Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Ogos 2014

Cabaran 6 Hari Dibulan Syawal


Pertama sekali saya panjatkan syukur ke hadrat Allah.
Kerana dengan kurniaNya kita sempat juga berada di bulan Syawal.
Seperti biasa setiap menjelang bulan Syawal selepas Ramadhan,
kita akan fikirkan dan mengira bila masanya kita 
jalankan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal.

Sebagai hambaNya yang mendambakan kasih Allah,
sedaya upaya kita mengatur masa sebijaknya bagi
menunaikan puasa 6 Syawal yang sangat dituntut ini.
Banyak infor mengenai fadilat puasa 6 Syawal.
Antaranya jika dilaksanakan berturut-turut selama 6 hari
pahala ialah kita diumpamakan berpuasa selama setahun,
dan kita dikurniakan rahmat yang lain jika kita berjaya
menyahut cabaran puasa 6 Syawal.

Alhamdulillah tahun ini saya berjaya 
menyahut cabaran ini. Memang banyak perit
yang di lalui. Di khalayak ramai kiri kanan
kita melihat ramai yang tak puasa. Inilah antara cabarannya.
Kadangkala kita dijemput ke majlis raya terbuka mereka.
Kita terpaksa hormat dan memberitahu kita sedang berpuasa.
Hari ini saya jalankan puasa ada dua undangan yang
saya tak dapat bersama. Terima kasih kepada yang 
mengundang, tetapi ketaatan kepadaNya mendorong
saya utamakan dahulu 6 puasa di bulan syawal.

Kepada yang berpuasa 6 syawal seperti saya
kuatkan azam dan tabahkan hati.
InshaAllah akan selesai juga akhirnya.

Selamat berpuasa 6 di bulan syawal.

Hakcipta@etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 11 Ogos 2014

Seketika Di Awanan Biru - Subahanallah

Betullah bahawa kehidupan ini satu perjalanan
Selagi kita ada nyawa, selagi itu berbagai rupa bentuk
pengalaman yang kita akan lalui.

Berada di awanan biru sangat mengujakan diriku
sesungguhnya berada di awanan biru satu situasi
yang sangat mengasyikkan, satu keadaan bahawa 
kita seolah-olah sedang terbang lepas di awanan biru.

Subahanallah...alhamdulillah huAllahu Akhbar.

Betapa besar kuasaNya dan betapa kasih Allah
kepada kita sebagai hambaNya yang memegang
Kalimah Allah, Nabi Muhammad itu rasulullah.



Lihat awanan biru ini...kita berada jauh di udara..
Tenang dan begitu damai...
Sekali lagi saya katakan 
Subahanallah
Sungguh nikmat kehidupan ini.
Terima kasih Ya Allah..
memberi saya peluang nikmat
yang sungguh luarbiasa
dalam kalung kehidupanku.



Kadang kala saya merasa bagai mimpi..
bila mengingati saat dan seketika berada 
di awanan nan biru..
Aduhai hebatnya melihat alam..
Rupanya inilah nikmat bila
seekor burung terbang di awan biru..
Menikmati indahnya dunia ini..
Sungguh nikmat..
Subahanallah..



Akan tetapi nikmat berada di awanan biru ini..
hanya seketika sahaja.Sedang realiti
sebenar-benarnya ialah kita harus
berpijak di Bumi nyata.

Sebab itu kta harus kembali ke fitrah asal..
bahawa kita tidak miliki sayap untuk terbang..
Had keupayaan kita sangat terbatas.
Kepada yang selalu menikmati indahnya 
berada di awanan biru..
sesungguhnya apa yang saya rasai ini
anda semua merasainya.

Jadi mari kita besarkan impian..
Besarkan doa..
Untuk menakluki dunia..
InshaAllah..
tanpa terduga anda akan 
melihat keindahan bumi Allah ini
seluas-luasnya.

Sebelum undur diri...
Mari baca ALFATIHA UNTUK
MH370 & YANG TERKORBAN MH17
Semoga mereka diampunkan dosa 
dan ditempatkan di sisi orang-orang yang 
beriman di alam barzak.


Hummm ini juadah di awanan biru
Sedap..Nyammm!!!

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 10 Ogos 2014

Alamak Apa Dah Jadi!!...

Inilah proses penyembelihan ayam-ayam yang
diguanakan untuk dibuat gulai atau lauk pauk.
Puteri etuza yang kedua nampaknya mengambil gambar
kenangan ini di sekolahnya di SMK Agama Mohammad Ali Ranau, Sabah.
Sebagai ayah saya rasa inilah pengalaman sebenar dia 
sedangkan di rumah di kampung jarang sudah nak
sembelikan ayam, berbanding zaman remaja saya.
Di mana saya selalu membantu ayah dan ibu 
mencabut bulu ayam selepas ayam yang telah disembelih itu
direndam dalam besen berisi air panas. 
Kata ibu selepas direndam bulu ayam akan mudah dicabut
sehingga bersih.
Nampaknya ini pengalaman luar biasa anak perempuan etuza.
Boleh lah dia bagitahu kami bagaimana
caranya nak bersihkan bulu ayam yang baru disembelih.

Ok jemput tengok ya..

ALAMAK!!!! apa dah Jadi!!!!

Dimasukkan ke dalam besen besar..

Buka kepala ayam..


Ayam sedia dituangkan air yang panas untuk mudah cabut bulu2 ayam.


Gotong royong mencabut bulu ayam secara team work.
Inilah prosesnya..


 Ha tengok dah siapa pun..nampak bersih..
Alamak nampak bulat..lepas ni apa nak buat?

Hampir siapa..

Alamak apa dah jadi ni !!!
Tak apa lah cepat-cepat potong potong..
orang dah sedia nak masak...

Ha ini lah kejadiaannya..
kan dah kata bulat, jadi ayam bulat .


Tahnia pada anak saya dan kawan-kawannya sekurang-kurangnya
telah belajar sesuatu yang baru.
Sempat abadikan dengan ayam bulat,...
Ok yang pegang dagu tulah puteri kedua etuza..
happy lah tu berjaya membuat misi mencabut bulu-bulu
ayam, saya difahamkan inilah antara anak guru yang
bersama dalam majlis makan-makan mereka..
layan...


Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 9 Ogos 2014

Layar Kehidupan & Merantau Satu Hikmah Kehidupan.

Perkenalkan sebuah blog baru yang saya jumpai seketika lalu.
Nampak Follow masih angka sa terus saya berminat nak bantu 
promot kan blog ini di alam maya. Jomm terjah dan follow of course 
kita baca informasi blog ini. Sama-sama kita berkerjasama. 

Perkenalkan Putera Etuza 

Ibubapa mana yang tak mahu melihat anak-anak
berjaya dalam kehidupan ini.
Sepatut putera saya ini masih terus belajar di 
tingkatan enam atas.
Apa kan daya kemahuan dia nak masuk 
kursus Diploma Farmasi.
Tempatnya jauh naik flight...nun di Kota Baharu, Kelantan.
Sebagai ayah mana baik untuk anak bagi lah dia peluang.
First time berpisah terasa sangat berdebar dan rasa
kehilangan seketika.
Bukan apa - apa tetapi terbayang boleh kah
dia mengurus diri. Segera saya fikirkan secara positif
dia boleh berdikari mengurus diri kerana membesar
di asrama sejak tingkatan 1 - tingkatan lima.
Hanya mampu berdoa dan terus berdoa 
mengiringi kejayaan putera saya ini.


Ini lah ibu anak saya ni, saya tahu dia amat-amat sayang 
dengan putera pertama kami ini. Tiap hari dia cal dan
mesej " Jaga solat, jaga diri, betulkan niat dan
selalu lah ingat ibu dan ayah serta adik-adik"
" Minta usah terpedaya pada gejala sosial yang tak elok"
" Mohon pada Allah selamatkan putera kami, rahmati dia
dan berilah dia peluang untuk mengenggam segulung
diploma dengan point yang tinggi"
Amin ya rabbal alamin.

Ini lembaian terakhir dan senyuman akhir putera
saya kerana nak naik flight dah bersama kawan sekursus
Yasin namanya. Saya ada pesan keduanya agar
study bersama dan buat betul betul. Menurut putera
saya Yasin kawannya itu SPM result 6 A.Hebat tu.


Kenangan bersama adik - adik dan ibu dia di Airport 
Kota Kinabalu, Sabah.

Ini seangkatan dengan putera saya ambil diploma
farmasi. Happy ja...tapi ada seorang gadis tu
mengusik putera saya. Maklumlah kami first time
berpisah jauh. Jauh tu Kota Baharu.
Payah nak lawat hanya dapat berkomunikasi
menggunakan handphone.
Menjadi kebiasaan saya sebagai ayah
peluk anak-anak ketika pergi asrama.
Bukan anak manja tetapi sebagai ayah
itulah perlakuan terbaik menangi hati anak-
anak.
Saya harap anda bersetuju dengan etuza.

Ok entry berakhir. Baru tadi putera saya
cal ibu dia menyatakan sampai dah di
Kota Baharu, Kelantan.
Syukran Alhamdulillah.

hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 4 Ogos 2014

Pakaian Kurta Selesa Dipakai Ke Masjid Khasnya Solat Jemaah.

Pakaian Kurta Lelaki Muslim

 
KurtaPakaian kurta untuk lelaki muslim amat selesa dipakai khasnya ketika kita menunaikan solat jemaah di masjid atau di rumah.


Selain ringan longgar dan rasa sejuk semasa berpakaian kurta ala-ala jubah ini. Sebagai seorang Islam sebaiknya kita cuba berpakaian kurta selain baju melayu atau jubah semasa mengahdapNya.Jika di Sabah harga baju kurta ini dalam sekitar RM 30 hingga mencecah ke RM 80 sahaja. Kain yang digunakan jenis yang sejuk licin dan kualiti.Dapatkan kurta untuk anda sendiri jika handak mengikut sunnah Nabi kita . InshaAllah. 

Pada hari Jumaat kita diwajibkan datang jemaah solat Jumaat di Masjid atau di surau. Masa inilah kita cuba amalkan memakai kurta muslim. Pakaian yang baik selesa dan sesuai digunakan ketika apa juga majlis Allah dan ketika solat.

Hakcipta @ Etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 22 Jun 2013

Bersabarlah & Kuasa Doa Kita, Yakinlah...

Hari sabtu ni tak sahlah jika tidak updatekan blog. Tapi terkial-kial juga mencari bahan atau idea yang kira boleh diterima oleh pembaca umum. Atau sekurang-kurangnya untuk bahan bacaan peminat blog Pesona. Terima kasih yang datang membaca entry saya selaku pemilik blog Pesona.

 " Bersabarlah & Kuasa Doa Kita, Yakinlah "  ha ni lah bunyinya tajuk entry saya. Pada saya yang kini telahpun berusia, sangat wajib berubah dari segi cara berfikir, membuat tindakan dan keputusan, dalam apa juga segi kerana sesungguhnya kita terdedah dengan berbagai macam masalah dalam kehidupan kita. Tindakan lain ialah belajar bersabar, kerana jika tiada kesabaran kita akan terus membuat tanggapan yang salah kepada orang lain. 

Misalan...dalam hal adik beradik sendiri, dalam hal persahabatan, percintaan, hubungan keluarga, hubungan kepada ibubapa, isteri dan anak-anak sendiri. Jika sekiranya ada orang lain yang meminta pertolongan kita, kita pasti bersedia untuk membantunya jika kita mampu memberi bantuan. Tetapi ada berbagai cara dan keadaan jika kita mahu membantu orang lain itu. Jika kita tak mampu membantu pada kadar segera sebagaimana yang dikehendaki, orang yang mahukan bantuan itu harus bersabar dan yakinkan diri bahawa orang atau sahabat kita itu pasti akan membantu kita nanti, kemungkinan orang yang mahu membantu itu nampak belum ada situasi mendesaknya agar percepatkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan itu, dan telahpun menjelaskan PASTI akan membantu. Orang yg memerlukan bantuan itu jika belum mendesak keadaan dan orang yang sedia bersetuju membantu belum berjaya membantu dalam masa yg diperlukan oleh yang meminta tolong, seharusnya orang yg meminta tolong itu teruskan bersabar dan elakkan bersangka buruk terlebih dahulu. Hal sebegini harus dipahat dalam hati oleh yang meminta tolong sekiranya orang yang meminta tolong itu berada jauh beribu kilometer dengan orang yang bersetuju mahu membantunya. Tiada pilihan lain selain orang yang meminta tolong itu tetap mahukan pertolongan kepada kawannya, abangnya atau sahabatnya kah.

Tindakan orang yang meminta bantuan itu, jika pada hari tersebut sahabat atau saudaranya belum juga  berjaya membantunya ialah dengan cara amalkan seperti berikut:-

1. berfikiran positif, usah terus buruk sangka.
2. Bersabar dan usahakan agar lebih yakin pada orang yang kita kehendaki untuk membantu, kerana sudah ada perundingan.
3. Berdoa sungguh2 agar diberi bantuan oleh orang tersebut.
4. Jangan hantar SMS putus asa atau SMS memaksa pertolongan disegerakan, kerana keadaan belum mendesak ( masih ada waktu)
5. Fikirkan kawan ,abang, saudara atau sahabat yang mahu membantu itu juga ada urusan lain, sebab itu ada terlambat membantu ( misalan memasukkan wang ke ATM atau apa2 bentuk pertolongan)
6. Hindarkan SMS mengungkit bahawa dulu orang yang mahu membantu itu pernah ditolong oleh yang meminta tolong.( kalau diungkit buruk siku namanya)
7.Harus ingat tali persaudaraan tidak akan putus, jika dua insan itu sebenarnya adik beradik, dek kerana siabang atau kakak atau adik tidak berjaya membantu pada hari yang diminta.Selidiki dulu kenapa lambat membantu pasti ada jawapan menyejukkan hati.
8.Ingat bahawa tidak semua hari memberikan kesempurnaan pada perjalanan hidup kita. Percayalah yakinlah bahawa yang SEMPURNA itu adalah Allah.Misalan nak masukkan wang ke ATM tetapi jalanraya waktu itu jem atau sesak ada kemalangan atau road blok. Macamana nak bantu pada kadar segera.
9. Beristigfar banyak2 agar kita dapat membina kesabaran dan keimanan dan keyakinan tidak akan pudar pada kawan kita.
10. Jika benar2 bantuan tidak diberi oleh orang yang sudah bersetuju, dan alasan tidak kukuh, buat apa kan nak minta tolong lagi pada orang itu, anggap tiada rezeki dan katakan bahawa " sekali dibohongi seribu kali tidak akan percaya. Inilah hukuman jika mahu bantu, setuju nak bantu tetapi akhirnya tidak membantu.

( Saya harap yang membaca tu faham maksud saya ni...saya bercerita berdasarkan pengalaman hidup saya, apabila ada hambaNya yang berada jauh di seberang, jauh beratus kilometer dari tempat saya,tetapi meminta bantuan, hanya yang menghubung ialah handphone atau FB~ dan saya nak katakan bahawa saya telah berjaya membantunya tetapi tidak pada hari yang diminta, dan saya tahu belum terlalu mendesak situasi masih dalam keadaan selamat dan menyelamtakan orang yang meminta tolong )

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 16 Jun 2013

Ramadhan Semakin Dekat...

Assalamualaikum..
Sebuah bingkisan dari etuza


@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 10 Jun 2013

Dakwat Air Lautan

Assalamualaikum..


" Jika air lautan itu dijadikan tinta atau dakwat
untuk mencatat ilmunya Allah, sehingga
kering air lautan pun tidak dapat..
menghabiskan mencatat ilmu Allah.
Dan jika dilipat gandakan air lautan
itu pun tidak akan dapat menghabiskan
mencatat ilmu Allah"

@Hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 21 April 2013

Kekayaan Surah Al Fatihah

     Mengamalkan Al Fatihah memudahkan rezeki. Ayat yang mengandungi 7 ayat sahaja ini, merupakan surah yang kaya. Kerana surah Al Fatihah mengandungi pujian dan syukur kepada Allah dengan menyebut nama Allah dan sifat-sifat-Nya yang mulia, menyebut Hari Kemudian, Hari Pembalasan dan tuntutan, lalu menganjurkan kepada hamba supaya meminta kepada Allah dan merendahkan diri kepada Allah, serta lepas bebas dari daya kekuatan dirimenuju kepada tulus ikhlas dalam melakukan ibadat dan tauhid pada Allah, kemudian menganjurkan kepada hamba sahaya selalu meminta hidayat taufik dan pimpinan Allah untuk dapat mengikuti shirat mustaqim, supaya dapat tergolong dari golongan hamba-hamba Allah yang telah mendapat nikmat dari golongan Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Shalihin. Juga mengandungi anjuran supaya berlaku baik mengerjakan amal saleh jangan sampai tergolong orang yang dimurkai atau terseset dari jalan Allah.
 7 ayat Al Fatihah berbunyi
Bismillah ( dengan nama Allah )
Ar-Rahman Ar-Rahim ( Yang maha pemurah lagi maha penyayang)
Alhamdulillahirabbil alamin 
( Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara alam semesta)
Malikiyaumidin 
( Raja yang memiliki pembalasan )
Iyyaka na'budu wa iyyaka nas ta'iin
( Hanya kepadaMu Allah kami mengabdi dan haya kepada-Mu pula kami minta pertolongan)
Ihdinaas Shiraathal mustaqiim
( Jalan yang lurus yang jelas dan tidak berliku-liku )
Shiraathalladzina an'amta alaihim ghairil
magh dhubi alaihim waladh dhaallin
( Jalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Tuhan atas mereka
dan buka jalan yang dimurkai Tuhan atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat)

Marilah membaca surah Al Fatihah dengan harapan mendapat
rahmat dari Allah. 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 6 April 2013

Tanpa Disedari Memakan Daging Mayat

   
Solat Jumaat memang wajib bagi tiap lelaki yang sudah baligh. Jika tiga kali tidak solat wajib Jumaat tanpa sebab maka jatuhlah dosa besar bagi seorang muslim itu.  Begitu juga dikatakan bahawa jika tiga kali tidak bercakap/ berbual dengan saudara sendiri maka gugurlah persaudaraan kerana dikatakan perbuatan tidak bercakap itu telah dianggap memutuskan tali silaturrahim.

Di mana-mana kedengaran sesama kita memperkatakan kelemahan orang lain. Tidak terkecualilah yang sedang membaca dan diri yang telah membuat entry " Tanpa Disedari Memakan Daging Mayat" iaitu pemilik blog Pesona. Dikatakan bahawa orang yang mengumpat, menghina, mengaibkan orang lain, mengejek dan memburuk-burukkan orang lain adalah diumpamakan orang yang sedang bercakap hal keburukan orang lain itu "Sedang Memakan Daging Mayat ". Dahsyatnya hukuman Allah itu. jelas bagi kita agar perbuatan buruk itu kita usah sama sekali amalkan kerana perbuatan meghina, mengaibkan orang lain itu ternyata sia-sia sahaja.

Khutbah Jumaat yang lalu, antara pengisiannya adalah berkisar hal memakan daging  mayat. Cukup memberikan saya kesedaran dan keinsafan agar menjauhkan dan membuang serta kikiskan hingga bersih amalan menghina dan mengaibkan orang lain, sedangkan kita punyai kelemahan sendiri.

Tahukah anda, bahawa musim politik meletakkan kita bebas membuat pilihan terhadap pemimpin untuk teraju negara hari esok. Memang tidak dinafikan akan berlaku situasi saling menjatuhkan. Saya hendak menyeru, kalau berpolitikpun berpada-padalah, kerana kita takut nanti hampir saban waktu, saat dan ketika orang tersebut hanya mendapat daging mayat untuk di jamah sebagai makanan. Berpolitiklah secara sihat, berpolitiklah dengan bersih agar kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 5 April 2013

Tetamu Yang Berlalu Meninggalkan Pesona Kenangan


05hb April 2013 tamat episod PBS ( Pendidikan Berasaskan Sekolah)
bagi guru pelatih dari IPG Tunku Abdul Razak Sarawak seramai 3
orang iaitu Fazerah Jauni, Norlela Hamirin dan Nur Syahirah Rahsid.
PBS mereka selama seminggu sahaja..cukup meninggalkan kenangan.
Antara kenangan itu dapat kita saksikan
menerusi gambar2 yang saya ambil ketika
mereka bersua muka terakhir kepada
Guru Besar dan Penolong Kanan Hem
di sekolah saya.


 Dalam gambar tu kelihatan mereka menyampaikan
cenderakenangan kepada Guru Besar dengan di
temani oleh PK Hem. Rasanya Guru Besar 
turut gembira dengan penghargaan sebegitu..
Cantik sekali cenderahati itu..
apabila menghias sudut bilik guru besar..
Terima kasih kepada mereka..

 Cikgu Norlela ...kedapatan sudah kamu
speaking BI tadi di PSS...mybe..
kalau jumpa nanti saya ..
nak bercakap BI dengan kamu kio..
coz..sangat memahami..
Tahniah nilah insan yang
diperlukan dalam pendidikan negara..
teruskan menguasai BI kio mandak..


Kalau dah sesama wanita inilah kebiasaannya..
mereka ckup peka dengan menghulur salam 
tanda hormat kepada yang lebih berumur.
Inilah tanda generasi muda yang bakal
mewarisi gelaran CIKGU pada masa akan
datang akan menjadi guru muslimah
yang benar-benar ikhlas.
Tahniah..

Terkejut pun ada masa ini..
tidak ada apa-apa budi yang saya hulur,
yang saya beri kepada mereka selama seminggu
PBS di sekolah saya..cuma sekadar
memberikah izin dan menggunakan sama-sama
kemudahan ruang Pusat Sumber sekolah saya..
Saya sebenarnya tidak termakan pujian ..kerana
PSS sekolah saya tidaklah menyerlakan seri kecantikan
seperti PSS di sekolah lain..PSS mereka jauh lebih
hebat . Cuma PSS di sekolah saya aktif dari
pengisian program yang sepatutnya bagi
sesebuah PSS. Aktiviti itu di saksikan oleh
mereka bertiga. Maka dengan pengisian program yang
aktif itu nampaklah betapa besarnya PSS sekolah saya
setanding dengan PSS di sekolah-sekolah lain.
Dengan sebab itu, adanya kerjasama saya
kepada mereka dalam memberikan infor atau maklumat
yang mereka inginkan maka saya 
akhirnya mendapat CENDERAHATI
dari mereka bertiga.
Terharunya..
Syukran Alhamdulillah..
Kerana dapat rasa 
kegembiraan hari ini.
Itu semua anugerahNya.
Terima kasih.

memang Nur Syahirah yang bertudung bawal hitam tu..
Wow! tingginya...
Untyuk Cikgu Fazerah yang bertudung bawal biru tu..
sebenarnya dia pernah menjadi anak murid
saya pada tahun 2005 tahun 6 dan saya ajar kelas 
dia Sains masa itu. Fazerah kini sedang
menjalani kursus Pendidikan di IPG Sarawak
tetapi dia berasal  sedesa dengan saya..
Tiba-tiba saja latihan PBS di sekolah 
dia masa sekolah rendah..
Itupun kira anugerah dariNya
Tahniah Fazerah J 
&
terima kasih..
Terima kasih..
terima kasih..

