Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 4 April 2013

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran & Pembelajaran Sangat Penting

Sebagai seorang cikgu, sebenarnya satu perkara yang perlu diamalkan di dalam kelas ketika menjalankan satu sesi  pengajaran dan pembelajaran ialah cikgu itu perlu mencabar kemahiran murid dalam KBKK ( kemahiran berfikir kreatif dan kritis ) Hal ini pada saya amat penting dicerap ke dalam sesuatu P&P yang lebih berkesan. 


Menyentuh hal KBKK, tiap kali slot P&P, saya memang melakukan KBKK ini, untuk tujuan pada hari itu siapa murid yang lebih jauh ke hadapan dari aspek pemikiran. Selain itu KBKK itu bertujuan juga mencabar murid untuk menjana idea yang kreatif dan kritis berdasarkan logik yang boleh diterima akal. Kadang-kadang cerapan KBKK yang saya lakukan itu sebenarnya amat mudah dan sesuai dengan aras umur murid. Tetapi sayang sekali murid saya tidak berapa berjaya menyahut cabaran saya. Sehingga saya sendiri tidak berpuas hati, nak kata susah soalan saya tidak juga sebab 3 soalan yang saya ajukan hanya 1 soalan dapat dijawab dengan tepat berdasarkan nilai KBKK.

Antara soalan saya ialah:-

1. Ok murid-murid semua saya nak tanya kamu semua, boleh kah manusia terbang di udara? Tiada jawaban.
Jawaban yang saya perlukan ialah, Ya manusia boleh terbang ke udara dengan menaiki kapal terbang, kapal terbang itu boleh membawa kita ke udara dengan lebih tinggi berbanding burung. Inilah kelebihan kita sebagai manusia yang memiliki akal fikiran.

2. Orang yang rajin, berdisiplin dan selalu menyelesaikan tugasan di sekolah dengan tepat masanya, orang-orang inilah yang akan diberi anugerah kejayaan, siapa kah yang memberikan kita kejayaan?
Sekali lagi mata murid saya bulat ja melihat saya. Padahal jawapan yang paling saya mahukan ialah Allah yang beri kita anugerah, bukan mak ayah awak, bukan guru - guru awak. Ibubapa dan guru hanya memberi sokongan , motivasi dan galakan.

3. Apakah pula maksud cikgu katakan bahawa orang yang rajin itu dikatakan atau diumpamakan sebagai Ulat Buku?. Sekali lagi murid-murid saya berdiam diri, mata mereka terkebil-kebil tengok muka saya. Apa lah hal murid saya ni, Jawapan yang saya nak ialah orang yang digelar Ulat Buku itu ialah orang yang rajin membaca buku dengan tidak mengira tempat dan masa, asal ada ruang masa orang itu akan membaca buku. Kenapa pula digelar ulat buku, mudah ja, ulat tu kalau nak makan daun dia akan duduk perlahan-laham memakan daun-daun yang ada hingga habis dimakan, biar dia dah kenyang ulat tu tetap akan makan daun-daun sehingga pokok itu tinggal ranting-ranting kayu. 

3 KBKK saya sangat tidak berjaya dijawab dengan baik oleh murid saya kali ini. Saya pun mula lah membuat refleksi, akan membuat lagi soalan KBKK yang agak mudah sesuai dengan umur mereka. Tahun 6 dah takkan tak boleh fikir soalan mudah macam tu. Murid saya ni terlalu pemalu ke, tak pernah diasah KBKK ke apa. Risau juga kalau tak terfikir jawapan yang mudah macam tu. Lastly saya juga sebagai cikgu memberikan jawapan. Saya lihat mata mereka amat berpuas hati. ( Nak bagitahu saya ~ Guru Perpustakaan & Media ~ Just try KBKK murid  di Pusat Sumber )
@hakcipta etuza





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka: