Dokumen Afif dari SMK Keningau, masa menumpang sementara di sekolah tersebut, baru saya urus, oleh itu dokumen penting tersebut saya hantar ke sekolah baru Afif di SMK Agama Keningau dimana SMKA ni di istilahkan sebagai Sekolah Mencari Keredahan Allah. Tepat kan singkatan SMKA tapi sebenarnya Sekolah Menengah Agama Keningau, Sabah. Sekolah baru menengah yang begitu cantik lokasinya di Daerah Keningau. Syukur sangat2 anak ke 5 dapat memijakkan kaki ke sekolah ini. Pengetua juga bukan calang2 orangnya sangat berpengaruh kerana sekian lama mentadbir Sekolah Menegah Agama Tun Datu Mustafa sebelum berpindah ke sekolah agama Keningau.
Nampak tak cikgu perempuan tu,bertudung manis, dialah yang ambil dokumen Afif, kami disambut mesra dan katanya ambillah peluang melawat sekitar sekolah ini, rumah pengetua juga BANGLO katanya. Benar sekolah ni sangat-sangat tesergam indah. Semoga para guru di SMKA Keningau akan menjana pelajar cemerlang untuk Negara Malaysia amnya. Kalau tak silap guru ni mengajar Bahasa Inggeris dan namanya ialah Cik Fauzana..
please klik! photo
Oleh kerana menghantar dokumen tersebut saya lakukan musim sekolah pada hari Isnin bersamaan 4hb Mac 2013, saya berilah peluang kawan-kawan Afif yang tahun 6, tahun 5 dan tahun 4 kesemuannya pengawas sekolah saya agar ikut sama sambil melawat Afif di sekolah agama Keningau..dengan harapan semoga Afif gembira apabila dapat melihat kawan-kawannya yang SMART bervase hijau dengan padanan tie merah menyala.
Tiba kami di kawasan sekolah ini, macam sunyi sahaja kerana P&P sedang berlangsung. Mujurlah ada pengumuman maka Afif pun segera berjumpa dengan kami. Inilah kenangan terindah Afif ketika kami lawat dia serta first time jumpa kawan-kawan selepas di buka sekolah ini.
Ha ini sesi nak balik semula ke sekolah saya, sebelum tu mereka minta snap sekali lagi berlatar belakangkan sekolah agama ini. Gaya bebas..nampak sedap mata memandang mereka. Smart boy lah katakan..
Lastly: Semoga Afif akan menjadi insan yang bertaqwa. Amin
@hakcipta etuza
@hakcipta etuza
10 Pesona Kata Hati Mereka:
NAMPAK BIJAK SAJA MUKA MASING-MASING.. :)
cik fauzana juga diapit 7 bakal menteri Malaysia...
chaiyok2, semoga jd insan yg berguna kelak pd keluarga, nusa dan bangsa.
cikgu...nampak tenang ja persekiratan sekolah tu..dibelakangnya banjaran gunung ganang menghijau...tenang dan damai..
aminnnn
amin..... kita doakan.... teruskan memberi sokongan dan perhatian....
Amiiinn...moga menjadi yang terbaik :)
Aamiinn semoga Afif berjaya di dunia mahupun akhirat nanti..
moga mereka menjadi anak2 kebanggaan ibu bapa masing2... amin...
amin semoga afifberjaya dunia akhirat
andu comelnya baju pengawas diorang ni cikgu..dulu kami sekolah agama tiada pakai bj bgni..pki blazer sj lah
Catat Ulasan