Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Kebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebun. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Jun 2013

3 Item Mengujakan Selepas Diserbu

Assalamualikum semua..
Semoga hari sabtu semuanya sihat...

Pisang rebus ni aduhai masak ranum ..kalau
masa Ramadhan pastilah mencari buah pisang..
Belum ramadhan dah masak lah pula...
kena lah masak pengat pisang 
atau kek pisang atau kuih 
pisang goreng..
entah lah mana satu..


Dah kata ada tanam kacang buncis..
bila berbuah banyak lah pula..
siapa lah nak makan banyak ni..
Allah tu sangat pemurah rupanya..
di tanam 1, 2,3,4 benih..
buah sebesen besar diberinya..
makan seminggu tak habis ni..
peti ais dah penuh...
mana lah nak muatkan..
ok lah bagi kat kawan di kampung ulu..
Insha Allah..


Teruja sangat ni..
hasil tanaman sudah menjadi...
buah tomato original yang tiada 
semburan racun..baja pun trak ada lah..
cuma besih kan saja pokok-pokok
tomato..
tengoklah buah macam guli ja besarnya..
Wow! sangat berkhasiat..
nampak terus..tomato masak lemak
sambal belacan...

Weh!!! terujalah hari ini..
hari sabtu yang sangat..
menyenangkan..
Syukran ya Allah.
inilah rezeki dari MU.

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Minit Saja Cukuplah

Assalamualikum semua...
Jemput sarapan bersama etuza..
Sebab nak kuat ikut saya
3 minit saja melihat
kebun kecil di kampung..
Cuci mata..dari selalu..
melihat bangunan mencakar langit
di kota..
3 mint saja...tak lama..
Mari semua...!!

sarapan di kampung ni ja yang ada..
kuih cucur nasi pulut dan udang ja..
sedap ...

Ha di sinilah saya nak bawa semua
selama 3 minit ja...inilah kebun kecil
di kampung...adalah tanam..macam2
kacang buncis ada, tomato ada, lada putih ada
kacang tanah ada..
boleh lah berjimat dari beli sayur..
sayur pun sekarang ni adui!!
RM 2.00 seikat kat pasar malam 
di Keningau..

Ini rupa paras kacang tanah yang baru keluar
dari perut bumi..
harap2lah menjadi..
boleh makan kacang tanah direbus 

Pokok-pokok nanas ( nenas ) ni..
kebanyakan pokok berbuah..
happy nampak..
tapi belum boleh dipancung 
mahkotanya..masih kecil..
biasalah kalau muda mana boleh..
dipancung..tunggulah umur matang kan..


EEEhh lain macam ja bunga kantan ni..
bercorak pula tepian bujur tu...
cantik ...mesti terpesona melihat..
Memang inilah rupa kantan bila dah matang
terkopak dan bujur kelihatan ..
Unik..


 Akhir sekali inilah bunga kantan ketika muda..
tajam tirus tau!. siapa nak sentuh luka hujung jari..
tajam tu. Bila mulai kembang..mulalah
kelopak2 bunga kantan tu dongak ke bawah
akan terlihatlah bujur pada tengah
bunga kantan tersebut..

Ok siap tepat siap dah 3 minit
bersama saya..
Terima kasih.
@hakcipta etuza 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 12 Jun 2013

Mesti Dihukum Pancung..

Assalamualikum..
Inilah nanas ketika masih memakai mahkotanya..
kepada adik2 yang belum tahu tu...ha cepat2lah
tengok nanas di kebun etuza..

 Spesis nanas yang ditanam ini
sebenarnya dari Kampung Babagon Sabah..
saya beli anak benihnya..lama dah sejak 2007..
agaknya tahun itulah..
Memang banyak buahnya sebelum ini..
selalulah makan acar nanas..
nanas masak kari..
sambal nanas dan macam2
rasa nanas..
sedap...

