Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 5 Ogos 2014

Misi Ke Osaka Jepun Siri 1- Bagaikan Bermimpi & Mimpi Ini Nyata.


Syukur Alhamdulillah kepada Allah atas kesempatan yang diberi.
Dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Syarikat ELKEN yang
memberikan saya dan team melancong ke Osaka Jepun.
Bukan mudah dapat peluang ini...


Ini kenangan etuza dan kawan-kawan
sedang menunggu flight ke Osaka Jepun
pada 9hb Mei 2014. Gambar ini kami
berada di Lapangan Terbang KLIA


Bergerak ke ruang menunggu ..saat ini 
terasa berdebar kerana menaiki pesawat 
ke Osaka Jepun menggunakan Kapal Terbang
Mas ke Kansai Jepun. Tak tahu berapa jam
sampai di sana...berdebar. Ya Allah selamatkan 
kami mendarat ke destinasi.


Gambar kami ini sedang mengusung bagasi 
dan antara yang bersama saya ialah
Masrof dan isterinya Sukarni  dari
Kota Kinabalu Sabah serta Edwin Petrus
dari Tambunan Sabah. 


Ini duit jepun tiga keping dan nilainya 3 ribu 
Yen. Banyaknya, nilai duit kita memang ber
beza. RM 3.00 ringgit duit kita lebih kurang
30 lebih  Yen di Osaka Jepun.


Gambar saya ni sebenarnya sudah 
berada dalam Bas Pelancongan 
di Osaka Jepun. Bermakna kami semua
yang seramai 45 orang telah selamat
mendarat di Kansai Osaka Jepun
iaitu lapangan terbang di Negara Jepun.
Ketika kami sampai menunjukkan jam
8.00 pagi di Osaka Jepun dan baru 
jam 7.00 pagi di Malaysia. Kami tiba
di Osaka Jepun pada 10hb Mei 2014.
Saya melihat memang banyak beza 
panorama di Jepun..sejuk dan bangunan 
memenuhi ruang di sana-sini. Pada peng-
amatan saya keadaan jalan raya amat teratur.
Pemandu pelancong team kami ada 
 menyatakan agak kurang kemalangan
 yang berlaku kerana sistem pembentung 
atau sempadan pada tiap ruang jalan raya
di atur dengan sistemetik.Tidak kelihatan
pejalan kaki di tepi jalan raya. Sungguh teruja
sampai di Osaka Jepun. bagaikan mimpi..
tetapi mimpi ini nyata dan amat menyeronokkan
serta sangat manis dalam hidup etuza.

Hakcipta@etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka: