Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 19 Ogos 2014

Say No To Trans Fat -


Banner lawa SAY NO TRANS FAT..
Di sinilah letak satu langkah anda
menjadi bijak, bijak sungguh bijak..
bijak sekali..

Nak kata baru dalam Malaysia, tak juga ya, sudah lama bertapak kat Malaysia, tetapi ramai yang tak kenyit mata menyertainya. Subahanallh ini lah peluang kita jejaki langkah Nabi Mumahhamd SAW, yang ,mana nabi kita itu berhijrah ke satu tempat ke satu tempat memperdagangkan produk jualan Siti Khadijah. Sehingga suatu masa dengan kejujuran Nabi berniaga produk Siti Khadijah, Siti Khadijah menjadi lah Jutawan Wanita yang pertama pada abad itu. 

Nak tak ikut Sunnah nabi berniaga, kini zaman moden kita boleh membuat pilihanya. Tetapi pilihan yang paling tepat pada etuza ialah menyertainya. Yup!! dipendekkan cerita JOIN MEMBER ELKEN sangat bijak kedengarannya, ya bijaik sangat bijak kerana selain produk evereday di nobatkan sebagai produk NO TRANS FAT, Syarikat Elken Sdn. Bhd di Malaysia juga adalah di gelar syarikat gergasi masa kini. Betul etuza tak bohong ya..

Untuk ringkas keahlian hanya RM 75.00
Dapat pilihan produk free antara Lactos dan Epa ( minyak ikan)
Dapat risalah sale kita yang bermutu tinggi.

Say daftar sekarang dengan Etuza.
Email saya : ezakehidupan@yahoo.com
Atau inbok ruang komen pada blog pesona. Sila bertanya saya sedia menjawabnya bila ada time mengizinkan.

salam sayang 
Hakcipta@etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 17 Ogos 2014

Kesihatan Jangan Dipandang Remeh

Kenyataan ini sedap dibaca senang didengar. Seandainya 
benar Rakyat Jelata Malaysia harus bersyukur dan berbangga
kerana tahap kesihatan rakyat Malaysia
masih ditahap terpelihara.
"Denggi masalah utama kita, tiada Ebola setakat ini" Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Dengan harapan Negara kita Malaysia masih Selamat Dari Ebola.
Marilah kita
berdoa memohon dijauhi penyakit Ebola.
Kerana penyakit ini lebih teruk dari SARS.


Kenyataan ini disuarakan oleh Datuk Seri Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia.

Tetapi sewajarnya langkah menjaga kesihatan
setiap  masa harus dipertahankan dan jangan 
dipandang remeh. Usaha berterusan
dari semua pihak juga semua individu 
harus diambil demi membendung gejala
penyakit yang mengancam kesihatan
ramai orang.

Terima kasih kepada blogger 
Hasliynsa Umairah atas sebaran maklumat
yang mengundang kegembiraan kepada ramai
masyarakat di Malaysia amnya.
Klik blog ini untuk kepastian kita semua.


Hakcipta@etu



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 9 Ogos 2014

Berapa Berat Anda Mari Ketahui Melalui Carta Berat & Ketinggian Yang Ideal


Ini info dari laman ini. Mari klik tengok apa apa yang baik di laman ini.
kalau berkenan tempah sendiri ya...!

Mungkin Anda sering tertanya-tanya, adakah ketinggian tubuh badan anda ketika ini bersesuaian dengan berat badan anda? Apakah anda ketika ini berharap untuk memiliki tubuh badan yang tinggi serta ideal? Pastinya ada banyak kemudahan-kemudahan akan anda perolehi, baik dari segi pekerjaan, percintaan & masa depan yang lebih cerah dan bahagia.
Carta Berat Badan & Ketinggian Yang Ideal
Lelaki
Wanita
158 cm 51-64 kg
150 cm 44-55 kg
160 cm 52-66 kg
153 cm 45-57 kg
163 cm 54-69 kg
155 cm 47-59 kg
165 cm 55-70 kg
158 cm 48-61 kg
168 cm 57-71 kg
160 cm 49-63 kg
170 cm 59-73 kg
163 cm 50-64 kg
173 cm 61-75 kg
165 cm 52-66 kg
175 cm 63-77 kg
168 cm 53-67 kg
178 cm 64-79 kg
170 cm 55-70 kg
180 cm 66-81 kg
173 cm 57-73 kg
183 cm 68-84 kg
175 cm 59-75 kg
185 cm 70-86 kg
178 cm 61-77 kg
188 cm 72-88 kg
180 cm 63-79 kg
THE BODY MASS INDEX (BMI)
Index Berat Badan
(Merupakan kaedah untuk mengenalpasti  berat badan yang sihat)
BMI Formula BMI( kg/m2) = berat dalam kilogram / tinggi dalam meter2
Contoh : Berat badan 50 kg dengan tinggi badan 160 cm = 50 kg /(1.6 X 1.6) = 19.53 BMI
Nilai BMI
Status
<18.5
Underweight
18.5 - 24.9
Normal
25 - 29.9
Overweight
>30
Obesiti
Jika anda tidak memenuhi standard yang tertera diatas, janganlah bersusah hati, berfikirlah secara positif dan perkuatkan keinginan anda untuk menjadi lebih tinggi. Anda telah pun menemui kaedah  semulajadi, berkesan, selamat & murah bagi masalah ketinggian anda.
Kalau dilihat jadual ketinggian dan berat
kelihatannya etuza berada dalam lingkungan ini iaitu:-
158 cm 51-64 kg
ketinggian saya 156 nampaknya berat lingkungan
51-64 kg sesuai dengan saya. 
Baru- baru ni saya timbang berat 
bacaan 67 kg. Itu berat masuk ke tiga 
hari puasa. Agaknya sekarang dah turun
sebab perut saya agak kempis dah ni.
Harap2 saya miliki berat yang ideal dengan
umur tinggi tubuh badan saya.

Terima kasih dari laman
Kongsi dengan anda info sihat .

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 14 April 2013

Apabila Wanita Cina Berumur 52 Tahun Berbicara Hal Kesihatan

Kemarin saya ada bersua dengan seorang wanita Cina berumur 52 tahun. Saya memang kenal dia sejak 2006 dan boleh dikatakan dia biasa dan memang mesra dengan saya dan isteri serta anak-anak saya. Selalu juga dia bertanya hal khabar anak saya yang berada di rantau sedang belajar. 

Bersua dengannya kali ini, terungkitlah hal kesihatan. hal kesihatan kalau bab cerita pada saya lebih bermanfaat daripada memperkatakan hal orang lain.  Wanita Cina berusia 52 tahun itu bersungguh-sungguh menyatakan bahawa dalam usianya itu dia tetap normal dari segi tekanan darah tinggi. katanya:-
W Cina  : Kalau saya minta periksa doktor tekanan darah saya, normal ooo tak ada darah tinggi punya oo..
Saya      : tapi kalau umur seperti  kita ni kena tekanan darah tinggi juga, selalu doktor cakap macam itu punya.
W Cina   : Betul, tapi saya tidak kena punya ooo..sebabkan, kau kena darah tinggi, sebab kau banyak fikiran bah, jangan itu macam, kasih biasa-biasa saja ma, buat apa kau fikir susah hati oo..bukan kau buat salah punya orang, kau ada isteri dan anak baik sama kau buat apa kau susah-susah hati itu macam tidak bagus bah.
Saya    : Itu macam kah cara supaya tidak kena tekanan darah tinggi.
W Cina : kau tahu kah, saya jimat punya orang, saya tidak makan daging daging goreng punya, saya makan nasi dan sayur saja ooo, saya masak sayur pun saya rebus saja ooo, kalau ada lebihan itu sayur saya kasi masuk di peti sejuk ma...bila mau makan saya kasi panas balik itu sayur ooo. Kalau kau makan banyak daging itu memang kau kena darah tinggi punya ooo...itu macam bah, saya jimat punya orang, itu sebab tidak kena darah tinggi.
Saya  : Alamak tak dapat kawal nafsu mau makan juga ma di KFC, isteri goreng nasi, goreng itu ini saya makan lah...oooo itu macam kah, bagus lah kamu jimat. Patutlah sihat masih muda nampak.

( Betul wanita Cina yang saya kenal ni tetap muda yang ketaranya wajah dia tak ada kedutan, sihat dan aktif ~ dia seorang peniaga )
 
Akhir sekali saya ucapkan terima kasih pada tips2 Wanita Cina 52 tahun itu. 
Saya bertanya dalam diri, mampukah saya mengikuti cara pemakanan sihat wanita Cina itu, disebelah saya anak ke 5 hanya mendengar perbualan kami.

Alamak tak makan daging....yaydoi....adoyay!

Apa tips kesihatan kamu pula....hehhehe 
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Mac 2013

Khasiat Sayur Berwarna Merah Kepada Lelaki

                    
Berseri dan cantik tak tomato yang saya search di google seketika tadi.Sekurang-kurangnya buah merah yang cukup cantik ini telah menyerikan blog Pesona. Apa hal ada tomato...

Saya baru membaca tentang artikal KHASIAT SAYUR MENERUSI WARNA-WARNANYA. Kalau sayur merah memang sinonim dengan sayur buah antaranya Tomato, Cili Merah dan ada juga Bayam Merah. Kalau anda nak tahu apa yang saya baca ialah sayur yang berwarna merah mengandungi likopen iaitu sejenis zat yang berperanan memelihara iaitu sejenis sel dan mampu mengurangkan risiko barah atau kanser.Selain itu, sayuran merah juga mengandungi asid elagik untuk menjaga kesihatan kelenjar PROSTAT dan asid deoksiribonukleik ( DNA) di dalam sel. Hebatkan khasiat tomato dan sayuran berwarna merah ni. Saya memang suka makan tomato biarpun mentah....
Selain itu, tomato turut mengandungi vitamin C bertindak sebagai antioksidan sekali gus meminimumkan risiko kanser pankreas dan radang usus. Pengambilan tomato turut dapat mencegah penyakit jantung dan mengawal tekanan darah. Wow! kalau macam ni ayuh kita giatkan memakan tomato...amat berkhasiat khasnya kepada LELAKI. 
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 9 Mac 2013

Antara yang Menarik Di Sabah Tea Garden


Pernah tak ke Sabah Tea Garden di Ranau
Sabah. Inilah antara lain daya tarikan ke Sabah
kaya dengan pemandangan dan kehijauan tea
melata di Ranau Sabah.
Tengoklah gambar-gambar bercerita..
Sebab itu seluruh rakyat Malaysia wajib
mendoakan keselamatan negeri Sabah..
Dari diceroboh pengganas tak bermoral..






Antara produk yang dihasilkan dari Tea..
Tea ni bagus sebagai satu minuman
pelangsing..kalau nak diet boleh juga
gunakan minuman tea.
Amalkan dan belilah produk Malaysia.
@hakcipt

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 7 Mac 2013

Selamat Ke Rumah Sembelih Ruminan Kecil Di Keningau, Sabah




Telah lama sebenarnya tinggal di Daerah Keningau,
namun baru hujung tahun lalu berpeluang melawat
di Stesen Ternakan Seberang Keningau.

Lawatan ke sini hanya untuk membuat satu
program Lawatan Sambil Belajar oleh 
Team Pengawas Sekolah 2013.
Rupanya selain dari berbagai haiwan 
yang ada, pihak Stesen Ternakan ini 
mempunyai sebuah restoran yang 
cukup selesa untuk menikmati pelbagai
juadah. Juadah yang paling lazat ialah
hidangan SUP PAYAU. Pernah tak
minum sup payau ( Rusa )
Sejak lawatan itu..adalah
beberapa kali saya dan
anak-anak singgah menjamu selera 
di restoran tu.
Ini lah papan tanda dan penunjuk
tempat sembelihan payau dan kambing
di stesen tu.
Teringat pula tragedi di Tanduo Lahad Datu..
harap cepat-cepat kembali keharmonian
rakyat Sabahan. Amin.

ok klik kalau nak lagi besar!.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 5 Mac 2013

Muda Ceria Dan Awet Ayu

   Pernah ke oder jus minuman di restoran yang tidak diletakkan ciub ais. Sebab jus minuman dengan perasa buah tanpa ais batu kompem tak sedaplah. Tapi saya ada melakukannya, apa nak buat dah suara rock, sakit tekak juga tapi tidaklah sakit yang terlalu. Lucu pelayan wanita bertudung itu kemudian memandang saya dengan mata hairan sambil ajuk kata-kata saya " tak payah bubuh ais" katanya. Saya angguk ja kepala.

Ok sampai dah jus oren yang saya minta. Baguslah dia buat apa yang saya oder. Adalah suam2 kuku jus oren saya tu, niat minum nak cepatkan kesembuhan suara dan sakit tekak. Agaknya lah musim panas masa ni menyebabkan ramai yang selesma atau memang musim selesma. Ekoran dari kurang sihat adalah mentelaah hal kesihatan, lebihkan pembacaan lalu terjumpalah etuza Jus Minuman Awet Muda dan Awet Ayu. Jemput tengok apakah ramuannya, kalau berkenan nak muda dan nak ayu silalah jangan malu membuat jus minuman ini. 
MUDA CERIA
untuk 1 bahagian sahaja
1 biji cabai merah(chili)-dibuang biji
150 gram lobak merah - dikupas
200 gram isi nanas manis
1 sudu besar air perahan lemon/ limau nipis
1 sudu kecil daun saderi ~ dihiris halus jika suka.

Proses semua bahan satu persatu, campurkan 
dengan perasa lemon/limau nipis dan dau saderi.

AWET AYU
untuk 1 bahagian
setengah sudu besar halia parut
1 sudu besar hirisan daun pudina
250 ml air mendidsih
2 sudu besar air perahan lemon/limau nipis
1 sudu besar madu lebah asli

Masukkan halia dan daun pudina ke dalam
bekas bertutup. Tuangkan air mendidi, tutup.
Biarkan sehingga sejuk, tapis.
Campurkan dengan perahan lemon/ limau nipis
dan madu lebah asli.

Selamat mencuba untuk kekal muda dan ayu

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Petua Teman Sezaman Mujarab ( Alhamdulillah )

   Ada teman mengatakan bahawa tidak ada ubat khusus jika kita diserang selesma, yang antara tanda selesma menyerang ialah, bersin, batuk-batuk, sakit tekak, sakit hidung, demam panas dan hidung berair serta korongkong gatal. Kalau terhidu asap dan debu-debu bertambah lah kekerapan untuk bersin.
http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com kalau anda klik entry ni, anda akan terbaca satu petua untuk sembuhkan sakit tekak dan pulihkan suara asal kita. Petua ini petang kemarin saya amalkan dan ternyata " SEKALI MINUM" menggunakan gelas air ramuan ini, sakit tekak dan suara saya beransur sembuh. Subahanallah..syukran kepada yang maha esa dan sangat berterima kasih kepada teman sezaman itu. Semoga Allah beri limpahan pahala kepada teman yang menurunkan petua itu kepada saya pada pagi ahad minggu lalu. Ramuan ini bagus kerana HARUM, ADA AROUMA, ADA RASA ASAM PEDAS kerana gabungan  limau nipis, halia dan kunyit. Tidak perlu letak garam atau gula. Tetapi sesuai jika di letakkan sesudu madu asli. Cubalah petua ini.
Sebelum menutup pintu blog Pesona, 
ini ada satu lagi petua yang saya baca
dari buku bertajuk,
"Jus sihat bagi golongan berdarah B "
terbitan Synergy Media 

AWET MUDA

Untuk 1 Bahagian
150 gram brokoli
150 gram bayam tanpa akar
300 gram epal hijau-dikupas.

Cara
Proses semua bahan dengan menggunakan pemerah jus.
selamat mencuba
@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 4 Mac 2013

Bila Sakit Tekak Suara Jadi Rock

  Banyaknya faktor kita mendapat sakit, ada berbagai punca, kerana memang kita sangat terdedah kepada penyakit. Asap yang pelbagai punca, asap rokok paling jelas merata area disekeliling kita, habuk tak dapat kira banyakknya zarah-zarah tu, angin yang berdebu dan berbaur busuk juga menusuk lubang hidung menyumbat kotoran ke ruang dalam hidung. Semuanya itu punca kita mendapat penyakit selesma dan demam.

Tak terkecuali saya sediri, demam dan sakit tekak hingga sukar nak tarik suara. Ada suara rock yang menyakitkan tekak, nak telan makanan dan minum air juga terasalah perit. Perit..tau, hanya berdoa dan bersabar dan terima ujian itu baru rasa lega dan tenang.

Bila suara menjadi ROCK, adalah teman sezaman memberikan petua, itu petanda ada insan yang ikhlas berkongsi, tidak terkecuali juga ada yang hanya tersenyum bagaikan perkara biasa bila mendengar suara ROCK bila diserang selesma. Kadang2 merasa malu bila suara asal rosak dek kerana penyakit sakit tekak ini.

Saya nak kongsikan petua yang teman sezaman beri petang kemarin, rasa bersyukur ada orang lain yang sudi memberikan petua menyembuhkan tekak sakit dan memulihkan suara yang rosak akibat selesma. Inilah petua teman sezaman itu.

*Gunakan limau  nipis ( belah 2 )
*Air ( digunakan untuk umerebus limau  nipis )
*Kunyit hidup 
*Halia 
Dan  tambah madu jika mahu.

Kesemua bahan tersebut direbus, bila mendidih masukkan ke dalam gelas. Sejukkan, minumlah air rebusan itu dengan lafaz bisimmilah. Insha Allah  cepat reda sakit tekak kita. ( Alhamdulillah saya dah mulai amalkan hari ini, tengoklah kesan nanti, semoga Allah percepatkan proses sembuh sakit tekak dan pulihkan suara ROCK ke suara normal saya). Amin. 
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 7 Februari 2013

Salahkah Informasiku Ini & Mohonlah Pengertian Yang Ikhlas

      Memang banyak pembacaan yang aku lakukan, merangkumi aspek kesihatan dan sebenarnya aku ni seorang yang rajin juga bertanya, rajin pula menegur dan menasihati orang terutamanya golongan pelajar. Almaklumla mereka ni golongan Gen Y ( genarasi muda) pelapis jentera negara.

Nak mengelak ke mana pun susahnya, aku bagaikan terjerat, bukan " Jerat Percintaan" tapi jerat asap ke sana - sini. Bukan lah nak sombong apa apa lah, tetapi sebagai orang yang hendak menyedut udara segar agak tak selesalah kalau sana-sini asap melingkari.

Entahlah ya, semakin dibendung semakin menular pula sebenarnya hal ni. Kempen sana-sini tetapi masih berleluasa, malah budak kecilpun ada aku tengok dan mula berasap, ha menyumbang juga asap dia merosakkan udara sekitar kita. Adui ...umur masih kanak-kanak dan berasap. 

Lepas tu, aku tengok mereka yang berasap tu dah tak merasa malu, mereka berani didepan ku tunjukkan lagi batang berasap tu. Aku tersenyum ...nak salahkan siapa sebenarnya hal berasap-asap ni. Nak salahkan juga ibubapa ke? Kalau aku ..rasanya aku tak dapat terima, bukannya aku biarkan anak-anak bebas kat luar sana semata-mata nak anak belajar berasap, apa yang berlaku itu adalah masalah diri remaja itu sendiri, mereka lemah dan sebab itu mudahnya pengaruh menguasai diri.
Sayang sekali pada usia yang begitu muda, teganya mereka berasap dan merosakkan paru-paru yang Allah kurniakan. Ialah satu-satunya organ dalaman paru-paru dan jantung yang merah bersih dengan cairan urat darah ke seluruh badan, kini hitam disaluti asap-asap yang menerjah ke jantung mereka. Hahaha...jantung kita juga sedang terancam sebenarnya, kerana sana-sini asap berkepul-kepul. Hai entahlah. Nak kata jantung aku sihat paru-paru aku juga masih sihat pun susah dah sekarang. Kan baru tadi, siang tadi, malam tadi kita kena asap. Tak tau lagi ke ? asap rokok lah ...

Kenapa teganya rosakkan diri dengan rokok ni? terang dan jelas asap rokok tu bahaya untuk kesihatan, tapi kenapa ramainya para lelaki remaja yang amalkan merokok. Malah kini para wanita juga kini gemar berasap rokok. 

Nilah nak kata, nasihat pun tak taulah informasi aku ni, nak kata aku menegurpun tak juga tau! . Cuma yang aku rasa ni ialah hairan saja, mengapa dah tahu perkara itu tak baik untuk kesihatan mengapa masih nak amalkan. Tau dah kan akan ada jantung orang lain, jiran lain yang akan terkena asap tapi masih bangganya mereka berasap di depan kita.
Ni baru nasihat ya...kalau lah nak berasap, pergilah ke tempat yang agak jauh dari orang ramai, tak apa lah dah habit awak, awak dan awak semua. Sebab dah sebati dalam diri kalau tak mereokok tu rasa gian kan( ketagihan) So ubatnya kena beli lah rokok kan. Boleh tak berusaha dengan penuh iltizam agar kurangkan merokok, lama-lama akan dapat juga berhenti merokok. Yakinlah jika kita istiqomah akan berjaya mengatasi maka akan bertambahlah sihat jantung awak. Cubalah..usahakan..manalah tahu awak berjaya berhenti merokok dan berasap.

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 26 Januari 2013

Jalan - Jalan Cari Makan, Teringin Juga nak Makan

Bagi awak tengok besar-besar
pelbagai kuih muih kat Sabah
biar hati besar nak makan 
lagi baik buat sendiri ....



Kuih muih zaman sekarang
ada pelbagai bentuk rasa dan bahan
cantik, sedap rasanya pun ada..
Di Sabah taklah ketinggalan sangat
pelbagai rupa kuih ada...
ala setakat puteri mandi tu 
ada juga kat Sabah ni..
di Keningau pun ada...

Apa yang berubah pasal kuih muih ni?...
Harga dah melambung naiklah..
dulu zaman etuza harga kuih 5 sen pun ada..
besar pula saiznya...
harga sekarang harga seringgit 1 pun ada tau!
kuih kampung ja mencecah seringgit..
kalau di Pasar Malam Keningau..
jumpa lah 3 jenis harga kuih..
1. 4 biji kuih ~ RM 1.00
2. 3 biji kuih ~ RM 1.00
3. 2 biji kuih ~ RM 1.00
nampak tak, kuih yang berbeza lah tu..
etuza jarang masuk Pasar Malam..
mama dan anak2 saja yang selalu..
nak beli sayur mayur..

Pasal kuih ni...
kalau rajin lah 
lebih sedap buat sendiri..
taraf hak kebersihan pun tinggi..
iya lah kan  air tangan sendiri...
Apapun teringin juga nak makan..
kuih muih seperti mana dalam
gambar...
betul kan!...

@hakcipta etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 23 Disember 2012

Keningau Kini Bertaraf Bandar

klik gambar agar nampak jelas..Tq
Cerita 1 ~ Keningau kini sedang pesat membangun, semakin maju dari segi infrastruktur, jalan raya kebanyakannya kini berturap ( aspal ). Masyarakat daerah Keningau kini, seharusnya bersyukur pada peluang kemajuan ini. Kalau dahulu memang terlalu jauh beza dengan sekarang. 

Terbaru di Keningau pada bulan November 2012 satu kemajuan telah terlaksana dan kini dinikamati oleh warga Keningau. Terutamanya para pejalan kaki. Tengok gambar tu ( time hujan diambil petang hari ini ) kelihatan tepi jalan telah siap dibina atap pelindung lorong jalan kaki dari simpang Perkasa Hotel hingga ke simpang menuju ke Pejabat Pos Daerah Keningau. Pengguna lorong jalan ini, kini tidak lagi merasa bimbang kerana kalau hujan baju tidak akan basah kuyup dan kalau musim panas pun tidak lagi terlalu kepanasan oleh terik matahari. 

Selain itu, Daerah Keningau kini kelihatan lebih cantik dengan siapnya pemasangan atap pada lorong jalan ini, apabila atap tersebut dicat dengan ton warna yang menarik iaitu, merah, kuning, putih dan biru. Pada waktu malam warna atap tersebut akan memantulkan cahaya yang sangat menarik. Keningau Kini sebenarnya telah diiktiraf sebagai BANDAR. Marilah berbangga dan bersyukur menjadi warga Keningau.

( gambar mama dan ibu mertua etuza )

Cerita 2 ~  Gambar ni diambil di pintu gerbang Restoran Cili Padi Di Kampung Bayangan. Dan Pemilik restoran ini di kenali sebagai Tuan Haji Kaipin Rosmin  yang memang berasal dari Kampung Bayangan. Keningau. Selain tu etuza nak bagi happy ibu mertua, dia tak berapa sihat, kerana kurang selera makan. Seharian tak makan kelmarin. Mama dan etuza jemputlah dia di rumah adik ipar di Kampung Laut untuk  ke Hospital Besar Keningau. Selepas itu, etuza bawa mereka ke Restoran Cili Padi ni, nampak ibu mertua happy apabila dihidangkan dengan nasi, lauk ayam masak kicap dan sayur tumis bendi. Habis nasi dan lauk tu ibu makan, semoga badan dia akan lebih bertenaga lepas ni.

Mama ( isteri etuza ) cadang hantar ibu mertua ke rumah adiknya di Taman Jutaya 2, Keningau. Ini kerana esok kami sekeluarga akan ke Daerah Ranau, Sabah kerana ada urusan yang sangat penting. So, ibu mertua dihantar semalaman ke rumah ipar etuza di Taman Jutaya 2. 25hb Dis baru jemput ibu mertua pula ke rumah etuza dan mama akan jaga ibunya sehingga sembuh dan pulih seperti biasa. Etuza amat bersyukur mama amat sabar dalam menangani setiap kali  masalah kesihatan ibu mertua. Alhamdulillah..itu saja urusan etuza hari ini. Dan Keningau  hari ini  masih hujan sejak jam 9.00 pagi hingga kini. 

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 19 Disember 2012

Blog Pesona Bertukar Blog Resipi Dah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Resipi : Pesona  Apam Kelapa Muda
Bahan2nya adalah..
1 cawan kelapa parut muda
1 cawan air kelapa muda 
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur 
1 sudu teh garam
1 cawan air suam
minyak ( disapu pada kuali)

Caranya pula..
Gaul rata semua bahan, Bancuhkan sedikit cair
Panaskan kuali sapu minyak sedikit 
Letakkan satu senduk adunan dan tunggu hingga kekuningan
Ingat masak dengan api sederhana
Balikkan adunan dan angkat
Lipat bentuk segitiga dan hidangkan
bersama gulai ayam atau ayam rendang
Best!!! anak2 menjilat jari..

gambar2 nya pula ialah...

Apam Kelapa muda dah jadi...


 Ayam Rendang


Cara nak hidang 


Air susu cincau etuza
Bahan ( air susu, susu cair dan cincau dalam tin, gula 
dan kiub ais )


@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 4 Disember 2012

Gigi Kamu Putih Ke?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nampak sibuk semua hari ini
Rupanya teman blogger DIEYNA BAHAR
"sELAMAT hARI lAHIR!" mOGA pANJANG uMUR.

Aku pernah kena kejar orang..terkejut masa tu baru 18 tahun, memang lah aku senyum pada orang tu, taukeh cina muda lagi dia masa tu, sedang etuza berjalan di luar kedai dia, tiba-tiba taukeh tu berada di hadapanku, sambil dia kata " cuba kamu senyum " ikkk! terkejut dengan orang ni..dah lah ramai orang dia buat saya macam tu. " Woi! senyumlah.." etuza masa tu geli hati tengok gelagat dia, lalu senyum dan ketawa yang real, kerana amat lucu taukeh tu. Alamak kamu tahu apa dia katakan. " Nah!!! tengok gigi dia cantik sangat, macam gigi sikat rata...putih lagi" " Oooi kau bagi sama saya gigi kau! " ha inilah kata-kata dia. Itu kenangan etuza masa di alam remaja. Remaja katakan.Siapapun pernah alami dan ada kenangan.

Ikkk!!! siapa tak sayang gigi, biar kamu dah berumur kalau gigi kekal cantik putih dan bersih takkan tak mahu. Takkan etuza seorang ja mahu. Gigi ..kalau semua dah rosak kena cabut macam susah lah nak kunyah makanan. ( setujukan ). Kalau dapat, kalau ada kuasa, nak sampai bila-bila gigi kuat dan sihat serta putih dan cantik. Sayang ...ada dah rosak gigi, pernah dah sakit gigi, pernah dah ke cungkil gigi, pernah dah kena bius, kebas2 pipi pun pernah dah, makan tak selera kerana sakit gigi juga pernah..pernahlah sakit gigi. 

Kerana sayang gigi jom mari kita amalkan petua untuk PUTIHKAN GIGI anda dengan menggunakan HALIA. Bagaimana caranya :-
  1. Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat.
  2. Tambahkan sedikit air dan bancuh sehingga sebati.
  3. Kumur dengan air bancuhan air ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur. ( Amalkan setiap hari)
  4. Akhirnya gigi anda bukan sahaja putih dan kuat malah mulut anda rasa lebih segar. ( cubalah petua ini)
@hakcipta terpelihara
etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 18 Oktober 2012

Setahun Yang Lalu ~ Gamat Gempita



Antara kawan2 baru yang etuza kenali
Setahun yang lalu ~ Gamat gempita.

Pernah tak join MLM atau penuhnya 
Multiply Level Marketing.
Ada setahun yang lalu 2011 last month 
berhenti aktif pada Oktober 2011.
So, dah setahun tak aktif....)
Apa yang etuza dapat adalah 
seperti list di bawah ni...)
1. Mengenali ramai kawan Lelaki & wanita
2. Banyak info kesihatan diketahui
3. Tahu cara menjaga kesihatan diri & keluarga
4. Bermotivasi yakin diri dan ada keberanian.
5. Tinggi rasa tanggungjawab, kerana kita 
kena bersemuka dengan pelanggan baru.
6. Banyak masa di luar nak service member baru
7. Kena sedia berkorban including kewangan.

*
*
Cukup 7 saja positif semua tu.
Mestilah  ada kontranya pula...
Nak share hanya 1 ya.

*
*
1. Banyak masa di luar....

*
Pasal kalau nak berjaya mestilah lalui syarat ini.
So, sekarang setakat mengguna sahaja.
Terima kasih upline yang membawa etuza
ke bidang MLM yang memang banyak
memberi pengalaman dan mematangkan 
lagi kehidupan etuza hari ini.

Rest habis
Cerita etuza
MLM


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini