Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 4 Disember 2012

Gigi Kamu Putih Ke?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nampak sibuk semua hari ini
Rupanya teman blogger DIEYNA BAHAR
"sELAMAT hARI lAHIR!" mOGA pANJANG uMUR.

Aku pernah kena kejar orang..terkejut masa tu baru 18 tahun, memang lah aku senyum pada orang tu, taukeh cina muda lagi dia masa tu, sedang etuza berjalan di luar kedai dia, tiba-tiba taukeh tu berada di hadapanku, sambil dia kata " cuba kamu senyum " ikkk! terkejut dengan orang ni..dah lah ramai orang dia buat saya macam tu. " Woi! senyumlah.." etuza masa tu geli hati tengok gelagat dia, lalu senyum dan ketawa yang real, kerana amat lucu taukeh tu. Alamak kamu tahu apa dia katakan. " Nah!!! tengok gigi dia cantik sangat, macam gigi sikat rata...putih lagi" " Oooi kau bagi sama saya gigi kau! " ha inilah kata-kata dia. Itu kenangan etuza masa di alam remaja. Remaja katakan.Siapapun pernah alami dan ada kenangan.

Ikkk!!! siapa tak sayang gigi, biar kamu dah berumur kalau gigi kekal cantik putih dan bersih takkan tak mahu. Takkan etuza seorang ja mahu. Gigi ..kalau semua dah rosak kena cabut macam susah lah nak kunyah makanan. ( setujukan ). Kalau dapat, kalau ada kuasa, nak sampai bila-bila gigi kuat dan sihat serta putih dan cantik. Sayang ...ada dah rosak gigi, pernah dah sakit gigi, pernah dah ke cungkil gigi, pernah dah kena bius, kebas2 pipi pun pernah dah, makan tak selera kerana sakit gigi juga pernah..pernahlah sakit gigi. 

Kerana sayang gigi jom mari kita amalkan petua untuk PUTIHKAN GIGI anda dengan menggunakan HALIA. Bagaimana caranya :-
  1. Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat.
  2. Tambahkan sedikit air dan bancuh sehingga sebati.
  3. Kumur dengan air bancuhan air ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur. ( Amalkan setiap hari)
  4. Akhirnya gigi anda bukan sahaja putih dan kuat malah mulut anda rasa lebih segar. ( cubalah petua ini)
@hakcipta terpelihara
etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka: