Syukur Alhamdulillah kepada Allah atas kesempatan yang diberi.
Dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Syarikat ELKEN yang
memberikan saya dan team melancong ke Osaka Jepun.
Bukan mudah dapat peluang ini...
Ini kenangan etuza dan kawan-kawan
sedang menunggu flight ke Osaka Jepun
pada 9hb Mei 2014. Gambar ini kami
berada di Lapangan Terbang KLIA
Bergerak ke ruang menunggu ..saat ini
terasa berdebar kerana menaiki pesawat
ke Osaka Jepun menggunakan Kapal Terbang
Mas ke Kansai Jepun. Tak tahu berapa jam
sampai di sana...berdebar. Ya Allah selamatkan
kami mendarat ke destinasi.
Gambar kami ini sedang mengusung bagasi
dan antara yang bersama saya ialah
Masrof dan isterinya Sukarni dari
Kota Kinabalu Sabah serta Edwin Petrus
dari Tambunan Sabah.
Ini duit jepun tiga keping dan nilainya 3 ribu
Yen. Banyaknya, nilai duit kita memang ber
beza. RM 3.00 ringgit duit kita lebih kurang
30 lebih Yen di Osaka Jepun.
Gambar saya ni sebenarnya sudah
berada dalam Bas Pelancongan
di Osaka Jepun. Bermakna kami semua
yang seramai 45 orang telah selamat
mendarat di Kansai Osaka Jepun
iaitu lapangan terbang di Negara Jepun.
Ketika kami sampai menunjukkan jam
8.00 pagi di Osaka Jepun dan baru
jam 7.00 pagi di Malaysia. Kami tiba
di Osaka Jepun pada 10hb Mei 2014.
Saya melihat memang banyak beza
panorama di Jepun..sejuk dan bangunan
memenuhi ruang di sana-sini. Pada peng-
amatan saya keadaan jalan raya amat teratur.
Pemandu pelancong team kami ada
menyatakan agak kurang kemalangan
yang berlaku kerana sistem pembentung
atau sempadan pada tiap ruang jalan raya
di atur dengan sistemetik.Tidak kelihatan
pejalan kaki di tepi jalan raya. Sungguh teruja
sampai di Osaka Jepun. bagaikan mimpi..
tetapi mimpi ini nyata dan amat menyeronokkan
serta sangat manis dalam hidup etuza.
Hakcipta@etuza
4 Pesona Kata Hati Mereka:
Tahniah kerana berpeluang ke negara matahari terbit. Saya belum pernah ke Jepun lagi, walau pernah dapat tawaran berkursusu 3 bulan di Jepun dulu tapi ditolak kerana rasa lama sangat...
Kalau di Jepun pakai nama Etuza mesti disenangi oleh orang2 di sana, persis nama Jepun...
Terima kasih kerana masih mengingati blog saya, arigato gozaimaz....
ya terima kasih..JR..kekangan masa lepas tu hilang mood berblog..tapi setiap hari jg saya online jengok blog saya tu..
hehehe tak ada yg saya tahu bahasa Jepun ..kat sana 5 hari ja..sungguh Jepun maju negara maju tu JR..subahanallah. Hummmm payahnya nak cari makanan halal...tu ja cabarannya..
Bestnyer.. bukan sng nk dpt pluang ni.
tq ya Lya
Catat Ulasan