Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Memaparkan catatan dengan label Hari lahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari lahir. Papar semua catatan

Ahad, 12 Mei 2013

ISTEMEWA KEK KUKUS MUKAH SEMPENA HARI LAHIR


Istemewa Kek Kukus Mukah Untuk Puteriku Aliya

 Seorang satu saja tau!...

Tempah kek juga pula ni, nilah kek yang Aliya
nak...

Rakan2 meraikan hari lahir Nuraliya yang ke 8
tahun.

Sempena hari lahir dia yang 8 tahun
saya dan mak dia rancang akan beri dia
satu kejutan, iaitu akan mengadakan
sambutan hari lahir dia bersama
raka-rakan sekelasnya 
di Pusat Sumber sekolah
yang tarikhnya jatuh pada
2hb Mei 2013.

Happynya Aliya bersama kawan-kawannya
antara juadah ialah, nasi ayam rendang
bergedel dan sayur tumis bersosej.
Tapi yang sepecialnya ialah
seorang satu kawan-kawan Aliya
dapat KEK KUKUS MUKAH
air tangan ETUZA..
ayah, abi dan abah Aliya.

HAPPY BIRTHDAY TO ALIYA
semoga sihat selalu dan
menjadi anak yang sollehah.
Amin.

@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 28 April 2013

Pesona Serba Putih Hadiah Hari Lahir Jan 11hb 2013

Pertamanya nak ucapkan kesyukuran kehadratNya kerana masih mampu melayari internet di pagi ahad yang dikatakan hari rehat2 santai2 untuk kita semua berhujung minggu. Lepas tu nak ucapkan salam kemaafan yang telus kepada semua yang datang ke laman Pesona Blog. Belum terjawab atau belum melakukan BWalking, atas kesibukan sejak akhir2 ini. Datang ke ruang maya kali ini untuk buat entry yang tak seindahnya, tak seirama dengan kehendak semua, tetapi sekadar hendak pamirkan bahawa hidup ini indah, hidup ini manis meskipun ada kalanya pahit melanda, lumrah hidup sebenarnya seperti itulah warna-warna nya.

Bukan nak gegarkan dunia sekadar pengalaman ini, bukan nak bangga bagainya sekadar melalui detik-detik ini. Tuntas saya katakan bahawa tak sangka kadang2 akan terjadi kebetulan sesuatu perkara dalam layar kehidupan kita. Contohnya sambutan hari lahir etuza pada bulan Jan 11hb  2013 nampaknya terperasan kami yang dirai tiba-tiba  pakaian serba putih dan kek hari lahir juga serba putih. Pelik tetapi benar adakah kebetulan atau ada insan lain yang cuba mengenakan saya dan guru wanita itu yang kebetulan lahir di Januari juga. Jujur saya katakan bahawa pelik dan masakan semuanya serba putih.Tetapi segera etuza fikirkan bahawa INI SEMUA KEBETULAN. Saya mengharap isteri tersayang tidak rasa nak bersangka buruk atas INSEDEN ini. Jika anda nak lihat tengoklah ya...., tetapi dalam masa yang sama indah dan manis kenangan ini. Terima kasih yang menghadiakan kek hari lahir ini ( dari staf sekolah etuza )

Dialah yang sebenar disampingku wanitu suri hatiku...
terima kasih masih setia menyayangi etuza.
Alhamdulillah..

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 12 Januari 2013

Pemberian Ini Harus Dihargai, Terima Kasih Cik Nur


Hari Jumaat lalu bersamaan 11/1/13 jam 4.30 petang tergerak hati nak ke Pejabat Pos Keningau, nak melihat surat2 yang dihantar ke alamat P/S 2013.

Memang ada surat kepada etuza dan adik2 etuza yang menggunakan peti surat yang sama. Tiba-tiba ternampak sampul kuning " Kepada Cikgu Etuza  ( Blog Pesona Etuza). Etuza berfikir sejenak...dari siapa kah gerangan surat ini. Bila etuza buka rupanya dari Cik Nur. Wah! Cik Nur awak memang baik, semestinya yang menerima ni amat2 gembira dan terharu. Sungguh menyenanginya. Dan terjadilah snap2 etuza dengan tangan anak etuza Alya. tangan tu berkata " Hi Cik Nur, Tq hadiah dari Melaka" Etuza akan gunakan untuk penghias tempat alat-alat tulis etuza nanti. Cik Nur ...ni baik, ramah dan mesra maya rugi para blogger baru atau lama jika tak ke laman Cik Nur di alamat ni sila terjah dan lihatlah aktiviti di jendela maya oleh Cik Nur ( sila klik sekali dan follow blog Cik Nur )

Hari Jumaat lalu tu adalah jatuhnya tarikh hari lahir etuza. Maknanya Cik Nur bagaikan memberi hadiah kepada etuza sempena hari lahir etuza. Biasanya kalau etuza sambut hari lahir, etuza yang memberikan hadiah kepada isteri etuza, bagi lah kat dia beg, kain  ela, koronsang, tuala ke apa2 yang etuza suka. Hari tu etuza mendapat baju t'shirt pemberian dari isteri kepada etuza. Anak-anak pula kalau yang dah remaja tu, mereka buat kad dan lukis sekreatif mereka dan beri kepada etuza. Dari 7 etuza rasa anak sulung etuza paling kreatif. terima kasih anak2 ku yang tersayang. Syukur ke hadrat ilahi, kerana ada kawan-kawan maya yang amat menghargai persahabatan blogger di jendela maya. 

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat11/01/2013 Hari Istemewa Etuza

Hari Lahir Etuza 
Jumaat 
11/01/13
Terima Kasih Jika Masih Ada
Yang N ak Ucapkan 
Selamat Kehidupan Mendatang
Untuk ku ( Alhamdulillah ~ 
Setahun Genap lagi Usia Ku )
Syukur KepadaNya Pada Semua
Warna Warna Yang Ku Kecapi 
Selama Setahun Itu.
Semoga 2013 Seri Hidup Ini
Lebih Dirahamati & Diberkati.

@hakcipta etuza

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 27 Disember 2012

Paling Comel Memakan Coklat Special

      Sebenarnya semalam ada acara Majlis Hari Lahir untuk 4 putera etuza. Mereka semuanya lahir dipenghujung tahun dan kali ini untuk mengatasi kesibukan etuza dan mama himpunkan hari ulangtahun kelahiran mereka pada 26hb Des 2012. Dua kek hari lahir disediakan, namun kek special etuza yang dikeliling cery merah dan krim serta coklat special mama amat disukai oleh semua anak-anak dan anak buah etuza.

Hari lahir anak lelaki sulung kini dah menggenapkan usia 17 tahun, kedua 14 tahun, ketiga 12 tahun dan keempat 10 tahun. Menjelang 2013 mereka semua akan memulakan usia yang baru. Mereka adalah permata etuza, belahan hati etuza, apapun etuza akan usahakan untuk memberi kebahagiaan kepada mereka semua. Meskipun memang ada saja cabaran mendidik anak tetapi kita akan tempuhi dengan rasa sabar dan taqwa kepada Allah. Anak adalah anugerahNya, kita harus memberi peluang kepada mereka menikmati kehidupan yang bahagia dan gembira. Untuk teman maya boleh saksikan beberapa kegembiraan anak-anak dan saudara mara yang datang merayakan bersama hari lahir 4 putera etuza.




Anugerah paling bergaya memakan coklat!
sempena hari lahir 4 putera etuza
( kandid ~ sebut nama snap ha inilah gayanya )

Comelkan mereka makan coklat special dari mama  ni...
Klik gambar agar jelas! TQ
Special hidangan hari lahir putera2 etuza
  1. Kek ceri merah berkrim ( etuza yang buatkan )
  2. Coklat special ( mama yang buatkan )
  3. Puding perisa mangga ( mama yang buatkan )
  4. Puding jelly pink ( azie yang buatkan )
  5. Air cincau susu  perasa strawberry ( azie dan etuza yang buatkan )
  6. Ayam rendang ( etuza yang masakkan )
  7. Sayur ulam pucuk ubi masak lemak ( mama yang masakkan )
  8. Puding jagung berkastad ( etuza dan azie yang buatkan )
  9. Air perisa oren  ( azie yang buatkan )
  10. Nasi putih ( mama yang masak )
  11. Kuih bahulu ( beli kat kedai )
  12. Kek special ( tempah dari bakery )
Acara dimulakan pada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 9.00 malam.
Acara special :-
  1. Doa, potong kek, tiup api lilin, ambil gambar
  2. Tunggu tetamu, makan bersama2 puding dan kek hari lahir
  3. Makan nasi dan ayam rendang, acara bergambar dan kandid photo
  4. Berbual-bual, sembang dan makan coklat.
Selamat hari lahir kepada anak2 etuza semoga dimurahkan rezeki, sihat, dimudahkan urusan pembelajaran , menjadi anak solleh dan berguna kepada agama bangsa dan negara.

@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 2 Mac 2012

Lelaki yang cuba menyahut cabaran. Inilah persembahan dari mindaku..Syukran


meja berhias, sempena etuza mengikuti pertandingan meja guru 
kemas bertema. Kepada kawan2 blog doakan ada rezki ya.
Namun kami semua guru-guru di Pedalaman Sabah adalah
pemenang mengikut meja masing-masing.
Peralatan meja etuza, bunga berdaun hijau menjadi pilihan 
menghias..

Inilah saja hamper kemenagan etuza, terima kasih kepada
juri yang memilih meja saya hiasan terbaik tahun 2012 ini.
Tak menang pun tak apa sebab puas dan seronok bertugas
dalam keadaan meja bersih dan kemas, disertai pula alat
alat harian guru yang mudah capai.

Inilah pengunjung bilik etuza, mereka sangat seronok melihat meja 
yang kemas bersih, semoga mereka manfaatkan untuk mereka
bersihkan meja di rumah pula.

Terima kasih sponser kek hari lahir etuza, teman guru 
Cg. Piah, Cg. Jenesi, Cg. Dominic dan Pn. Philipah J.
Semua ini adalah anugerah dan kasih sayang sesama
manusia.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 19 Mac 2010

Gambar kenangan hari lahir azie bersama mama dan kawan-kawan azie


Mama, Hanis, Kak Bib's, Azie & Intan .
Simple saja hari lahir azie puteri kedua kami ini. Minggu cuti sekolah baru dapat diadakan iaitu pada hari khamis ( malam jumaat). Azie nampak gembira sangat kerana mama dan papa tidak beritahu kami belikan dia kek dan mama buat soto ayam. Minuman pula jus mangga yang dia suka.
Bila sampai di rumah terkejut mama dan papa kerana ada best friends azie datang. Yang sebenarnya kami tidak undang, memandangkan mereka jauh dari tempat tinggal kami. Buat hari lahir azie simple bersama anak-anak, tetapi nampaknya kami kena awalkan potong kek bersama Hans dan Intan. Kerana Hanis dan Intan( bertudung hitam ) mahu balik ke rumah, kata mereka sejak jam 2 mereka di rumah. Mama dan papa sampai jam 4 petang..alamak tidak sempat mereka makan soto mama tu.
Inilah saja dapat di kongsi ya..doa dan harapan moga azie dan seisi keluarga ini sentasa damai dan tenang selalu. Diberi rahmat dan dimurahkan rezeki dari segi kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan di masa hadapan. Amin.

Simfoni Kasih
Puisi indah pilihanku
( Meja Makan -A . J Alimon , Alor Gajah, Melaka)

Ajak anak-anak
makan semeja dan membaca doa
meja kecil biar berhimpit
dan tersinggung bahu
atau serentak mencapai sepiring ulam
dan sekerat ikan masin kering masin
lucu, biar ketawa
berbicaralah dalam mesra.

Ajak anak-anak
sopan menyuap nasi
tertib berdepan si tua
bersopan menegur sapa
lafaz bahasa beradab
bergaya susila lambang bangsa
petanda keeratan tali keluarga
bermula di meja makan
sepanjang diamalkan

Ajak anak-anak
jauhi buruk angkara
ego dan pendusta
biar buruk rupa
tapi diri tidak ternoda
berdiri sebagai pemimpin mulia
di bawah payung danobor al - quran
diri terselamat mendapat berkat
bermulalah di meja makan...


Info kemasukan ke sekolah menengah tingkatan 1 ( Hanis Syafizah mendapat tawaran bersekolah di SMK Agama Tun Mustafa di Kota Kinabalu, Sabah. Intan Liyana pula mendapat tawaran bersekolah di SMASS iaitu Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu. Manakala Nur Haziemah ( Puteri kami) mendapat tawaran di SMK Agama Mohammad Ali Ranau, Sabah)



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini