaran kereta menaiki bukit dan tahan kemudian free.
Jika terundur ke 3 kali peserta / pemohon lesen akan kandas.

Semua orang yang berhasrat untuk memiliki kereta pacuan empat roda, pasti mengharapkan agar segera mendapatkan lesen memandu kereta. Usia yang membolehkan seseorang itu layak untuk mendapatkan lesen ialah 18 tahun bagi kelas D. Ini bermakna seseorang yang tamat belajar ditingkatan 5 tahun tersebut boleh terus datang memohon belajar memandu dan seterusnya mendapatkan lesen memandu.

Pemanduan yang seronok ialah apabila kita bersih dari segi rekod black list di online keselamatan jalan raya serta rekod yang baik di Jabatan Pengankutan Jalanraya walau di mana sahaja. Pada pengalaman saya ketika mendapatkan lesen memandu pada masa yang lalu ialah, orang yang datang diuji untuk mendapatkan lesen adalah dari umur sekitar 18 tahun dan ke atas. Menariknya ialah siapa sahaja dan tidak megira umur akan tetap diterima oleh IDA ( Institut Driving Licence ) di cawangan mana-mana sekolah memandu ini, sekalipun mungkin anda sudah berusia 51 tahun.

Pada saya tempat paling mencabar untuk belajar memandu ialah pada bahagian naik bukit. Masa melalui bukit dan tahan kereta di atas garisan atau kawasan kuning itu nampaknya ada beberapa peserta yang terundur sekali dan akan berjaya pada percubaan kali kedua. 

Pada tahun ini 2013, menjelang bulan Ogos sekolah memandu untuk mendapatkan lesen akan dinaik tahap cabaran lagi dengan kadar bayaran yang semakin tinggi, kadar masa sesi ceramah juga akan bertambah 8 jam ke 16 jam dan tempat laluan untuk parking sisi dan side 3 penjuru akan menggunakan hanya lampu signal menggantikan tiang pada tempat belajar tersebut.Bermakna jika kita terkena buttan lampu akan menyala dan satu syren bunyi akan bergema, ini menunjukkan peserta belajar memandu itu kandas. Rasanya keadaan ini semakin sulit dan akan mendatangkan masalah kepada peserta. Namun semuanya diubah kerana rasionalnya pihak JPJ mahukan pemandu kereta dan pelbagai jenis kereta lebih berhemah di atas jalanraya, demi mengurangkan kemalangan di jalanraya.

Nasihat etuza, cepat2lah datang belajar memandu dan dapatken lesen bagi mereka yang cukup umur dan buget yang cukup selagi belum menjelang bulan Ogos 2013. Kerana kebaikannya ialah, masih murah bayaran, kadar masa ceramah dan bengkel masih kurang 10 jam dan tempat belajar itu masih boleh nampak tiang akan memudahkan kita kawal kereta dan boleh mengagak. Cepatlah bertindak.
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 7 Jun 2013

Pastikan Full Injection...

Assalamualaikum...
inilah keadaan jalanraya Tambunan - Penampang 
yang runtuh akibat hujan tidak henti-henti baru-baru ini..
Imbasan semula gambar kejadian tanah runtuh yang melibatkan jalanraya di jalan Tambunan ke Penampang dan ke Kota Kinabalu pada 31hb Mei 2013, telah mendatangkan kesan yang pelbagai terhadapa prasarana ekonomi di Keningau, Tambunan dan kota Kinabalu. Ini kerana keadaan hampir setiap hari jalanraya menuju ke Keningau teramat sesak terutama pada tarikh 1 hingga 4hb Jun 2013. 

Hampir setiap hari etuza akan turun ke Bandar Keningau musim cuti sekolah untuk urusan peribadi dan urusan keluarga. Akan berlaku kesesakan lalulintas khasnya menuju ke Bandar Keningau. Ini berlaku akibat ramai pemilik kereta untuk mengisi minyak kereta sama ada yang menggunakan minyak petrol atau disel. Etuza difahamkan menerusi handpond dan facebook bahawa Keningau akan mengalami kekurangan minyak kereta untuk beberapa hari ekoran dari jalan runtuh di jalan Tambunan ke Kota Kinabalu. Walaupun ada jalan raya pintas iaitu jalan Kimanis Papar kota Kinabalu, nampaknya trak  tangki  minyak tidak gemar menggunakan jalan Kimanis ini kerana keadaan sesetengah kawasan jalan raya kawasan kimanis yang curam dan bukit tinggi selain adanya kawasan berkabus tebal di jalan Kimanis - Kota Kinabalu.

Terbaru jalan raya Tambunan ini akan diperbaiki secepat mungkin dengan kos yang besar, tetapi nampaknya dalam masa menunggu keadaan jalan ini pulih, Keningau khasnya serta Tambunan akan mengalami masalah sentiasa kekurangan minyak petrol dan disel. Oleh yang demikian untuk mengelakkan keadaan sesak setiap hari etuza mencadangkan agar bertindak FULL INJECTION  tangki minyak kereta anda agar tidak sering mengambil minyak. Penatlah, menunggu berjam-jam dengan hanya ingin bershpoing bersama anak-anak di Servy dan mana-mana gedung pakaian, almaklumlah sekolah akan dibuka semula, pasti ada anak-anak kita yang baru membesar itu tidak muat pakaian sekolah, kenalah membeli. So pastikan full injection tangki minyak kereta anda.
nampaknya kolam milik etuza
juga terkena banjir..
apakan daya bencana alam
tak siapa dapat menolaknya
redha ketentuanNya.

ini kolam etuza
banjir lumpurlah..

untuk berita susulan dari Sabah klik ini ..
http://www.ibnuhasyim.com/2013/06/dia-terpaksa-rentas-tebing-runtuh-ini_1.html

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 20 April 2013

Pentas Bercerita Dan Pentas Anti Dadah Program Yang Sihat

   Terasa sibuknya bulan ini, macam-mcam program yang harus dilaksanakan, semuanya arahan dari pihak atasan yang menginginkan warga sekolah menjalankan aktiviti pengisian dari pelbagai program yang menjurus kepada penerapan nilai-nilai murni kepada warga pelajar di sekolah. Dan matlamatnya nanti adalah untuk membolehkan murid itu menghadap dunia kehidupan yang realiti serta masuk ke masyarakat yang sihat dari anasir dadah dan gejala sosial yang memudaratkan kesihatan dan merosakkan keamanan negara kita khasnya Negara Malaysia. 
Pelbagailah program yang diarah, tetapi sekolah saya telah menjalankan beberapa program itu pada bulan April minggu lalu dan minggu ini. Kelihatannya warga guru begitu sibuk masa itu, semetalahan murid yang menyertai serta yang tidak menyertainya sangat seronok dan terus memberi kerjasama. Begitu juga guru-guru pelatih dari IPGM cawangan Keningau. Kepada semua guru pelatih syabas! & tahniah kerana anda semua sangat- sangat memberi kerjasama dan menyenangi bidang pendidikan sebagai kerjaya anda suatu masa kelak.

Antara program yang telah berjaya dilaksanakan di sekolah saya ialah :-
1. Program Jejak Maklumat pada 10hb april dan 11hb April 2013 
    ( Penyelaras aktiviti ialah saya sendiri )
2. Pertandingan Bercerita anjuran Panitia Bahasa Malaysia 
    ( Pengerusi ialah Pn. Piah AK. Langit )
3. Pertandingan Deklamasi Sajak yang bertemakan Hidup Ceria Tanpa Dadah .
   ( Peyelaras aktiviti Pn. Juina Unggi di bawah Unit Hal Ehwal Murid )

Dan minggu hadapan akan diadakan Program Perkemahan 4 Unit Beruniforam selama 2 hari di padang sekolah. Penyelaras aktiviti ini ialah Unit Tunas Remaja Sekolah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hanif Ibrahim.

Sibuk kan...siapa kata tugas guru ni ringan ringan saja. Sungguh sibuknya tugas guru tau!. Tetapi saya tegas nak katakan bahawa tugas Guru begitu murni bagi saya, sebab itu saya jadi seorang cikgu, yang sebenarnya cikgu yang masih memerlukan ilmu agar lebih mantap sebagai seorang guru.

Kepada semua penyokong saya di blog Pesona inilah antara gambar kenangan kami. Tengok ya.Tq.




Inilah juara Bercerita tahap 1 dan tahap 2
yang baju kuning cream tu Pengawas Pusat Sumber


 Ha yang ini peserta Deklamasi Sajak
Program Anti Dadah tau!
Pentas di dalam Pusat Sumber
 Bergambar bersama Penolong Kanan Hem dan
hakim Deklamasi Sajak
 Bergambar bersama PK HEM , PKKOM 
Pengerusi Pn. Piah guru pelatih dan pemenang
bercerita.

Kredit untuk Pusat Sumber
Cantik tak mini pentas deklamasi sajak ini.
sentuhan guru pelatih dan Etuza.

Bye2
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 12 April 2013

Sesungguhnya Jejak Maklumat Selagi Hidup Tidak Akan Berakhir

  Mohon maaf kepada semua, kiranya telah memakan masa lama baru update dengan entry baru blog Pesona. Almaklumlah selagi nadi berdenyut dan selagi ada nywa dikandung badan ada saja kesibukan diantara kita.
Terbaru saya telah menganjurkan program Jejak Maklumat di sekolah saya bertugas. Sibuk jugalah dengan pelbagai persediaan, bila program di rancang itu perlu dipercepatkan maka berlakulah beberapa insiden seperti kekurangan masa, penyediaan yang tak sempurna sehingga Jejak Maklumat itu saya tunda hingga berlangsung 2 hari di sekolah. Program di adakan pada 10hb April dari jam 8.00 hingga jam 10.20 pagi ( peringkat pertama ) dengan pengisian sukaneka dan mencantum gambar. Manakala pada hari kedua iaitu 11hb April diadakan jejak maklumat merangkumi acara mencari maklumat dari akhbar yang disediakan dan menjawab soalan menggunakan komputer di Makmal Komputer. Walaubagaimanapun program ini telah berjaya mencapai objektif dari segi peglibatan aktif murid dan guru-guru khasnya guru pelatih. Syabas dan tahniah kepada mereke semua.
Apapun seperti tajuk entry ini, untuk mencari maklumat sebenarnya tidak pernah akan berakhir selagi kita masih bernyawa den selagi nadi masih berdenyut. Kepada warga pelajar teruskan usaha mencari maklumat agar menjadi genarasi muda yang kaya dengan pelbagai sumber maklumat.

Gambar ketika berlangsung sukaneka 

 Pelancaran oleh Guru Besar
 Acara tiup belon dan pecahkan belon
 Best tengok mereka pecahkan belon..agak mencabar..

 Ini bawa bola pingpong atas sudu..
 Guru pelatih dan peserta PPIM..

 Cg. Hafiz & Cg Chia memberikan semangat
kepada peserta.
Acara buang belon berisi air .
Semakin jauh semakin membawa markah tinggi.

Diucapkan tahniah kepada
semua yang terlibat.
Khasnya AJK yang telah 
dilantik.

@hkcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 7 April 2013

Debaran Agak Terasa Bila Sedang Mengelidah Bloglists, Kalau Boleh Tiada Yang Terkeluar...


Etuza
Mohon kepada sesiapa yang belum updated entry blog, cepat2 lah ambil masa untuk update kan. Petang ini kemungkinan akan ada pembaharuan di blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan ini. Rasanya hendakkan blog yang RINGAN, MESRA MAYA, MUDAH PAPARAN  dan mestilah nak juga RAMAI pengunjung blog ni. Untuk itu saya memohon agar tidak disalahkan blog PESONA sekiranya ada blog terkenal yang akan terkeluar dari BLOGLIST milik etuza. Alhamdulillah hampir sejam lebih baru dapat buat blog baru untuk saya letakkan himpunan blog yang lebih segar, lebih mantap, lebih macho, lebih warna, lebih aura dan sentiasa update. Cara sebegini nanti lebih sesuai dan akan dapat meringankan blog Pesona Etuza.

Sebelum berlalu saya hendak berikan penghargaan kepada blog ini..
sila klik dengan hormat...
1 *
2 *
3 *
Detik Detik Indah Dalam Hidupku
Blogger : Kamsiah Yusoff
Dia antara...
Blogger Wanita Yang Paling Dihormati
Kerana menjadi pilihan Pesona 
dalam blog menghias ruang atas 
blog Pesona. Tahniah!.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 2 April 2013

Lelaki Ini Berpesan Berdampinglah Dengan Sebotol Air

                               

Musim sekarang cuaca panas, baru mandi sudah terasa seperti berpeluh, kadangkala kita rasa tidak selesa. Berita dari TV 1 mengatakan bahawa ketika ini pergerakan Bumi kita dan Matahari bergerak selari  bererti bergerak seiring dan bertantangan, sebab itu kita rasakan bahang matahari itu panas dari siang hingga ke malam. Kajian ini turut disiarkan menerusi akhbar2 seperti berita harian dan para blogger lain di internet. 

Kawan-kawan sekerja juga kata, panas dan peluh agak melekit padahal masil awal pagi. Kepada semua masyarakat Malaysia, saya hendak berpesan banyakkan minum air pada masa ini serta dapatkan air minuman yang bersih dan dijamin memberikan kita kesihatan.

Untuk informasi lain, baru-baru ini saya ada mengikuti satu Ceramah Motivasi Kem Membaca Alaf 21. Penceramah itu menegaskan sangat agar semua pelajar mesti membawa SEBOTOL air mineral. Kerana air tersebut sangat baik untuk merangsang otak agar sentiasa berfikir secara positif. Dengan itu etuza nak syorkan sekali lagi berdampinglah dengan sebotol air walau kemana pergi, kerana amat memberi manfaat kepada kita.

Info meminum air mineral :-
1. Mengurangkan rasa kering tekak dan kekurangan air dalam badan
2. Menjadikan otak seseorang itu berfungsi dengan baik
3. Menjadikan seseorang itu lebih bertenaga
4. Membolehkan seseorang itu kuat dan bergerak aktif
5. Boleh menjadikan fikiran ( mental )kita sihat dan kreatif
6. Lebih cepat memahami isi pelajaran di dalam kelas
7. Kita lebih cergas dan lebih yakin 
8. Membolehkan saraf darah mengalirkan darah ke otak dengan baik
9. Kuat dan jauh dari jangkitan penyakit
10. Air itu lebih berfungsi membersihkan buah pinggang dan kita lawas.

Oleh yang demikian mulai hari ini, marilah kita sering berdamping dengan sebotol air mineral walau ke mana hendak pergi, kerana kuasa air itu sangat diperlukan oleh tubuh badan kita serta otak yang kita gunakan untuk berfikir sehari-hari terutama masyarakat pelajar di Malaysia.
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 31 Mac 2013

Mak Ayah Ke Mekah & Derma Kepada Anak Yatim. Inilah Rahsia Kejayaan Mereka

Saya memang menonton dari mula hingga dinobatkan
Dnazrin & Hairul dalam aksi lasak Fear Factor semalam..
Sebagai lelaki menarik melihat mereka berentap dalam acara 
memandu kereta dan meletupkannya..
Memang cukup hebat ketika mereka yakni Dnazrin & Hairul
melaksanakan tugas dan cabaran akhir..
Mujur dua team ke final berjaya dan selamat..
sikit2 kena kat mata serpihan kaca cermin kereta
yang pecah dan meletup tu...




Mereka berdua BERJAYA blot hadiah ribuan ringgit..
RM 2 ratus ribu ringgit...banyak tu..
Hairul : nak bagi mak ayah ke Mekah naik Haji..
Inilah niat yang ikhlas..patutlah Allah anugerahkan kemenangan.
Dnazrin : Akan menderma kepada anak yatim. nampak tak
niat mereka Allah kabulkan ..
Tahniah & syabas!
Inilah yang dikatakan tuah manusia..
tak siapa tahu..
sekelip mata dianugerahkan kewangan yang banyak..
Alhamdulillah..
kepada 2 artis ni..usahlah pula
lupa bersyukur...


Ha semalam..saya cari gambar mereka di GOOGLE
jumpa lah ni..ok...

 @hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

TERSENARAI BELOG KEGEMARAN MIEZA JHAA K..

    Dalam pencarian bloglist memang banyak kreativiti para blogger untuk mendapatkan bloglist paling digemari. Berbanding dengan saya, saya main ambil ja tanpa syarat, kalau dapat nak semua dijadikan bloglist, ialah kalau ada yang gelar tamaknya saya tak apalah, saya nak ramai kawan blog kerana ramai blogger yang baik di luar sana, apakan daya tangan tak sampai. 

Malam ini saya dikejutkan oleh Mieza Jhan K ( sila Klik )kerana blog Pesona berjaya menjadi salah satu bloglist dalam BLOG KEGEMARAN MIEZA, yang paling gembira ialah blog PESONA  sebaris pula dengan otai-otai blog yang benar2 terkenal di Malaysia seperti Blogger Ben Ashaari, FizGraphic, hanif Idrus, Remmy Hazza,blog Mak Dara, Boni Kacak, Hasrulhassan, fatin Liyana, Blog Mieza Jhaa K,kroleZONE, Miz Rizhani, Relaxs Minda, aini Zakaria, Lynn Munir, Zinnia ZA,Seneorita Baharin, Fuh.My,koshikuyanie Empty Diary,Pensel Buruk, Blog 5B dan Bila Jemariku Menari. Kejayaan ini bukanlah besar sangat tetapi, rasa bahagia kerana dalam blog kegemaran Mieza Jhaa K blog Pesona bagaikan sebuah team bersama blogger-blogger terkenal itu. Bayangkan kononnya ada pertemuan semua blogger dalam bloglist milik Mieza Jhaa, pastilah kan saya terjumpa ramai otai blog tu.

Untuk Mieza Jhaa K..terima kasih saya ucapkan dengan ikhlas hati, walaupun saya tak berjaya 100% menjawab teka teki di blog Mieza tetapi Mieza tetap berikan peluang, saya harus menghargainya..kerana blog Pesona disenaraikan hasil dari penapisan berdasarkan teka teki yang diberi. Jika saya tidak mengikuti segmen teka teki itu pasti tak akan tersenarai.Sesiapa yang hendak lihat teka teki sila klik ini Mieza Jhaa K

Mieza Jhaa K.. @_@

 terima kasih Mieza Jhaa K
Akan cuba terjah selalu..
Akan membaca entry baru anda
Akan saling menyokong dan 
Semoga kita sesama blogger Muslim Muslimah
Diberi rahmat oleh Allah.
Insha Allah.

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 27 Mac 2013

Hanya Sekitar 15 Minit...Berbaloi

Tajuk, ketebalan, abstrak buku, sinopsis, 
ilustrasi, kekuatan buku, pengertian, daya
tarikan buku, kelemahan buku, gaya bahasa
intipati kandungan buku, biodata penulis buku.
kesesuaian buku kepada pelajar, adakah buku
ada unsur motivasi, nombor pengelasan buku,
dan sebagainya mengenai buku yang 
di pinjam oleh Azmatul telah dihuraikan 
oleh Azmatul dengan berjaya dan sangat menarik.
Azmatul tanpa kekok..tetapi lancar dan
tersusun kata-kata tanpa merujuk teks
menyampaikan slot BICARA BUKU.
Cukup mantap dan berjaya walaupun
singkat masa untuk membaca buku
tersebut yang bertajuk 
"Kau Salah Aku Betul.

Klik gambar untuk besar...

 Bagi saya dia cukup hebat, kerana hanya sekitar 
10 minit hingga 15 minit membacakan sebuah buku 
ilimiah yang dia pinjam seketika di Pusat Sumber
SMK Agama Mohammad Ali Ranau, dia telah 
mempersembahkan kepada semua peserta
KARNIVAL NILAM mengenai buku tersebut secara 
terperinci. Berasal dari Sempurna dan duduk 
di tingkatan lima adik ini iaitu Azmatul telah
membuat slot khas "BICARA BUKU " atau 
"RESENSI BUKU" pada 21hb Mac 2013 sebelum
slot Motivasi Ceramah Motivasi Alaf 21
dimulakan.
Tahniah Azmatul dari Sempurna
dan Azmatul Johan NILAM kategori 
Bahasa Melayu luar bandar..
Sangat BERBALOI....

 Pegawai BTPN Sabah Rasmina Emin  juga pada
saya cukup bijak dalam mengawal keadaan pada 
setiap sesinya menyampaikan info-info sepanjang 
KARNIVAL NILAM 2013 berlangsung. Kadang-kadang
Rasmina Emin memberikan kejutan. Apapun memang
mudah mengawal para pelajar yang terpilih dari
tiap zon di seluruh Sabah. Kerana mereka menyertai
Karnival NILAM secara bertapis dibahagian masing
masing. Bukan main hantar wakil ja bertanding.


sempat membaca sebelum bilik gerakan SMKA ranau dibuka.

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 24 Mac 2013

Panorama Di Sabah Teh & Sungai Tagal Luanti Ranau

Antara lain pengisian Program Karnival NILAM
2013 peringkat Negeri Sabah ialah
Lawatan Ilmu di SABAH Teh 

sedikit infor tentang Teh Sabah
 Terletak di kawasan tropikal Malaysia yang menghijau di sekitar warisan dunia, Gunung Kinabalu, ladang teh tersebut terletak di kawasan seluas 6, 200 ekar pada aras ketinggian 2,272 di atas paras laut. Ladang ini dikelilingi oleh hutan hujan tertua yang berusia selama 130 juta tahun.
Turut menjadi kebanggaan kepada negara ini, Teh Sabah juga merupakan perladangan komersil terbesar di Borneo. Setiap langkah bakal membawa kepada penghasilan teh yang berkualiti dari proses memetik teh, mengeringkan, fermentasi dan keseluruhannya akan anda saksikan di dalam Tea Tracker.
“Teh Sabah amat berbesar hati menjadi sebahagian rancangan travelog sebegini yang penuh inovatif. Ia merupakan rancangan yang juga menghiburkan dan penuh dengan keindahan pemandangan, warna dan bunyi yang berjaya dihidupkan oleh pengacaranya dan mereka yang terlibat di dalam penghasilan teh. Saya perlu katakan bahawa Tea Tracker banyak menyumbang sebagai jambatan penghubung budaya di antara masyarakat seluruh dunia jika atau apabila rancangan di bawa di peringkat antarabangsa,” kata Encik Goh Mung Chwee, Pengarah Eksekutif Teh Sabah Sdn Bhd.

 klik agar lebih besar...

.

Gambar-gambar ini pula ketika lawatan di Sungai
Tagal Luanti Ranau. Memang best bermain dengan 
ikan yang sangat jinak..
Besar-besar pula tu..
macam nak tangkap ja bawa pulang ke rumah..
Sebab jinak sangat sambil urut kaki ..
Tengok jal lah kat kaki kawan tu.


 Sempat juga membelai ikan...licin dan lembut
subahanallah..satu keajiaban bahasa alam
ciptaanNya.

Pakej untuk melawat ke sungai tagal Luanti Ranau.
RM 2.00 tiket dikenakan..
Untuk sekali masuk hanya dibenarkan 51 orang.
Sementara 1 jam berada di sungai tersebut..
Siren akan dibunyikan apabila masa sudah  tamat..
Siapa nak melawat ke sini memang best..
sangat2 menarik...
Ikan tu tak boleh diangkat
Ikan harus disentuh dengan lembut..
beri makanan..
ingat tu...

@hakcipta etuza






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini