Mohon maaf kepada semua, kiranya telah memakan masa lama baru update dengan entry baru blog Pesona. Almaklumlah selagi nadi berdenyut dan selagi ada nywa dikandung badan ada saja kesibukan diantara kita.
Terbaru saya telah menganjurkan program Jejak Maklumat di sekolah saya bertugas. Sibuk jugalah dengan pelbagai persediaan, bila program di rancang itu perlu dipercepatkan maka berlakulah beberapa insiden seperti kekurangan masa, penyediaan yang tak sempurna sehingga Jejak Maklumat itu saya tunda hingga berlangsung 2 hari di sekolah. Program di adakan pada 10hb April dari jam 8.00 hingga jam 10.20 pagi ( peringkat pertama ) dengan pengisian sukaneka dan mencantum gambar. Manakala pada hari kedua iaitu 11hb April diadakan jejak maklumat merangkumi acara mencari maklumat dari akhbar yang disediakan dan menjawab soalan menggunakan komputer di Makmal Komputer. Walaubagaimanapun program ini telah berjaya mencapai objektif dari segi peglibatan aktif murid dan guru-guru khasnya guru pelatih. Syabas dan tahniah kepada mereke semua.
Apapun seperti tajuk entry ini, untuk mencari maklumat sebenarnya tidak pernah akan berakhir selagi kita masih bernyawa den selagi nadi masih berdenyut. Kepada warga pelajar teruskan usaha mencari maklumat agar menjadi genarasi muda yang kaya dengan pelbagai sumber maklumat.
Gambar ketika berlangsung sukaneka
Pelancaran oleh Guru Besar
Acara tiup belon dan pecahkan belon
Best tengok mereka pecahkan belon..agak mencabar..
Ini bawa bola pingpong atas sudu..
Guru pelatih dan peserta PPIM..
Cg. Hafiz & Cg Chia memberikan semangat
kepada peserta.
Acara buang belon berisi air .
Semakin jauh semakin membawa markah tinggi.
Diucapkan tahniah kepada
semua yang terlibat.
Khasnya AJK yang telah
dilantik.
@hkcipta etuza
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini
13 Pesona Kata Hati Mereka:
klu sukaneka, solehah suka permainan isi air dalam botol dan lari dalam guni. kalau solehah masuk, msti menang. skrg dh besar, xbrapa sgt dh main game cmni.hehe :)
meriah nmpknya sukaneka... best jadi cikgu, mcm2 bole cerita kat blog.. ni kira maklumat jugak la ni..yg kami perolehi harini....;)
wah..pasti meriah tu..hehehe
Happy tgk murid2 dpt bersukaneka kan, sambil2 mengeratkan hubungan cikgu n murid :)..
dalam banyak2 acara, nur paling takut tiup n pecahkan belon..hihi
seronok tengok budak2 dalam acara sebegini...ada yg teruja dan ada juga yg bersedih kalu tak dapat hadiah..budak2 lah katakan...
salam bro...
memang kekadang masa cukup terhad buat kita semua......
btw... majlis tu cukup meriah...seronok kalau tgk kanak2 nie....
Meriahnya sukaneka...
Wau..meriahnya..saya suka sukaneka..tp byk masuk pertandingan larian..
Salam...Memang seronok mengendalikan sukaneka, melihat reaksi dan gelagat kanak2 memang menghiburkan.
bestnya bersukaneka !!
minggu ni, skolah saye minggu bahasa cekgu. ko akademik. :)
wah meriahnya...rindu suasana mcm ni..anak2 pula belum lagi ada sukaneka
Catat Ulasan