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 4 April 2013

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran & Pembelajaran Sangat Penting

Sebagai seorang cikgu, sebenarnya satu perkara yang perlu diamalkan di dalam kelas ketika menjalankan satu sesi  pengajaran dan pembelajaran ialah cikgu itu perlu mencabar kemahiran murid dalam KBKK ( kemahiran berfikir kreatif dan kritis ) Hal ini pada saya amat penting dicerap ke dalam sesuatu P&P yang lebih berkesan. 


Menyentuh hal KBKK, tiap kali slot P&P, saya memang melakukan KBKK ini, untuk tujuan pada hari itu siapa murid yang lebih jauh ke hadapan dari aspek pemikiran. Selain itu KBKK itu bertujuan juga mencabar murid untuk menjana idea yang kreatif dan kritis berdasarkan logik yang boleh diterima akal. Kadang-kadang cerapan KBKK yang saya lakukan itu sebenarnya amat mudah dan sesuai dengan aras umur murid. Tetapi sayang sekali murid saya tidak berapa berjaya menyahut cabaran saya. Sehingga saya sendiri tidak berpuas hati, nak kata susah soalan saya tidak juga sebab 3 soalan yang saya ajukan hanya 1 soalan dapat dijawab dengan tepat berdasarkan nilai KBKK.

Antara soalan saya ialah:-

1. Ok murid-murid semua saya nak tanya kamu semua, boleh kah manusia terbang di udara? Tiada jawaban.
Jawaban yang saya perlukan ialah, Ya manusia boleh terbang ke udara dengan menaiki kapal terbang, kapal terbang itu boleh membawa kita ke udara dengan lebih tinggi berbanding burung. Inilah kelebihan kita sebagai manusia yang memiliki akal fikiran.

2. Orang yang rajin, berdisiplin dan selalu menyelesaikan tugasan di sekolah dengan tepat masanya, orang-orang inilah yang akan diberi anugerah kejayaan, siapa kah yang memberikan kita kejayaan?
Sekali lagi mata murid saya bulat ja melihat saya. Padahal jawapan yang paling saya mahukan ialah Allah yang beri kita anugerah, bukan mak ayah awak, bukan guru - guru awak. Ibubapa dan guru hanya memberi sokongan , motivasi dan galakan.

3. Apakah pula maksud cikgu katakan bahawa orang yang rajin itu dikatakan atau diumpamakan sebagai Ulat Buku?. Sekali lagi murid-murid saya berdiam diri, mata mereka terkebil-kebil tengok muka saya. Apa lah hal murid saya ni, Jawapan yang saya nak ialah orang yang digelar Ulat Buku itu ialah orang yang rajin membaca buku dengan tidak mengira tempat dan masa, asal ada ruang masa orang itu akan membaca buku. Kenapa pula digelar ulat buku, mudah ja, ulat tu kalau nak makan daun dia akan duduk perlahan-laham memakan daun-daun yang ada hingga habis dimakan, biar dia dah kenyang ulat tu tetap akan makan daun-daun sehingga pokok itu tinggal ranting-ranting kayu. 

3 KBKK saya sangat tidak berjaya dijawab dengan baik oleh murid saya kali ini. Saya pun mula lah membuat refleksi, akan membuat lagi soalan KBKK yang agak mudah sesuai dengan umur mereka. Tahun 6 dah takkan tak boleh fikir soalan mudah macam tu. Murid saya ni terlalu pemalu ke, tak pernah diasah KBKK ke apa. Risau juga kalau tak terfikir jawapan yang mudah macam tu. Lastly saya juga sebagai cikgu memberikan jawapan. Saya lihat mata mereka amat berpuas hati. ( Nak bagitahu saya ~ Guru Perpustakaan & Media ~ Just try KBKK murid  di Pusat Sumber )
@hakcipta etuza





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 6 Mac 2013

Mahu "Otak Kalah" atau Mahu "Otak Menang"

     Orang yang mempunyai "Otak kalah" sentiasa melihat hidup ini dengan kaca mata gelap lagi hitam. bagi mereka, penutup cerita bagi setiap segmen hidup ini adalah kesedihan, penderitaan dan kehancuran. Hal ini berbeza daripada orang yang mempunyai "otak menang". Mereka yakin dengan pertolongan Allah. Mereka menerima hakikat hidup ini mesti ada masalah. Mereka juga yakin, bagi setiap masalah ada jalan penyelesaian. Bagi mereka dengan pendekatan dan landasan yang betul, hujung cerita bagi kehidupan ini adalah bahagia dan gembira. Mereka tidak mengenal erti kecewa. Inilah sebenarnya orang yang berjaya di Dunia dan di Akhirat. Wallahualam..( dipetik dari buku motivasi 7 formula Individu Cemerlang, edisi kedua) 
@hakciptaetuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 2 Mac 2013

Perintah Berkurung & Mohon Doa 1 Sabah 1 Malaysia Khas Di Ladad Datu

Bahaya di Lahad Datu, Sabah..
Perintah Berkurung..
Sebagai satu langkah keselamatan 
Rakyat di Lahad Datu, Sabah.
( gambar ni etuza copy di laman Zulkabo..klik ni info jelas )
Petang 01hb Mac 2013, etuza call adik di Sandakan, Sabah, nak tanya khabar dan ada beberapa hal keluarga hendak beritahu dia. Dalam call tu adik ada memberitahu beberapa perkara di Lahad Datu, Sabah.
Adik  : Sekarang ni berlaku tembak menembak di Lahad Datu, 2 orang anggota Komando PDRM terbunuh dalam kejadian tu.
Etuza : Serius Bell, bagaimana suami Bell adakah dia terlibat berkawal di Lahad Datu?
Adik   : Abang, tak terlibat tetapi dia bersedia dan bila-bila masa ke sana jika ada arahan. Sekarang ni diorang berkawal di Sandakan, kan Sandakan ni dekat dengan Lahad Datu.
Etuza : Risau ni Bell, penceroboh pengikut "Sultan Sulu" tu tak dapat dikawal dan diusir..
Adik : Kita doakan keselamatan pejuang kita di Lahad Datu, semua rakyat Sabah wajib doakan keselamatan PDRM kita dan rakyat di Lahad Datu, Sabah..kalau pengikut penceroboh tu ramai yang maut terkorban, perintah berkurung di Bandar Lahad Datu pun sudah tu...
Etuza : Ya Allah, selamatkanlah Bumi Sabah..kita hanya mampu berdoa Bell..

Setakat itu yang disampaikan oleh adik etuza dari Sandakan, adik etuza tu sebenarnya suami dia Polis, sebab itu banyak info dia tahu. Pernah dia ceritakan bahawa suami dia ditawarkan naik pangkat ekoran dari kejayaan dia menumpaskan seorang musuh yang paling dikehendaki yang dulu pernah buat onar besar-besaran di Sandakan. Suami adik saya tu yang berjaya menembak dan menangkap hidup2 musuh itu. Gerun! kerja keselamatan ni sebenarnya sentiasa berhadapan dengan maut, apapun sesungguhnya kematian itu pasti. Tanpa sebab dan tanpa pergi berperang pun kita akan maut, semuanya takdir dariNya.

Etuza nak bawa semua 1 Sabah dan 1 Malaysia mendoakan agar Bandar Lahad Datu, Sabah selamat dan cepat terhindar dari kejahatan pengikut dan penceroboh yang kononnya mengaku " Sultan Sulu". Apa sebenar disebalik semua ini...etuza hanya mampu berserah padaNya. Oh ya satu lagi nak pesan, kalau dapat kepada masyarakat yang hendak ke Lahad Datu tu tunda dulu, tunggu peristiwa berdarah di Lahad Datu reda dan selesai sepenuhnya.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini