Pertama sekali saya panjatkan syukur ke hadrat Allah.
Kerana dengan kurniaNya kita sempat juga berada di bulan Syawal.
Seperti biasa setiap menjelang bulan Syawal selepas Ramadhan,
kita akan fikirkan dan mengira bila masanya kita
jalankan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal.
Sebagai hambaNya yang mendambakan kasih Allah,
sedaya upaya kita mengatur masa sebijaknya bagi
menunaikan puasa 6 Syawal yang sangat dituntut ini.
Banyak infor mengenai fadilat puasa 6 Syawal.
Antaranya jika dilaksanakan berturut-turut selama 6 hari
pahala ialah kita diumpamakan berpuasa selama setahun,
dan kita dikurniakan rahmat yang lain jika kita berjaya
menyahut cabaran puasa 6 Syawal.
Alhamdulillah tahun ini saya berjaya
menyahut cabaran ini. Memang banyak perit
yang di lalui. Di khalayak ramai kiri kanan
kita melihat ramai yang tak puasa. Inilah antara cabarannya.
Kadangkala kita dijemput ke majlis raya terbuka mereka.
Kita terpaksa hormat dan memberitahu kita sedang berpuasa.
Hari ini saya jalankan puasa ada dua undangan yang
saya tak dapat bersama. Terima kasih kepada yang
mengundang, tetapi ketaatan kepadaNya mendorong
saya utamakan dahulu 6 puasa di bulan syawal.
Kepada yang berpuasa 6 syawal seperti saya
kuatkan azam dan tabahkan hati.
InshaAllah akan selesai juga akhirnya.
Selamat berpuasa 6 di bulan syawal.
Hakcipta@etuza.
2 Pesona Kata Hati Mereka:
Alhamdulillah... saya dah selesaikan puasa 6 kelmarin. Saya cuba elakkan berpuasa hari cuti kerana cabarannya banyak, saya cuma berpuasa hari bekerja...
setuju dengan bro JR. Saya puasa berturut-turut, lain cabarannya. hehehe ada jg tak sahur..semoga ada Hikmah puasa ini. Amin, tak ikhlas tak jadi puasa, puasa tak ikhlas derita jadinya.so kena ikhlas demi Allah
Catat Ulasan