Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Kasih sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kasih sayang. Papar semua catatan

Selasa, 12 Ogos 2014

Mohon Sampai Di JannahMu. ( Sedangkan Lidah Lagi Tergigit )

Asalamualaikum..klik pada url blog ini,
anda akan mengenali wajah blogger Malaysia
yang berasal dari Sabah.Wajahnya tenang
dan penuh keikhlasan dalam menyalurkan informasi
untuk tetapan kita semua.
Wajah kita milik kita yakni kurnia Allah
Hargai wajah syukuri wajah kita..
Biar bagaimana rupa kita, kita kena syukuri..
kerana jika anda tidak menyenangi wajah anda
anda tergolong sebagai hambaNya yang tidak bersyukur...
Syukurilah apa yang ada kerana apa yang kita ada
adalah anugerah Allah.
Wallahualam..


Gambar ketika zaman bercinta..
Gambar ini hampir musnah..
dek kerana tangan anak-anak
ketika mereka masih kanak-kanak
mujur segera saya sedar untuk 
menyelamatkannya. 
Di arena blog kelihatan inilah
rupa selepas di ambil semula oleh Canon Etuza.

Ya Allah Kasih kami Mohon Biar Sampai Di JannahMu. Amin.

Wajah kami tahun 1991 


Gambar ke 2 tahun 2014
ketika stay di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu.


Gambar ke 3 Ogos 2014


Gambar ke 4 2013 
( Post kami untuk dimuatkan dalam Majalah Club ELKEN)

Gambar ke 5 2014
Ketika kami stay di Hotel Zara Kota Kinabalu



Gambar ke 6. 2014 Saling memohon ampun
di hari lebaran tahun ini.


Gambar ke 7. 2013 Kami di minta
untuk post untuk dimuatkan ke dalam Majalah Club Elken.


Alhamdulillah...selamat berbahagia bersama pasangan anda masing-masing.

Hakcipta@etuza








Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 17 Ogos 2013

Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang 2013

Assalamualaikum...


Dalam meneruskan kehidupan, usah kita alpa dan lali bahawa kehidupan hari ini adalah didasari oleh usaha pejuang tanah air suatu masa lalu dalam mendapatkan kemerdekaan untuk kita hari ini.
Kemerdekaan yang telah dan kini kita sedang masih dinikmati adalah berkat usaha dan titis darah mereka yakni pejuang kemerdekaan yang antaranya ialah Tunku Almarhum Abdul Rahman. Betapa besar pengorbanan yang merka lakukan demi untuk kelangsungan genarasi kita masa kini. Dalam usaha menggapai kemerdekaan hari ini, mereka melalui peristiwa berdarah dalam merampas kedaulatan tanah air dari bangsa asing yang ketika itu tanah Melayu menjadi rebutan atas dasar kekayaan rempah dan pelbagai potensi Malaysia di mata dunia.
Justeru itu ayuh!! dalam merayakan hari raya, usah lupa bahawa kita juga sedang dalam kandungan bulan Ogos dimana seperti biasa tiap tahun semangat dan semarak kemerdekaan itu kita hargai, kita langsungkan kegembiraan sebagai rakyat jelata dengan hanya 1 perbuatan yang murni tetapi cukup menampakkan kita semua cintakan tanah air ini. iaitu KIBARKAN JALUR GEMILANG.

Selamat merayakan merdekaraya. Salam rindu dari etuza.
@Hakcipta etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Mac 2013

Tidak Semua Masa Itu Menggembirakan

    Kita punya hati dan perasaan, bagi ku hati yang ada perasaan itu amat indah dalam jasad kita. Hati itu menghidupkan jiwa dan menceriakan jasad yang kudus ini. Dia lah yakni Allah yang memberikan kita hati yang punya perasaan. Alangkah indahnya jika kita punya hati yang murni, ikhlas dan dikelilingi oleh rasa bahagia gembira sepanjang masa yang berdenyut nadinya tanpa henti.

Tapi hakikat hati dan perasaan itu kadang ada kalanya hilang bahagia tiada rasa gembira apabila ada sesuatu menikam kalbunya. Pernah kah kau rasa sakitnya apabila ada kuasa hati di luar hati kita menyakiti kita. Benarlah kata orang bahawa kuasa kata-kata itu lebih pedih menusuk hati berbanding pisau melukakan deria kulit kita. Kerana kata-kata kesat itu bagaikan pisau belati menusuk hati yang ada perasaan itu.

Betullah bahawa sepanjang masa di siang hari dan di hari malam, bukan semuanya masa itu memberikan kita rasa bahagia,benarlah hati itu mudah tersentuh, gugur air mata layulah kembangan bunga di taman hati pudarlah seri kehidupan seiring dengan itu warna-warna kehidupan semakin berserak gugur  berderai berserakan. Seolah punah harapan habis impian.

Percaya lah bahawa, dalam hati itu inginkan hari-hari dan sepanjang masa kita serikan dengan nada-nada indah kehidupan, inginkan kembangnya mekarnya kuntum-kuntum bunga dan warnanya cantik menandakan kebahagiaan dan kegembiraan yang tiada taranya. Tapi pasti ada saja yang meranapkan rasa bahagia itu, ada saja yang membawa kita pilu dan hiba ada saja yang tidak suka kita bahagia di sepanjang masa.
 
Bagaimana penulis blog ini begitu sendu, jiwanya kini adakah lara adakah hati nuraninya kini di tikam kata-kata berbisa oleh insan sekelilingnya. Cuba lah rasakan bahawa petaka melanda Sabah sejak hari yang lalu ada kematian perajurit kita, ada insan yang masih bersedih dan menangis kehilangan, bukankah dengan membaca berita, melihat imbasan kematian dan lagu-lagu perajurit keramat itu akan terundang rasa pilu di hati. Dan di sekeliling kita ada insan-insan yang malang tak berumah, meminta simpati dan meminta sedekah ehsan kita. Kemudian kita ada anak-anak yang kekadang ego dan ikut hati remajanya tanpa memikirkan kata-katanya kasar memukul emosi ayah dan ibu. Kalau di hurai dalam blog Pesona rasa hati yang pilu ini tak akan berakhir. Kepada yang membaca adakah kau pernah rasakan kesedihan dan hati merasa tidak bahagia akibat ada insan lain yang tidak menghargaimu. Untuk menghapus rasa tidak bahagia itu kembalikan fitrah manusia bahawa hidup ini benar inilah HITAM PUTIH KEHIDUPAN.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 9 Mac 2013

Songkok Hitam Diapit Enam Smart Boy Vase Hijau

Dokumen Afif dari SMK Keningau, masa menumpang sementara di sekolah tersebut, baru saya urus, oleh itu dokumen penting tersebut saya hantar ke sekolah baru Afif di SMK Agama Keningau dimana SMKA ni di istilahkan sebagai Sekolah Mencari Keredahan Allah. Tepat kan singkatan SMKA tapi sebenarnya Sekolah Menengah Agama Keningau, Sabah. Sekolah baru menengah yang begitu cantik lokasinya di Daerah Keningau. Syukur sangat2 anak ke 5 dapat memijakkan kaki ke sekolah ini. Pengetua juga bukan calang2 orangnya sangat berpengaruh kerana sekian lama mentadbir Sekolah Menegah Agama Tun Datu Mustafa sebelum berpindah ke sekolah agama Keningau.
Nampak tak cikgu perempuan tu,bertudung manis, dialah yang ambil dokumen Afif, kami disambut mesra dan katanya ambillah peluang melawat sekitar sekolah ini, rumah pengetua juga BANGLO katanya. Benar sekolah ni sangat-sangat tesergam indah. Semoga para guru di SMKA Keningau akan menjana pelajar cemerlang untuk Negara Malaysia amnya. Kalau tak silap guru ni mengajar Bahasa Inggeris dan namanya ialah Cik Fauzana..
please klik! photo 


 Oleh kerana menghantar dokumen tersebut saya lakukan musim sekolah pada hari Isnin bersamaan 4hb Mac 2013, saya berilah peluang kawan-kawan Afif yang tahun 6, tahun 5 dan tahun 4 kesemuannya pengawas sekolah saya agar ikut sama sambil melawat Afif di sekolah agama Keningau..dengan harapan semoga Afif gembira apabila dapat melihat kawan-kawannya yang SMART bervase hijau dengan padanan tie merah menyala.
Tiba kami di kawasan sekolah ini, macam sunyi sahaja kerana P&P sedang berlangsung. Mujurlah ada pengumuman maka Afif pun segera berjumpa dengan kami. Inilah kenangan terindah Afif ketika kami lawat dia serta first time jumpa kawan-kawan selepas di buka sekolah ini.


Ha ini sesi nak balik semula ke sekolah saya, sebelum tu mereka minta snap sekali lagi berlatar belakangkan sekolah agama ini. Gaya bebas..nampak sedap mata memandang mereka. Smart boy lah katakan..
Lastly: Semoga Afif akan menjadi insan yang bertaqwa. Amin

@hakcipta etuza 


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 7 Mac 2013

Remaja Lelaki Harus Bijak Merancang Masa Depan..

Agaknya teman blog yang selalu mengikuti entry2 saya 
di blog Pesona kenal wajah remaja lelaki 
dalam gambar ini.
Ok..dialah putera saya yang pertama, 
ada tak iras saya? Nampak tak ada lah..
Apapun kini sedang menunggu keputusan SPM.
Semoga ada kejayaan bagi dia..
amin.
Sebagai remaja lelaki, seharusnya bijak..
mengatur masa, mengurus masa, 
menggunakan masa dan memenafaatkan masa.
Lelaki ni kena melindungi sebatang tulang rusuk!
faham tak tulang rusuk tu ialah WANITA..
pada suatu masa nanti. Sebab itu..
remaja lelaki kena rancang sedari awal..
sedari mula, sedari baligh, sedari berakal..
bahawa keperluan merancang masa depan adalah
sangat WAJIB dan DITUNTUT.
Faham tak kau!..
bukan asyik membuang masa...
Ingat umur tu kian bertambah..
bukan berkurang ..makin bertambahlah mamat..
Lepas tu MISAI awak akan tumbuh..
memperlihatkan menunjukkan bahawa
awak dah jadi lelaki dewasa.
Harap awak faham lah tu.

@hak cipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 16 Februari 2013

Puteraku Ismat Afif Mendapat Kawan Baru

16hb Feb 2013 sepetang mendaftarkan 
anak di Sekolah Menengah Agama Keningau, Sabah.
Sebuah sekolah agama menengah baru yang di bina
sebegitu indah di Pedalaman Sabah iaitu di
Daerah Keningau 

 Fathul Azam, Ismat Afif, Naqib & Azri
Selesai mendaftar mereka dukuk 
menunggu taklimat Pengetua baru
SMK Agama Keningau iaitu Ustaz Haidun Bin Sapri

Ni acara Ikrar Pelajar...
Seorang Pelajar mengetuai aku janji ini.
Kelihatan Tuan Pengetua sedang berdiri
menerima Ikrar Pelajar
 Tingkatan 1 dan tingkatan 4 2013.
Turut hadir bersama ialah 
Timbalan PPD Puan Jamilah Padli.
Ucapan Wakil Ibubapa ialah 
En. Upilin Abdul Rahman.

Semoga anakanda Afif mendapat
cahaya iman dan mantapkan akidah
serta sahsiah dalam mencari
Keredahaan Allah di Sekolah
(inilah niat sebenar~ nak cari 
keredahaanNya)
baru yang bagaikan sebuah Universiti ini.

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 14 Februari 2013

Bicara Alam Fantasy Menyegarkan Jiwa

Klik blog dihamparkan sejadah kata 
direnung oleh mata bundar
dibaca dengan caramu lalu..
senyum dibibir mengukir..
sehabis mindamu menerima
sejadah kata itu...dan..
hanya kau dan aku 
 yang merasakan
apa yang aku rasa ..
maksud sejadah kata
bahawa apa
dikongsikan itu
adalah ilmu
selagi
ada
nywa..

Tetapi di sore kali ini..
Pesona hamparkan 
Padamu teman..
Senyuman tiap 
kelopak dan...
jambangan bunga
di lamanku, bagaikan
Menyatakan..
Sesuatu iaitu
Bicara Alam
Fantasy Menyegarkan
Jiwa ..
Nikmatilah
kalau ada rasa 
kedamaian melihatnya

rakaman gambar pada jam 8.00 pagi hari ini

@hakcipta etuza




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 27 Disember 2012

Paling Comel Memakan Coklat Special

      Sebenarnya semalam ada acara Majlis Hari Lahir untuk 4 putera etuza. Mereka semuanya lahir dipenghujung tahun dan kali ini untuk mengatasi kesibukan etuza dan mama himpunkan hari ulangtahun kelahiran mereka pada 26hb Des 2012. Dua kek hari lahir disediakan, namun kek special etuza yang dikeliling cery merah dan krim serta coklat special mama amat disukai oleh semua anak-anak dan anak buah etuza.

Hari lahir anak lelaki sulung kini dah menggenapkan usia 17 tahun, kedua 14 tahun, ketiga 12 tahun dan keempat 10 tahun. Menjelang 2013 mereka semua akan memulakan usia yang baru. Mereka adalah permata etuza, belahan hati etuza, apapun etuza akan usahakan untuk memberi kebahagiaan kepada mereka semua. Meskipun memang ada saja cabaran mendidik anak tetapi kita akan tempuhi dengan rasa sabar dan taqwa kepada Allah. Anak adalah anugerahNya, kita harus memberi peluang kepada mereka menikmati kehidupan yang bahagia dan gembira. Untuk teman maya boleh saksikan beberapa kegembiraan anak-anak dan saudara mara yang datang merayakan bersama hari lahir 4 putera etuza.




Anugerah paling bergaya memakan coklat!
sempena hari lahir 4 putera etuza
( kandid ~ sebut nama snap ha inilah gayanya )

Comelkan mereka makan coklat special dari mama  ni...
Klik gambar agar jelas! TQ
Special hidangan hari lahir putera2 etuza
  1. Kek ceri merah berkrim ( etuza yang buatkan )
  2. Coklat special ( mama yang buatkan )
  3. Puding perisa mangga ( mama yang buatkan )
  4. Puding jelly pink ( azie yang buatkan )
  5. Air cincau susu  perasa strawberry ( azie dan etuza yang buatkan )
  6. Ayam rendang ( etuza yang masakkan )
  7. Sayur ulam pucuk ubi masak lemak ( mama yang masakkan )
  8. Puding jagung berkastad ( etuza dan azie yang buatkan )
  9. Air perisa oren  ( azie yang buatkan )
  10. Nasi putih ( mama yang masak )
  11. Kuih bahulu ( beli kat kedai )
  12. Kek special ( tempah dari bakery )
Acara dimulakan pada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 9.00 malam.
Acara special :-
  1. Doa, potong kek, tiup api lilin, ambil gambar
  2. Tunggu tetamu, makan bersama2 puding dan kek hari lahir
  3. Makan nasi dan ayam rendang, acara bergambar dan kandid photo
  4. Berbual-bual, sembang dan makan coklat.
Selamat hari lahir kepada anak2 etuza semoga dimurahkan rezeki, sihat, dimudahkan urusan pembelajaran , menjadi anak solleh dan berguna kepada agama bangsa dan negara.

@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 9 September 2012

Seharian bersama sahabat tersayang..



8hb Sept ( sabtu ) sekitar jam 10.00 pagi etuza
membawa 3 anak lelaki etuza ke Bandar Keningau.
Banyak urusan..
Ke Pejabat Mas 


Sempat ambil gambar kenangan di Pejabat MAS.
Urusan 
Ke Pejabat Pos Laju, ambil novel kiriman 
dari Jemari Menulis.
Ke kedai jual kad kredit phone..
beli sim kad baru untuk Irfan..
dia pilih 019 .... celcome.



Ke kedai kasut
Beli kasut untuk anak ke 5 dan ke 6
tu yang dalam gambar di atas.
Ke supermarket ~ beli pasu
nak tanam bunga esok hari ahad.


Ke skynet ~ bersama 3 anak etuza,
layan mereka bagi peluang main 
komputer. Sementara etuza
pastilah Updated blog.
Nak membaca dan terjah blog
kegemaran etuza.


Ke kedai Gunting Ahmad.
Nah tu sedang menunggu nak di urus
rambut, bagi hansome baru bagus.


Ke restoran baru Nur Izati Atirah
anak2 etuza oder Nasi goreng Pataya
Etuza ambil nasi, 2 ekor ikan goreng
dan sejenis sayur.
Sedap.
Minuman milo pink 
etuza oder nescafe saja.
Sebelum balik ke rumah
anak2 minta lagi dibelikan
aiskrim.
Ke stokis Elken Keningau,
ada kawan minta dibelikan spirulina 500 biji
RM 156.00.

Apapun melayan mereka seharian
adalah kewajiban & tanggungjawab etuza.


Barulah smart nampak.
Banyak juga urusan. 
Syukran semua urusan selesai.
Balik ke rumah tepat jam 3.40 petang.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 30 Ogos 2012

Laungan Merdeka!


السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Guru Besar sekolah melancarkan sambutan
hari merdeka dengan laungan merdeka 
sebanyak 7 kali.

Negara Malaysia menyambut hari raya aidilfitri serentak dengan sambutan bulan merdeka bagi Malaysia ke 55 tahun. Di sekolah etuza diadakan majlis perhimpunan dan perarakan murid atau warga sekolah yang bermula 7.20 minit pagi hingga 8.30 pagi hari ini 30hb Ogos 2012.

Etuza diarah menyediakan jalur gemilang dan menjadi jurugambar bagi aktiviti ini. Mujurlah masih ada shop yang masih menjual jalur gemilang. Etuza lihat murid Prasekolah dan murid sekolah rendah dari tahun 1 hingga ke kelas tahun 6 semuannya mengibarkan jalur gemilang dengan penuh semangat. Diharap mereka memahami bahawa merdeka itu adalah pelbagai makna selain daripada bebas daripada cengkaman kejahatan orang asing seperti kuasa Jepun pada masa lalu,merdeka juga boleh diertikan sebagai kemerdekaan melawan hawa nafsu malas, amarah dan sombong.Orang yang berubah dari keadaan hidup miskin menjadi orang yang berharta di dunia ~ juga dianggap merdeka dari belenggu kepayahan hidup dan penderitaan. 

Marilah hidup dalam keadaan gembira dan hidup aman damai di dalam negara kita yakni Malaysia.  Selamat menyambut bulan merdeka.

Kemerdekaan ini hasil dari 
derita pejuang yg telah gugur.
Syukran.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 29 Ogos 2012

Hari Raya GPM & Pengawas PSS SK. Penagatan pada 27hb Ogos 2012


السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Acara raya terbuka dimulakan pada jam 10.20 pagi
hari isnin 27.8.2012.
Bacaan doa selamat oleh Ustaz Mubin Md Alias
Yang bersongkok tu.
Dao makan oleh Adik Ibnu Mustaqim.
Memulakan juadah ialah Guru Besar
SK. Penagatan En. Garipin Elid. 


Antara juadah : Rendang, ayam masak kari,
nasi impit, nasi kismis, kek, pelbagai biskut
raya oleh pengawas2 yang sporting, puding
koktile buah-buahan dan sosage.Minuman 
air bandung.


gambar kenangan open house PSS SK. Penagatan
2012.
TERIMA KASIH YANG HADIR.
Majlis ini berakhir pada jam 10.40 minit pagi.
Alhamdulillah..lancar dan tak ganggu P&P.


Puding  


Nasi Kismis etuza


Ayam masak rendang isteri etuza.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 26 Ogos 2012

Pose hari raya baju baru aliya & dan doa

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Baju biru ni etuza yang pilihkan untuk aliya
dihari raya ke pertama, ketika rumah
terbuka etuza sejak 9.00 pagi hingga 9.00 malam.


Pose kanangan hari raya aliya di taman bunga
etuza.



Baju pink ni pilihan etuza juga untuk aliya
di hari raya ke 4.

Baju hari raya aliya dipakai pada masa
hari raya ke 2 di rumah mertua etuza
dan di rumah mak etuza. Baju raya 
pilihan mama aliya.


Pose kenangan aliya dekat
bunga berjuntai etuza di laman.

Pose aliya untuk blog pesona.
Di laman depan rumah etuza, bunga kertas
anggun berbunga.
Pose aliya dekat pagar dan sambil pegang bunga
puding ikal mayang.
Nah tengok tu lepas pose main dah basikal
yang abang 9 tahun tu..sure basikal aliya rosak...
apapun happy sangat aliya dan abangnya
ni khatam 30 hari puasa di bulan ramadhan 
2012. syukran.

Doa Kebahagiaan Keluarga

"Ya Tuhan kami! Berilah kami isteri kami, anak cucu kami semua menggembirakan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang bertaqwa"
pose raya  
anak etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini