Halaman

Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 19 Mac 2010

Gambar kenangan hari lahir azie bersama mama dan kawan-kawan azie

Mama, Hanis, Kak Bib's, Azie & Intan .
Simple saja hari lahir azie puteri kedua kami ini. Minggu cuti sekolah baru dapat diadakan iaitu pada hari khamis ( malam jumaat). Azie nampak gembira sangat kerana mama dan papa tidak beritahu kami belikan dia kek dan mama buat soto ayam. Minuman pula jus mangga yang dia suka.
Bila sampai di rumah terkejut mama dan papa kerana ada best friends azie datang. Yang sebenarnya kami tidak undang, memandangkan mereka jauh dari tempat tinggal kami. Buat hari lahir azie simple bersama anak-anak, tetapi nampaknya kami kena awalkan potong kek bersama Hans dan Intan. Kerana Hanis dan Intan( bertudung hitam ) mahu balik ke rumah, kata mereka sejak jam 2 mereka di rumah. Mama dan papa sampai jam 4 petang..alamak tidak sempat mereka makan soto mama tu.
Inilah saja dapat di kongsi ya..doa dan harapan moga azie dan seisi keluarga ini sentasa damai dan tenang selalu. Diberi rahmat dan dimurahkan rezeki dari segi kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan di masa hadapan. Amin.

Simfoni Kasih
Puisi indah pilihanku
( Meja Makan -A . J Alimon , Alor Gajah, Melaka)

Ajak anak-anak
makan semeja dan membaca doa
meja kecil biar berhimpit
dan tersinggung bahu
atau serentak mencapai sepiring ulam
dan sekerat ikan masin kering masin
lucu, biar ketawa
berbicaralah dalam mesra.

Ajak anak-anak
sopan menyuap nasi
tertib berdepan si tua
bersopan menegur sapa
lafaz bahasa beradab
bergaya susila lambang bangsa
petanda keeratan tali keluarga
bermula di meja makan
sepanjang diamalkan

Ajak anak-anak
jauhi buruk angkara
ego dan pendusta
biar buruk rupa
tapi diri tidak ternoda
berdiri sebagai pemimpin mulia
di bawah payung danobor al - quran
diri terselamat mendapat berkat
bermulalah di meja makan...

Info kemasukan ke sekolah menengah tingkatan 1 ( Hanis Syafizah mendapat tawaran bersekolah di SMK Agama Tun Mustafa di Kota Kinabalu, Sabah. Intan Liyana pula mendapat tawaran bersekolah di SMASS iaitu Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu. Manakala Nur Haziemah ( Puteri kami) mendapat tawaran di SMK Agama Mohammad Ali Ranau, Sabah)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

7 Pesona Kata Hati Mereka:

Abd Razak berkata...

Salam...

Selamat Hari Lahir buat azie..:)

Kamsiah yusoff berkata...

selamat hari ulangtahun utk puteri kesayangan...semoga membesar sbg muslimah sejati...

MofizPutra.com berkata...

salam.. pakcik@uncleetu, chat box blog ni tk sempurna lg, try pak cik buka balik add gadget, tengok kod html tu ( dlm kod tu pak cik@uncleetu kena paste kod shoutbox yg asal dulu kt dlm ni gantikan perkataan "Letakkan disini kode Shoutbox Anda" dng code shoutbox yg dulu.. maaf toturial ni tertingal satu langkah :

< Letakkan disini kode Shoutbox Anda>

[Toturial blog]

[tutup]

Unknown berkata...

Waalikumsalam apiez>
Oh iya ka! bila tengok banyak maklumat, bole baca dan copy mana2 widget kita nak. Jarang orang nak ajar tau hal2 macam ini, apiez memang baik orang ya. InsyaAllah...
Tq banyak2 ya

MofizPutra.com berkata...

salam pak cik sory lambat bls sb ada hal td, cuba pak cik tengok dalam kod yang apiez msk dalam ni ada tak perkataan perkataan tu gantikan dengan code shoutbox pakcik yng dulu.. baru lah jadi..

Unknown berkata...

Ohoo...baru faham,dalm pemaaman pcik macam tu..minta maf nak jelas lagi..
TQ.

MofizPutra.com berkata...

salam pakcik Apiez baru updet mengenai tutorial tu dalam bentuk gambar.. pak cik tengok kat sana yea.. maaf atas kekeliruan tu..