 Sebahagian dari spesis benih nanas  juga
ada yang dari kawan, kawan yang bagi serta ada
juga yang saya ambil benihnya di kebun ayah..
Bila semua dah berbuah etuza dah..
tak berapa kenal mana satu..
buah nanas benih dari Kampung Babagon Sabah ni..
Cuma kalau dilihat ada buah nanas yang besar..
besar dari kepala etuza. Maka saya andaikan ..
itulah buah nanas dari kampung Babagon Sabah.


Untuk info lanjut Daerah Babagon Sabah
sebenarnya satu kawasan pengeluar nanas 
di Sabah. Tidak hairan jika buah nanas di Babagon
bersaiz besar..bujur dan kelihatan sangat cantik..
bila dah masak ..
Sayang..masa etuza bersihkan..
kebun nanas etuza..belum ada..
yang masak kekuningan ..
Insha Allah akan saya..
kongsikan jika ada nanas yang masak ..
Apapun info saya ialah..
Inilah keadaan dan bentuk nanas 
ketika bermahkota..
Bila dah besar mahkota tu kena pancung..
kerana orang tua kata..
kalau tak pancung mahkotanya ..
buah nanas tu menjadi buah yang kecil..
Maka kalau nak buah nanas yang besar..
puas hati pancunglah mahkotanya..

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 8 Jun 2013

Pesona Bunga Kantan

Banyak aktiviti sempena cuti 2 minggu..
Selain bersama anak-anak sekeluarga..
Boleh lah meninjau tanaman di kebun..
Kebun pun depan rumah...
Mudahlah untuk membersihkan..
Kawasan tanaman yang semak..

Tanpa terduga bila dibersihkan..
Ternampak sebujur bunga warna pink..
Yang sangat menarik kelihatannya..
Memang familiar dengan objek ini..
Cuma seingat saya baru kali ke dua..
Saya sebagai pemilik pokok ini..
Nampak buahnya...
Rupanya bunga kantan...
Ada 2 bunga...1 dah merekah..dan 
1 lagi bunga kantan masih berbunguks..
Terasa nak ambil gambar ..
Malas pula hayun kaki balik rumah..
Maka melihat dan biarkan saja
Sibunga kantan itu..

Isteri kata, kenapa lah kantan ..
Yang awak tanam tu..jarang berbuah...
Pokok2 besar2 tinggi-tinggi pula tu..
Tapi tak ada pula buahnya..
Sebijipun tak ada...

Tujuan nak bersihkan kawasan pokok2 kantan
Berselisih pula dengan pokok-pokok lengkuas..
Nampak sedap mata memandang kala bersih..
Bila sidia nampak bunga kantan ...
Tangan mula dah gatal nak petik..
Biarlah ..dia kata naka masak..
Kantan ni campur kat sup 
Ikan patin masak tomato..
Sedap tu ...
Terliur dah dengar nama masakan ini..

Untuk tidak hampakan para tetamu 
Blog Pesona ..yang tak ada pun Pesonnya..
Maka saksikan keunikan dan Pesona 
Bunga kantan..
Sekilas juga resipi sidia..
Ikan patin masak tomato berkantan..
Mohon maaf lah ya..
Hanya gambar itu
Rasanya memukau minda..
Seketika..dan inilah..
Kehebatan bahasa alam semulajadi..
Yakni tumbuhan ciptaan yang Esa.

 memang nampak unik..subahanallah..

 ikan patin masak tomato berkantan..
boleh lah ...memang ada aroma 
bunga kantan..
Ni lah antara 
Masyarakat Malaysia 
Gemar makan ..
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 14 Februari 2013

Bicara Alam Fantasy Menyegarkan Jiwa

Klik blog dihamparkan sejadah kata 
direnung oleh mata bundar
dibaca dengan caramu lalu..
senyum dibibir mengukir..
sehabis mindamu menerima
sejadah kata itu...dan..
hanya kau dan aku 
 yang merasakan
apa yang aku rasa ..
maksud sejadah kata
bahawa apa
dikongsikan itu
adalah ilmu
selagi
ada
nywa..

