Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 9 Mac 2013

Songkok Hitam Diapit Enam Smart Boy Vase Hijau

Dokumen Afif dari SMK Keningau, masa menumpang sementara di sekolah tersebut, baru saya urus, oleh itu dokumen penting tersebut saya hantar ke sekolah baru Afif di SMK Agama Keningau dimana SMKA ni di istilahkan sebagai Sekolah Mencari Keredahan Allah. Tepat kan singkatan SMKA tapi sebenarnya Sekolah Menengah Agama Keningau, Sabah. Sekolah baru menengah yang begitu cantik lokasinya di Daerah Keningau. Syukur sangat2 anak ke 5 dapat memijakkan kaki ke sekolah ini. Pengetua juga bukan calang2 orangnya sangat berpengaruh kerana sekian lama mentadbir Sekolah Menegah Agama Tun Datu Mustafa sebelum berpindah ke sekolah agama Keningau.
Nampak tak cikgu perempuan tu,bertudung manis, dialah yang ambil dokumen Afif, kami disambut mesra dan katanya ambillah peluang melawat sekitar sekolah ini, rumah pengetua juga BANGLO katanya. Benar sekolah ni sangat-sangat tesergam indah. Semoga para guru di SMKA Keningau akan menjana pelajar cemerlang untuk Negara Malaysia amnya. Kalau tak silap guru ni mengajar Bahasa Inggeris dan namanya ialah Cik Fauzana..
please klik! photo 


 Oleh kerana menghantar dokumen tersebut saya lakukan musim sekolah pada hari Isnin bersamaan 4hb Mac 2013, saya berilah peluang kawan-kawan Afif yang tahun 6, tahun 5 dan tahun 4 kesemuannya pengawas sekolah saya agar ikut sama sambil melawat Afif di sekolah agama Keningau..dengan harapan semoga Afif gembira apabila dapat melihat kawan-kawannya yang SMART bervase hijau dengan padanan tie merah menyala.
Tiba kami di kawasan sekolah ini, macam sunyi sahaja kerana P&P sedang berlangsung. Mujurlah ada pengumuman maka Afif pun segera berjumpa dengan kami. Inilah kenangan terindah Afif ketika kami lawat dia serta first time jumpa kawan-kawan selepas di buka sekolah ini.


Ha ini sesi nak balik semula ke sekolah saya, sebelum tu mereka minta snap sekali lagi berlatar belakangkan sekolah agama ini. Gaya bebas..nampak sedap mata memandang mereka. Smart boy lah katakan..
Lastly: Semoga Afif akan menjadi insan yang bertaqwa. Amin

@hakcipta etuza 


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka: