Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 12 Mei 2013

ISTEMEWA KEK KUKUS MUKAH SEMPENA HARI LAHIR


Istemewa Kek Kukus Mukah Untuk Puteriku Aliya

 Seorang satu saja tau!...

Tempah kek juga pula ni, nilah kek yang Aliya
nak...

Rakan2 meraikan hari lahir Nuraliya yang ke 8
tahun.

Sempena hari lahir dia yang 8 tahun
saya dan mak dia rancang akan beri dia
satu kejutan, iaitu akan mengadakan
sambutan hari lahir dia bersama
raka-rakan sekelasnya 
di Pusat Sumber sekolah
yang tarikhnya jatuh pada
2hb Mei 2013.

Happynya Aliya bersama kawan-kawannya
antara juadah ialah, nasi ayam rendang
bergedel dan sayur tumis bersosej.
Tapi yang sepecialnya ialah
seorang satu kawan-kawan Aliya
dapat KEK KUKUS MUKAH
air tangan ETUZA..
ayah, abi dan abah Aliya.

HAPPY BIRTHDAY TO ALIYA
semoga sihat selalu dan
menjadi anak yang sollehah.
Amin.

@hakcipta etuza

Ahad, 28 April 2013

Bergedel Sayuran Enak Dimakan Bersama Sos Cili

Bergedel Sayuran
Resipi baru dicuba ..
Rupanya berbaloi kerana
Anak-anak sangat menyukai
Apabila dimakan bersama sos cili
2,3 ketul dimakan dengan penuh
gembira..


Kepada yang sudah biasa
membuat bergedel sayuran ini..
rasanya resepi sudah melekat
dalam minda..

Kepada yang nak mencuba
inilah resepi bergedel sayuran..

2 biji ubi kentang ( dibelah empat dan digoreng)
1 tangkai daun sup - dihiris halus
1 batang lobak merah - direbus dan dipotong dadu
5 tangkai kacang buncis - direbus dan dipotong dadu
1 biji telur
Sedikit serbuk lada sula
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak

CARA MENYEDIAKANNYA

Ubi kentang yang direbus diasingkan selepas dilenyek
Masukkan sedikit garam, daun sup, bawang goreng,
lobak merah, kacang buncis dan serbuk lada sulah.
Gaul kesemua bahan sehingga sebati
Bentukkan bulat  atau bujur
Celupkan ke dalam telur dan digoreng
dengan minyak yang panas.

Enak dimakan bersama sos cili.
Selamat mencuba

@hakcipta etuza


Pesona Serba Putih Hadiah Hari Lahir Jan 11hb 2013

Pertamanya nak ucapkan kesyukuran kehadratNya kerana masih mampu melayari internet di pagi ahad yang dikatakan hari rehat2 santai2 untuk kita semua berhujung minggu. Lepas tu nak ucapkan salam kemaafan yang telus kepada semua yang datang ke laman Pesona Blog. Belum terjawab atau belum melakukan BWalking, atas kesibukan sejak akhir2 ini. Datang ke ruang maya kali ini untuk buat entry yang tak seindahnya, tak seirama dengan kehendak semua, tetapi sekadar hendak pamirkan bahawa hidup ini indah, hidup ini manis meskipun ada kalanya pahit melanda, lumrah hidup sebenarnya seperti itulah warna-warna nya.

Bukan nak gegarkan dunia sekadar pengalaman ini, bukan nak bangga bagainya sekadar melalui detik-detik ini. Tuntas saya katakan bahawa tak sangka kadang2 akan terjadi kebetulan sesuatu perkara dalam layar kehidupan kita. Contohnya sambutan hari lahir etuza pada bulan Jan 11hb  2013 nampaknya terperasan kami yang dirai tiba-tiba  pakaian serba putih dan kek hari lahir juga serba putih. Pelik tetapi benar adakah kebetulan atau ada insan lain yang cuba mengenakan saya dan guru wanita itu yang kebetulan lahir di Januari juga. Jujur saya katakan bahawa pelik dan masakan semuanya serba putih.Tetapi segera etuza fikirkan bahawa INI SEMUA KEBETULAN. Saya mengharap isteri tersayang tidak rasa nak bersangka buruk atas INSEDEN ini. Jika anda nak lihat tengoklah ya...., tetapi dalam masa yang sama indah dan manis kenangan ini. Terima kasih yang menghadiakan kek hari lahir ini ( dari staf sekolah etuza )

Dialah yang sebenar disampingku wanitu suri hatiku...
terima kasih masih setia menyayangi etuza.
Alhamdulillah..

@hakcipta etuza

Ahad, 21 April 2013

Kekayaan Surah Al Fatihah

     Mengamalkan Al Fatihah memudahkan rezeki. Ayat yang mengandungi 7 ayat sahaja ini, merupakan surah yang kaya. Kerana surah Al Fatihah mengandungi pujian dan syukur kepada Allah dengan menyebut nama Allah dan sifat-sifat-Nya yang mulia, menyebut Hari Kemudian, Hari Pembalasan dan tuntutan, lalu menganjurkan kepada hamba supaya meminta kepada Allah dan merendahkan diri kepada Allah, serta lepas bebas dari daya kekuatan dirimenuju kepada tulus ikhlas dalam melakukan ibadat dan tauhid pada Allah, kemudian menganjurkan kepada hamba sahaya selalu meminta hidayat taufik dan pimpinan Allah untuk dapat mengikuti shirat mustaqim, supaya dapat tergolong dari golongan hamba-hamba Allah yang telah mendapat nikmat dari golongan Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Shalihin. Juga mengandungi anjuran supaya berlaku baik mengerjakan amal saleh jangan sampai tergolong orang yang dimurkai atau terseset dari jalan Allah.
 7 ayat Al Fatihah berbunyi
Bismillah ( dengan nama Allah )
Ar-Rahman Ar-Rahim ( Yang maha pemurah lagi maha penyayang)
Alhamdulillahirabbil alamin 
( Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara alam semesta)
Malikiyaumidin 
( Raja yang memiliki pembalasan )
Iyyaka na'budu wa iyyaka nas ta'iin
( Hanya kepadaMu Allah kami mengabdi dan haya kepada-Mu pula kami minta pertolongan)
Ihdinaas Shiraathal mustaqiim
( Jalan yang lurus yang jelas dan tidak berliku-liku )
Shiraathalladzina an'amta alaihim ghairil
magh dhubi alaihim waladh dhaallin
( Jalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Tuhan atas mereka
dan buka jalan yang dimurkai Tuhan atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat)

Marilah membaca surah Al Fatihah dengan harapan mendapat
rahmat dari Allah. 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumlah Paparan Halaman

 

Blog Template by YummyLolly.com