Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 17 Ogos 2013

Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang 2013

Assalamualaikum...


Dalam meneruskan kehidupan, usah kita alpa dan lali bahawa kehidupan hari ini adalah didasari oleh usaha pejuang tanah air suatu masa lalu dalam mendapatkan kemerdekaan untuk kita hari ini.
Kemerdekaan yang telah dan kini kita sedang masih dinikmati adalah berkat usaha dan titis darah mereka yakni pejuang kemerdekaan yang antaranya ialah Tunku Almarhum Abdul Rahman. Betapa besar pengorbanan yang merka lakukan demi untuk kelangsungan genarasi kita masa kini. Dalam usaha menggapai kemerdekaan hari ini, mereka melalui peristiwa berdarah dalam merampas kedaulatan tanah air dari bangsa asing yang ketika itu tanah Melayu menjadi rebutan atas dasar kekayaan rempah dan pelbagai potensi Malaysia di mata dunia.
Justeru itu ayuh!! dalam merayakan hari raya, usah lupa bahawa kita juga sedang dalam kandungan bulan Ogos dimana seperti biasa tiap tahun semangat dan semarak kemerdekaan itu kita hargai, kita langsungkan kegembiraan sebagai rakyat jelata dengan hanya 1 perbuatan yang murni tetapi cukup menampakkan kita semua cintakan tanah air ini. iaitu KIBARKAN JALUR GEMILANG.

Selamat merayakan merdekaraya. Salam rindu dari etuza.
@Hakcipta etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

10 Pesona Kata Hati Mereka: