Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 5 Julai 2013

Tengoklah Siapa Sahabat Paling Istemewaku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
   Lama baru ada catatan di blog Pesona, terasa berkobar untuk menmbuat catatan untuk menghias blog ini, tetapi nampaknya tidak mampu untuk mengejar masa yang terasa terlalu singkat.  Masa itu ibarat emas yang sangat bernilai. Sebab itu kalau yang bijak pandai mereka akan memikirkan perkara yang sangat dan amat penting dahulu. Kali ini, saya amat bersyukur kerana diberi kelapangan untuk menyudahkan catatan saya bertajuk " Sahabat Paling Istemewa".

Dulu, masa kanak-kanak terasa amat manisnya punya ramai kawan-kawan bermain di desa, kemudian bila meniti remaja perasaan untuk mencari sahabat yang terbaik untuk kita sangat ketara. Ramai kawan, tetapi untuk mencari seorang sahabat yang terbaik terasa ada susahnya. Bila mendapat kerjaya kita sekali lagi ditemukan dengan ramai kawan sekuliah atau sekursus serta sama bidang dengan kita. Di sinilah antara letaknya tempat kita dapat pengalaman hati budi dan corak kehidupan sesama manusia, yang seusia dengan kita. Kalau terpengaruh memang buruk jadinya. 

Adalah satu insiden di mana etuza baru seminggu masuk kuliah, tiba-tiba ada kawan-kawan sekelas dikalangan pelatih wanita datang memberitahu bahawa ada seseorang pelatih wanita nak berjumpa ( dating) dengan etuza, katanya malam nanti dan dia menyatakan bahawa pelatih wanita itu terpesona melihat kali pertama memandang saya pada kali pertama masuk kelas waktu itu. Kawan etuza yang sebilik dengan etuza waktu itu...alamak bukan main nak cabar saya, dia ketawa dan menyatakan " tak kanlah menolak tuah " " takkanlah buaya menolak bangkai" . Astagfirullah halazim...

Etuza sekuat dan semampu mungkin berpegang teguh pada iman bahawa malam itu gerenti saya tak pergi nak jumpa wanita itu. Saya beralasan bahawa bukan masanya, lagipun keadaan itu mengejut dan kenapa kalau dia benar-benar minat kat saya, siang2 dalam kelas saya datanglah untuk bertegur sapa. Mengapa memilih malam untuk bersemuka. Hahaha..kedapatan kan etuza sebenarnya belum pernah ada pengalaman nak dating malam apa lagi dengan wanita bukan muhrim, kan bahaya tu.

Ok lah cukup situ ja ya pengalaman lalu. Kini...kebebasan untuk mencari kawan atau sahabat rasanya agak berkurangan, kerana kini etuza berkeluarga. Keluargalah segalanya bagiku, isteri dan anak-anak itu permata bagi etuza. Dengan sebab itu, anak-anak lah yang kini menjadi SAHABAT ISTEMEWA BAGIKU. Tiada lagi lain sebagai dalang ganti tempat mereka di kalbu etuza. Kepada Allah " Syukran" Engkau kurniakan etuza sahabat-sahabat yang terlalu istemewa dikalangan lelaki dan perempuan yakni ANAK-ANAK yang ditubuh mereka mengalir darah etuza. Kepada kawan-kawan blog Pesona atau juga kepada yang suka membaca di laman Pesona walau siapa sahaja tengoklah gambar SAHABAT-SAHABAT ISTEMEWA  saya. Semoga anak-anak saya menjadi anak-anak yang soleh dan solleha. Tiap detik untuk mu anak-anakku ku doakan kebaikan untukmu. Amin.

Sangat2 nak tahu..inilah dalam
gambar sahabat teristemewa saya..

 Untukmu anak tiada sedetikpun 
melupakanmu..damailah dikejauhan...

 kasih sayang ini..
akan terus dibajai hingga bila2..

Subahanallah..terlalu istemewa mereka
sebagai sahabat sejati etuza..
terima kasih Allah kurniakan  
mereka kepadaku..


Hanya takdir memisahkan kami..

 Inilah sabahat2 teristemewa saya..

 Aku tahu dia memahami saya
dan aku memahami isteriku.


Mampukan persahabatan maya itu berkekalan
Kepada semua bijaklah memilih kawan 
atau sahabat.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

Che Rosliza Che Mat berkata...

Sweetnya keluarga cikgu..

Bin Muhammad berkata...

Sahabat sejati...sentiasa berada disisi dikala susah dan senang...hanya dia, isteriku

Semoga Etuza hidup aman bahagia bersama keluarga tercinta...penuh kasih-sayang dan keberkatan.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

sahabat di dunia nyata lebih bermakna..jiran tetangga,keluarga..mereka inilah yg selalu ada bersama kita di kala susah dan senang..sahabat maya cuma bila kita online sahaja..diam kita maka diamlah mereka..lambat laun kita kan dilupakan...kehilangan tk akan ditanya...yg mahu memanjangkan silaturahm sahaja yg perlu kita dekati...

apa yg sy dapati sejak berblg ini...ramai sahabat yg bersikap hipokrik..maaf kalau saya tersilap..sahabat yg baik adalah sahabat yg mahu menegur kita..bukan sahabat yg mengiakan segala kata2 kita sekadar utk menjaga hati...

Tinta Lana berkata...

Assalamualaikum.

Berani betul pelatih wanita tu ajak jumpa malam2 (-_-)

Anak2, isteri/suami.. mereka bukan sahaja sahabat, malah harta kita dunia dan akhirat kan uncle.. :)

Etuza Ezawarna berkata...

Cik Rose syukran..bukan mudah nak jaga anak2 ramai ni..

Teena Tna berkata...

Wah, ada peminat misteri masa zaman student, sy lebih suka jd 'lone ranger' semasa di universiti, tp pd masa yg sama masih bergaul dg org lain.
Sekarang keluarga sy adalah sahabat sy.

Deqla Manjew berkata...

bertuahnya mereka dikurniakan cikgu.. sebagai suami kpd isteri cikgu dan ayah kpd anak2 cikgu... happy family.. =)

N.Aima K berkata...

Aww sweet sangat cikgu... berkawan x salah asal tau batas kan cikgu?

9n0L4 berkata...

muke cekgu dgn isteri cekgu mcm ade iras la sikit. hehe. sweet. :)

Remy hazza berkata...

seweetnya semua pic2 tu.... semoga bro etuza sentiasa berbahagia.....

Cinta Misteri berkata...

sweetnyaaaaa.....
betullah cikgu, sahabat dirumah sahabat sejati, merekalah keluarga dunia akhirat, disitulah tmpt kita bajai kasih sayang.