Tetapi di sore kali ini..
Pesona hamparkan 
Padamu teman..
Senyuman tiap 
kelopak dan...
jambangan bunga
di lamanku, bagaikan
Menyatakan..
Sesuatu iaitu
Bicara Alam
Fantasy Menyegarkan
Jiwa ..
Nikmatilah
kalau ada rasa 
kedamaian melihatnya

rakaman gambar pada jam 8.00 pagi hari ini

@hakcipta etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 5 Disember 2012

Wordless Wednesday ~ Rest

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


@hakcipta 
etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 3 Disember 2012

Sepasang pula di bawah..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ini baru nak membesar tau!
Ini cempadak depan rumah etuza tau!
Musim ini, berbuah aduhai amatlah lebat..
tengok sudah etuza pasang tongkat sebatang,
Ini belum pasang sarung tiap sebiji. Tak payah
panjat, capai dengan tangan, tapi hati2 kalau kasar
gedebuk jatuh ke tanah buah cempadak etuza.
Tak sabar nak tunggu masak.
I,m sorry .....


Usah keliru, ini buah cempadak di kebun etuza pula..
Tak jauh..100 meter ja dari rumah etuza.
Aduhai...sampai di batang buahnya..
Tengoklah..sepasang pula tu.
Yang satu agak besar, yang satu pula
agak kecil. Lah sepasanglah tu tau!
Harap2 menjadi, boleh petik esok hari.
Biasa tak ada buah sampai di bawah..
Marilah dongak ke atas..berderet-deret..
Semoga tak disengat serangga perosak..
Buah2 itu berada di atas..tak larat nak
peluk batang naik ke atas untuk pasang sarung 
tiap buah cempedak tu.Depan rumah tu rendang sangat..
bolehlah pasang sarung gunakan plastik..
Kata orang bungkus buah tu, agar masak dengan cantik
dan tak dirosakkan oleh serangga.
Lepas pasang sarung..tunjukkan pula
nanti kepada semua.
Terbayang pula macam tanglung 
gantung2....pasti meriah...
I'm sorry!


Berita~ New Sabah Times.

 Malaysia sokong hasrat Palestin jadi anggota PBB

Hussein menggesa agar Israel segera memansuhkan sekatan haram di Semenanjung Gaza dan membenarkan bekalan, bahan dan bantuan sampai kepada penduduk.

Jauhilah AIDS ( Amalkan Gaya Hidup Sihat )

SANDAKAN: Wabak akibat jangkitan HIV di negara ini sebahagian besarnya dipengaruhi pengguna dadah suntikan, kata Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

Di Malaysia, katanya, kes pertama dikesan 25 tahun yang lepas iaitu pada 1986 dan sehingga Disember tahun 2011 terdapat seramai 94,000 kes yang telah dilaporkan dan sejumlah 17,686 pesakit AIDS manakala 14,986 kematian telah dilaporkan.
“HIV dan AIDS adalah penyakit yang digeruni orang kerana stigma dan diskriminasi yang menyusuli jangkitan. Ramai pesakit AIDStakut tampil untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana takut dicaci orang.

@hakcipta terpelihara 
etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 2 Disember 2012

Musim Tarap Di Sabah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada Lana inilah buah tarap.

gambar 1. Baru ambil gambar petang hari ini ( khas tuk Lana )
gambar 2 . Buah tarap masak, buah tarap etuza tahun lalu..masak ambil gambar ~ Copy nak bagi Lana tengok.
gambar 3. Huhuu..kerja anak2 dipetiknya buah manggis yang beberapa ja dari pokok manggis. hari ini, pandai pula tu hulur ..arahkan etuza ambil gambar manggis. tapi gembira nampak anak2 makan manggis first time berbuah dekat rumah. Depan mini kolam etuza tu .

 Musim durian, banyaklah durian di pasaran, orang kampung dan di mana-mana sibuk membeli durian. Sekarang sudah bagus durian boleh dijadikan sumber pendapatan dengan jual buah durian atau juga jual kuih crepe durian, boleh buat warna warni.  Di facebook juga ada gambar2 durian, ramai orang happy memakan biji durian, maklumlah sedap dan lemak. Ha tu cerita durian.

Di Sabah ada musim tarap, pokok tarap kalau berbuah wow! amatlah banyak di pokok. Buah ni berduri juga tapi tidak tajam, malah lembut bila buah dah masak. Cara buka kulitpun mudah dan tak menyakitkan macam durian yang berduri, buka durian kena cara kalau tidak silap2 luka jari.

Buah tarap boleh dibuat sayur ketika muda tampa membuang biji tarap, tetapi dimasak sekali dan biji muda tarap itu juga sangat sedap dimakan selepas sayur tersebut masak. Pastilah buah tarap muda juga boleh dijual malah kadangkala lebih laku dari buah tarap yang sudah masak ranum. Buah tarap kalau dah sangat ranum hingga meleleh cairan buah tarap, elok usah makan lagi. Buah tarap yang masak agak sederhana aduhai....sedapnya bukan kepalang.

Biji buah tarap sangat banyak, paling besar biji tarap yang etuza pernah makan ialah sebesar biji telur ayam gred B. Paling kecil macam biji guli. Yang biji tarap yang kecil tu hehehe...tak sedap lah. Biji buah tarap anda boleh nampak seperti di atas ( gambar ) klik lah dan jemput makan. (i'm Sorry).

Owh cara masak sayur tarap muda, ada macam2 dilakukan oleh orang2 Sabahan, antaranya ialah :-
  1. Masak tarap muda dengan ikan masin bersantan
  2. Masak tarap muda sup dengan  ayam atau daging lembu
  3. Masak tarap muda dengan ikan bilis.
  4. Masak sup tarap muda dengan kaki ayam
  5. Meehon sup tarap muda 
  6. Rebus tarap muda dengan jantung pisang. (ini yang pernah etuza lihat dan makan ) ada tak terliur buah tarap dari Sabah.
Etuza harap Lana the begin, blog dah puas hati dengan penerangan etuza mengenai tarap ini. Lana ada bertanya kepada etuza sebanyak 2 kali apakah sebenarnya tarap tersebut sebaik  Lana melihat resepi sup tarap muda  istemewa etuza untuk anak2 .

Manggis sebiji tu adalah buah manggis pertama di laman etuza. anak-anak sembunyi2 ( tapuk-tapuk ) memetiknya. Dah lah beberapa buah ja, ingat nak bagi kejutan..hahaha etuza pula dikejutkan mereka dah kidnap, kemudian mereka berkata " Ayah ada buah manggis masak, manis, sedap lah. Ayah ..nah ambil lah gambar manggis ni"..ha ni lah.Etuza pula kena arah take photo. ( ragam anak2 ~ layan ja lah)

@hak terpelihara 
byetuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 13 November 2012

Jangan pandang pada luaran saja

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Amalkan memakan buah-buahan 


Hari ini 13hb Nov 2012, rasanya sempat ke nak update blog Pesona Etuza ni agar tak bersawang masa cuti- cuti ni. Dan rasanya banyak idea membuak jika dah cuti panjang hujung tahun ini. Tapi rasanya bayak juga idea tu tak sempat luahkan di laman Pesona Etuza ni, meskipun masa cuti yang dikatakan  cuti panjang bagi warga guru. ( harap2 tak ada yang jealous ~ guru ~ murid cuti ) Sebab rasanya masa cuti nilah banyak perancangan khususnya bersama family dan sanak saudara.

Nilah sejak dua hari lalu, adik dan ipar nak balik kampung halaman, lepas tu etuza sudah dimaklumkan bahawa mereka ada niiat nak buat kenduri & doa selamat. Terfikir pula etuza nak join buat kenduri tu, share lah beli keperluan seperti lauk atau juadah kenduri. Sebab itu macam terburu2 saja nak ke kampung halaman, tempat etuza dibesarkan. Tempat siapa lagi kalau bukan rumah mak etuza lah. Rupanya hari khamis mula tahun baru Islam awal Muharam, masa tu kira sangat bagus nak buat kenduri, tapi apakan daya hari ini adik nak tunaikan niat juga nak buat kenduri kat rumah mak. Ikkk! sempat kah entry ni di uploading..hehehe...

Kandungan entry ~ berkaitan title 
  1. Nampak tak mangga kulit kuning masak ranum tu..iss! nampakkan..
  2. Ala klik lah agar besar nampak, apa yg jelas kulit tu agak burukkan, ada bintik2 hitam macam parut bekas kena simbah air panas kan..
  3. Inilah buah pertama pokok mangga etuza depan rumah, baru kali ini berbuah, alamak berbuah pun cuma 2 biji ja. Tak caya ke..betul pokok mangga jenis buah ni baru berbuah  tahun ini. Inilah bauh dia salah satu ..yang satu masih kat pokok mangga, lum masak lah...nak tunggu hingga kuning baru nak petik.
  4. Etuza ingatkan buruk kat dalam mangga ni, sebab ada buah mangga lagi CANTIK kulit mangga tu bila masak, etuza beli lagi kat pasar di Keningau.
  5. Hehe  bila buka kulit alamak buruknya, lepas tu mama yang sabar tu tolong lah nak pilih hiris2kan yang isinya elok. Ha...tu ceritanya..
  6. Tapi...skroll ke bawah ya...Please 
T

E

N

G

O

K

*

W

O

W

*

CANTIK KAN..NI LAH ISI BUAH MANGGA KAT ATAS TU.
Maaf lah ya terliur ke...
Baru ngap tadi tiap seorang anak satu hiris.
Alamak tak cukup lah...
Lepas tu mama potong macam dadu baru 
ramai2 makan...manis...
Sorry
*
*

7. Kalau macam inilah kita yakni manusia usah memandang seseorang pada paras rupa yang cantik sahaja, tanpa menilai hati budinya dahulu. Kadang cantik manusia itu berada dalam hatinya, janganlah di buang terus yang buruk di luar sedangkan kita belum melihat dalamnya . Bak buah mangga etuza tu..
cantik isinya walaupun kulitnya tak berapa cantik.



Selamat menyambut Depavali ~ bagi rakyat Malaysia
yg merayakannya hari ini.
Salam ukuhuwa & Salam sayang kepada semua pengunjung 
blog pesona etuza warna-warna kehidupan.
Jumpa lagi.
Berserderhanalah
Usah lah menyombong diri.
Muhasabah etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 25 Julai 2012

Istimewa Ramadhan 5, Keluarga baru & mini kolam etuza dah siap...tapi....)

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Istimewa Ramadhan yg ke 5.

5. Bulan yang mana berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah s.a.w menawan kota Mekah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan kota Mekah menjadi suci sebagaimana yang Allah s.w.t kehendaki.

     Etuza masih ingat ada kawan2 blogger yang nak tengok kolam kecil yang etuza usahakan minggu lalu bersama anak2 ( putera2 etuza ). Sekarang ni memang dah siap tapi.....) siap yang macam tak siap, inilah hasil kerja tangan etuza secara sederhana sahaja, etuza sebenarnya kumpul tinggalan bata2 yang masih tersisa selepas rumah etuza siap dibina. Kini dah tiba masa bata2 yang tesisa itu digunakan. Dan inilah wajah comot kolam etuza yang ke 2 ya. TaK berapa kemas, kerana ini original hasil kerja tangan etuza yang memang tidak ada asas simen menyimen ni. Kolam yang dulu atau yang pertama tu, kawan etuza yang buat namanya Nasrin. Kini dia tak ada di kampung maklumlah cari kerja tempat lain.

keadaan sebelum digincukan dengan bunga ati2.
air dah pancut dari paip tu.

Selepas digincukan dengan bunga ati2. cantik tak!!
You all pelawat blog Pesona etuza dah maklumkan etuza minat bunga yang pelbagai tu. Memang ada berbagai2 bunga di laman etuza. Antaranya himpunan pelbagai corak daun dan warna bunga ati-ati. Tengok tu sudah etuza gunakan pasu2 bunga ati2 tu menghias tepi kolam dengan meletakkan sekeping papan. Sebenarnya etuza buat hiasan bunga atas kolam kecil ni kerana nak elakkan agar kucing2 peliharaan etuza tak dapat menangkap ikan dalam kolam ini nanti. Air dalam kolam ni agak2 dalam satu setengah kaki dalamnya. Kucing boleh tangkap ikan koi etuza jika tiada penghalang. Kreatif tak....biasa saja tu.

Keluarga baru etuza di Tempat Kerja etuza.

Sesiapa yang pandai teka meneka tu, ha nilah keluarga baru etuza. Guru pelatih di sekolah etuza. 4 gentelman tu. Semua masih muda belia. Mereka pelatih dari Institusi Pendidikan Guru Malaysia kampus Keningau menjalani latihan mengajar selama 2 bulan di sekolah etuza. Mereka berempat ni nampak amat gemar membaca buku2 di Pusat Sumber dan suka menolong pula tu. Nama mereka ialah Bryan Midir dari Kota Belud, Sabah yang baju biru, Alvin Agustine   dari  Tamparuli, Sabah yang bertali leher putih, Ag Norsyam Ag Kadir dari Putatan, Kota Kinabalu, Sabah yang bertali leher maron serta Mohd Azrul Affandi    Mohd Johan dari Pulau Pinang yang bertali leher biru. Tahniah kepada bakal guru tahun 2013 ini. Semoga betah latihan mengajar di sekolah etuza. Oleh kerana mereka suka masuk dan membaca bahan bacaan di Pusat Sumber serta tempat adanya pejabat etuza sebagai GPM maka etuza anggap mereka keluarga baru etuza dalam dunia pendidikan.  2 daripada mereka mengajar Matematik dan 2 lagi pelatih yang lain mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru pembimbing mereka ialah Cikgu Piah AK L dan Cikgu Nasrul Hakim T. Semoga berjaya latihan mengajar selama 2 bulan. 

Pesona Ramadhan 5
Pesona Etuza12.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 10 Julai 2012

Izan ~ Benih bunga itu ialah Bunga Baiduri Ya! please sila tanam ya..

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


      Petang hari ini, sebaik balik dari Taman Banjaran Crocker sempat sebelum solat maghrib etuza online internet, ialah mestilah buka pintu blog Pesona Etuza kan. Nampak komen Izan Mama Mia, dia dah terima hadiah dari etuza. Tapi katanya apa nama benih bunga tu? tolong bagitau katanya. Aduh...saya rasa happy sangat sebab hadiah ikhlas dari etuza dia dah terima, cuma tertanya dalam hati, benarkah Izan Mama Mia tak kenal benih bunga tu. Mudah ja, benih bunga tu ada duri pada batangnya dan berdaun hijau panjang. Di tempat Izan Mama Mia, memang tak ada ke bunga ni?. Wah kalau macam ni etuza dah buat satu kejutan kepada semua kerana bayangkan benih bunga etuza dah naik kapal terbang dan sampai ke tanah seberang di tempat Izan Mama Mia pula tu. 

Wahai Izan Mama Mia benih bunga tu ialah BUNGA BAIDURI YA. Kerana bunga tu berduri maka dinamakan BUNGA BAIDURI. Apapun kepada Izan Mama Mia, please sila TANAM tau, supaya pada suatu masa bunga etuza tu akan membiak dan menjadi penyegar udara di tempat IMM  nanti. Kalau nak tanam, jika tinggal di perumahan kenalah cari tanah hitam ya yang subur, ataupun jika ada keikhlasan tu belilah baja ya baja subur. 



izan mama mia, cantik kan bunga ni..mekar bunga ni tahan lama tau!

Ok cara nak tanam jika di pasu ( pasu kecil pun tak apa lihat pasu etuza dalam gambar ya bukanpun besar sangat ya IMM)
1. Masukkan tanah tu dan tanamlah benih bunga baiduri tu ya.
2. Kena siram pagi petang untuk awal penanaman agar cepat tumbuh akar bunga tu .
3. Kalau dah mula menampakkan daun letak baja subur disekeliling batang bunga baiduri tu.
4. Kalau letak baja khas untuk tunaskan bunganya boleh juga letak sekali dengan baja subur. Tapi letak baja tu setengah sudu kecil ja ya.

5. Lihat pasti akan keluar bunga2nya seperti bunga2 baiduri dalam gambar2 ni yang baru etuza ambil petang tadi KHAS UNTUK TATAPAN MAMA MIA IZAN YA.


izan mama mia, inilah antara bentuk & jenis  bunga pada benih hadiah 
tu..nak try tak tanam...cuba ya..

Ok bye2 mama izan mia.
Versi bunga etuza/12.
Kepada IMM! Suka Tak!!hehe.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 7 Julai 2012

Sudah mulakan Pesona..asyiknya & indahnya ...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


UNTUK LEBIH BESAR SUDILAH KLIK YA
KITA SAMA2 MELIHAT PESONA BUNGA
ETUZA.TQ

Tidak tahu lah apa nama bunga ni! ada yang 
sudi bagi tahu ke? mama kata bunga bawang
sebap kalau terhidu bau bunga ni masa kembang
iyalah bau bawang ja ..
Ini bunga Jasmin, baru nak berbunga
lebatnya , dah kawasan kolam etuza
wangi harumnya...sedap tau wangi bunga ni
harap2 boleh jadi terapi minda bila hidu hehe..
but sure wangi..
Bunga baiduri, sungguh etuza paling suka
bunga ni..bunga2an nya tu pelbagai warna
dan tahan lama serta tahan dengan cuaca panas
yg penting siram jika tanah dalam pasu
kering..marilah tanam bunga baiduri..
Tidak tahu bunga ni..tapi bunganya unik sangat
macam baldu atau plastik, tapi bunga sebenarnya..
ha ini bunga itik, bunganya pun pelbagai
tak sah lah jika bunga ni tak ada di laman etuza
tak payah tanam pun..kejap2 muncul/ tumbuh
berduyun2.macam nak makan saja bunga ni
sangat mempersona.
Off !!! jangan petik ya, ini bunga ros mama/ wife 
etuza. dia paling gemar bunga ros..hehe setiap pagi 
etuza ambil satu kelopak bunga ni..makan, manalah
tahu awet muda macam yg etuza baca kat maya
tentang bunga ros ni.ajaibkan..tapi benar
etuza suka makan kelopak bunga ros..
kalau dapat amalkan 4o hari tau..
baru mujarab..eik..pastilah baca selawat b4
makan ..
Taka tahu juga nama bunga ni, walhal etuza
paling suka juga pelihara bunga ni, paling
cepat tumbuh dan banyak cabang. bungapun
kuning berseri seri tau..


Bunga2 di laman etuza dah berbunga
mula memepersembahkan pesona yang indah
Seronoknya melihat kuntuman bunga dan
wangian yang semerbak ...
Wangian yang original menerusi
bunga2an seperti bunga jasmin
dan bunga2an yang lain.

Hanya nak katakan bahawa etuza
amat terhibur menyaksikan pelbagai 
bunga2an etuza kini kembang menghiasi laman
pastinya akan bertambah seri pesonanya
dari hari kehari.
Terima kasih Ya Allah
Syukran Ya Allah
kerana kesempatan
melihat bunga ciptaanMu.

7hbJulai2012
versi laman etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini