Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 2 Disember 2012

Musim Tarap Di Sabah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada Lana inilah buah tarap.

gambar 1. Baru ambil gambar petang hari ini ( khas tuk Lana )
gambar 2 . Buah tarap masak, buah tarap etuza tahun lalu..masak ambil gambar ~ Copy nak bagi Lana tengok.
gambar 3. Huhuu..kerja anak2 dipetiknya buah manggis yang beberapa ja dari pokok manggis. hari ini, pandai pula tu hulur ..arahkan etuza ambil gambar manggis. tapi gembira nampak anak2 makan manggis first time berbuah dekat rumah. Depan mini kolam etuza tu .

 Musim durian, banyaklah durian di pasaran, orang kampung dan di mana-mana sibuk membeli durian. Sekarang sudah bagus durian boleh dijadikan sumber pendapatan dengan jual buah durian atau juga jual kuih crepe durian, boleh buat warna warni.  Di facebook juga ada gambar2 durian, ramai orang happy memakan biji durian, maklumlah sedap dan lemak. Ha tu cerita durian.

Di Sabah ada musim tarap, pokok tarap kalau berbuah wow! amatlah banyak di pokok. Buah ni berduri juga tapi tidak tajam, malah lembut bila buah dah masak. Cara buka kulitpun mudah dan tak menyakitkan macam durian yang berduri, buka durian kena cara kalau tidak silap2 luka jari.

Buah tarap boleh dibuat sayur ketika muda tampa membuang biji tarap, tetapi dimasak sekali dan biji muda tarap itu juga sangat sedap dimakan selepas sayur tersebut masak. Pastilah buah tarap muda juga boleh dijual malah kadangkala lebih laku dari buah tarap yang sudah masak ranum. Buah tarap kalau dah sangat ranum hingga meleleh cairan buah tarap, elok usah makan lagi. Buah tarap yang masak agak sederhana aduhai....sedapnya bukan kepalang.

Biji buah tarap sangat banyak, paling besar biji tarap yang etuza pernah makan ialah sebesar biji telur ayam gred B. Paling kecil macam biji guli. Yang biji tarap yang kecil tu hehehe...tak sedap lah. Biji buah tarap anda boleh nampak seperti di atas ( gambar ) klik lah dan jemput makan. (i'm Sorry).

Owh cara masak sayur tarap muda, ada macam2 dilakukan oleh orang2 Sabahan, antaranya ialah :-
  1. Masak tarap muda dengan ikan masin bersantan
  2. Masak tarap muda sup dengan  ayam atau daging lembu
  3. Masak tarap muda dengan ikan bilis.
  4. Masak sup tarap muda dengan kaki ayam
  5. Meehon sup tarap muda 
  6. Rebus tarap muda dengan jantung pisang. (ini yang pernah etuza lihat dan makan ) ada tak terliur buah tarap dari Sabah.
Etuza harap Lana the begin, blog dah puas hati dengan penerangan etuza mengenai tarap ini. Lana ada bertanya kepada etuza sebanyak 2 kali apakah sebenarnya tarap tersebut sebaik  Lana melihat resepi sup tarap muda  istemewa etuza untuk anak2 .

Manggis sebiji tu adalah buah manggis pertama di laman etuza. anak-anak sembunyi2 ( tapuk-tapuk ) memetiknya. Dah lah beberapa buah ja, ingat nak bagi kejutan..hahaha etuza pula dikejutkan mereka dah kidnap, kemudian mereka berkata " Ayah ada buah manggis masak, manis, sedap lah. Ayah ..nah ambil lah gambar manggis ni"..ha ni lah.Etuza pula kena arah take photo. ( ragam anak2 ~ layan ja lah)

@hak terpelihara 
byetuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

29 Pesona Kata Hati Mereka:

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum.

Uncle..susah2 je buat entry,huhuuhu. Apapun, terima kasih banyak2 uncle :) dapat ilmu baru melalui entry uncle ni..

Sebenarnya, masa uncle sebut buah tarap dientry hari tu, tu lah 1st time saya dengar tentang buah tarap.. saya tak tahu tentangnya.. sekarang dah tahu :)

Sekali pandang, ulas/isi buahnya macam cempedak/nangka.. cuma putih ya isinya..ia tajam tapi tak setajam spti durian ea..ok2 :)

Banyak jugak org2 sabahan punya resepi guna buah tarap ni ya.. boleh buat sup lgi. Urmmm, kena cuba masakan Sabah mcmni ^_^

#Uncle, pokok manggis pun uncle ada tanam? Sangat kagum dgn uncle, huhuhu.. sebab susah nak jumpa org yg rajin bercucuk tanam skrg ni.

Chic Na berkata...

mcm buah cempedak je tp isinya putih.

lama tak makan manggis.

Unknown berkata...

tq Lana, pokok manggis ada uncle tanam..pohon manggis rimbun daunnya, buah manggis menyorok dekat2 ranting2 ditengah pohon.Tu gambar manggis uncle lah tu, tarap muda tu baru petang hari ini uncle ambil gambar..tunggu masak..rendah ja..boleh capai tangan. happy ada buah2an dekat rumah.

Kamsiah yusoff berkata...

buah tu hanya terdapat kat sana ja kan...
mcm buah cempedak pulak...tp isinya putih...

Si Matatajam berkata...

M pun first time kenal buah tarap ni Cikgu...

are_lin@yu berkata...

sedap tu manggis..lama tak makan..huhu

Tinta Lana berkata...

Uncle, buah tarap tu biasanya besar mana? Ia besar2 macam saiz buah durian ke?

#thanks uncle.. teringin nak buat header tuk uncle, hehehe

ANIM berkata...

sekali imbas macam cempedak..rasa manis gak ke?

Unknown berkata...

camne rasanya ni cikgu...deqla x penah rasa...

Unknown berkata...

Lana~ Pegang kepala, lebih kurang kepala kita lah, ada juga kecil.Bentuk bulat ya.Daun pokok tarap kasar tau, jangan cuba ambil letak ke muka kita, kasar dan tebal.
Header..nak jg ..tr klik Blog Jendela Maya header http://ibnumustaqim.blogspot.com/
tq

Deqla~ manis rasanya, tak cukup satu buah nak lagi satu, dari durian ni yag etuza nak makan dulu. Sejuk...badan, makan tak panas badan,....

Cikrosecute berkata...

first time dengar buah nie...hihihi

Nyue berkata...

uncle...nyue rs..kecik2 dlu nyue pernah mkn buah tarap ni..tp rsnya kat kelate panggil lain...tp xigt la panggil apa...huhuhu....

Unknown berkata...

balas kunjungan... done follow :)

Miss N™ berkata...

mcm cempedakkan..
adakah aroma buah tarap ini wangi sama seperti cempedak dan nangka..?

buah tarap ni boleh goreng mcm cempedak tak..?

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum, saya ada review blog awak. sila singgah ye :)

Mrs Velentine berkata...

saya pun suka ni buah tarap

Skull Writers berkata...

ni byk kat kebun ayah saya :D



-Nico Robin-

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum..
sheila ada review blog awak. jangan lupa singgah ye dalam jam 8 malam nanti :)

*sheila buat autopublish utk mlm ni

dieyna berkata...

ingatkan buah cempedak tadi.. hehe

JR berkata...

Inilah pertama kali dengar buah tarap ni..Nampak mcm buah cempedak, tapi boleh dibuat cucur tarap ke mcm cucur cempedak??

Unknown berkata...

Nak jawab pertanyaan kepada semua
1. Manis rasanya, memang kelat kalau masih muda
2. Bila masak harumnya lain dari cempedak, aroma cempedak pedas hidunya kalau masak ranum, tarap lembut aromanya kalau masak.
3. Boleh buat kuih, goreng dengan tepung, kuih cucur pun bloeh cuma rasanya buah tarap lah Dieyna.
4. malah boleh blander tuk hancurkan buah tarap tu, buang biji dulu..letak lah apa2 pasti sedap .
5. Di semenanjung pokok tarap tak ada ke?...
....terima kasih pertanyaan.

Ain Syahirah berkata...

Hai, Ain singgah sini :D

Jom join Giveaway ni. Semua hadiah nya AWESOME seperti Camera Lomo. Syarat-syarat pun simple. Tamat pada 20 DEC 2012 : http://nurain-syahirah.blogspot.com/2012/11/bloggership-giveaway-by-fatini-irdina.html

9n0L4 berkata...

1st time dgr dan tgk gmbr buah tarap ni. mcm cempedak nangka la jugak kan cekgu. :)

boni kacak berkata...

saya pun first time tau tentang buah tarap ni..

Malay-Kadazan girl berkata...

Lama sudah tidak makan buah tarap. Bestnya kalau boleh suruh cousin seludup bawa masuk Semenanjung.

Kancil 8349 berkata...

dah lama ndak makan buah tarap nie

dya nasir berkata...

first time dgr nama buah turap..hihi

Abang Karu berkata...

aaa....pertama kali nmpk buah ni. Belum pernah makan lagi...

Liyana Anuar berkata...

tak pernah dgr buah tarap..

bagusnya pokok cikgu dah mengeluarkan hasil~ :)