Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 27 Disember 2012

Siapa Orang Kaya Sebenar Dalam Hidup Ini

Dec 24, 2012
Pageviews: 507

        Rasa terpanggil lagi nak buat entry baru. Dan kalau setiap detik waktu ada saja entry etuza di blog Pesona ini, pastinya riuh dan terkenal lah blog Pesona. Tetapi sayang sekali etuza sedari awal memang tidak mampu ke tahap itu, atas dasar kekangan masa dan kerja realiti dihadapan yang sentiasa menanti. Apakan daya, maka sesekali adalah entry etuza di Jendela Maya.

Ya rasa terpoanggil nak buat entry ni, " Siapa Orang Kaya Sebenar Dalam Hidup Ini" bunyi amat menarik tu, rasanya rugi sesiapa yang tak mahu membaca entry ni jika tersesat BW ke laman Pesona. Bacalah ya, Iqralah ya. 

Sifat qanaah ( berpada-pada ) adalah lambang jiwa yang sebenar sebagaimana sabda Rasullullah s.aw yang bermaksud " Kekayaan yang sebenar bukan terletak pada harta yang banyak, tetapi kekayaan yang hakiki ialah kaya jiwa" ( Riwayat al-Bukahari, no 6446). Ramai antara kita yang memiliki harta yang banyak hingga melimpah ruah, tetapi dikatakan masih tidak berpuas hati dengan pemberian Allah itu.

Dikatakan juga bahawa orang yang memliki harta melimpah ruah tetapi masih tidak berpuas hati malah jauh sekali bersyukur adalah orang yang bersikap haloba, untuk menambahkan lagi hartanya tanpa memperdulikan cara memperolehi harta itu sama ada halal atau haram. Mereka diibaratkan fakir yang sentiasa mengharapkan sesuatu disebabkan tamaknya kepada harta. Selain itu mereka bersedih dan tertekan jika tidak dapat mencapai apa yang dihajati.
Sesungguhnya, kekayaan yang luarbiasa dan kekayaan yang sebenarnya harus bagaimana pula?. Kekayaan yang sebenar2nya ialah mereka yang KAYA JIWA. Golongan ini berasa cukup dan reda atas setiap pemberiaan Allah serta tidak terlalu mendesak dirinya sendiri untuk menambahkan harta tersebut. Sifat ini lahir daripada JIWA hamba yang sentiasa bersyukur dan reda terhadap qada dan qadar Allah dalam kehidupannya.

Jika inilah pengertian ( Kaya Jiwa) yang kaya sebenarnya dalam kehidupan ini, melebihi kaya harta maka ETUZA harus BERSYUKUR atas nikmat dan pencapaian BLOG PESONA pada 24hb Dis 2012 kerana pada tarikh ini PENGEVIEW blog Pesona telah mencapai 507 orang pemerhati dan pembaca laman Pesona. Satu tahap tertinggi yang etuza perhatikan sejak menjadi pemblog ( blogger ke )  ogos 2009. Alhamdulillah juga kepadaNya kerana sudah mencapai 937 followers. Kepada yang baru dan lama di arena blogger followlah dan sokonglah diantara kita. Apapun tetap menghormati bagi para blogger yang tidak mendropkan komentar di entry2 kita. Syukran dan alhamdulillah. Syukran dan alhamdulillah juga kepadaMu ya Allah atas kurniaan kesihatan dan kehidupan sehingga hari ini.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

29 Pesona Kata Hati Mereka:

are_lin@yu berkata...

tahniah cikgu..moga lagi tgi lagi pasni..dh lama rupanya berblog..;-)

Unknown berkata...

ya sejak ogos 2009 ( nilah ulang tahun blog Pesona ) setiap tahun tu ada awards etuza. Pastikan beri sokongan maka akan tersenerai dapat awards. Tq

Arluva 25 berkata...

nice info cik gu

Hermanbagus berkata...

Informasi yang bagus cik gu :)

Maria Menado~ berkata...

=) Kaya Jiwa. In Shaa Allah~

Miss N™ berkata...

Alhamdulillah...
Lepas ni makin maju dan maju hendakNYA... :)

Mrs Velentine berkata...

tahniah cikgu mmg ramai tue

Ratu Hatiku berkata...

Alhamdulillah... tahniah... semoga makin bertambah lagi follower..

Farah Waheda Wahid berkata...

^_^... betul kata cikgu tu... tapi sayangnya ramai yang tak faham erti kekayaan yang sebenar...x faham atau buat-buat x faham dua perkara yang berbeza kan?

tahniah atas bilangan pageviews cikgu... ^_^

dya nasir berkata...

tahniah cikgu..:D

jaakechik berkata...

salam perkenalan...jaa datang dari blog mv ni...dah follow sini...heeee

❤~Emma Abduh~❤ berkata...

congrates.. :)

JR berkata...

Tahniah cikgu..Dan mengenai kaya, saya selalu tabik spring kpd mereka yg walau banyak harta tapi masih tetap merendah diri dan kaya budi bahasa...

Abang Karu berkata...

alhamdulillah ...satu perkongsian yg menarik di sini.
sama2lh kita bersyukur dgn apa yg ada.

Khai_Sol berkata...

smga terus maju,cikgu =)

Unknown berkata...

sukur alhamdulillah... tahniah yer cikgu.. moga trs sukses dalam dunia blogging ni.. :)

Kamsiah yusoff berkata...

kaya harta,kaya budi bahasa..kaya jiwa...:)

mummyrinazone beauty berkata...

semoga terus semangat berblog yer cikgu etuza=)

Admin berkata...

Alhamdulillah, Moga terus Maju..
jom sama-sama cari kekayaan jiwa :)

Admin berkata...

moga terus maju jaya :)

Cikrosecute berkata...

Nice info dan informasi yg terbaik...terima kasih cikgu..

Nong Andy berkata...

insaf lepas baca n3 ni..

cikgu.. saya pon mula berblog tahun 2009 juga :)

LYAfrina berkata...

alhamdulillah...
tahniah cikgu etuza....

Deq's Qienz berkata...

wah.tahniah..tahniahh

aby berkata...

salam ziarah etuza ..
bg aby erti kekayaan tu subjektif ..
dari sudut mana depa tu tengok ..
dari sudut fisikal ..
pd aby org yg kaya adalah org yg hidup tanpa hutang ..
jiwa sentiasa tenang wlu wang ringgit tk seberapa ..

CeqGu berkata...

Tahniah dan terima kasih sudi jenguk2 blog ceqgu.jemput singgah selalu :)

Bunda_nora berkata...

tahniah, semoga maju jaya..

mizayusof berkata...

Tahniah cikgu :)
Orang kaya yang sebenar adalah orang yang kaya jiwa bukannya kaya arta duniawi :)

dieyna berkata...

terima kasih perkongsian cikgu