Assalamualaikum...
Dalam meneruskan kehidupan, usah kita alpa dan lali bahawa kehidupan hari ini adalah didasari oleh usaha pejuang tanah air suatu masa lalu dalam mendapatkan kemerdekaan untuk kita hari ini.
Kemerdekaan yang telah dan kini kita sedang masih dinikmati adalah berkat usaha dan titis darah mereka yakni pejuang kemerdekaan yang antaranya ialah Tunku Almarhum Abdul Rahman. Betapa besar pengorbanan yang merka lakukan demi untuk kelangsungan genarasi kita masa kini. Dalam usaha menggapai kemerdekaan hari ini, mereka melalui peristiwa berdarah dalam merampas kedaulatan tanah air dari bangsa asing yang ketika itu tanah Melayu menjadi rebutan atas dasar kekayaan rempah dan pelbagai potensi Malaysia di mata dunia.
Justeru itu ayuh!! dalam merayakan hari raya, usah lupa bahawa kita juga sedang dalam kandungan bulan Ogos dimana seperti biasa tiap tahun semangat dan semarak kemerdekaan itu kita hargai, kita langsungkan kegembiraan sebagai rakyat jelata dengan hanya 1 perbuatan yang murni tetapi cukup menampakkan kita semua cintakan tanah air ini. iaitu KIBARKAN JALUR GEMILANG.
Selamat merayakan merdekaraya. Salam rindu dari etuza.
@Hakcipta etuza.
10 Pesona Kata Hati Mereka:
salam kemerdekaan dari remy......
terima kasih Remmy Hazza
Meriahnya...keluarga cikgu...
Remmy dan cik Ros//i love you ..ala memangpun blogger handal..katakan.
tqvm
salam kemerdekaan.. 31 ogos tahun ni jatuh hari sabtu kan..? ;)
selamat menyambut merdeka..tahun ni 50 tahun sudah sabah merdeka kan
SALAM MERDEKARAYA...LAMA MENYEPI..
salam kemerdekaan dri dya..
Salam merdeka cikgu
Merdeka!!
fahami maksud kemerdekaan sebenar,bukan hanya kibar bendera..
Catat Ulasan