Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 28 Disember 2012

Akan Tiba Masa No Entry ?

     Banyak BW malam ini, nak kunjung teman-teman maya yang sempat menyempat BW dan drop komen ke laman Pesona Etuza. Walaupun sebenarnya masih ada laman maya yang belum sempat ziarah serta membaca entry2 mereka.  Hari ini ada perkara GEMBIRA dan terselit pula perkara SEDIH dan SIMPATI. 
  • GEMBIRA ~ Oder kolegen rumpai laut dari kakak MV telah diterima jam 5 petang hari ini.Syukran
  • Sedih ~ 1. Rumah kediaman kawan guru semengajar Cikgu Mariana A telah musnah ( terbakar ) kemarin, rumah atas bawah ini di Kampung Limbawan, Keningau ranap dan etuza serta isteri telah datang melawat dan memberikan sokongan semangat kepada Cg Mariana A.
  • SEDIH ~ 2. Terbaca berita seorang wanita mati lemas akibat terjatuh di kawasan banjir di Terengganu hari ini, semasa menarik pukat bersama suaminya.
Kenapa ada tanda tanya tu?. Ini pengalaman etuza berblog sejak ogos 2009. Percaya tak jika akan tiba masa NO ENTRY kerana kehabisan idea-idea bernas tuk blog kita. Sebolehnya nak elakkan kejadian berbulan2 tidak ada entry baru atau berhari2 dan berminggu-minggu tidak ada entry updated blog. Etuza pernah mengalami dan pernah menunggu entry baru dari rakan blog juga. Hakikatnya NO ENTRY tu sebenarnya bukan tiada idea-idea, tetapi kita sibuk dan lost time ke blog. Dan blog bukan perkara utama kita.

Antara tips2 jika kita hadapi situasi hilang idea atau sukar timbulkan idea2 untuk entry di blog perkara-perkara seperti berikut kita amalkan agar kita memberi entry baru yang segar di jendela maya, dengan harapan agar ada hikmah disebalik entry2 kita. Apa kah tips2 tu?
  1. Rajin membaca  pelbagai bahan bacaan seperti ( surat khabar, majalah, buku motivasi, buku reseipi, membaca entry2 kawan-kawan maya dan pelbagai bahan bacaan yang ada )
  2. Datang ( wajib ) bagi lelaki ke masjid semasa hari Jumaat ( dengar khutbah ) dengan khyusuk agar jiwa kita disirami dengan tazkirah yang memberi kesedaran dan rasa kehambaan kepadaNya. Blogger wanita boleh mendengar khutbah secara live di TV
  3. Pergilah melawat ke tempat2 menarik di daerah anda, pasti akan nampak pelbagai peristiwa yang menarik dan tak kurang juga mesti ada sesuatu yang melahirkan jiwa kita insaf tak kala melihat situasi kehidupan masyarakat sekeliling.
  4. Sentiasa berdoa agar Allah berikan akal yang bijak, pantas dalam melahirkan idea-idea baru di blog atau di mana-mana.
  5. Sesekali dengarkan siaran radio pasti akan terselit sesuatu kata-kata dari DJ bertugas yang memancing idea dari kita tak kala mendengar kata-kata menarik dari DJ itu.
  6. Selalulah melihat keindahan alam dan serapkan ke dalam hati bahawa keindahan panorama ini dicipta oleh Allah. Percayalah akan terbit idea2 dalam bentuk muhasabah kita.
  7. Buktikan kita benar2 membaca cerita2 blog yang kita gemari, rasanya sebaik siap membaca entry mereka akan lahir pula idea baru dari kita yang lebih orignal.
  8. Lahirkan rasa kasih sayang kepada kanak-kanak, binatang haiwan dan alam tumbuhan, pasti wujud idea kita untuk terus berinfo di blog.
  9. Ambil gambar yang pelbagai, gambar menarik, benda ganjil dan benda yang cantik untuk kita jadikan sebagai sumber rujukna yang akhirnya akan membina idea2 baru.
  10. Kukuhkan ikatan persaudaraan, datanglah ke rumah teman jika ada jemputan, kenduri dan majlis perkahwinan atau majlis hari lahir,dengan cara ini akan menjadikan kita kaya dengan informasi terkini.  
Selamat mencuba dan meningkatkan prestasi entry2 baru diblog kita. Marilah menyumbang info yang bermanfaat di jendela maya. Semoga akan ada fadilat yang tersirat dariNya. Kata orang " orang yang kaya ilmu bagaikan pelita yang menerangi hidup orang lain"

Maju lah blog maya kita. @hakcipta etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

18 Pesona Kata Hati Mereka: