Perkenalkan sebuah blog baru yang saya jumpai seketika lalu.
Nampak Follow masih angka sa terus saya berminat nak bantu
promot kan blog ini di alam maya. Jomm terjah dan follow of course
kita baca informasi blog ini. Sama-sama kita berkerjasama.
Perkenalkan Putera Etuza
Ibubapa mana yang tak mahu melihat anak-anak
berjaya dalam kehidupan ini.
Sepatut putera saya ini masih terus belajar di
tingkatan enam atas.
Apa kan daya kemahuan dia nak masuk
kursus Diploma Farmasi.
Tempatnya jauh naik flight...nun di Kota Baharu, Kelantan.
Sebagai ayah mana baik untuk anak bagi lah dia peluang.
First time berpisah terasa sangat berdebar dan rasa
kehilangan seketika.
Bukan apa - apa tetapi terbayang boleh kah
dia mengurus diri. Segera saya fikirkan secara positif
dia boleh berdikari mengurus diri kerana membesar
di asrama sejak tingkatan 1 - tingkatan lima.
Hanya mampu berdoa dan terus berdoa
mengiringi kejayaan putera saya ini.
Ini lah ibu anak saya ni, saya tahu dia amat-amat sayang
dengan putera pertama kami ini. Tiap hari dia cal dan
mesej " Jaga solat, jaga diri, betulkan niat dan
selalu lah ingat ibu dan ayah serta adik-adik"
" Minta usah terpedaya pada gejala sosial yang tak elok"
" Mohon pada Allah selamatkan putera kami, rahmati dia
dan berilah dia peluang untuk mengenggam segulung
diploma dengan point yang tinggi"
Amin ya rabbal alamin.
Ini lembaian terakhir dan senyuman akhir putera
saya kerana nak naik flight dah bersama kawan sekursus
Yasin namanya. Saya ada pesan keduanya agar
study bersama dan buat betul betul. Menurut putera
saya Yasin kawannya itu SPM result 6 A.Hebat tu.
Kenangan bersama adik - adik dan ibu dia di Airport
Kota Kinabalu, Sabah.
Ini seangkatan dengan putera saya ambil diploma
farmasi. Happy ja...tapi ada seorang gadis tu
mengusik putera saya. Maklumlah kami first time
berpisah jauh. Jauh tu Kota Baharu.
Payah nak lawat hanya dapat berkomunikasi
menggunakan handphone.
Menjadi kebiasaan saya sebagai ayah
peluk anak-anak ketika pergi asrama.
Bukan anak manja tetapi sebagai ayah
itulah perlakuan terbaik menangi hati anak-
anak.
Saya harap anda bersetuju dengan etuza.
Ok entry berakhir. Baru tadi putera saya
cal ibu dia menyatakan sampai dah di
Kota Baharu, Kelantan.
Syukran Alhamdulillah.
hakcipta@etuza
3 Pesona Kata Hati Mereka:
As salam. Tahniah kpd putera Etuza. X apa..jgn bimbangkan ttg anak tu. Sy boleh tgok2kan dia. Dulu dah dua kali sy terjumpa dgn ex-student di KB. Mereka tu bekas pelajar F6 di SMK Majakir, Papar. What a small world!
Terima kasih Bro Zuki..seandainya jumpa insha Allah ..betul dunia ini kecik ja boleh jumpa...hehhe
Aminn... semoga semuanya berjalan lancar.. tahniah pada anak dan Etuza dan keluarga
Catat Ulasan