Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 1 September 2009

Welcome To Etuza Garden ( Kelihatan Salbiah & Haryati )








WELCOME..TO ETUZA FLOWER GARDEN

Mama, haryati & salbiah..

Asalamualikum.. semua pelawat blog Etuzawarna kehidupan ini.Firstly saya bersyukur sangat-sangat kerana sudah ada tanda kecil-kecilan blog etuzawarna ini dilawati oleh orang yang berada di negara-negara lain. untuk pencapaian itu saya nak panjatkan kesyukuran kepada Allah yang maha kuasa. Tak lupa kepada insan yang pernah memperkenalkan dunia blogger yang indah sekali ini kepada saya. Bagi saya dengan adanya blog serupa web ini..kita dapat memuat turunkan memori kita sama ada yang baru berlaku atau yang dah lama berlaku. Setidaknya kenangan silam yang amat manis itu kita dapat imbas semula serta menceriakan diri kita.

Selain itu ilmu yang benar-benar berguna juga dapat kita kongsikan bersama tanpa selindung lagi. Dengan adanya blog juga saya dapat menziarahi kawan-kawan yang jauh malah dapat merapatkan persaudaraan sesama manusia khusunya kepada yang seagama dengan etuzawarna. Yalah... banyak lagi kelebihan jika aanda berminat membina blog sendiri. marilah bersama membina blog di ruang internet yang amat menarik ini.

Wah, kali ini memenag semangat saya membara untuk menulis, mencatat, merakam dan mengkongsikan detik manis apabila penggemar bunga-bungaan meluangkan masa lebih kurang 40 minit melawat ke villa etuza. Bukan apa time posa manaada hidangan istemewa, tetapi etuza menyajikan mereka berdua dengan keindahan bunga-bunga di laman villa etuza.

Saya memeng suka sangat memberikan anak-anak atau benih bunga kepada kawan-kawan yang berminat menanam bungta seperti saya. Kepada kalian diluar sana tak payahlah saya nyatakan kelebihan dan faedah yang tersirat jika laman kita dipenuhi bunga yang segar dan bugar. Cukuplah saya nyatakan bahawa apabila berada di laman yang penuh bunga seolah terasa nafas segar dan ada semangat untuk meneruskan hidup, selain itu..jiwa menjadi teramat terhibur bila buinga-bunga itu mengeluarkan bunga yang pelbagai corak serte daun yang unik sekali. Memeng hebat kuasa Allah.

Berbalik kepada tema utama paparan ini, etuza sangat suka mempamirkan beberapa photo kenangan mama bersama kawan-kawan iaitu Salbiah Nadzim dan Haryati Suhaili, mereka merupakan rakan setugas yang memeng penggemar bunga-bungaan. Etuza lihat mereka sangat suka dan terhibur apabila melihat pelbagai jenis bunga-bungaan etuzawarna.

Mereka juga sempat bertanya bagaimana membina mini kolam yang cute sangat menggunakan bahan terbuang. Ala.. senang ja dapatkan 2 roda terpakai, sebaldi pasir halus, sedikit batu pasir dan setengah baldi kecil simen. Jika ada semua itu bolehlah bina mini kolam dekat laman. Seronok tau melihat ikan berenang di dalam air kolam.

Jum kita lihat bebarapa photo kenangan villa etuzawarna yang kita kongsi bersama.



Merakam kenangan di tepi kolam Za



Sempat pose dekat mini kolam tayar terbuang..




Wah cantiknya gambar mereka berdua di taman bunga etuza...perhatikan bunga tu menyeri halaman ..



o ya hampir lupa.. kepada umum di luar sana villa etuza ada studio di laman kami.
Studio yang istemewa ini merupakan ruang yang dilingkari oleh bunga kertas berbunga putih. Etuza nak bentuk LOVE dari reranting bunga kertas ini tetapi kurang menjadi..Nah tengoklah gambar mereka ini.. cantik dengan lingkaran bunga kertas putih. anda pasti boleh membuat keadaan yang lebih menarik dari etuza jika anda seorang yang sukakan tumbuhan semulajadi.



Sebelum mereka balik sempat etuza memberikan mereka buah tangan berupa anak benih bunga dan buah limau kasturi dan buah limau purut. Semoga bergembira melihat memori menarik etuza ini.

Sebelum engundur diri saya nak berpesan kepada Salbiah & Haryati, satu perkara iaitu tips etuza dalam bab penjagaan bunga. Kerana mereka ini amat menggemari bunga2an.

Kata wife saya mama kepada anak-anak kami bunga kena belai , disentuh dan dipuji.. kerana kononnya bunga ini ada perasaan..saya rasa ada benarnya..bagi etuza bunga itu sejenis sepesis tumbuhan yang benar-benar dicipta luar biasa kecantikan aslinya.Pendek kata tumbuhan ini juga ada nyawa, bila ada nyawa adalah perasaan mereka.

Untuk penjagaan bunga:-
1. kena siram pagi dan petang secukupnya terutama musim kemarau. Musim hujan jan pula siram nanti boleh merosakkan akar dan daun bunga tau!
2.Daun yang dah buruk & rosak elok sangat dipangkas guna gunting ya.Tak mahu tarik-tarik ja nanti bunga tu layu akibat akar tergoyang..
3. Bubuhlah baja, kalau bunga jenis daun baja khas daunlah diguna. Ada dijual di supermaket. Letak setengah genggam dalam baldi sederhana kecil bancuh baja hingga hancur lalu siram setiap 10 hari .
4. Untuk baja bunga guna baja khas pembungaan. Baja subur yang warna merah jambu tulah etuza guna.Namun ada juga saya guna baja asli yang tak dibeli.
5. Bunga-bunga yang sensitif dengan matahari sebaiknya letak di kawasan redup. Beli ja jaring hitam tukan selesai..yang penting pasang dengan kemas.

Itu ja tips untuk kawan-kawan sesama penggemar bunga.Moga dapat dimanafaatkan.

Salam..Jumpa lagi. Selamat berpuasa.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: