Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 16 Mac 2013

Tidak Semua Masa Itu Menggembirakan

    Kita punya hati dan perasaan, bagi ku hati yang ada perasaan itu amat indah dalam jasad kita. Hati itu menghidupkan jiwa dan menceriakan jasad yang kudus ini. Dia lah yakni Allah yang memberikan kita hati yang punya perasaan. Alangkah indahnya jika kita punya hati yang murni, ikhlas dan dikelilingi oleh rasa bahagia gembira sepanjang masa yang berdenyut nadinya tanpa henti.

Tapi hakikat hati dan perasaan itu kadang ada kalanya hilang bahagia tiada rasa gembira apabila ada sesuatu menikam kalbunya. Pernah kah kau rasa sakitnya apabila ada kuasa hati di luar hati kita menyakiti kita. Benarlah kata orang bahawa kuasa kata-kata itu lebih pedih menusuk hati berbanding pisau melukakan deria kulit kita. Kerana kata-kata kesat itu bagaikan pisau belati menusuk hati yang ada perasaan itu.

Betullah bahawa sepanjang masa di siang hari dan di hari malam, bukan semuanya masa itu memberikan kita rasa bahagia,benarlah hati itu mudah tersentuh, gugur air mata layulah kembangan bunga di taman hati pudarlah seri kehidupan seiring dengan itu warna-warna kehidupan semakin berserak gugur  berderai berserakan. Seolah punah harapan habis impian.

Percaya lah bahawa, dalam hati itu inginkan hari-hari dan sepanjang masa kita serikan dengan nada-nada indah kehidupan, inginkan kembangnya mekarnya kuntum-kuntum bunga dan warnanya cantik menandakan kebahagiaan dan kegembiraan yang tiada taranya. Tapi pasti ada saja yang meranapkan rasa bahagia itu, ada saja yang membawa kita pilu dan hiba ada saja yang tidak suka kita bahagia di sepanjang masa.
 
Bagaimana penulis blog ini begitu sendu, jiwanya kini adakah lara adakah hati nuraninya kini di tikam kata-kata berbisa oleh insan sekelilingnya. Cuba lah rasakan bahawa petaka melanda Sabah sejak hari yang lalu ada kematian perajurit kita, ada insan yang masih bersedih dan menangis kehilangan, bukankah dengan membaca berita, melihat imbasan kematian dan lagu-lagu perajurit keramat itu akan terundang rasa pilu di hati. Dan di sekeliling kita ada insan-insan yang malang tak berumah, meminta simpati dan meminta sedekah ehsan kita. Kemudian kita ada anak-anak yang kekadang ego dan ikut hati remajanya tanpa memikirkan kata-katanya kasar memukul emosi ayah dan ibu. Kalau di hurai dalam blog Pesona rasa hati yang pilu ini tak akan berakhir. Kepada yang membaca adakah kau pernah rasakan kesedihan dan hati merasa tidak bahagia akibat ada insan lain yang tidak menghargaimu. Untuk menghapus rasa tidak bahagia itu kembalikan fitrah manusia bahawa hidup ini benar inilah HITAM PUTIH KEHIDUPAN.
@hakcipta etuza


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

5 Pesona Kata Hati Mereka: