Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 27 Disember 2012

Paling Comel Memakan Coklat Special

      Sebenarnya semalam ada acara Majlis Hari Lahir untuk 4 putera etuza. Mereka semuanya lahir dipenghujung tahun dan kali ini untuk mengatasi kesibukan etuza dan mama himpunkan hari ulangtahun kelahiran mereka pada 26hb Des 2012. Dua kek hari lahir disediakan, namun kek special etuza yang dikeliling cery merah dan krim serta coklat special mama amat disukai oleh semua anak-anak dan anak buah etuza.

Hari lahir anak lelaki sulung kini dah menggenapkan usia 17 tahun, kedua 14 tahun, ketiga 12 tahun dan keempat 10 tahun. Menjelang 2013 mereka semua akan memulakan usia yang baru. Mereka adalah permata etuza, belahan hati etuza, apapun etuza akan usahakan untuk memberi kebahagiaan kepada mereka semua. Meskipun memang ada saja cabaran mendidik anak tetapi kita akan tempuhi dengan rasa sabar dan taqwa kepada Allah. Anak adalah anugerahNya, kita harus memberi peluang kepada mereka menikmati kehidupan yang bahagia dan gembira. Untuk teman maya boleh saksikan beberapa kegembiraan anak-anak dan saudara mara yang datang merayakan bersama hari lahir 4 putera etuza.




Anugerah paling bergaya memakan coklat!
sempena hari lahir 4 putera etuza
( kandid ~ sebut nama snap ha inilah gayanya )

Comelkan mereka makan coklat special dari mama  ni...
Klik gambar agar jelas! TQ
Special hidangan hari lahir putera2 etuza
  1. Kek ceri merah berkrim ( etuza yang buatkan )
  2. Coklat special ( mama yang buatkan )
  3. Puding perisa mangga ( mama yang buatkan )
  4. Puding jelly pink ( azie yang buatkan )
  5. Air cincau susu  perasa strawberry ( azie dan etuza yang buatkan )
  6. Ayam rendang ( etuza yang masakkan )
  7. Sayur ulam pucuk ubi masak lemak ( mama yang masakkan )
  8. Puding jagung berkastad ( etuza dan azie yang buatkan )
  9. Air perisa oren  ( azie yang buatkan )
  10. Nasi putih ( mama yang masak )
  11. Kuih bahulu ( beli kat kedai )
  12. Kek special ( tempah dari bakery )
Acara dimulakan pada jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 9.00 malam.
Acara special :-
  1. Doa, potong kek, tiup api lilin, ambil gambar
  2. Tunggu tetamu, makan bersama2 puding dan kek hari lahir
  3. Makan nasi dan ayam rendang, acara bergambar dan kandid photo
  4. Berbual-bual, sembang dan makan coklat.
Selamat hari lahir kepada anak2 etuza semoga dimurahkan rezeki, sihat, dimudahkan urusan pembelajaran , menjadi anak solleh dan berguna kepada agama bangsa dan negara.

@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

21 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

kek dan coklat mmg kesukaan kebanyakan kanak2...

Shaiful Zaidi berkata...

Happy birthday buat semua anak-anak Etuza

Miss N™ berkata...

wah..meriahnya nampak.... :)

selamat ulangtahun kelahiran buat anak2 cikgu.. :)

Maria Menado~ berkata...

selamat hari lahir buat mereka.... happynya sambut ramai2... =)

seronok tgk fmily kak etuza..~

dya nasir berkata...

slmt hari lahir tuk anak2 cikgu..smpai comot mkn coklat

Jahirah berkata...

coklat...wuu saya pun suka...hb untuk dia...heheh comel je gaya makan coklat.

are_lin@yu berkata...

pndai memasak rupanya..hihi..bezlah gitu..kelaurga bahagiakan.psstt org lki pndai msk ni crewet ckt btl kah?haha..kta lain teliti kot eh..hehe

Unknown berkata...

are_lin@yu, tq pandangan tu, jujurnya boleh lah memasak, tetapi just untuk family saya ja, kami tinggal jauh dari kampung, meskipun kampung juga tempat ni, tetapi tak ada jiran, kalau ada majlis kenduri, tidak ada yang dapat datang membantu wife masak,sebab itu saya belajar memasak, anak2 suka dan happy. Pasal cerewet tupun khas ditujukan juga kepada para lelaki yang padai memasaklah tu ya..tak terhad kepada etuza ja. Terserahlah pada pandangan orang lain....
* ada lagi kawan blogger kata bahawa lelaki pandai masak katanya seksi. Ni lagilah tak tahu benar ke tak...( saya terbuka terima pandangan) hakikat sebenar kita yg tahu.

Arluva 25 berkata...

happy birthday ya :)

Hermanbagus berkata...

Pasti enak coklatnya hehe

Chic Na berkata...

selamat hari lahir utk semua. ;)

Mrs Velentine berkata...

kek tue mcm sedap tau..hehe...oh ya kakak MV sdh pos tue collagen kemarin

Unknown berkata...

tq MV..alhamdulillah...

jaakechik berkata...

hepy bday buat semua putera en.etuza...wahh dah ada anak besar2 rupanya dia..heehee..

Abang Karu berkata...

slmt hari lahir juga buat ank2 cekgu

mummyrinazone beauty berkata...

sedapnyer kek n coklat=)

Cikrosecute berkata...

Wow! sedapnya makan coklat.

CeqGu berkata...

Bertuahnya isteri n anak2 ,etuza pandai masak ^_^

Khai_Sol berkata...

hepy besday buat anak2 cikgu =)

Liyana Anuar berkata...

nampak sedap..hehe~ :)

dieyna berkata...

Selamat hari lahirr untuk anak2 cikgu... Bangga diorang dihargai oleh ibu bapa sendiri kan