Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelancongan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Ogos 2014

Misi Ke Osaka Jepun Siri 3 ( Pesona Bunga- Bungaan Di Osaka Jepun )

Kali ini misi di Osaka Jepun Siri 3 muncul lagi hanya di Blog Pesona Etuza. Sesiapa yang tidak berkesempatan melayari internet dan tidak singgah di blog Pesona rasanya kali ini agak rugi kerana tidak akan dapat melihat pesona bunga-bungaaan di Osaka Jepun. Hummm!! cara kita di Malaysia dan cara di Jepun menjaga dan membuat penjagaan bunga-bungaan tidak sama sebenarnya.

Etuza bersama team pelancongan di osaka pada bulan Mei 2014 telah memberikan satu pengalaman luarbiasa kepada etuza sebenarnya. Mimpi menjadi realiti. Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang terindah dalam kamus hidup etuza. Banyak yang saya lihat di sana, memang tiap negara itu ada kelebihan dan ada juga kelemahannya. Etuza tengok Jepun biar di mana kita berada kita akan lihat rumah yang dibina amat cantik dan menarik coraknya. Bertambah menarik lagi rumah-rumah kecil itu pada ruang hadapan rumah itu dihiasi dengan bunga-bungaan yang amat unik dan sangat cantik.

Etuza ada terdengar dari pemandu pelancongan di Osaka Jepun menyatakan bahawa Jepun ni dalam sebuah pulau dikelilingi lautan biru. Negara Jepun kurang tumbuhan atau pokok-pokok seperti di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tumbuhan siap lagi dengan adanya hutan simpan di Malaysia. Sebab itu masyarakat Jepun sepakat dan satu hati menjaga tumbuhan di mana-mana sekalipun bunga itu di tanam di bandar besar Osaka akan mereka tanam dan mereka jaga bunga-bungaan itu demi tujuan menambahkan oksigen atau udara segar di Osaka Jepun. Owa...macam tu rupanya. Sungguh cantik bunga-bungaan di Jepun. Ok layan tengok dan klik lah tiap satu gambar bunga-bungaan di Osaka Jepun yang sempat etuza rakamkan. Khas untuk anda.

Gambar 1: Etuza ambil depan sebuah rumah orang Jepun di Kyoto
Kawasan ini merupakan tempat Ibu Kota Jepun pada masa dahulu.
Ketika perjalanan kami menuju ke Bambo Garden gambar ini 
etuza ambil kerana depn rumah ini unik dengan bunga-bunga yang
dihias cantik dijaga rapi pula tu.Nampak kan 
pelbagai bunga yang ada.


ini semua gambar bunga di tepi2 rumah orang Jepun. Betapa rajin mereka menjaga bunga2an ini.
Ini juga gambar etuza di depan sebuah rumah orang Jepun. Hebat ni ..

Ini bunga2 segar sepanjang jalan..sebutir sampah pun tak ada etuza jumpa. Hebat contoh terbaik untuk
rakyat Malaysia iaitu jangan membuang sampah sesuka hati.

Ini bunga hidup dah dipetik dan dijual di Shoping Market di Osaka Jepun. Cantik2..lawa2 semua


Bunga Ros Merah..


Ini gambar di luar sebuah restoran di Osaka Jepun. Masa ini agak kuat angin bertiup rasa segar 
nafas lega segar sekali..






Huhuuuu Paling Cantik rekabentuk bunga semulajadi ini..
Malaysia boleh buat macam ini..

 Ini bunga rose..benar2 cantik..Subahanallah


Semoga gembira berkongsi Misi Di Osaka siri 3 
dari Blog Pesona Etuza.

Hakcipta@etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 11 Ogos 2014

Seketika Di Awanan Biru - Subahanallah

Betullah bahawa kehidupan ini satu perjalanan
Selagi kita ada nyawa, selagi itu berbagai rupa bentuk
pengalaman yang kita akan lalui.

Berada di awanan biru sangat mengujakan diriku
sesungguhnya berada di awanan biru satu situasi
yang sangat mengasyikkan, satu keadaan bahawa 
kita seolah-olah sedang terbang lepas di awanan biru.

Subahanallah...alhamdulillah huAllahu Akhbar.

Betapa besar kuasaNya dan betapa kasih Allah
kepada kita sebagai hambaNya yang memegang
Kalimah Allah, Nabi Muhammad itu rasulullah.



Lihat awanan biru ini...kita berada jauh di udara..
Tenang dan begitu damai...
Sekali lagi saya katakan 
Subahanallah
Sungguh nikmat kehidupan ini.
Terima kasih Ya Allah..
memberi saya peluang nikmat
yang sungguh luarbiasa
dalam kalung kehidupanku.



Kadang kala saya merasa bagai mimpi..
bila mengingati saat dan seketika berada 
di awanan nan biru..
Aduhai hebatnya melihat alam..
Rupanya inilah nikmat bila
seekor burung terbang di awan biru..
Menikmati indahnya dunia ini..
Sungguh nikmat..
Subahanallah..



Akan tetapi nikmat berada di awanan biru ini..
hanya seketika sahaja.Sedang realiti
sebenar-benarnya ialah kita harus
berpijak di Bumi nyata.

Sebab itu kta harus kembali ke fitrah asal..
bahawa kita tidak miliki sayap untuk terbang..
Had keupayaan kita sangat terbatas.
Kepada yang selalu menikmati indahnya 
berada di awanan biru..
sesungguhnya apa yang saya rasai ini
anda semua merasainya.

Jadi mari kita besarkan impian..
Besarkan doa..
Untuk menakluki dunia..
InshaAllah..
tanpa terduga anda akan 
melihat keindahan bumi Allah ini
seluas-luasnya.

Sebelum undur diri...
Mari baca ALFATIHA UNTUK
MH370 & YANG TERKORBAN MH17
Semoga mereka diampunkan dosa 
dan ditempatkan di sisi orang-orang yang 
beriman di alam barzak.


Hummm ini juadah di awanan biru
Sedap..Nyammm!!!

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 8 Ogos 2014

Misi Ke Osaka Jepun Siri 2 ( Suasana Malam Yang Indah Di Jepun )

Saya nak promosikan blog ini, terdapat banyak blog yang diperkenalkan, saya tengok blog baru yang sedang mencari FOLLOWER. Dalam kesempatan itu saya terjah semua blog dalam list. Korang juga boleh melayari blog ini dan follow sekali. Selamat berblogwalking.Beres.
Misi di Osaka Jepun Siri 2..ha 
tengok gambar saja, biar gambar bercerita kali ini.
Gambar - gambar ini saya ambil ketika saya dan 
teman-teman jalan-jalan meninjau panorama malam di
Osaka Jepun berdekatan dengan Hotel tempat kami stay.
Hummmm best, ramai orang Jepun bersiaran kala malam, tetapi seawal
jam 9 .00 semakin lengang. Cuma kawasan tumpuan lebih 
di kawasan Hard Rock. Di sana ada pawagam.Tempat membeli 
brand Baju Hard Rock yang berjenama.
Ok tengok gambar ya..
memang indah suasana malam di Osaka Jepun.
Selamat melihat gambar kami di Osaka Jepun.

lepas tu klik url ini ...jangan tak klik..

Ini gambar bersama teman Agik Abdullah, Nasrul Hakim Tugino dan bersama Masrof

Nampak tak brand Hard Rock. Baju hebat di Osaka Jepun.Yang ini bersama MCCM LIM Swe Le,
Nasrul Hakim Tugino dan Edwin Petrus 

Tengok orang-orang Jepun sangat berdisiplin..jalan beratur dan sangat sporting.
Bersama edwin Petrus dari Tambunan, Sabah
Best suasana malam di Osaka Jepun


Salah satu ruang yang bercahaya dengan lampu-lampu berkelipan..



Yang ini pokok-pokoh dihiasi lampu biru. Hummm sangat cantik kelihatan.
Ini gambar kami menunju ke Hotel Universal.
Cantik kan.
Tapi Malaysia Jg Sangat Cantik..hargainya ..bersama
Sayonara Jepun. Origato...

hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 5 Ogos 2014

Misi Ke Osaka Jepun Siri 1- Bagaikan Bermimpi & Mimpi Ini Nyata.


Syukur Alhamdulillah kepada Allah atas kesempatan yang diberi.
Dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Syarikat ELKEN yang
memberikan saya dan team melancong ke Osaka Jepun.
Bukan mudah dapat peluang ini...


Ini kenangan etuza dan kawan-kawan
sedang menunggu flight ke Osaka Jepun
pada 9hb Mei 2014. Gambar ini kami
berada di Lapangan Terbang KLIA


Bergerak ke ruang menunggu ..saat ini 
terasa berdebar kerana menaiki pesawat 
ke Osaka Jepun menggunakan Kapal Terbang
Mas ke Kansai Jepun. Tak tahu berapa jam
sampai di sana...berdebar. Ya Allah selamatkan 
kami mendarat ke destinasi.


Gambar kami ini sedang mengusung bagasi 
dan antara yang bersama saya ialah
Masrof dan isterinya Sukarni  dari
Kota Kinabalu Sabah serta Edwin Petrus
dari Tambunan Sabah. 


Ini duit jepun tiga keping dan nilainya 3 ribu 
Yen. Banyaknya, nilai duit kita memang ber
beza. RM 3.00 ringgit duit kita lebih kurang
30 lebih  Yen di Osaka Jepun.


Gambar saya ni sebenarnya sudah 
berada dalam Bas Pelancongan 
di Osaka Jepun. Bermakna kami semua
yang seramai 45 orang telah selamat
mendarat di Kansai Osaka Jepun
iaitu lapangan terbang di Negara Jepun.
Ketika kami sampai menunjukkan jam
8.00 pagi di Osaka Jepun dan baru 
jam 7.00 pagi di Malaysia. Kami tiba
di Osaka Jepun pada 10hb Mei 2014.
Saya melihat memang banyak beza 
panorama di Jepun..sejuk dan bangunan 
memenuhi ruang di sana-sini. Pada peng-
amatan saya keadaan jalan raya amat teratur.
Pemandu pelancong team kami ada 
 menyatakan agak kurang kemalangan
 yang berlaku kerana sistem pembentung 
atau sempadan pada tiap ruang jalan raya
di atur dengan sistemetik.Tidak kelihatan
pejalan kaki di tepi jalan raya. Sungguh teruja
sampai di Osaka Jepun. bagaikan mimpi..
tetapi mimpi ini nyata dan amat menyeronokkan
serta sangat manis dalam hidup etuza.

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini