Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 2 September 2009

Rekacipta Bahan Terbuang ( Mini Kolam Etuza 2)




Asalamualikum.. dan salam sejahtera..apa khabar sekali lagi kita bertemu diudara. Alhamdulillah selepas saja sahur tadi etuza cuba melayari internet untuk memaparkan satu lagi perkongsian ilmu untuk kita bersama. Etuzawarna pohon kemaafan kepada semua jika kiranya tiap catatan etuza ada yang menyinggung atau fakta yang tidak tepat. Sebahagian dari catatan etuza saya copy dan paste dari petikan online internet dari blog kawan-kawan yang lain, selebihnya karya asli dari etuza.

Teman,..bukan bertujuan nak megah, nak bangga, nak ego, nak riak, nak sombong dan apa saja, tetapi adalah saya bertujuan untuk berkongsi pengalaman realiti etuza dalam melayari kehidupan ini. Hidup kita kalau boleh ada makna dan kemaknaan hidup itu sebolehnya kita kongsi bersama sebahagian daripada pengalaman itu dan selebihnya kita simpan sebagai milik kita, namun Allah yang maha kuasa mengetahui segenap apa kita punya pengalaman itu , semestinya kita dahulu berkongsi dengan Allah, setidak-tidaknya kita ada rasa kesyukuran padaNya.

Paparan kali ini ialah tentang rekacipta lagi dari etuza. Etuza suka sangat kongsikan bersama buat tatapan kita, kiranya ada kebaikan apa salah manafaatkan dan cuba buat,kerana ternyata amat menyeronokkan. Masa tidak banyak nak bina rekacipta ini, cukup bahan insyaallah anda boleh membuat lebih kreatif dari etuza.

Ya.. rekacipta saya itu ialah kolam dari bahan terbuang. Kolam etuza yang lalu kurang memuaskan, kerana hanya 1 saja tayar terbuang dipakai. Tetapi kali ini etuza guna 2 tayar terbuang. 1 tayar yang belum di ukir atau dibelah tayar yang ke 2 diukir menjadi kelopak bunga. Lihat gambar. Etuza merekacipta mini kolam ini juga berdekatan dengan kolam yang lalu. Air dalam kolam ke 2 ini dalam dan terdapat ukiran atau tempat letak bunga di tengahnya. Wah! nilah hasilnya, etuza membuat pada masa cuti sekolah pada hari sabtu bersamaan 29.8.2009. Kolam ini dah saya letak ikan tilapiah sebanyak 2 ekor sementara belum membeli ikan koi.

Kita lihat beberapa paparan gambar kolam kecil rekacipta oleh etuzawarna.


Nampaknya gambar kolam ini dah siap, namun anda boleh membayangkan cara membina kolam ini. 2 roda terbuang ini ditindihkan, kelopak bunga tayar itu kat atas ya.



Etuza letak tiang dari kayu keras ( bulian )dan letak tail kat atas sebagai tempat pasu bunga. Memang cantik dipandang jika dihias bunga. Mozek tu lebihan so, etuza cuba guna dengan cara etuza sendiri.



Pandangan atas mini kolam etuza 2 ini, nampak lebih kreatif dari kolam lalu. Pandangan sisi di mana etuza lekat tayar dengan simen dan letak batu-batu putih untuk menguatkan simen menyambung 2 tayar ini.



Nah! sekarang dah siap bunga dipasu menghias atas kolam..boleh meneduhkan kepanasan ke arah kolam di siang hari. Betulkan!..hehe!



Disekeliling kolam ini etuza letak bungaan rerumput. Kalau nak tahu bunga rerumput hijau ini bagaikan bldu bila di sentuh lembut sangat dan bukan macam rumput liar seperti dipadang bola sepak. Rumput di sana kasarkan.






Kolam 2 tayar terbuang yang telah siap dan hanya perlu di isi air.Lihat nanti kat bawah ya..




Inilah paparan gambar sepenuhnya. Anda cubalah jika berminat.







Inilah keadaan mini kolam etuza 2 setelah diisi air dan ikan.



Ikan tilapiah berenang-renang di dalam kolam..

Bahan-bahan keperluan untuk kolam kecil ini ialah:-
1.2 buah tayar terbuang ( 1 tayar dibentuk/ diukir seperti kelopak bunga jika suka)
2. Sebaldi batupasir
3. setengah baldi simen
4. Batu-batu putih ( ikut suka anda)
5. Simen gam ( putih )
6. 80 meter kayu keras
6. Satu keping mozek atau tail sederhan
7. Pasu bunga an bunga yang dah besar


Selamat mencuba. Jumpa lagi. Bye ! see u.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: