Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 12 April 2013

Sesungguhnya Jejak Maklumat Selagi Hidup Tidak Akan Berakhir

  Mohon maaf kepada semua, kiranya telah memakan masa lama baru update dengan entry baru blog Pesona. Almaklumlah selagi nadi berdenyut dan selagi ada nywa dikandung badan ada saja kesibukan diantara kita.
Terbaru saya telah menganjurkan program Jejak Maklumat di sekolah saya bertugas. Sibuk jugalah dengan pelbagai persediaan, bila program di rancang itu perlu dipercepatkan maka berlakulah beberapa insiden seperti kekurangan masa, penyediaan yang tak sempurna sehingga Jejak Maklumat itu saya tunda hingga berlangsung 2 hari di sekolah. Program di adakan pada 10hb April dari jam 8.00 hingga jam 10.20 pagi ( peringkat pertama ) dengan pengisian sukaneka dan mencantum gambar. Manakala pada hari kedua iaitu 11hb April diadakan jejak maklumat merangkumi acara mencari maklumat dari akhbar yang disediakan dan menjawab soalan menggunakan komputer di Makmal Komputer. Walaubagaimanapun program ini telah berjaya mencapai objektif dari segi peglibatan aktif murid dan guru-guru khasnya guru pelatih. Syabas dan tahniah kepada mereke semua.
Apapun seperti tajuk entry ini, untuk mencari maklumat sebenarnya tidak pernah akan berakhir selagi kita masih bernyawa den selagi nadi masih berdenyut. Kepada warga pelajar teruskan usaha mencari maklumat agar menjadi genarasi muda yang kaya dengan pelbagai sumber maklumat.

Gambar ketika berlangsung sukaneka 

 Pelancaran oleh Guru Besar
 Acara tiup belon dan pecahkan belon
 Best tengok mereka pecahkan belon..agak mencabar..

 Ini bawa bola pingpong atas sudu..
 Guru pelatih dan peserta PPIM..

 Cg. Hafiz & Cg Chia memberikan semangat
kepada peserta.
Acara buang belon berisi air .
Semakin jauh semakin membawa markah tinggi.

Diucapkan tahniah kepada
semua yang terlibat.
Khasnya AJK yang telah 
dilantik.

@hkcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

13 Pesona Kata Hati Mereka: