Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 6 Julai 2013

Cuba Resipi Apam Balik Hari Ini

Assalamualaikum & salam Sejahtera...

Nampak mudah ja resipi ni..
Tengok bahan semua ada..
Tidak perlulah start enjin kereta
nak pergi membeli bahan2 tu.

Cek list bahan seperti..

2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
setengah cawan gula halus
setengah sudu teh garam
2 sudu teh serbuk penaik
jagung segar atau 1 tin jagung manis
sedikit minyak sapu ke kuali
sedikit air putih 

Gaulkan semua bahan
kecuali jagung manis
( boleh juga masukkan terus 
biji jagung ke tepung gandum tadi )

Masak dalam kuali
dan agak2 masak baru letakkan
biji jagung manis di atas apam balik

siap masak lipatkan
boleh juga lipat segitiga..
cuma kuih apam balik akan koyak
so lipat sekali saja macam dalam
gambar.

hidangkan sedap dimakan waktu petang.
selamat mencuba
apam balik ni..

ha ini lah rupa kuih apam balik..
hummm sedap...



@hakcipta etuza



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

32 Pesona Kata Hati Mereka: